Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
1. AMALAN TERBAIK DALAM
PEMBANGUNAN SOSIAL
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZAATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
DISEDIAKAN OLEH: NORAIN BINTI BOHARI
(A158404)
2.
3. SEDEKAH
Sedekah atau sadaqah berasal dari perkataan Arab yang
bermaksud benar.
Dari segi syarak pula, sedekah adalah pemberian sesuatu
kepada orang yang memerlukan secara sukarela dan ikhlas
tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu dengan tujuan
mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Maka apabila merujuk keimanan mahu pun keyakinan janji
kepada Allah SWT sudah tentu ia perlu kepada pembuktian
iaitu mengeluarkan harta di jalan Allah SWT. Baik pemberian
itu ditujukan kepada fakir miskin, saudara mara atau pun untuk
kepentingan jihad fi sabilillah.
4. DALIL QURAN DAN HADIS
Firman Allah SWT:
ٱِب مُكِتٰـَقَدَص ۟واُلِْطبُت ََل ۟واُنَماَء َِينذَّٱل اَهُّيَأٰٰٓـَيَءآَئ ِر ۥُهَلاَم ُقِفنُي ِىذَّٱلَك ٰىَذَ ْٱْل َو ِِّنَمْلَّنٱلََل َو ِاس
َص ِلَثَمَك ۥُهُلَثَمَف ِِۖر ِاخَٔـْٱل ِم ْوَيْٱل َو ِهـَّٱللِب ُنِمْؤُيَتَف ٌلِبا َو ۥُهَباَصَأَف ٌاب َرُت ِهْيَلَع ٍان َوْفَص ۥُهَك َرََّل ًِۖادْل
ْٱل ِىدْهَي ََل ُهـَّٱلل َو ۗواُبَسَك اَّمِِّم ٍءْىَش ٰىَلَع َونُِردْقَيَين ِرِفٰـَكْٱل َم ْوَق٢٦٤﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah
kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang)
menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia
(riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka
bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin
(tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan
riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang
mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah : ayat 264)
5. Rasulullah ﷺbersabda: “Setiap sendi manusia perlu
bersedekah setiap hari di kala matahari terbit, ada orang
mengadili dua orang adalah sedekah, membantu orang
dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan
(kenderaan) adalah sedekah, satu kalimah (perkataan) yang
baik adalah sedekah, setiap langkah untuk melakukan solat
adalah sedekah dan membuang duri (sesuatu yang
merbahaya) di jalan adalah sedekah.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim r.a.)
Rasulullah ﷺbersabda: “Sebaik-baik amal adalah
memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan
memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang
yang engkau tidak kenal.” (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Nasa’i r.a.)
6. KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
BERSEDEKAH
Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada
allah SWT.
Mendapat ganjaran pahala.
Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan.
Menyembuhkan penyakit.
Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan.
Melahirkan rasa syukur.
Terhindar dari sifat kedekut.
Melatih berfikiran positif dan adil.
Terhindar dari sikap keduniaan dan materialistik.
Menjauhkan diri dari sikap bongkak dan sombong.