1. PLaN MoLIB ( NUMERASI )
SIRI 2
( TUGASAN INDIVIDU )
NAMA : PALAGANESH A/L RAJENDRAN
NAMA SEKOLAH : SK LENJANG
KUMPULAN : 17
2. Sebelum Menghadiri Bengkel
• Sebelum mengadiri bengkel PLAN MOLIB, saya hanya mengetahui terdapat satu program
PLAN dilaksanakan di sekolah. Tetapi, saya tidak mempunyai idea tentang cara pelanksanaan
MOLIB di sekolah.
• Pelaksanaan PLAN juga diadakan hanya berfokus kepada masa selain daripada PdPC iaitu
waktu selepas sesi PdPC atau sebelum PdPC. Semasa waktu PdPC PLAN hanya ditekankan
secara umum sahaja.
• Saya juga tidak mempunyai pendedahan tentang Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan
Terbeza (PdPBT) dan cara penyediaan PdPBT-n.
• Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung seperti biasa iaitu hanya berfokuskan kepada satu
atau dua aktiviti.
3. Semasa Menghadiri Bengkel
• Semasa mengadiri bengkel MOLIB, saya mendapat banyak maklumat tentang MOLIB NUMERASI
dengan lebih jelas.
• Semua penceramah telah memberikan penjelasan yang amat baik bagi membantu guru-guru
dalam pelaksanaan PdPBT-n di sekolah masing-masing.
• Saya juga dapat mengetahui segala maklumat mengenai MOLIB secara sedikit demi sedikit.
Perkara ini membantu saya semasa pelaksanaan tugasan individu.
• Dengan mengadiri bengkel in juga, saya dapat melihat beberapa contoh penyediaan Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Berfokus dan Terbeza (PdPBT) dengan bantuan yang
diberikan oleh semua penceramah.
4. Semasa Menghadiri Bengkel
• Saya juga dapat mengetahui elemen – elemen yang harus dipertimbangkan sewaktu
pelaksanaan PdPBT-n yang akan membantu murid-murid untuk memahami sesuatu topik
dengan lebih mendalam.
• Antara topik-topik yang dibincangkan
• Definisi, objektif, elemen-elemen PdPBT-n
• Ciri-ciri PdPBT-n
• Kerangka teori PdPBT-n
• Cara penyediaan PdPBT-n
• Cara pelaksanaan PdPBT-n
5. Semasa Melaksanakan Tugasan Secara Kumpulan
• Semasa melaksanakan tugasan secara kumpulan, saya memperolehi banyak manfaat dan perkara-
perkara yang baharu dapat dibelajar.
• Kumpulan saya terdiri daripada guru-guru yang hadir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
• Sebagai guru di Semenanjung Malaysia, sebelum ini saya tidak mendapat peluang untuk berbincang
bersama dengan guru-guru di Sabah dan Sarawak.
• Dengan menghadiri bengkel ini saya mendapat kenalan baharu dari guru-guru di seluruh Malaysia
dan dapat berkongsi ilmu bersama dengan guru-guru senior yang lebih pakar.
• Kami juga dapat menyiapkan tugasan kumpulan dengan lebih cepat dan baik dengan bantuan yang
diberikan oleh fasililator kumpulan kami.
6. • Semasa pelaksanaan perbincangan kumpulan, saya memperolehi banyak idea-idea bagi
meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan.
• Secara tidak langsung, kami juga dapat melaksanakan PLC mengenai MOLIB dan pelaksanaan
PdPBT-n.
• Guru-guru juga saling membantu dalam penyediaan segala bahan yang digunakan semasa
pelaksanaan PdPBT-n. Perkara ini memudahkan guru-guru untuk menyediakan bahan dengan lebih
cepat, menarik dan efisien.
7. • Semasa mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah saya masih mempunyai
kekeliruan dan soalan dalam pemikiran saya. Segala kekeliruan dan soalan yang timbul dapat
diselesaikan dengan melaksanaan tugasan individu. Hal ini kerana, semasa melaksanakan
PdPBT-n saya dapat melaksanakan pembelajaran berasakan pengalaman.
• Saya juga dapat mempelajari perkara baharu dalam penyediaan bahan bantu mengajar yang
lebih menarik yang akan membantu saya semasa melaksanakan PdPC dalam kelas.
• Saya juga dapat merasai situasi sebenar jika PdPBT-n dilaksanakan dalam setiap waktu
matematik.
9. Selepas Menghadiri Bengkel Dan Melaksanakan
Tugasan Secara Individu
• Saya dapat memahami konsep MOLIB, elemen-elemen PdPBT dengan lebih jelas.
• Saya juga dapat menyediakan PdPBT yang lebih sesuai dan menarik kepada semua murid.
• Dengan menghadiri bengkel ini, saya dapat mengetahui cara mengendalikan pelbagai aktiviti pada masa
yang singkat dengan melibatkan semua murid bagi membantu murid-murid memahami topik dengan
lebih mendalam.
• Semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dan murid lebih seronok semasa melaksanakan segala
aktiviti yang dirancang.
• Murid-murid juga dapat merasai suasana pembelajaran yang terbeza.
• Saya juga dapat melaksanakan PdPBT-n dengan cemerlang dengan mengaplikasikan elem-elemen
PdPBT-n
• Saya dapat melihat hasil bagi kandungan terbeza, proses terbeza dengan melihat kepada hasil produk
terbeza.