PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
Langkah berperingkat langkah bijak british menguasai malaya
1. Pengenalan
Kejatuhan Melaka kepada Pertugis pada
24 Ogos 1511 telah menamatkan zaman
keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang
terbina sejak lebih 100 tahun (Norlaila Daud
2007). Tarikh ini juga merupakan titik mula
penjajahan barat ke atas negara kita. Pertugis
menjajah Melaka selama 130 tahun.
Pada tahun 1641, Belanda pula mengalahkan
Pertugis dan memerintah Melaka selama 183
tahun. Penjajahan Belanda ke atas Melaka
berakhir hasil daripada Perjanjian British-Belanda
(Perjanjian London) pada 17 Mac 1824.
Bermula tarikh itu British telah menduduki negara
kita, khususnya Tanah Melayu selama 133 tahun,
Sebenarnya, British telah memerintah Tanah Melayu
selama 171 tahun jika diambilkira sejak Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.