SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0 Pengenalan
Malaysia ataupun Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang telah terbentuk pada
tahun 1963. Terangkum didalamnya, iaitu negeri-negeri di Tanah Melayu termasuklah Johor,
Terengganu, Kedah, negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Selangor dan
Melaka, dan kawasan di bahagian Borneo Sabah dan Sarawak. Penyatuan semua negeri ini
dibawah satu lembahyung yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia dan sehingga hari ini
dikenali sebagai Malaysia, bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat banyak perkara yang
harus dititikberatkan termasuklah, reaksi daripada para penduduk di Sabah dan Sarawak,
keseimbangan kaum, keselamatan dan pelbagai lagi. Gagasan penubuhan Malaysia telah
dicetuskan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau berucap dalam persidangan
Foreign Correspondent Association of Southeast Asia di Singapura (Kassim Thukiman, 2002).
Idea penggabungan dan penubuhan Malaysia ini bukan sekadar dibawa oleh Tunku
Abdul Rahman sahaja, bahkan terdapat beberapa tokoh yang juga mengemukakan idea yang
sama pada waktu yang berbeza seperti Lord Brassey, Mac Micheal, Lee Kwan Yew, Frank
Swettenham dan MacMicheal. Oleh itu, dapat dilihat disini bahawa, idea penubuhan Malaysia
bukanlah sekadar sembangan di kedai kopi bahkan ianya merupakan suatu perkara yang
serius kerana dikemukakan sendiri oleh pemimpin tempatan yang terkemuka malahan,
disokong sendiri oleh pihak British. Oleh itu, didalam penulisan ini, kita akan melihat bahawa,
rasional penubuhan Malaysia melalui beberapa justifikasi yang akan dilakukan termasuklah
idea-idea penubuhan Malaysia, Perkara-perkara yang membawa ke arah penubuhan Malaysia,
Peristiwa-peristiwa penting ke arah penubuhan Malaysia, Penglibatan pemimpin-pemimpin
tempatan dan British dalam penubuhan Malaysia, dan penulisan ini juga akan menyentuh
secara ringkas mengenai fungsi Suruhanjaya Cobbold, perkara 20 yang melibatkan Sabah dan
Sarawak, serta reaksi Filipina dan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Semua komponen
ini akan disatukan didalam penulisan ini.
Oleh itu,secara keluruhannya dapat dilihat, dapatlah dibuat penialaian mengenai
rasional penubuhan Malaysia.
2.0 Idea Penubuhan Malaysia
2.1 Latar Belakang Idea Penubuhan Malaysia
Seperti yang telah dibincangkan di atas, idea-idea penubuhan Malaysia ini telah dikemukakan
sendiri oleh para tokoh-tokoh pemimpin terdahulu yang terkemuka. Dan antara yang paling
awal memberikan idea mengenai penubuhan Malaysia ini adalah Tunku Abdul Rahman, walau
bagaimanapun, haruslah diketahui bahawa, sebelum munculnya idea mengenai penubuhan
Malaysia ini, idea penubuhan wilayah yang sama konsepnya ini pernah wujud di Asia Tenggara
di kawasan Tanah Melayu sebelum Prang Dunia Kedua (Kassim Thukiman, 2002). Hal ini
berlaku ketika dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)
iaitu merupakan pemimpin bagi gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) (Mohd Faidz, Jamaei,
Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011). KMM merupakan suatu gerakan yang ditubuhkan untuk
mendapatkan kemerdekaan di Tanah Melayu iaitu melalui cara penggabungan dengan
Indonesia untuk membentuk “Melayu Raya” ataupun “Indonesia Raya” (Cheah Boon Kheng,
1983). Secara asasnya, gagasan Melayu Raya yang dibawa ini adalah berteraskan kepada
suatu konsep dimana suatu bangsa itu ditentukan oleh persamaan budaya ataupun keturunan
(Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011).
Hal ini bermakna, konsep penggabungan pada masa itu, adalah sekadar berteraskan
kepada persamaan budaya ataupun keturunan bukan berdasarkan ideologi politik dan aliran
pemikiran. Idea ini juga menunjukkan bahawa Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia
merupakan satu rumpun yang sama iaitu Melayu namun dipisahkan oleh pihak koloni barat
iaitu pihak Inggeris dan Belanda (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011).
Perpisahan itu adalah melalui perjanjian yang berlaku antara pihak Belanda dan Inggeris yang
dikenali sebagai Perjanjian London 1824,melalui perjanjian tersebut Singapura dan Johor
berada dibawah pihak Inggeris manakala Riau (Sebahagian daripada Indonesia) dan Lingga
berada dibawah pengaruh Belanda (Maman, 2007). Menurut Maman (2007) juga menyatakan
bahawa, meskipun kedua-dua wilayah itu berpisah dari aspek politik namun, kedua-duanya
tetap mengamalkan hubungan sosio-kultural yang baik meskipun ketika Konfrontasi
Indonesia-Malaysia. Ternyata kesatuan budaya itu merupakan aspek yang sangat penting.
Hal ini bermakna juga penggabungan antara kedua-dua buah wilayah pada ketika itu adalah
untuk mendapatkan kemerdekaan meskipun berbeza dari sudut ideologi dan politik dan cuma
bersatu atas faktor budaya. Namun begitu, ianya tidak bertahan lama iaitu beberapa bulan
sahaja, disebabkan masalah kepimpinan dan pemimpinnya ditangkap Jepun maka KMM pun
dibubarkan.
Namun begitu, idea ini berterusan sehinggalah Perang Dunia Kedua, apabila Dr.
Burhanuddin Al-Helmi turut menyimpan citarasa yang sama. Parti Kebangsaan Melayu Malaya
telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945, pada waktu itu Tanah Melayu sedang berada dalam
konflik antara Cina dan Melayu (Ahmad Adam, 2001), antara dasar yang digariskan dalam
Parti ini ialah seperti berikut (Ahmad Adam, 2001):
1. Menyatupadukan bangsa Melayu,menanam semangat kebangsaan dalam sanubari
orang-orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya didalam keluarga
yang besar iaitu Republik Indonesia Raya
2. Bertujuan hendak mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, berfikir, dan
menuntut pelajaran
3. Menyokong perjuangan orang Indonesia dalam mendapatkan kemerdekaan
Namun begitu, parti ini mengalami kemerosotan pada sekitar tahun 1949- 1950 akibat
daripada peristiwa tangkap-menangkap daripada para ahli-ahli pertubuhan parti tersebut hal
ini kerana, pada pertengahan tahun 1948, perisik British sudah mulai menghidu pergerakan
Parti ini sehingga ke Sabah (Ahmat Adam, 2011), disamping itu juga, beberapa pemimpinnya
yang merupakan orang penting seperti Boestamam dan Ishak Haji Mohamad sudah tidak
memimpin parti itu. Oleh itu, secara keseluruhannya dpat dilihat, sememangnya perjuangan
parti ini adalah lebih kurang sama seperti yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda.
Oleh itu dapat dilihat, bahawa, cetusan idea dalam menggabungkan wilayah ini memang
sudah ada sebelum idea penubuhan Malaysia yang menggabungkan wilayah atau Negara
(yang digelar sebelum memasuki Malaysia), Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dalam
membentuk persekutuan Malaysia. Rentetan daripada peristiwa kepada cetusan idea
penggabungan wilayah ini, sebenarnya ianya bukanlah suatu yang baharu namun ianya
memang sudah dikemukakan pada waktu dahulu. Ramai tokoh yang telah mengemukakan
cadangan mereka dalam menubuhkan persekutuan Malaysia.
2.2 Tokoh-tokoh yang Mengemukakan Idea Penubuhan Malaysia
Malcolm MacDonald
Malcolm MacDonald merupakan Pesuruhjaya tinggi British telah mengemukakan cadangan
untuk penyatuan wilayah-wilayah. Ketika Perang Dunia kedua, pihak Perancang British di
London telah membuat penilaian secara umum mengenai masa depan semua kawasan takluk
British di kawasan Asia, namun begitu perbincangan secara teliti telah dilakukan dengan
mengambil kira hasrat pejabat kolonial yang lebih memilih kepentingan ekonomi dan minat
mereka terhadap kawasan-kawasan British itu berbanding dengan keinginan mereka untuk
mempromosikan penyatuan negeri-negeri di wilayah mereka (Ongkili, 1985).
Hal ini bermakna, pihak British sememangnya lebih memikirkan kepentingan ekonomi
mereka pada masa hadapan terhadap kawasan-kawasan takluk British itu. Hal ini bertepatan
dengan salah satu matlamat British untuk menjalankan pemerintahan kolonial di Malaya
adalah untuk keuntungan ekonomi demi kepentingan negara mereka (Byungkuk Soh, 2012).
Namun begitu, selepas Perang Dunia Kedua, Thio Chan Bee iaitu ahli Majlis Legislatif dan Parti
Progresif Singapura tidak menyokong penyatuan dengan Malaya tetapi bersetuju terhadap
idea konfederasi Singapura, Malaya dan persekutuan Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei).
Rentetan daripada idea tersebut, Malcolm MacDonald juga ada mengeluarkan kenyataan
bahawa idea itu turut berada dalam minda beliau, kerana, beliau berpendapat juga selepas
persekutuan Borneo dilaksanakan, penyatuan kawasan tersebut dengan Malaya dan
Singapura boleh diusahakan. Hal ini bermakna, berdasarkan idea yang dikemukakan oleh
Malcolm MacDonald ini terdapat, dua perkara yang dikenal pasti iaitu yang pertama adalah
persekutuan Borneo dan perkara yang kedua ialah penyatuan Malaya, Singapura dan Borneo
Utara. Malcolm MacDonald ada menyatakan hasrat beliau dalam mewujudkan Persekutuan
Borneo (Ongkili, 1985):
“I suggested when I was British Commisioner-General For South-East Asia
that the tree Borneo territories-Sarawak, Brunei and North Borneo-came
together in a federation. They Had many things in common, for example,
administration and economic pattern…. I Thought that if the Borneo
Territories were federated they would be a stronger position as a larger
political entity. They would also be in a bargaining position with any other
neighbouring country”
Melalui hal ini dapatlah kita ketahui, bahawa, mengapa Malcolm Mac Donald merasakan
bahawa apabila ketiga-tiga wilayah itu bergabung ianya mampu untuk menyatukan Malaya
dan Singapura juga.
Persekutuan Borneo merupakan usaha pertama dari pimpinan pihak kolonial sendiri
kerana, bagi pandangan pihak kolonial Sabah, Sarawak dan Brunei belum bersedia lagi untuk
dimerdekakan secara berasingan tetapi mereka berfikir bahawa ketiga-tiga wilayah tersebut
sesuai digabungkan dibawah satu persekutuan yang dinamakan sebagai Persekutuan Borneo.
Salah satu usaha dalam penggabungan tersebut, telah dijalankan sebuah konferense di
Kuching pada April 1953 yang dipengerusikan oleh Malcolm Mac Donald dan dihadiri oleh Sir
Anthony Abell (Gabenor Sarawak), Sultan Omar Ali Saifuddin (Pesuruhjaya Tinggi british untuk
Brunei dan Sir Ralph Hone (Gabenor Sabah) dan tiga orang wakil bagi setiap wilayah tersebut
(Ongkili, 1985). Perkara utama dalam konferense tersebut, adalah untuk membincangkan
mengenai perkembangan yang lebih besar terhadap pentadbiran dan polisi bagi ketiga-tiga
wilayah tersebut. Walaubagaimanapun, Brunei menolak idea persekutuan Borneo tersebut.
Hal ini kerana, Brunei tidak sanggup berkongsi minyak dengan Sarawak dan Sabah yang
keadaan ekonominya lebih rendah berbanding Brunei (State Of Brunei Annual Report, 1958).
Walaupun begitu, kedua-dua perkara ini tidak dapat dijalankan sehinggalah ucapan
Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Persekutuan Malaya mengeluarkan kenyataan
penggabungan tersebut pada 27 Mei 1961. Ucapan Tunku ini boleh dikatakan waktu yang
tepat, kerana, pada masa itu, para penduduk di Tanah Melayu dan kawasan Borneo sudah
mempunyai kesedaran terhadap nasionalisme atau cinta akan tanah air.
Lord Brassey
Pada abad ke-19, Lord Brassey iaitu merupakan pengarah bagi Syarikat Borneo Utama ada
memberikan cadangan kepada kerajaan British agar menggabungkan wilayah gabungan
mereka di kawasan Borneo dengan negeri-negeri di Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat
(NNS) menjadi sebuah kerajaan atau koloni yang besar (Milne & Mauzy, 1978). Namun begitu,
cadangan Lord Brassey pada tahun 1894. Melalui hal ini, dapat dilihat, cadangan Lord Brassey
ini ditolak kerana, British berfikir, kawasan wilayah naungan mereka masih belum cukup kukuh
sebagai sebuah kerajaan sendiri terutamanya dari aspek pengurusan ekonomi mereka, oleh
sebab itulah, para pemegang saham tidak bersetuju dengan cadangan Lord Brassey. Mereka
ingin menjaga kepentingan ekonomi mereka di kawasan-kawasan terbabit.
David Marshal & Lim Yew Hock
Kedua-dua tokoh ini merupakan mantan perdana menteri Singapura, juga berpendapat untuk
menggabungkan kedua-dua buah wilayah iaitu antara wilayah Singapura dan Malaya, mereka
menjustifikasikan bahawa suatu unit ekonomi akan terbentuk. Dengan perkembangan
perindustrian yang pesat antara kedua-dua belah ekonomi bagi setiap wilayah tersebut
kedudukan ekonomi akan bertambah kukuh (Milne & Mauzy, 1978). Sesetengah parti di
Malaya menerima cadangan tersebut namun sebahagian lagi tidak menerimanya iaitu seperti
Umno walaupun, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa, kemasukan Singapura adalah
sebahagian daripada unit didalam Persekutuan Malaya tetapi tidak akan memiliki taraf yang
sama dalam persekutuan tersebut.
Oleh itu, hal ini bermakna, kedua-dua tokoh ini menginginkan agar kedua-dua buah
negara bersatu didalam Persekutuan Malaya. Namun begitu, pihak Umno tidak bersetuju atas
cadangan tersebut, hal ini kerana, mereka tidak mahu politik di Tanah Melayu itu sendiri
didominasi oleh kaum Cina yang majoritinya berada di Singapura. Orang Melayu tahu bahawa
jika politik menjadi berbilang kaum dan berteraskan ideologi dalam jangka masa panjang
mereka akan menjadi rugi, disamping itu juga, berkemungkinan besar ahli politik yang lebih
pintar iaitu Lee akan merampas kedudukan mereka (Mohd Rizal, 2009). Mereka merasakan
pada suatu hari nanti, kedudukan mereka sebagai pemimpin tempatan akan terjejas.
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan penubuhan Malaysia sewaktu beliau
berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association pada 27 Mei 1961. Walaupun
begitu, cadangan penubuhan Malaysia ini bukanlah suatu cadangan yang baru dikemukakan
ianya pernah dikemukakan juga oleh Malcolm McDonald dan Lord Brassey (Milne & Mauzy,
1978) dan dikemukakan juga oleh Ghazalie Syafie iaitu ahli politik Malaysia, berkaitan idea
tersebut pada tahun 1954. Berhubung dengan idea penubuhan Malaysia itu, Tunku Abdul
Rahman telah menjalankan pelbagai usaha dalam menjadikan matlamat itu sebagai suatu
realiti. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai reaksi diterima selepas sahaja idea yang
dikemukakan oleh Tunku itu seperti Parti Islam Setanah Melayu, (PAS), Parti Buruh Tanah
Melayu, Parti Rakyat, Parti berhaluan kiri di Singapura iaitu Barisan Sosialis, Parti Bekerja dan
Parti Rakyat Bersatu (Mohammad Rodzi, 2003). Malahan hasrat serta idea Tunku Abdul
Rahman pernah dikemukan pada tahun 1955 lagi ketika konferens UMNO diadakan.
Idea penggabungan yang diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman ini adalah
berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu keselamatan Singapura, ketidakseimbangan kaum
dan perluasan wilayah. Teori Keselamatan Singapura ini adalah berkaitan dengan kedudukan
Politik di Singapura yang tidak stabil, walaubagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berasa
bimbang mengenai pengaruh komunis yang ada di Singapura itu. Hal ini kerana, jika
penggabungan ini terjadi, kemungkinan besar ledakan idealisme komunis ini akan tersebar di
kawasan Tanah Melayu, namun begitu, jika Singapura dibiarkan begitu sahaja, perkara yang
lebih buruk akan terjadi iaitu Singapura tidak mustahil akan menjadi sebuah negara
Komunis,dan ini akan memberikan impak yang buruk kepada kawasan yang berada di sekitar
Singapura yang boleh diserang oleh negara-negara komunis yang lain untuk mencapai hasrat
mereka (Mohd Rizal, 2009). Hal ini bermakna, penggabungan merupakan antara langkah
terbaik pada masa itu kerana, dasar luar inilah yang mengubah pemikiran Tunku Abdul
Rahman untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah politik dalaman Singapura, dan keadaan
Tunku pada ketika ini boleh diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Akhirnya, penggabungan antara Singapura dan Tanah Melayu telah termeterai dibawah satu
perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Persekutuan Malaya-Singapura pada bulan
November 1961 (Federation Of Malaya-Singapore Agreement) (Jayum, 2003). Namun,
Singapura akhirnya dipisahkan dari Malaysia disebabkan beberapa faktor iaitu seperti konsep
Malaysian Malaysia yang dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew, konsep ini dikatakan oleh pemimpin
Melayu tempatan berat sebelah dan hanya memperjuangkan nasib Orang Cina pada sekitar
tahun 1964 – 1965.
Oleh itu,rentetan daripada penggabungan Singapura ini, Tunku berfikir adalah rasional
untuk menubuhkan Malaysia dengan membawa masuk Sabah, Sarawak dan Brunei untuk
menjadi pengimbang kaum. Hal ini kerana, kemasukan Singapura ini secara tidak langsung
akan mewujudkan ketidakseimbangan kaum bagi penduduk di Tanah Melayu. Kemasukan
Singapura ini akan menyebabkan majority penduduk berketurunan Cina bertambah ramai dan
secara langsung boleh mengatasi jumlah bumiputera Melayu. Secara tidak langsung juga teori
ketidak seimbangan kaum ini idea untuk penubuhan Malaysia ini diperluaskan lagi sehingga
ke Sabah, Sarawak dan Brunei. Melalui teori ini juga, munculnya Teori Perluasan wilayah, hal
ini kerana, dapat dilihat penubuhan Malaysia ini ianya melibatkan beberapa kawasan
membentuk kepada satu pentadbiran iaitu dibawah suatu persekutuan disamping itu juga,
Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa perlunya kesatuan politik dan ekonomi di kawasan
bekas taklukan British.
Tambahan pula, teori keselamatan juga mempelopori idea penubuhan Malaysia Tunku
Abdul Rahman ini. Hal ini kerana, dengan penubuhan Malaysia ianya dapat menjadi senjata
dalam menentang komunisme, kerana Tanah Melayu sangat berpegang kuat kepada dasar
antikomunis.
Lee Kuan Yew
Masalah ledakan komunis di Singapura merupakan antara faktor paling utama yang
mendorong ke arah hasrat pemimpin Singapura pada masa itu, iaitu Lee Kuan Yew untuk
bergabung dengan Tanah Melayu. Pada awal tahun 1960-an, pencapaian Parti tindakan
Rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew telah merosot dalam pemilihan kerusi
parlimen. Pada tahun 1959, PETIR menguasai 43 buah kerusi daripada 51 buah kerusi, tetapi
pada tahun berikutnya iaitu 1961, PETIR hanya mampu menguasai 27 buah kerusi sahaja di
parlimen (Kassim, 2002). Barisan Sosialis yang dikatakan pro kepada komunis telah Berjaya
menyekat penguasaan PETIR. Kekalahan yang dialami dalam pilihan raya di Anson dan Hong
Lim pada tahun 1961 telah membimbangkan Lee Kuan Yew.
Oleh itu,dapat dlihat disini bahawa, Lee Kuan Yew mahu bergabung dengan Tanah
Melayu untuk mengelak daripada merebaknya penguasaan Komunis di Singapura yang sudah
tentu boleh mengganggu gugat kepimpinan beliau di Singapura dan secara tidak langsung
boleh membawa kepada impak negative kepada pembangunan Singapura. Hal ini kerana,
terdapat pemberontakan yang dilakukan dalam parti-parti yang berhaluan kiri ini, hal ini dapat
dilihat, pihak komunis di bawah pimpinan Barisan Buruh Singapura, telah melancarkan suatu
siri pemberontakan dan penyusupan di kesatuan-kesatuan perdagangan dan Berjaya
mewujudkan kesatuan-kesatuan buruh dan perdagangan kemudiannya, kesatuan-kesatuan
ini akan dihasut oleh mereka untuk mengurus dan melaksanakan pemberontakan dan rusuhan
(Mohd Rizal, 2009). Dan disebabkan faktor inilah yang telah menyebabkan Lee Kuan Yew
cenderung untuk mempengaruhi pemikiran politik Tunku Abdul Rahman.
3.0 Peristiwa-peristiwa Penting yang Membawa Ke arah Penubuhan Malaysia
3.1 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan hasil rundingan antara kerajaan
British dengan para pemimpin UMNO dan wakil-wakil raja apabila perlembagaan Malayan
Union yang diwujudkan pada tahun 1946 itu telah mendapat tentangan daripada para
pemimpin tempatan (Kassim, 2002). Antara kandungan dalam Perlembagaan Malayan Union
ini adalah seperti berikut:
1) sebuah Malayan Union bagi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Pulau Pinang
2) kuasa yang ada pada raja terlalu sedikit dan kuasa telah dipindahkan kepada
baginda Queen
3) hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan hak yang sama
rasa bagi semua kaum
4) kewarganegaraan serupa bagi Malayan Union dan jajahan Singapura
Berdasarkan kandungan diatas, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malayan Union ini
sememangnya secara tidak langsung ingin mewujudkan kesamarataan antara golongan
penduduk di Tanah Melayu dan golongan imigran dari luar. Malahan, kuasa raja terjejas
padahal raja merupakan kuasa tertinggi dalam masyarakat tradisional Melayu. Malahan hak
istimewa orang Melayu juga terhapus dengan pembentukan Malayan Union ini dengan
kewarganegaraan yang terlalu longgar juga menyebabkan kedudukan orang Melayu di tanah
air mereka sendiri boleh terjejas. Disebabkan inilah, mengapa orang Melayu bangkit untuk
menentang Malayan Union khususnya daripada golongan pemimpin tempatan.
Namun begitu, isu hangat yang menjadi persoalan kepada perlembagaan Malayan
Union ini adalah mengenai pemberian kerakyatan yang terlalu longgar dan mudah seperti
kepada sesiapa yang dilahirkan didalam negeri-negeri Union atau tanah jajahan
Singapura dan rakyat British yang boleh mendapat kerakyatan ini tanpa hilang
kerakyatan Britishnya.
Oleh itu mulai 1 Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union, antara kandungan utama
perlembagaan tersebut itu adalah:
1) Persekutuan mengandungi Sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat
2) Kedudukan dan fungsi-fungsi raja telah dipulihkan
3) Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
4) Pemberian kewarganegaraan diperketatkan melalui syarat-syarat tertentu
Jika dilihat Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini, kandungannya adalah lebih baik
berbanding perkara-perkara yang terdapat di dalam Malayan Union. Hak-hak orang
Melayu itu sendiri lebih terjamin melalui persekutuan ini. Isu hangat dalam kalangan
pemimpin tempatan telah dirombak semula dan akhirnya, hasil rundingan tersebut,
pemberian kewarganegaraan telah diperketatkan dengan syarat-syarat tertentu namun,
golongan imigran yang datang tetap mempunyai hak mereka. Hal ini kerana, melalui
pembentukan persekutuan ini Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai tugas yang penting
yakni sebagai pelindung bagi menjaga dua perkara iaitu “kedudukan istimewa orang
Melayu” dan “hak komuniti yang lain” (Milne & Mauzy, 1978).
Namun begitu, seperti yang dikatakan, pemilikan kewarganegaraan adalah lebih ketat
berbanding sebelumnya terutamanya kepada orang yang bukan Melayu. Dalam kes mengenai
kewarganegaraan yang termaktub didalam persekutuan ini ialah hak kewarganegaraan tidak
boleh diperoleh secara automatik. Automatik disini bermaksud jika seseorang itu lahir didalam
persekutuan atau bapa atau kedua-duanya sekali lahir didalam persekutuan atau tinggal
didalam persekutuan dalam tempoh tertentu, ianya dikira sebagai warganegara (Milne &
Mauzy, 1978). Hak kewarganegaraan yang tidak boleh diperolehi secara automatik bermaksud
ianya harus diperolehi melalui permohonan. Pemohon hendaklah mempunyai karakter yang
baik, mengakui untuk tinggal tetap di persekutuan dan mempunyai pengetahuan dalam
berbahasa Melayu dan Inggeris, namun begitu, syarat-syarat ini menurut Milne & Mauzy
(1978), bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Sekitar tahun 1949, hanya sekadar
500,000 orang penduduk Cina sahaja yang terdapat dalam persekutuan dan menjadi
warganegara.
Rentetan daripada perkara tersebut, suatu serangan gerila daripada pihak komunis
daripada pihak Parti Komunis Malaya dengan melakukan pelbagai keganasan yang
berlangsung selama 12 bulan, serangan gerila ini digelar sebagai “The Emergency” yang
berlaku pada sekitar tahun 1948 (Milne & Mauzy, 1978). Titiik tolak kepada peristiwa ini, orang
Melayu telah menjadikan hal ini sebagai suatu langkah untuk meminta kemerdekaan daripada
pihak British, hal ini kerana, orang Melayu berfikir, pemberontakan yang dilakukan oleh pihak
komunis itu adalah untuk menentang “imperialisme” dan pemberontakan ini secara perlahan-
lahan akan berkurang jika kerajaan yang memerintah adalah orang Melayu dan bukan pihak
British. Hal ini kerana,objektif PKM adalah untuk mengusir pemerintahan British (Nazaruddin,
Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).
Oleh itu, secara keseluruhannya dapatlah dilihat bahawa, penubuhan persekutuan
Tanah Melayu 1948 ini merupakan suatu peristiwa penting dan termasuk dalam suatu faktor
yang telah membawa penduduk Tanah Melayu ke arah kemerdekaan. Persekutuan ini juga
merupakan platform bagi orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan, malahan
sehingga kini Persekutuan 1948 masih terdapat di dalam Perlembagaan kita pada hari ini. Hal
ini menunjukkan bahawa, betapa pentingnya persekutuan ini sebagai rangka kepada
pembentukan kerajaan. Hal ini kerana, persekutuan ini merupakan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama yang telah diisytiharkan menggantikan
Perlembagaan Malayan Union, seterusnya diikuti dengan Perlembagaan Merdeka 1957 dan
Perlembagaan Malaysia 1963 sehinggalah kepada perlembagaan yang ada pada hari ini.
Harus juga diingat bahawa, selepas sahaja Tanah Melayu telah memperolehi kemerdekaan,
hal inilah telah membawa ke arah penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul
Rahman.
3.2 Pilihan raya 1955
Pada awal permulaan peristiwa “The Emergency” iaitu sekitar tahun 1948, terdapat suatu
pertubuhan parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO (United Malay Nation Organisation).
Kewujudan parti ini adalah salah suatu usaha ke arah pemerintahan sendiri di Tanah Melayu.
Malahan, kerajaan British mendakwa mereka berusaha ke arah pemerintahan sendiri oleh
rakyat Melayu (Kassim Thukiman, 2002). Selepas sahaja peristiwa serangan gerila, itu yang
terdiri daripada majoritinya orang Cina disamping, keadaan komposisi kaum di Tanah Melayu
yang pelbagai telah menyebabkan British menggalakkan kerjasama antara kaum melalui
pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum pada tahun 1948 yang dicadangkan oleh
Malcolm MacDonald. Melalui jawatankuasa inilah, telah mempengaruhi pemikiran Dato Onn
Jaafar agar keahlian UMNO itu dibuka oleh pelbagai kaum, namun begitu cadangan ini telah
ditolak oleh perwakilan UMNO sendiri.
Usaha ini diteruskan lagi oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengasaskan penubuhan
parti yang lebih besar yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Kerajaan British telah
mengadakan beberapa siri pilihan raya di ebberapa buah majlis tempatan yang bertujuan
untuk memperkenalkan sistem pemilihan berdasarkan konsep demokrasi. Pada tahun 1954
bulan ogos, Undang-Undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diluluskan yang
membolehkan pilihan raya Persekutuan yang pertama diadakan di Tanah Melayu, dan antara
yang bertanding termasuklah Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC), Parti Negara, Parti Buruh
Tanah Melayu, Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Perak, Persatuan Kebangsaan
Perak dan Liga Melayu Perak. Pada tanggal 1 Mac 1955, T.E Smith Penyelia Pilihanraya
Persekutuan telah mengumumkan bahawa pilihan raya Persekutuan yang pertama itu akan di
adakan pada hari Rabu 27 Julai 1955, dan berikut merupakan keputusan pilihan raya pada
tahun 1955 dalam kalangan parti-parti yang bertanding:
Nama Parti Calon Menang Jumlah Undi Peratus
Parti Perikatan 52 51 818,013 79.6
Parti Negara 33 - 78, 909 7.6
Parti Islam Se Malaya 11 1 40, 667 3.9
Pers. Kebangsaan Perak 9 - 20,996 2.0
Liga Melayu Perak 3 - 5,433 0.5
Parti Progresif Perak 2 - 1,081 0.1
Parti Buruh 4 - 4,786 0.4
Calon Bebas 18 - 31,642 3.0
(Sumber: Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan
Politik. Skudai, Johor: UTM).
Berdasarkan jadual diatas di atas, jelas menunjukkan Parti Perikatan telah memenangi pilihan
raya Persekutuan pada tahun 1955. Oleh itu, kepimpinannya, telah menghantar satu
rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London pada 1 Januari 1956 untuk
membuat perundingan mengenai kemerdekaan negara. Ahli-ahli rombongan tersebut,
termasuklah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abd. Rahman, Dato’ Panglima Bukit
Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, T.H. Tan dan V.T Sambanthan.
Oleh itu, hal ini bermakna, pilihan raya pada tahun 1955 ini merupakan pilihan raya
yang Pertama dalam sejarah Tanah Melayu sendiri dalam membawa ke arah kemerdekaan di
Tanah Melayu. Melalui pilihan raya inilah, kepimpinan parti yang menang ini telah memohon
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan orang yang telah
mengumumkan penubuhan Malaysia. Rentetan daripada hasil rundingan tersebut, suatu
perlembagaan telah disepakati yang dikenali sebagai Perlembagaan Merdeka 1957.
3.3 Perlembagaan Merdeka 1957
Perlembagaan ini merupakan asas kepada perlembagaan yang terbentuk pada tahun 1963.
Hal ini kerana, selepas sahaja, penubuhan Malaysia, perlembagaan 1963 telah dilaksanakan
rentetan daripada perlembagaan ini. Berlaku penambahan terhadap perlembagaan ini yang
menyentuh berkaitan Sabah dan Sarawak. Cadangan berkaitan kemerdekaan telah diterima
dan di luluskan oleh pihak Majlis Legistatif Persekutuan pada 15 Ogos 1957 namun
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan pada 31 Ogos 1957 dan secara
langsung juga pada hari pengisytiharan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana
Menteri yang pertama (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003). Perlembagaan
Merdeka pada tahun 1957 ini adalah berdasarkan kepada konsep monarki dan demokrasi dan
menepati prinsip-prinsip sepetti berikut (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003):
1) Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara Malaya, tetapi pemimpin bagi setiap
negeri adalah ketua bagi setiap negeri mereka masing-masing
2) Orang Melayu mempunyai hak istimewa mereka dan dijamin oleh perlembagaan
3) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan walaubagaimanapun, bahasa Inggeris
tetap boleh digunakan oleh Majlis Legislatif dalam jangka masa 10 tahun selepas
merdeka
4) Orang yang lahir dalam Malaya atau selepas Merdeka adalah secara automatiknya
menjadi warganegara Malaya
5) Islam menjadi agama rasmi bagi Persekutuan Malaya, tapi kebebasan beragama
di bolehkan bagi orang bukan Islam
3.4 The Borneo Dialogue
Seperti yang telah dibincangkan diatas, Tunku Abdul Rahman merupakan orang yang telah
mencadangkan penubuhan Malaysia selepas Tanah Melayu merdeka. Hal ini kerana, bagi
Tunku sendiri adalah merasakan suatu keperluan untuk membentuk kesatuan politik dan
ekonomi bagi bekas tanah jajahan British di Asia Teggara. Hasrat Tunku Abdul Rahman ini
telah pernah disuarakan pada tahun 1955 ketika konferense UMNO dijalankan, pada ketika
itu, dan ingin menjemput Singapura untuk masuk Malaya. Kemudian 6 buulan kemudian pada
tahun yang sama juga, idea itu dikembangkan lagi, dan Tunku bersedia untuk menerima
bukan sahaja Singapura tetapi Sarawak, Brunei, dan Borneo Utara selepas mereka
memperoleh kemerdekaan (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).
Walaubagaimanapun, hasrat Tunku ini hanya terlaksana pada tahun 1961 iaitu lebih kurang
5 tahun selepas Tunku menyatakan hasrat beliau pada tahun 1955. Pada 27 Mei 1961, ketika
perjumpaan untuk South East Asian Journalists di Singapura, Tunku telah menyatakan hasrat
beliau ini dengan begitu serius dan penuh komitmen (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi &
Ismail, 2003). Didalam ucapan beliau:
(Sumber: Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm. Foreign Affair.
dlm. Mohd Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia. JEBAT, 36, 62-89.)
Tunku juga ada menjelaskan mengenai faedah yang boleh didapati oleh semua ahli
dalam penggabungan ini. Sebelum mendedahkan hasrat beliau ini secara umum, Tunku Abdul
Rahman telah melakukan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Lee
Kuan Yew pada tahun 1961 bulan januari, Senu Abdul Rahman iaitu merupakan ahli politik
Malaysia dan merupakan setiausaha Agung UMNO yang pertama, beliau berbincang
mengenai hasil survei beliau di Sabah ,Sarawak dan Brunei pada tahun 1960 dan perjumpaan
dengan Harold MacMillan (Perdana Menteri British) di London pada februari 1961 (Nazaruddin,
Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).
Hasrat Tunku kemudiannya, telah menyebabkan kerana terdapat pelbagai reaksi yang
daripada borneo mengenai penubuhan Malaysia itu. Hal ini dapat dilihat, ketika lawatan Tunku
Abdul Rahman ke Sarawak pada awal bulan julai 1961, perasaan Anti-Persekutuan sangat
kuat dalam dalam kalangan penduduk. Pada 5 Julai 1961, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP) iaitu Stephen Kalong Ningkan adalah sangat menentang keras terhadap
hasrat Tunku ini, beliau juga menyatakan Sarawak ini tidak akan diletakkan ke dalam
persekutuan dan jika hal itu berlaku, maka ianya akan ditentang secara habis-habisan.
Pernyataan yang sama juga dikeluarkan oleh Ong Kee Hui, Pengerusi Sarawak Sarawak United
People Party (SUPP). Manakala, di Sabah pula, Donald Stephen (Tun Ahmad Fuad Stephen)
menyatakan beiau akan menentang untuk meletakkan Sabah ke dalam Malayan Colonies.
Tambahan pula, di Singapura Lee Kuan Yew amat menyokong kuat mengenai penubuhan
Malaysia ini sehingga tertubuhnya Dialog Borneo (Dialogue Borneo) (Jayum, 2003). Gabenor
British di Sabah (Sir Anthony Abell) dan Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi
British di Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) telah mengadakan perbincangan dengan
Pesuruhjaya Awam di Singapura mengenai penubuhan Malaysia ini. Tidak ada kata putus yang
dicapai. Walaubagaimanapun, isu penggabungan ini kemudiannya telah menyebabkan
kerjasama yang rapat terjalin antara Borneo sebelum membuat sebarang keputusan untuk
menyertai persekutuan.
3.5 Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity
Consultative Committee)
Disebabkan pelbagai reaksi daripada pihak-pihak yang telah dibincangkan diatas, suatu
perbincangan secara tidak rasmi telah buat dengan perwakilan Sabah dan Sarawak yang
terdapat di Singapura pada 23 Julai 1961 dan hasil perbincangan tersebut telah tertubuhnya
suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(Malaysia Solidarity Consultative Committee). Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun
1961 yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Tanah Melayu dan Singapura iaitu Lee Kuan
Yew, Ismail Yusof & Dato Ong Yokelin manakala Borneo pula, Sarawak diwakili oleh
Temenggung Jugah Ann Barieng dan Dato Abang Haji Openg , Sabah diwakili oleh Datu
Mustapha Bin Datu Harun dan Donald Stephen, Brunei pula diwakili oleh Dato’ Setia Pangeran
Ali Bin Pangeran Haji Mohd Daud dan Dato’ Setia Pangeran Haji Mohd Yusof (Mohd Nor
Abdullah, 1979). Antara tujuan dan matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah (Kassim
Thukiman, 2002):
1) Mengumpul segala pandangan dan cadangan mengenai penubuhan Malaysia
2) Menyebarkan maklumat mengenai idea Malaysia
3) Menggalakkan dan menganjurkan perbincangan mengenai idea Malaysia
4) Mengadakan pelbagai aktiviti untuk merealisasikan penubuhan Malaysia
Dibawah jawatankuasa ini, sebanyak 4 mesyuarat telah diadakan yang berlangsung di
Jesselton pada 24 Ogos 1961. Perkara-perkara yang diperhatikan dalam mesyuarat tersebut
adalah terdapat wakil-wakil daripada Borneo yang menyatakan bahawa mereka khuatir akan
dominasi Melayu , mereka tidak mahu sewenang-wenangnya pentadbiran British itu ditukar
menjadi pentadbiran Melayu (Jayum, 2003). Malahan Donald Stephen ada menyatakan
bahawa pandangan awal beliau yang negative terhadap pembentukan Malaysia adalah
disebabkan kurangnya maklumat mengenai idea tersebut. Selain itu, dalam mesyuarat itu
juga, mereka ada membincangkan mengenai segelintir daripada ahli jawatankuasa itu
menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan penggabungan
mereka dengan persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, Gabenor British di
Sabah (Sir Anthony Abell) dan Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi British di
Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) menganjurkan suatu perhubungan dijalankan terlebih
dahulu, kerana sebelum ini tidak ada sebarang perhubungan mahupun perjanjian yang
dilakukan secara rasmi antara ketiga-tiga buah negeri itu sebagaimana, yang dilakukan oleh
Singapura sebelum mereka sebuah bersatu di bawah persekutuan. Walaubagaimanapun, hasil
daripada perjumpaan pertama jawatankuasa ini, kelihatan penentangan terhadap
pembentukan Malaysia ini berkurang.
Hasil secara keseluruhan, mesyuarat yang dilakukan itu jawatankuasa ini
menjangkakan bahawa persekutuan Malaysia bakal mempunyai perkara-perkara seperti
kerajaan persekutuan, hak keistimewaan perlindungan , imigrasi, Bahasa, Agama, keutamaan
dalam perkhidmatan Awam bagi Sabah dan Sarawak serta hak kerakyatan (Jayum,2003),
perkara-perkara inilah yang terangkum didalam perlembagaan Malaysia 1963. Secara
keseluruhannya, dapat dilihat. penubuhan jawatankuasa ini adalah titik tolak kepada
pencapaian kesepakatan daripada pelbagai pihak yang memebrikan reaksi. Ianya merupakan
medium yang terpenting ke arah penubuhan Malaysia. Rentetan daripada penubuhan
jawatankuasa ini, telah berlaku beberapa peristiwa lain yang tidak kurang pentingnya seperti
perjanjian antara Persekutuan Malaya-Singapura, Misi ke London oleh Tunku Abdul Rahman,
Referendum Singapura sehinggalah ke pemisahan Singapura daripada Malaya, Suruhanjaya
Cobbold, Inter-Governmental Committee (IGC) sehinggalah pengisytiharan Malaysia dilakukan
pada 16 September 1963. Walaubagaimanapun, dalam penubuhan persekutuan Malaysia ini,
Brunei tidak termasuk atas sebab-sebab yang telah dibincangkan diatas, begitu juga dengan
Singapura yang telah menjadi sebuah negara yang tersendiri pada 9 Ogos 1965 kerana, faktor
keseimbangan kaum dan kebimbangan Tunku Abdul Rahman terhadap pengaruh komunis di
Singapura.
Setelah penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang meliputi Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tambahan kepada perlembagaan yang sedia
ada (Perlembagaan 1957) terutamanya dalam perlembagaan mengenai Sabah dan Sarawak.
Antaranya ialah (Kassim Thukiman, 2002):
i) Kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi
ii) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
iii) Tambahan perlembagaan bagi kedua-dua negeri dalam Perlembagaan
Persekutuan
iv) Ketua bagi persekutuan – Ketua negeri tidak boleh menjadi Ketua Negara bagi
Persekutuan
v) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya
vi) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya
vii) Imigresen diletakkan dibawah kuasa pusat, tetapi memasuki Sabah dan Sarawak
di bawah kerajaan negeri
viii) Borneonisation-keutamaan dalam perkhidmatan awam
Oleh itu dapat dilihat secara keseluruhannya, perlembagaan yang terbentuk ini adalah
rentetan daripada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Merdeka 1957 sehinggalah kepada perlembagaan yang ada pada hari ini. Kandungan
perlembagaan merupakan suatu yang rumit tetapi ianya perlu diketahui dan dihormati oleh
setiap rakyat. Hal ini kerana, perlembagaan inilah yang menjadi prinsip asas kepada sistem
perundangan yang ada pada kita pada hari ini. Lazimnya, institusi kehakiman sahaja yang
biasanya mentafsir setiap satu perkara di dalam perlembagaan berdasarkan kepada
pendekatan undang-undang.
Rumusannya, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malaysia ini bukanlah suatu perkara
yang dilakukan secara membabi buta hal ini kerana, ianya telah melalui suatu proses demi
proses untuk memastikan motif penubuhan Malaysia bukanlah suatu perkara mainan tetapi
ianya merupakan suatu komitmen yang sangat teliti daripada Tunku Abdul Rahman sendiri.
Dapat dilihat juga, penubuhan Malaysia ini bermula dengan idea penubuhan, bahkan idea-
idea berkaitan penubuhan Malaysia ini juga sebenarnya telah wujud lama sebelum Tunku
Abdul Rahman menyatakan hasrat beliau itu dan ianya telah melalui proses-proses yang
berperingkat seperti yang dibincangkan diatas. Selain itu juga, peristiwa-peritiswa di atas
merupakan antara peristiwa yang merupakan titik tolak utama kepada penubuhan Malaysia
sekaligus menjadi penyebab kepada tertubuhnya Malaysia.
(Dang Soryla, sampai 17 page setelah aku cuba meringkaskan, sebenarnya lagi banyak tapi
aku ndak masukkan uhuhu)
Rujukan
Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM.
Cheah Bon Kheng. (1983). Red Star Over Malay. Singapura: Singapore University Press.
Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaei Hj. Jamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi Abd
Razak. (2011). Pengaruh Nasionalisme Melayu Mempengaruhi Mewarnai Budaya Politik
Melayu Dalam Umno. Jurnal Melayu, (7), 193 – 216.
State Of Brunei Annual Report. (1958). dlm. Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In
Malaysia. London: Oxford University Press.
Maman, S, Mahayana. (2007). Gerakan Budaya Menjelang KEmerdekaan Indonesia –
Malaysia. Makara, Sosio Humaniora, 11 (2), 48-57.
Ahmat Adam. (2011). Partai Kebangsaan Melayu Malaya. JEBAT, 28, 63-74.
Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia. London: Oxford University Press.
Byungkuk Soh. (2012). Ideology and Shaping Of Malaysia A Socio- Intellectual History.
Jakarta: Universitas Indonesia.
Milne, R. S. & Mauzy, D. K. (1978). Politics and Government In Malaysia. Singapore: Federal
Publications.
Mohamad Rozi Abd. Razak. (2003). Gagasan Malaysia Dan Penglibatan British: Satu
Tinjauan. JEBAT, 29, 109-122.
Mohd Rizal Mohd Yaakop. (2009). Isu Pemisahan Singapura – Malaysia: Rasional
Keselamatan Politik. JEBAT, 62-89.
Jayum, A. Jawan. (2003). Malaysian Politics & Government. Selangor: Karisma Production
Sdn. Bhd.
Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj, Mohd
Rashid. (2003). Malaysian Studies: Nationhood And Citizenship. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan Politik.
Skudai, Johor: UTM.
Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm. Foreign Affair. dlm. Mohd
Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia. JEBAT, 36, 62-89.

More Related Content

What's hot

Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran Singapura
Rayyan Ikhwan
 
Pm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysiaPm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysia
azah narowi
 
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Khalidah Abd Hadi
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Brenda Rachel Marie
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
cgsha
 
6. pembentukan malaysia
6. pembentukan malaysia6. pembentukan malaysia
6. pembentukan malaysia
wk_aiman
 
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan MalaysiaSejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
hard.Life
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6
far84
 

What's hot (20)

Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran Singapura
 
Pm
PmPm
Pm
 
Penubuhan malaysia
Penubuhan malaysiaPenubuhan malaysia
Penubuhan malaysia
 
Pm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysiaPm bab 6 pembentukan malaysia
Pm bab 6 pembentukan malaysia
 
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
Pembentukan malaysia ( Pengajian Malaysia )
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
 
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
 
Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 6 - Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
 
6. pembentukan malaysia
6. pembentukan malaysia6. pembentukan malaysia
6. pembentukan malaysia
 
pemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignmentpemisahan singapura assignment
pemisahan singapura assignment
 
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan MalaysiaSejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
Sejarah STPM Penggal 3 Reaksi Pembentukan Malaysia
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
pemisahan singapura
pemisahan singapurapemisahan singapura
pemisahan singapura
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6Hist note form 5 chap 6
Hist note form 5 chap 6
 

Viewers also liked (18)

proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
01 latar belakang sejarah malaysia
01 latar belakang sejarah malaysia01 latar belakang sejarah malaysia
01 latar belakang sejarah malaysia
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
 
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah MelayuBab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
 
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Bab 5 Kemerdekaan 31 Ogos 1957
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
Sejarah Tingkatan 3: Bab 2
 
Ici final
Ici finalIci final
Ici final
 
Tsunamis
TsunamisTsunamis
Tsunamis
 
my house
my housemy house
my house
 
Enbe 2
Enbe 2Enbe 2
Enbe 2
 
muazzam
muazzammuazzam
muazzam
 
Virus
VirusVirus
Virus
 
Bulletin Newsletter - Summer Fall 2015
Bulletin Newsletter - Summer Fall 2015Bulletin Newsletter - Summer Fall 2015
Bulletin Newsletter - Summer Fall 2015
 
Calculated MOC 1
Calculated MOC 1Calculated MOC 1
Calculated MOC 1
 

Similar to Penubuhan Malaysia

Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
ladykathy
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Brenda Rachel Marie
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Mohd Sofian
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
sitinorafiqah
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
sitinorafiqah
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnload
Athira Anuar
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Hijaz Husna
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
hajar90
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptxIsu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
muhammadzulhilmi71
 

Similar to Penubuhan Malaysia (20)

Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptxbab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
bab 5.1 dan 5.2 tingkatan 5.pptx
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnload
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
SPM Sejarah
SPM Sejarah SPM Sejarah
SPM Sejarah
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptxIsu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
Isu-isu Berkaitan Perpaduan di Malaysia copy.pptx
 

Penubuhan Malaysia

  • 1. 1.0 Pengenalan Malaysia ataupun Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang telah terbentuk pada tahun 1963. Terangkum didalamnya, iaitu negeri-negeri di Tanah Melayu termasuklah Johor, Terengganu, Kedah, negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Selangor dan Melaka, dan kawasan di bahagian Borneo Sabah dan Sarawak. Penyatuan semua negeri ini dibawah satu lembahyung yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia dan sehingga hari ini dikenali sebagai Malaysia, bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat banyak perkara yang harus dititikberatkan termasuklah, reaksi daripada para penduduk di Sabah dan Sarawak, keseimbangan kaum, keselamatan dan pelbagai lagi. Gagasan penubuhan Malaysia telah dicetuskan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association of Southeast Asia di Singapura (Kassim Thukiman, 2002). Idea penggabungan dan penubuhan Malaysia ini bukan sekadar dibawa oleh Tunku Abdul Rahman sahaja, bahkan terdapat beberapa tokoh yang juga mengemukakan idea yang sama pada waktu yang berbeza seperti Lord Brassey, Mac Micheal, Lee Kwan Yew, Frank Swettenham dan MacMicheal. Oleh itu, dapat dilihat disini bahawa, idea penubuhan Malaysia bukanlah sekadar sembangan di kedai kopi bahkan ianya merupakan suatu perkara yang serius kerana dikemukakan sendiri oleh pemimpin tempatan yang terkemuka malahan, disokong sendiri oleh pihak British. Oleh itu, didalam penulisan ini, kita akan melihat bahawa, rasional penubuhan Malaysia melalui beberapa justifikasi yang akan dilakukan termasuklah idea-idea penubuhan Malaysia, Perkara-perkara yang membawa ke arah penubuhan Malaysia, Peristiwa-peristiwa penting ke arah penubuhan Malaysia, Penglibatan pemimpin-pemimpin tempatan dan British dalam penubuhan Malaysia, dan penulisan ini juga akan menyentuh secara ringkas mengenai fungsi Suruhanjaya Cobbold, perkara 20 yang melibatkan Sabah dan Sarawak, serta reaksi Filipina dan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Semua komponen ini akan disatukan didalam penulisan ini. Oleh itu,secara keluruhannya dapat dilihat, dapatlah dibuat penialaian mengenai rasional penubuhan Malaysia.
  • 2. 2.0 Idea Penubuhan Malaysia 2.1 Latar Belakang Idea Penubuhan Malaysia Seperti yang telah dibincangkan di atas, idea-idea penubuhan Malaysia ini telah dikemukakan sendiri oleh para tokoh-tokoh pemimpin terdahulu yang terkemuka. Dan antara yang paling awal memberikan idea mengenai penubuhan Malaysia ini adalah Tunku Abdul Rahman, walau bagaimanapun, haruslah diketahui bahawa, sebelum munculnya idea mengenai penubuhan Malaysia ini, idea penubuhan wilayah yang sama konsepnya ini pernah wujud di Asia Tenggara di kawasan Tanah Melayu sebelum Prang Dunia Kedua (Kassim Thukiman, 2002). Hal ini berlaku ketika dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) iaitu merupakan pemimpin bagi gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011). KMM merupakan suatu gerakan yang ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan di Tanah Melayu iaitu melalui cara penggabungan dengan Indonesia untuk membentuk “Melayu Raya” ataupun “Indonesia Raya” (Cheah Boon Kheng, 1983). Secara asasnya, gagasan Melayu Raya yang dibawa ini adalah berteraskan kepada suatu konsep dimana suatu bangsa itu ditentukan oleh persamaan budaya ataupun keturunan (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011). Hal ini bermakna, konsep penggabungan pada masa itu, adalah sekadar berteraskan kepada persamaan budaya ataupun keturunan bukan berdasarkan ideologi politik dan aliran pemikiran. Idea ini juga menunjukkan bahawa Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia merupakan satu rumpun yang sama iaitu Melayu namun dipisahkan oleh pihak koloni barat iaitu pihak Inggeris dan Belanda (Mohd Faidz, Jamaei, Mohd Rizal & Mohd Rodzi, 2011). Perpisahan itu adalah melalui perjanjian yang berlaku antara pihak Belanda dan Inggeris yang dikenali sebagai Perjanjian London 1824,melalui perjanjian tersebut Singapura dan Johor berada dibawah pihak Inggeris manakala Riau (Sebahagian daripada Indonesia) dan Lingga berada dibawah pengaruh Belanda (Maman, 2007). Menurut Maman (2007) juga menyatakan bahawa, meskipun kedua-dua wilayah itu berpisah dari aspek politik namun, kedua-duanya tetap mengamalkan hubungan sosio-kultural yang baik meskipun ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Ternyata kesatuan budaya itu merupakan aspek yang sangat penting. Hal ini bermakna juga penggabungan antara kedua-dua buah wilayah pada ketika itu adalah untuk mendapatkan kemerdekaan meskipun berbeza dari sudut ideologi dan politik dan cuma bersatu atas faktor budaya. Namun begitu, ianya tidak bertahan lama iaitu beberapa bulan sahaja, disebabkan masalah kepimpinan dan pemimpinnya ditangkap Jepun maka KMM pun dibubarkan.
  • 3. Namun begitu, idea ini berterusan sehinggalah Perang Dunia Kedua, apabila Dr. Burhanuddin Al-Helmi turut menyimpan citarasa yang sama. Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945, pada waktu itu Tanah Melayu sedang berada dalam konflik antara Cina dan Melayu (Ahmad Adam, 2001), antara dasar yang digariskan dalam Parti ini ialah seperti berikut (Ahmad Adam, 2001): 1. Menyatupadukan bangsa Melayu,menanam semangat kebangsaan dalam sanubari orang-orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya didalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya 2. Bertujuan hendak mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, berfikir, dan menuntut pelajaran 3. Menyokong perjuangan orang Indonesia dalam mendapatkan kemerdekaan Namun begitu, parti ini mengalami kemerosotan pada sekitar tahun 1949- 1950 akibat daripada peristiwa tangkap-menangkap daripada para ahli-ahli pertubuhan parti tersebut hal ini kerana, pada pertengahan tahun 1948, perisik British sudah mulai menghidu pergerakan Parti ini sehingga ke Sabah (Ahmat Adam, 2011), disamping itu juga, beberapa pemimpinnya yang merupakan orang penting seperti Boestamam dan Ishak Haji Mohamad sudah tidak memimpin parti itu. Oleh itu, secara keseluruhannya dpat dilihat, sememangnya perjuangan parti ini adalah lebih kurang sama seperti yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda. Oleh itu dapat dilihat, bahawa, cetusan idea dalam menggabungkan wilayah ini memang sudah ada sebelum idea penubuhan Malaysia yang menggabungkan wilayah atau Negara (yang digelar sebelum memasuki Malaysia), Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dalam membentuk persekutuan Malaysia. Rentetan daripada peristiwa kepada cetusan idea penggabungan wilayah ini, sebenarnya ianya bukanlah suatu yang baharu namun ianya memang sudah dikemukakan pada waktu dahulu. Ramai tokoh yang telah mengemukakan cadangan mereka dalam menubuhkan persekutuan Malaysia. 2.2 Tokoh-tokoh yang Mengemukakan Idea Penubuhan Malaysia Malcolm MacDonald Malcolm MacDonald merupakan Pesuruhjaya tinggi British telah mengemukakan cadangan untuk penyatuan wilayah-wilayah. Ketika Perang Dunia kedua, pihak Perancang British di London telah membuat penilaian secara umum mengenai masa depan semua kawasan takluk British di kawasan Asia, namun begitu perbincangan secara teliti telah dilakukan dengan mengambil kira hasrat pejabat kolonial yang lebih memilih kepentingan ekonomi dan minat
  • 4. mereka terhadap kawasan-kawasan British itu berbanding dengan keinginan mereka untuk mempromosikan penyatuan negeri-negeri di wilayah mereka (Ongkili, 1985). Hal ini bermakna, pihak British sememangnya lebih memikirkan kepentingan ekonomi mereka pada masa hadapan terhadap kawasan-kawasan takluk British itu. Hal ini bertepatan dengan salah satu matlamat British untuk menjalankan pemerintahan kolonial di Malaya adalah untuk keuntungan ekonomi demi kepentingan negara mereka (Byungkuk Soh, 2012). Namun begitu, selepas Perang Dunia Kedua, Thio Chan Bee iaitu ahli Majlis Legislatif dan Parti Progresif Singapura tidak menyokong penyatuan dengan Malaya tetapi bersetuju terhadap idea konfederasi Singapura, Malaya dan persekutuan Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei). Rentetan daripada idea tersebut, Malcolm MacDonald juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa idea itu turut berada dalam minda beliau, kerana, beliau berpendapat juga selepas persekutuan Borneo dilaksanakan, penyatuan kawasan tersebut dengan Malaya dan Singapura boleh diusahakan. Hal ini bermakna, berdasarkan idea yang dikemukakan oleh Malcolm MacDonald ini terdapat, dua perkara yang dikenal pasti iaitu yang pertama adalah persekutuan Borneo dan perkara yang kedua ialah penyatuan Malaya, Singapura dan Borneo Utara. Malcolm MacDonald ada menyatakan hasrat beliau dalam mewujudkan Persekutuan Borneo (Ongkili, 1985): “I suggested when I was British Commisioner-General For South-East Asia that the tree Borneo territories-Sarawak, Brunei and North Borneo-came together in a federation. They Had many things in common, for example, administration and economic pattern…. I Thought that if the Borneo Territories were federated they would be a stronger position as a larger political entity. They would also be in a bargaining position with any other neighbouring country” Melalui hal ini dapatlah kita ketahui, bahawa, mengapa Malcolm Mac Donald merasakan bahawa apabila ketiga-tiga wilayah itu bergabung ianya mampu untuk menyatukan Malaya dan Singapura juga. Persekutuan Borneo merupakan usaha pertama dari pimpinan pihak kolonial sendiri kerana, bagi pandangan pihak kolonial Sabah, Sarawak dan Brunei belum bersedia lagi untuk dimerdekakan secara berasingan tetapi mereka berfikir bahawa ketiga-tiga wilayah tersebut sesuai digabungkan dibawah satu persekutuan yang dinamakan sebagai Persekutuan Borneo. Salah satu usaha dalam penggabungan tersebut, telah dijalankan sebuah konferense di Kuching pada April 1953 yang dipengerusikan oleh Malcolm Mac Donald dan dihadiri oleh Sir
  • 5. Anthony Abell (Gabenor Sarawak), Sultan Omar Ali Saifuddin (Pesuruhjaya Tinggi british untuk Brunei dan Sir Ralph Hone (Gabenor Sabah) dan tiga orang wakil bagi setiap wilayah tersebut (Ongkili, 1985). Perkara utama dalam konferense tersebut, adalah untuk membincangkan mengenai perkembangan yang lebih besar terhadap pentadbiran dan polisi bagi ketiga-tiga wilayah tersebut. Walaubagaimanapun, Brunei menolak idea persekutuan Borneo tersebut. Hal ini kerana, Brunei tidak sanggup berkongsi minyak dengan Sarawak dan Sabah yang keadaan ekonominya lebih rendah berbanding Brunei (State Of Brunei Annual Report, 1958). Walaupun begitu, kedua-dua perkara ini tidak dapat dijalankan sehinggalah ucapan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Persekutuan Malaya mengeluarkan kenyataan penggabungan tersebut pada 27 Mei 1961. Ucapan Tunku ini boleh dikatakan waktu yang tepat, kerana, pada masa itu, para penduduk di Tanah Melayu dan kawasan Borneo sudah mempunyai kesedaran terhadap nasionalisme atau cinta akan tanah air. Lord Brassey Pada abad ke-19, Lord Brassey iaitu merupakan pengarah bagi Syarikat Borneo Utama ada memberikan cadangan kepada kerajaan British agar menggabungkan wilayah gabungan mereka di kawasan Borneo dengan negeri-negeri di Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat (NNS) menjadi sebuah kerajaan atau koloni yang besar (Milne & Mauzy, 1978). Namun begitu, cadangan Lord Brassey pada tahun 1894. Melalui hal ini, dapat dilihat, cadangan Lord Brassey ini ditolak kerana, British berfikir, kawasan wilayah naungan mereka masih belum cukup kukuh sebagai sebuah kerajaan sendiri terutamanya dari aspek pengurusan ekonomi mereka, oleh sebab itulah, para pemegang saham tidak bersetuju dengan cadangan Lord Brassey. Mereka ingin menjaga kepentingan ekonomi mereka di kawasan-kawasan terbabit. David Marshal & Lim Yew Hock Kedua-dua tokoh ini merupakan mantan perdana menteri Singapura, juga berpendapat untuk menggabungkan kedua-dua buah wilayah iaitu antara wilayah Singapura dan Malaya, mereka menjustifikasikan bahawa suatu unit ekonomi akan terbentuk. Dengan perkembangan perindustrian yang pesat antara kedua-dua belah ekonomi bagi setiap wilayah tersebut kedudukan ekonomi akan bertambah kukuh (Milne & Mauzy, 1978). Sesetengah parti di Malaya menerima cadangan tersebut namun sebahagian lagi tidak menerimanya iaitu seperti Umno walaupun, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa, kemasukan Singapura adalah sebahagian daripada unit didalam Persekutuan Malaya tetapi tidak akan memiliki taraf yang sama dalam persekutuan tersebut.
  • 6. Oleh itu, hal ini bermakna, kedua-dua tokoh ini menginginkan agar kedua-dua buah negara bersatu didalam Persekutuan Malaya. Namun begitu, pihak Umno tidak bersetuju atas cadangan tersebut, hal ini kerana, mereka tidak mahu politik di Tanah Melayu itu sendiri didominasi oleh kaum Cina yang majoritinya berada di Singapura. Orang Melayu tahu bahawa jika politik menjadi berbilang kaum dan berteraskan ideologi dalam jangka masa panjang mereka akan menjadi rugi, disamping itu juga, berkemungkinan besar ahli politik yang lebih pintar iaitu Lee akan merampas kedudukan mereka (Mohd Rizal, 2009). Mereka merasakan pada suatu hari nanti, kedudukan mereka sebagai pemimpin tempatan akan terjejas. Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan penubuhan Malaysia sewaktu beliau berucap dalam persidangan Foreign Correspondent Association pada 27 Mei 1961. Walaupun begitu, cadangan penubuhan Malaysia ini bukanlah suatu cadangan yang baru dikemukakan ianya pernah dikemukakan juga oleh Malcolm McDonald dan Lord Brassey (Milne & Mauzy, 1978) dan dikemukakan juga oleh Ghazalie Syafie iaitu ahli politik Malaysia, berkaitan idea tersebut pada tahun 1954. Berhubung dengan idea penubuhan Malaysia itu, Tunku Abdul Rahman telah menjalankan pelbagai usaha dalam menjadikan matlamat itu sebagai suatu realiti. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai reaksi diterima selepas sahaja idea yang dikemukakan oleh Tunku itu seperti Parti Islam Setanah Melayu, (PAS), Parti Buruh Tanah Melayu, Parti Rakyat, Parti berhaluan kiri di Singapura iaitu Barisan Sosialis, Parti Bekerja dan Parti Rakyat Bersatu (Mohammad Rodzi, 2003). Malahan hasrat serta idea Tunku Abdul Rahman pernah dikemukan pada tahun 1955 lagi ketika konferens UMNO diadakan. Idea penggabungan yang diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman ini adalah berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu keselamatan Singapura, ketidakseimbangan kaum dan perluasan wilayah. Teori Keselamatan Singapura ini adalah berkaitan dengan kedudukan Politik di Singapura yang tidak stabil, walaubagaimanapun, Tunku Abdul Rahman berasa bimbang mengenai pengaruh komunis yang ada di Singapura itu. Hal ini kerana, jika penggabungan ini terjadi, kemungkinan besar ledakan idealisme komunis ini akan tersebar di kawasan Tanah Melayu, namun begitu, jika Singapura dibiarkan begitu sahaja, perkara yang lebih buruk akan terjadi iaitu Singapura tidak mustahil akan menjadi sebuah negara Komunis,dan ini akan memberikan impak yang buruk kepada kawasan yang berada di sekitar Singapura yang boleh diserang oleh negara-negara komunis yang lain untuk mencapai hasrat mereka (Mohd Rizal, 2009). Hal ini bermakna, penggabungan merupakan antara langkah terbaik pada masa itu kerana, dasar luar inilah yang mengubah pemikiran Tunku Abdul Rahman untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah politik dalaman Singapura, dan keadaan
  • 7. Tunku pada ketika ini boleh diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak. Akhirnya, penggabungan antara Singapura dan Tanah Melayu telah termeterai dibawah satu perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Persekutuan Malaya-Singapura pada bulan November 1961 (Federation Of Malaya-Singapore Agreement) (Jayum, 2003). Namun, Singapura akhirnya dipisahkan dari Malaysia disebabkan beberapa faktor iaitu seperti konsep Malaysian Malaysia yang dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew, konsep ini dikatakan oleh pemimpin Melayu tempatan berat sebelah dan hanya memperjuangkan nasib Orang Cina pada sekitar tahun 1964 – 1965. Oleh itu,rentetan daripada penggabungan Singapura ini, Tunku berfikir adalah rasional untuk menubuhkan Malaysia dengan membawa masuk Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menjadi pengimbang kaum. Hal ini kerana, kemasukan Singapura ini secara tidak langsung akan mewujudkan ketidakseimbangan kaum bagi penduduk di Tanah Melayu. Kemasukan Singapura ini akan menyebabkan majority penduduk berketurunan Cina bertambah ramai dan secara langsung boleh mengatasi jumlah bumiputera Melayu. Secara tidak langsung juga teori ketidak seimbangan kaum ini idea untuk penubuhan Malaysia ini diperluaskan lagi sehingga ke Sabah, Sarawak dan Brunei. Melalui teori ini juga, munculnya Teori Perluasan wilayah, hal ini kerana, dapat dilihat penubuhan Malaysia ini ianya melibatkan beberapa kawasan membentuk kepada satu pentadbiran iaitu dibawah suatu persekutuan disamping itu juga, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa perlunya kesatuan politik dan ekonomi di kawasan bekas taklukan British. Tambahan pula, teori keselamatan juga mempelopori idea penubuhan Malaysia Tunku Abdul Rahman ini. Hal ini kerana, dengan penubuhan Malaysia ianya dapat menjadi senjata dalam menentang komunisme, kerana Tanah Melayu sangat berpegang kuat kepada dasar antikomunis. Lee Kuan Yew Masalah ledakan komunis di Singapura merupakan antara faktor paling utama yang mendorong ke arah hasrat pemimpin Singapura pada masa itu, iaitu Lee Kuan Yew untuk bergabung dengan Tanah Melayu. Pada awal tahun 1960-an, pencapaian Parti tindakan Rakyat (PETIR) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew telah merosot dalam pemilihan kerusi parlimen. Pada tahun 1959, PETIR menguasai 43 buah kerusi daripada 51 buah kerusi, tetapi pada tahun berikutnya iaitu 1961, PETIR hanya mampu menguasai 27 buah kerusi sahaja di parlimen (Kassim, 2002). Barisan Sosialis yang dikatakan pro kepada komunis telah Berjaya
  • 8. menyekat penguasaan PETIR. Kekalahan yang dialami dalam pilihan raya di Anson dan Hong Lim pada tahun 1961 telah membimbangkan Lee Kuan Yew. Oleh itu,dapat dlihat disini bahawa, Lee Kuan Yew mahu bergabung dengan Tanah Melayu untuk mengelak daripada merebaknya penguasaan Komunis di Singapura yang sudah tentu boleh mengganggu gugat kepimpinan beliau di Singapura dan secara tidak langsung boleh membawa kepada impak negative kepada pembangunan Singapura. Hal ini kerana, terdapat pemberontakan yang dilakukan dalam parti-parti yang berhaluan kiri ini, hal ini dapat dilihat, pihak komunis di bawah pimpinan Barisan Buruh Singapura, telah melancarkan suatu siri pemberontakan dan penyusupan di kesatuan-kesatuan perdagangan dan Berjaya mewujudkan kesatuan-kesatuan buruh dan perdagangan kemudiannya, kesatuan-kesatuan ini akan dihasut oleh mereka untuk mengurus dan melaksanakan pemberontakan dan rusuhan (Mohd Rizal, 2009). Dan disebabkan faktor inilah yang telah menyebabkan Lee Kuan Yew cenderung untuk mempengaruhi pemikiran politik Tunku Abdul Rahman.
  • 9. 3.0 Peristiwa-peristiwa Penting yang Membawa Ke arah Penubuhan Malaysia 3.1 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan hasil rundingan antara kerajaan British dengan para pemimpin UMNO dan wakil-wakil raja apabila perlembagaan Malayan Union yang diwujudkan pada tahun 1946 itu telah mendapat tentangan daripada para pemimpin tempatan (Kassim, 2002). Antara kandungan dalam Perlembagaan Malayan Union ini adalah seperti berikut: 1) sebuah Malayan Union bagi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang 2) kuasa yang ada pada raja terlalu sedikit dan kuasa telah dipindahkan kepada baginda Queen 3) hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan hak yang sama rasa bagi semua kaum 4) kewarganegaraan serupa bagi Malayan Union dan jajahan Singapura Berdasarkan kandungan diatas, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malayan Union ini sememangnya secara tidak langsung ingin mewujudkan kesamarataan antara golongan penduduk di Tanah Melayu dan golongan imigran dari luar. Malahan, kuasa raja terjejas padahal raja merupakan kuasa tertinggi dalam masyarakat tradisional Melayu. Malahan hak istimewa orang Melayu juga terhapus dengan pembentukan Malayan Union ini dengan kewarganegaraan yang terlalu longgar juga menyebabkan kedudukan orang Melayu di tanah air mereka sendiri boleh terjejas. Disebabkan inilah, mengapa orang Melayu bangkit untuk menentang Malayan Union khususnya daripada golongan pemimpin tempatan. Namun begitu, isu hangat yang menjadi persoalan kepada perlembagaan Malayan Union ini adalah mengenai pemberian kerakyatan yang terlalu longgar dan mudah seperti kepada sesiapa yang dilahirkan didalam negeri-negeri Union atau tanah jajahan Singapura dan rakyat British yang boleh mendapat kerakyatan ini tanpa hilang kerakyatan Britishnya. Oleh itu mulai 1 Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union, antara kandungan utama perlembagaan tersebut itu adalah: 1) Persekutuan mengandungi Sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat 2) Kedudukan dan fungsi-fungsi raja telah dipulihkan
  • 10. 3) Hak istimewa orang Melayu dikekalkan 4) Pemberian kewarganegaraan diperketatkan melalui syarat-syarat tertentu Jika dilihat Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini, kandungannya adalah lebih baik berbanding perkara-perkara yang terdapat di dalam Malayan Union. Hak-hak orang Melayu itu sendiri lebih terjamin melalui persekutuan ini. Isu hangat dalam kalangan pemimpin tempatan telah dirombak semula dan akhirnya, hasil rundingan tersebut, pemberian kewarganegaraan telah diperketatkan dengan syarat-syarat tertentu namun, golongan imigran yang datang tetap mempunyai hak mereka. Hal ini kerana, melalui pembentukan persekutuan ini Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai tugas yang penting yakni sebagai pelindung bagi menjaga dua perkara iaitu “kedudukan istimewa orang Melayu” dan “hak komuniti yang lain” (Milne & Mauzy, 1978). Namun begitu, seperti yang dikatakan, pemilikan kewarganegaraan adalah lebih ketat berbanding sebelumnya terutamanya kepada orang yang bukan Melayu. Dalam kes mengenai kewarganegaraan yang termaktub didalam persekutuan ini ialah hak kewarganegaraan tidak boleh diperoleh secara automatik. Automatik disini bermaksud jika seseorang itu lahir didalam persekutuan atau bapa atau kedua-duanya sekali lahir didalam persekutuan atau tinggal didalam persekutuan dalam tempoh tertentu, ianya dikira sebagai warganegara (Milne & Mauzy, 1978). Hak kewarganegaraan yang tidak boleh diperolehi secara automatik bermaksud ianya harus diperolehi melalui permohonan. Pemohon hendaklah mempunyai karakter yang baik, mengakui untuk tinggal tetap di persekutuan dan mempunyai pengetahuan dalam berbahasa Melayu dan Inggeris, namun begitu, syarat-syarat ini menurut Milne & Mauzy (1978), bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Sekitar tahun 1949, hanya sekadar 500,000 orang penduduk Cina sahaja yang terdapat dalam persekutuan dan menjadi warganegara. Rentetan daripada perkara tersebut, suatu serangan gerila daripada pihak komunis daripada pihak Parti Komunis Malaya dengan melakukan pelbagai keganasan yang berlangsung selama 12 bulan, serangan gerila ini digelar sebagai “The Emergency” yang berlaku pada sekitar tahun 1948 (Milne & Mauzy, 1978). Titiik tolak kepada peristiwa ini, orang Melayu telah menjadikan hal ini sebagai suatu langkah untuk meminta kemerdekaan daripada pihak British, hal ini kerana, orang Melayu berfikir, pemberontakan yang dilakukan oleh pihak komunis itu adalah untuk menentang “imperialisme” dan pemberontakan ini secara perlahan- lahan akan berkurang jika kerajaan yang memerintah adalah orang Melayu dan bukan pihak British. Hal ini kerana,objektif PKM adalah untuk mengusir pemerintahan British (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003).
  • 11. Oleh itu, secara keseluruhannya dapatlah dilihat bahawa, penubuhan persekutuan Tanah Melayu 1948 ini merupakan suatu peristiwa penting dan termasuk dalam suatu faktor yang telah membawa penduduk Tanah Melayu ke arah kemerdekaan. Persekutuan ini juga merupakan platform bagi orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan, malahan sehingga kini Persekutuan 1948 masih terdapat di dalam Perlembagaan kita pada hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa, betapa pentingnya persekutuan ini sebagai rangka kepada pembentukan kerajaan. Hal ini kerana, persekutuan ini merupakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama yang telah diisytiharkan menggantikan Perlembagaan Malayan Union, seterusnya diikuti dengan Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sehinggalah kepada perlembagaan yang ada pada hari ini. Harus juga diingat bahawa, selepas sahaja Tanah Melayu telah memperolehi kemerdekaan, hal inilah telah membawa ke arah penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. 3.2 Pilihan raya 1955 Pada awal permulaan peristiwa “The Emergency” iaitu sekitar tahun 1948, terdapat suatu pertubuhan parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO (United Malay Nation Organisation). Kewujudan parti ini adalah salah suatu usaha ke arah pemerintahan sendiri di Tanah Melayu. Malahan, kerajaan British mendakwa mereka berusaha ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat Melayu (Kassim Thukiman, 2002). Selepas sahaja peristiwa serangan gerila, itu yang terdiri daripada majoritinya orang Cina disamping, keadaan komposisi kaum di Tanah Melayu yang pelbagai telah menyebabkan British menggalakkan kerjasama antara kaum melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum pada tahun 1948 yang dicadangkan oleh Malcolm MacDonald. Melalui jawatankuasa inilah, telah mempengaruhi pemikiran Dato Onn Jaafar agar keahlian UMNO itu dibuka oleh pelbagai kaum, namun begitu cadangan ini telah ditolak oleh perwakilan UMNO sendiri. Usaha ini diteruskan lagi oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengasaskan penubuhan parti yang lebih besar yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Kerajaan British telah mengadakan beberapa siri pilihan raya di ebberapa buah majlis tempatan yang bertujuan untuk memperkenalkan sistem pemilihan berdasarkan konsep demokrasi. Pada tahun 1954 bulan ogos, Undang-Undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diluluskan yang membolehkan pilihan raya Persekutuan yang pertama diadakan di Tanah Melayu, dan antara yang bertanding termasuklah Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC), Parti Negara, Parti Buruh Tanah Melayu, Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Perak, Persatuan Kebangsaan Perak dan Liga Melayu Perak. Pada tanggal 1 Mac 1955, T.E Smith Penyelia Pilihanraya
  • 12. Persekutuan telah mengumumkan bahawa pilihan raya Persekutuan yang pertama itu akan di adakan pada hari Rabu 27 Julai 1955, dan berikut merupakan keputusan pilihan raya pada tahun 1955 dalam kalangan parti-parti yang bertanding: Nama Parti Calon Menang Jumlah Undi Peratus Parti Perikatan 52 51 818,013 79.6 Parti Negara 33 - 78, 909 7.6 Parti Islam Se Malaya 11 1 40, 667 3.9 Pers. Kebangsaan Perak 9 - 20,996 2.0 Liga Melayu Perak 3 - 5,433 0.5 Parti Progresif Perak 2 - 1,081 0.1 Parti Buruh 4 - 4,786 0.4 Calon Bebas 18 - 31,642 3.0 (Sumber: Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM). Berdasarkan jadual diatas di atas, jelas menunjukkan Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955. Oleh itu, kepimpinannya, telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London pada 1 Januari 1956 untuk membuat perundingan mengenai kemerdekaan negara. Ahli-ahli rombongan tersebut, termasuklah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abd. Rahman, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, T.H. Tan dan V.T Sambanthan. Oleh itu, hal ini bermakna, pilihan raya pada tahun 1955 ini merupakan pilihan raya yang Pertama dalam sejarah Tanah Melayu sendiri dalam membawa ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu. Melalui pilihan raya inilah, kepimpinan parti yang menang ini telah memohon kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan orang yang telah mengumumkan penubuhan Malaysia. Rentetan daripada hasil rundingan tersebut, suatu perlembagaan telah disepakati yang dikenali sebagai Perlembagaan Merdeka 1957. 3.3 Perlembagaan Merdeka 1957 Perlembagaan ini merupakan asas kepada perlembagaan yang terbentuk pada tahun 1963. Hal ini kerana, selepas sahaja, penubuhan Malaysia, perlembagaan 1963 telah dilaksanakan rentetan daripada perlembagaan ini. Berlaku penambahan terhadap perlembagaan ini yang menyentuh berkaitan Sabah dan Sarawak. Cadangan berkaitan kemerdekaan telah diterima dan di luluskan oleh pihak Majlis Legistatif Persekutuan pada 15 Ogos 1957 namun pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah diadakan pada 31 Ogos 1957 dan secara
  • 13. langsung juga pada hari pengisytiharan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri yang pertama (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003). Perlembagaan Merdeka pada tahun 1957 ini adalah berdasarkan kepada konsep monarki dan demokrasi dan menepati prinsip-prinsip sepetti berikut (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003): 1) Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara Malaya, tetapi pemimpin bagi setiap negeri adalah ketua bagi setiap negeri mereka masing-masing 2) Orang Melayu mempunyai hak istimewa mereka dan dijamin oleh perlembagaan 3) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan walaubagaimanapun, bahasa Inggeris tetap boleh digunakan oleh Majlis Legislatif dalam jangka masa 10 tahun selepas merdeka 4) Orang yang lahir dalam Malaya atau selepas Merdeka adalah secara automatiknya menjadi warganegara Malaya 5) Islam menjadi agama rasmi bagi Persekutuan Malaya, tapi kebebasan beragama di bolehkan bagi orang bukan Islam 3.4 The Borneo Dialogue Seperti yang telah dibincangkan diatas, Tunku Abdul Rahman merupakan orang yang telah mencadangkan penubuhan Malaysia selepas Tanah Melayu merdeka. Hal ini kerana, bagi Tunku sendiri adalah merasakan suatu keperluan untuk membentuk kesatuan politik dan ekonomi bagi bekas tanah jajahan British di Asia Teggara. Hasrat Tunku Abdul Rahman ini telah pernah disuarakan pada tahun 1955 ketika konferense UMNO dijalankan, pada ketika itu, dan ingin menjemput Singapura untuk masuk Malaya. Kemudian 6 buulan kemudian pada tahun yang sama juga, idea itu dikembangkan lagi, dan Tunku bersedia untuk menerima bukan sahaja Singapura tetapi Sarawak, Brunei, dan Borneo Utara selepas mereka memperoleh kemerdekaan (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003). Walaubagaimanapun, hasrat Tunku ini hanya terlaksana pada tahun 1961 iaitu lebih kurang 5 tahun selepas Tunku menyatakan hasrat beliau pada tahun 1955. Pada 27 Mei 1961, ketika perjumpaan untuk South East Asian Journalists di Singapura, Tunku telah menyatakan hasrat beliau ini dengan begitu serius dan penuh komitmen (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003). Didalam ucapan beliau:
  • 14. (Sumber: Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm. Foreign Affair. dlm. Mohd Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia. JEBAT, 36, 62-89.) Tunku juga ada menjelaskan mengenai faedah yang boleh didapati oleh semua ahli dalam penggabungan ini. Sebelum mendedahkan hasrat beliau ini secara umum, Tunku Abdul Rahman telah melakukan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Lee Kuan Yew pada tahun 1961 bulan januari, Senu Abdul Rahman iaitu merupakan ahli politik Malaysia dan merupakan setiausaha Agung UMNO yang pertama, beliau berbincang mengenai hasil survei beliau di Sabah ,Sarawak dan Brunei pada tahun 1960 dan perjumpaan dengan Harold MacMillan (Perdana Menteri British) di London pada februari 1961 (Nazaruddin, Ma’rof, Asnarulkhadi & Ismail, 2003). Hasrat Tunku kemudiannya, telah menyebabkan kerana terdapat pelbagai reaksi yang daripada borneo mengenai penubuhan Malaysia itu. Hal ini dapat dilihat, ketika lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak pada awal bulan julai 1961, perasaan Anti-Persekutuan sangat kuat dalam dalam kalangan penduduk. Pada 5 Julai 1961, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Stephen Kalong Ningkan adalah sangat menentang keras terhadap hasrat Tunku ini, beliau juga menyatakan Sarawak ini tidak akan diletakkan ke dalam persekutuan dan jika hal itu berlaku, maka ianya akan ditentang secara habis-habisan. Pernyataan yang sama juga dikeluarkan oleh Ong Kee Hui, Pengerusi Sarawak Sarawak United People Party (SUPP). Manakala, di Sabah pula, Donald Stephen (Tun Ahmad Fuad Stephen) menyatakan beiau akan menentang untuk meletakkan Sabah ke dalam Malayan Colonies. Tambahan pula, di Singapura Lee Kuan Yew amat menyokong kuat mengenai penubuhan Malaysia ini sehingga tertubuhnya Dialog Borneo (Dialogue Borneo) (Jayum, 2003). Gabenor British di Sabah (Sir Anthony Abell) dan Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi British di Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) telah mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Awam di Singapura mengenai penubuhan Malaysia ini. Tidak ada kata putus yang dicapai. Walaubagaimanapun, isu penggabungan ini kemudiannya telah menyebabkan
  • 15. kerjasama yang rapat terjalin antara Borneo sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyertai persekutuan. 3.5 Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee) Disebabkan pelbagai reaksi daripada pihak-pihak yang telah dibincangkan diatas, suatu perbincangan secara tidak rasmi telah buat dengan perwakilan Sabah dan Sarawak yang terdapat di Singapura pada 23 Julai 1961 dan hasil perbincangan tersebut telah tertubuhnya suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysia Solidarity Consultative Committee). Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Tanah Melayu dan Singapura iaitu Lee Kuan Yew, Ismail Yusof & Dato Ong Yokelin manakala Borneo pula, Sarawak diwakili oleh Temenggung Jugah Ann Barieng dan Dato Abang Haji Openg , Sabah diwakili oleh Datu Mustapha Bin Datu Harun dan Donald Stephen, Brunei pula diwakili oleh Dato’ Setia Pangeran Ali Bin Pangeran Haji Mohd Daud dan Dato’ Setia Pangeran Haji Mohd Yusof (Mohd Nor Abdullah, 1979). Antara tujuan dan matlamat penubuhan jawatankuasa ini adalah (Kassim Thukiman, 2002): 1) Mengumpul segala pandangan dan cadangan mengenai penubuhan Malaysia 2) Menyebarkan maklumat mengenai idea Malaysia 3) Menggalakkan dan menganjurkan perbincangan mengenai idea Malaysia 4) Mengadakan pelbagai aktiviti untuk merealisasikan penubuhan Malaysia Dibawah jawatankuasa ini, sebanyak 4 mesyuarat telah diadakan yang berlangsung di Jesselton pada 24 Ogos 1961. Perkara-perkara yang diperhatikan dalam mesyuarat tersebut adalah terdapat wakil-wakil daripada Borneo yang menyatakan bahawa mereka khuatir akan dominasi Melayu , mereka tidak mahu sewenang-wenangnya pentadbiran British itu ditukar menjadi pentadbiran Melayu (Jayum, 2003). Malahan Donald Stephen ada menyatakan bahawa pandangan awal beliau yang negative terhadap pembentukan Malaysia adalah disebabkan kurangnya maklumat mengenai idea tersebut. Selain itu, dalam mesyuarat itu juga, mereka ada membincangkan mengenai segelintir daripada ahli jawatankuasa itu menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan penggabungan mereka dengan persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, Gabenor British di Sabah (Sir Anthony Abell) dan Sarawak (Sir Ralph Hone) dan pesuruhjaya Tinggi British di Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) menganjurkan suatu perhubungan dijalankan terlebih
  • 16. dahulu, kerana sebelum ini tidak ada sebarang perhubungan mahupun perjanjian yang dilakukan secara rasmi antara ketiga-tiga buah negeri itu sebagaimana, yang dilakukan oleh Singapura sebelum mereka sebuah bersatu di bawah persekutuan. Walaubagaimanapun, hasil daripada perjumpaan pertama jawatankuasa ini, kelihatan penentangan terhadap pembentukan Malaysia ini berkurang. Hasil secara keseluruhan, mesyuarat yang dilakukan itu jawatankuasa ini menjangkakan bahawa persekutuan Malaysia bakal mempunyai perkara-perkara seperti kerajaan persekutuan, hak keistimewaan perlindungan , imigrasi, Bahasa, Agama, keutamaan dalam perkhidmatan Awam bagi Sabah dan Sarawak serta hak kerakyatan (Jayum,2003), perkara-perkara inilah yang terangkum didalam perlembagaan Malaysia 1963. Secara keseluruhannya, dapat dilihat. penubuhan jawatankuasa ini adalah titik tolak kepada pencapaian kesepakatan daripada pelbagai pihak yang memebrikan reaksi. Ianya merupakan medium yang terpenting ke arah penubuhan Malaysia. Rentetan daripada penubuhan jawatankuasa ini, telah berlaku beberapa peristiwa lain yang tidak kurang pentingnya seperti perjanjian antara Persekutuan Malaya-Singapura, Misi ke London oleh Tunku Abdul Rahman, Referendum Singapura sehinggalah ke pemisahan Singapura daripada Malaya, Suruhanjaya Cobbold, Inter-Governmental Committee (IGC) sehinggalah pengisytiharan Malaysia dilakukan pada 16 September 1963. Walaubagaimanapun, dalam penubuhan persekutuan Malaysia ini, Brunei tidak termasuk atas sebab-sebab yang telah dibincangkan diatas, begitu juga dengan Singapura yang telah menjadi sebuah negara yang tersendiri pada 9 Ogos 1965 kerana, faktor keseimbangan kaum dan kebimbangan Tunku Abdul Rahman terhadap pengaruh komunis di Singapura. Setelah penubuhan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 yang meliputi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tambahan kepada perlembagaan yang sedia ada (Perlembagaan 1957) terutamanya dalam perlembagaan mengenai Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah (Kassim Thukiman, 2002): i) Kedua-dua negeri tidak mempunyai agama rasmi ii) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi iii) Tambahan perlembagaan bagi kedua-dua negeri dalam Perlembagaan Persekutuan iv) Ketua bagi persekutuan – Ketua negeri tidak boleh menjadi Ketua Negara bagi Persekutuan v) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya vi) Nama bagi Persekutuan ialah Malaysia bukan Melayu Raya
  • 17. vii) Imigresen diletakkan dibawah kuasa pusat, tetapi memasuki Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan negeri viii) Borneonisation-keutamaan dalam perkhidmatan awam Oleh itu dapat dilihat secara keseluruhannya, perlembagaan yang terbentuk ini adalah rentetan daripada perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Merdeka 1957 sehinggalah kepada perlembagaan yang ada pada hari ini. Kandungan perlembagaan merupakan suatu yang rumit tetapi ianya perlu diketahui dan dihormati oleh setiap rakyat. Hal ini kerana, perlembagaan inilah yang menjadi prinsip asas kepada sistem perundangan yang ada pada kita pada hari ini. Lazimnya, institusi kehakiman sahaja yang biasanya mentafsir setiap satu perkara di dalam perlembagaan berdasarkan kepada pendekatan undang-undang. Rumusannya, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malaysia ini bukanlah suatu perkara yang dilakukan secara membabi buta hal ini kerana, ianya telah melalui suatu proses demi proses untuk memastikan motif penubuhan Malaysia bukanlah suatu perkara mainan tetapi ianya merupakan suatu komitmen yang sangat teliti daripada Tunku Abdul Rahman sendiri. Dapat dilihat juga, penubuhan Malaysia ini bermula dengan idea penubuhan, bahkan idea- idea berkaitan penubuhan Malaysia ini juga sebenarnya telah wujud lama sebelum Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat beliau itu dan ianya telah melalui proses-proses yang berperingkat seperti yang dibincangkan diatas. Selain itu juga, peristiwa-peritiswa di atas merupakan antara peristiwa yang merupakan titik tolak utama kepada penubuhan Malaysia sekaligus menjadi penyebab kepada tertubuhnya Malaysia. (Dang Soryla, sampai 17 page setelah aku cuba meringkaskan, sebenarnya lagi banyak tapi aku ndak masukkan uhuhu) Rujukan Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM. Cheah Bon Kheng. (1983). Red Star Over Malay. Singapura: Singapore University Press. Mohd Faidz Mohd Zain, Jamaei Hj. Jamil, Mohd Rizal Mohd Yaakob & Mohamad Rodzi Abd Razak. (2011). Pengaruh Nasionalisme Melayu Mempengaruhi Mewarnai Budaya Politik Melayu Dalam Umno. Jurnal Melayu, (7), 193 – 216.
  • 18. State Of Brunei Annual Report. (1958). dlm. Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia. London: Oxford University Press. Maman, S, Mahayana. (2007). Gerakan Budaya Menjelang KEmerdekaan Indonesia – Malaysia. Makara, Sosio Humaniora, 11 (2), 48-57. Ahmat Adam. (2011). Partai Kebangsaan Melayu Malaya. JEBAT, 28, 63-74. Ongkili, J. P. (1985). Nation Building In Malaysia. London: Oxford University Press. Byungkuk Soh. (2012). Ideology and Shaping Of Malaysia A Socio- Intellectual History. Jakarta: Universitas Indonesia. Milne, R. S. & Mauzy, D. K. (1978). Politics and Government In Malaysia. Singapore: Federal Publications. Mohamad Rozi Abd. Razak. (2003). Gagasan Malaysia Dan Penglibatan British: Satu Tinjauan. JEBAT, 29, 109-122. Mohd Rizal Mohd Yaakop. (2009). Isu Pemisahan Singapura – Malaysia: Rasional Keselamatan Politik. JEBAT, 62-89. Jayum, A. Jawan. (2003). Malaysian Politics & Government. Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj, Mohd Rashid. (2003). Malaysian Studies: Nationhood And Citizenship. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Carnell. (1955). Dlm. Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM. Rahman, T. A. (1965). Malaysia: Key Area in Southeast Asia. dlm. Foreign Affair. dlm. Mohd Rizal. (2009). Isu Pemisahan Singapura Malaysia. JEBAT, 36, 62-89.