1. Segala puji dan syukur kami rafakkan pada-Mu ya Allah,
Tuhan yang memiliki segala ketinggian dan kemuliaan.
Engkaulah sesungguhnya Tuhan yang mencipta dan
mentadbir seluruh alam dan kehidupan. Selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan
para sahabat Baginda sekalian.
2. Sesungguhnya kami berhimpun di sini sempena Majlis Apresiasi
Pendidikan Tinggi bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam
kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membudayakan
kecemerlangan dalam industri pendidikan tinggi negara ini.
3. Justeru, berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-
usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-
idea yang bernas, pandangan- pandangan yang jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada
kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang
benar
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim di kalangan
kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan perkhidmatan awam khususnya dalam
pemberi pendidikan tinggi secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan.
4. Ya Allah Ya Fattahu Ya ‘Alim,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat
dan bersyukur, Jauhkanlah kami Ya Allah, dari melanggari perintah
Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang
beriman serta segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Semoga
dengan asbab berkumpulnya kami di sini kerana Mu akan memberi
rahmat yang bersar buat kami semua.