Ringkasan dari 13 poin dalam dokumen tersebut mengenai larangan-larangan bagi perempuan menurut ajaran Islam adalah:
1. Larangan mencukur atau menipiskan bulu kening, memakai wangi-wangian yang menggoda, membiarkan terlihat dada, mengikir gigi untuk kecantikan, dan berlebihan dalam berpakaian.
2. Wanita harus menutup aurat termasuk kepala, wajah, tangan, mata, dan kemaluan,
1. 1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang
hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
2. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu
Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang
baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-
pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat
Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-
isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.