2. Pembangunan sosial adalah satu proses yang
mana seseorang memperoleh identiti dan tingkah
laku daripada masyarakat.
3. SEDEKAH
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa
Arab: صدقة )yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada
orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan
mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di
sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di
jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir
miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi
sabilillah.
4. “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu
dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti
(rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak
menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di
atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin
(tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu)
mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan
dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir." Surah
Al-Baqarah : ayat 264[1]
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan)
orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di
antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari
keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar."
Surah An-Nisaa’ : ayat 114 [2]
5. SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA
Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut
kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak
bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan
orang yang menjadi tanggungannya.Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada
yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada
orang lain.Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah
SAW bersabda bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah),
maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada
yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang
ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan
kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya).
Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang
memerlukan bantuan, yang ada di sana sini."
Hadith sahih riwayat Imam Ahmad