Ringkasan dokumen tersebut adalah:
(1) Kesejahteraan sosial merujuk kepada sistem perkhidmatan sosial yang membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih baik serta keadaan yang sejahtera secara fizikal, mental dan sosial.
(2) Amalan kesejahteraan sosial meliputi tolong menolong dan hormat menghormati. Tolong menolong merupakan keperluan untuk hubungan yang harmonis di antara
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
A170622- Kesejahteraan sosial.pdf
1. AMALAN TERBAIK
KESEJAHTERAAN
SOSIAL
NAMA: NURUL NAZIRAH BINTI MASURA
NO.MATRIK: A170622
PENSYARAH: PROF. DATO'IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
2. APA ITU KESEJAHTERAAN SOSIAL ?
Secara umumnya, kesejahteraan sosial mengandungi dua
pengertian. Pertama, kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu
sistem kegiatan yang teratur dalam pelbagai perkhidmatan
sosial yang bertujuan untuk membantu individu dan kelompok
mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan (Friedlander, 1961).
Kedua, kesejahteraan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang
sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial (United
Nation, 1960). Berdasarkan kepada kedua-dua pengertian
tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kesejahteraan
sosial sebagai usaha untuk merubah atau meningkatkan
keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial.
4. Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang
mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat
memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan.
Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Untuk mewujudkan
hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia
memerlukan antara satu sama lain. Jadi antara konsep penting yang perlu ada dalam
perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong. Dalam kamus Dewan Edisi Keempat
konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu, saling membantu.
Allah memberi keistimewaan bagi mereka yang suka menolong orang lain.
Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa ingin agar doanya terkabul dan kesulitan-
kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan”(HR. Ahmad).
TOLONG MENOLONG
5. Nilai hormat menghormati adalah asas kepada semua nilai, bermula daripada
nilai ini, kita dapat menanam nilai-nilai lain dalam diri kita. Dalam aspek
budaya, sosial dan agama sikap saling menghormati sesama manusia
semakin pudar dalam kalangan masyarakat masa kini.
"Dan sembahlah Allah dan janganlah kau mempersekutukan-Nya denag
sesuatu apapun dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat karib,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman
sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri." (An-Nisa'
4:36)
HORMAT-MENGHORMATI