Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Rph
1. Rancangan Pengajaran Harian 1:
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 1
Tarikh : 11 Mei 2011
Masa : 11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Nombor Bulat Hingga 100
Objektif pembelajaran: Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
i. Melengkapkan sebarang rangkaian nombor dalam lingkungan 100
secara:
a) Satu–satu
b) Dua-dua
c) Lima-lima
d) Sepuluh-sepuluh
Tertib menaik dan menurun.
B Mengamalkan nilai murni
a. sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di
luar bilik darjah.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
a. Nilai tempat
b. Nilai digit
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Dekak-dekak – 26 unit
Carta Nilai Tempat – 1 unit
Kad nombor – beberapa keping
Kad Nilai Tempat– 25 unit
Blok Asas – 100 unit
Abakus – 26 unit
Kad Imbasan – 10 helai
Langkah berjaga-jaga:
Elakkan berlari ketika membuat aktiviti luar bilik darjah kerana jika terjatuh boleh
menyebabkan kecederaan .
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari nombor bulat sehingga 100. Murid juga boleh mengenal dan
membilang nombor sehingga 100.