1. Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurnia-Mu,
maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Perasmian Program
Rakan Alam Sekitar dan Program Flagship Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar
Kami memohon agar majlis yang mulia ini dianugerahkan keberkatan,
kesejahteraan, kekuatan, hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami
dapat terus menghirup udara dimuka bumi-Mu yang nyaman lagi damai ini.
Sempena Majlis Perasmian pada kali ini, kami memohon agar Engkau
semaikanlah di dalam jiwa kami sekalian dengan semangat cintakan kepada
1
2. keceriaan dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Jauhkanlah kami dari
sebarang sifat tamak dan haloba dalam mengejar kepentingan dunia tanpa
mengambilkira kemusnahan alam sekitar. Hindarkanlah kami dan seluruh warga
negeri Sarawak dan negara Malaysia ini dari sifat tidak bertanggungjawab dalam
menjaga persekitaran kami. Harapan kami, agar Majlis ini akan membangkitkan
kesedaran kami, memperbaiki akhlak dan sikap tanggungjawab kami dalam usaha
menjadikan negeri Sarawak dan Negara Malaysia ini bersih dan sentiasa ceria.
Ya Allah, tanamkanlah ke dalam jiwa kami dan anak-anak generasi kami sifat
menghargai alam sekitar. Berikanlah kami kekuatan untuk mendidik dan
memberi kesedaran kepada mereka supaya anugerah-Mu yang tidak ternilai ini
sentiasa terjaga dan terpelihara. Kurniakanlah kami ilham dan pemikiran yang
bernas agar masalah-masalah alam sekitar yang dihadapi dapat diatasi dengan
cara yang terbaik.
{ .
2