SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
M u k a s u r a t | 1
FAKULTI SENI, KOMPUTERAN
DAN INDUSTRI KREATIF
BMW 3032
WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU
TAJUK :
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA
TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS.
NAMA PELAJAR: NURUL ATIKAH BINTI OMAR
NO. MATRIK: D20151070276
KUMPULAN: O
HARI/MASA KULIAH: ISNIN (8.00 AM – 10.00PM)
NAMA PENSYARAH: PUAN ROHAIZAH BINTI AB. KARIM
TARIKH PENGHANTARAN: 20/11/2015
M u k a s u r a t | 2
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan………………………………………………………………1
1.1 Latar Belakang Kajian…………………………………………….1
1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………..2
1.3 Objektif Kajian……………………………………………………..2
1.4 Batasan Kajian…………………………………………………….3
1.5 Kepentingan Kajian……………………………………………….4
1.6 Definisi
Konsep…………………………………………………..4
2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan………………………………………………7
3.0 Metodologi Kajian………………………………………………………..8
3.1 Pengenalan………………………………………………………..8
3.2 Reka Bentuk Kajian………………………………………………9
3.3 Kaedah Kajian…………………………………………………….9
3.4 Instrumen Kajian………………………………………………….10
3.5 Subjek Kajian……………………………………………………...11
3.6 Tempat Kajian……………………………………………………..12
3.7 Prosedur Pengumpulan Data……………………………………14
3.8 Prosedur Penganalisisan Data……………………...…………..15
3.9 Kesimpulan………………………………………..………………15
Kutipan…………………………………………………………………….16
Rujukan……………………………………………………………………17
M u k a s u r a t | 3
1.0 PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Membaca adalah salah satu aspek yang penting. Kemahiran membaca
membolehkan murid-murid menyebut perkataan demi perkataan dengan betul dan
tepat, mencari makna perkataan serta mengukur kemampuan murid mencapai
matlamat dan memahami petikan yang dibaca. Kemahiran membaca perlu
dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu juga, kanak-kanak mempunyai minat dan strategi
yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat
bacaan awal.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan
perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Multimedia mampu
menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya
tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan.
Pelaksanaanya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran
membaca dan menulis akan memberi impak yang lebih positif.
M u k a s u r a t | 4
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukan bahawa terdapat masalah disleksia dalam diri
murid tahun 4 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa,
antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah
pengajaran guru. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukan bahawa
kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca.
Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah
dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Deller (
1991 ), membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada murid
itu normal ataupon istimewa.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi murid-murid
Program Bimbingan Membaca dan Menulis terhadap kesan pengunaan
perisian multimedia interaktif terhadap P&P kemahiran membaca. Objektif
khusus kajian ini adalah:
1.3.1 Mengkaji penggunaan multimedia interaktif dalam mewujudkan
pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid disleksia Membaca
dan Menulis tahun 4.
1.3.2 Mengenal pasti multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar
yang berkesan dalam P&P kemahiran membaca dalam kalangan
murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.
M u k a s u r a t | 5
1.3.3 Mengenal pasti pengunaan multimedia interaktif dalam
meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid disleksia
Membaca dan Menulis tahun 4.
1.3.4 Membantu mengatasi masalah kesukaran membaca dalam
kalangan murid Disleksia tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra,
kangar Perlis.
1.3.5 Meningkatkan minat murid disleksia dalam kemahiran membaca
melalui Pembelajaran berpandukan komputer dan gambaran visual.
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian dijalankan berbentuk kajian tindakan yang cuba mengesan
kaedah, stretegi dan teknik persembahan bahan bantu belajar serta proses
penggunaannya dalam pembelajaran secara pengunaan multimedia
interaktif. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik.
Kajian deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan
dengan keadaan atau ciri populasi.
i. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan murid tahun 4 Sekolah
Kebangsaan Putra, Kangar Perlis sahaja yang dikaji.
M u k a s u r a t | 6
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
1.5.1 Meningkatkan keupayaan murid-murid disleksia tahun 4.
1.5.2 Meningkatkan minat murid-murid disleksia khususnya dalam aktiviti
membaca.
1.5.3 Memperbaiki amalan dan membantu guru lain dalam
menyelesaikan masalah disleksian iaitu kesukaran membaca dalam
kalangan murid-murid.
1.6 DEFINISI KONSEP
Doyle (2007),
Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa
menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.
Zamri dan Mohamed Amin (2008),
Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat,
tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat
biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks
yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping
kaya dengan maklumat bahasa..
Naimah et al. (2011),
Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam
memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal.
M u k a s u r a t | 7
Kenedy (1981)
Bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan),
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.
2.0 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN
Tahap kebolehan membaca murid kajian tersebut diukur dengan pemerhatian,
soal selidik dan ujian.
2.1 Masalah murid disleksia kajian dalam Membaca dan Menulis. Dalam
huraian mengenai masalah tersebut, murid kajian dibahagikan kepada
murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam Ujian
Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.
2.2 Dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, murid kajian
yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan
mereka yang dibawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian
rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrary dan bertujuan untuk
memudahkan perbincangan.
Masalah Murid Dalam Ujian Perbendaharaan Kata
Masalah Murid Berpencapaian Tinggi
Terdapat 22 orang murid kajian yang skor Ujian Perbendaharaan Kata
sama atau lebih tinggi daripada min. Analisis jawapan mengikut item
M u k a s u r a t | 8
menunjukkan pada keseluhuruhannya murid kumpulan ini tidak
menghadapi masalah dalam ujian tersebut.
Masalah Murid Berpencapaian Rendah
Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata ialah
mereka yang skornya dibawah min iaitu 15 markah. Seramai 8 orang murid
yang dikaji tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang
diberi mengikut item, dan berdasarkan pemrhatian semasa mereka
menjalani ujian, umumnya pengkaji dapati murid-murid kajian menghadapi
masalah-masalah berikut :-
i. Tidak memahami atau salah tafsir gambar yang disertakan.
ii. Tidak berupaya membezakan makna perkataan yang wujud
dalam satu kategori.
Masalah Murid dalam Ujian Bacaan Nyaring
Setelah diteliti rakaman, umumnya masalah bacaan nyaring murid kajian
boleh setelah dikategorikan seperti berikut:
i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf
dalam perkataan yang hendak dieja.
ii. Dpat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah
membunyikan suku kata yang dieja.
M u k a s u r a t | 9
iii. Bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai konsonan
berangkap kerana kurang mahir membahagikannya kepada suku
kata dengan betul.
Sebagai kesimpulan , masalah murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan
Kata dan Ujian Bacaan Nyaring yang dibincangkan di atas mungkin berpunca
daripada :-
i. Tidak atau kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan
murid tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan kata lisan yang dikuasai
untuk menjawab item yang disediakan.
ii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas membaca nyaring iaitu mengeja
dan membatang perkataan dengan betul.
iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian
tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad
dalam kehidupan murid tersebut.
iv. Pengalaman membaca yang terhad menyebabkan penguasaan
perbendaharaan pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan
dengan murid berpencapaian tinggi.
M u k a s u r a t | 10
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Peningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan mampu
mencorak masa depan yang cerah. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran,
khususnya mengajarkan Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna
dan produktif dengan penggabung jalinan penggunaan multimedia interaktif.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud
bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses
untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak
atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai
keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik
yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi
atau makna yang telah diketahui. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang
bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang
lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya
menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai
untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat
bahasa.
Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif
sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih bebas
untuk mencari ilmu pengetahuan.
M u k a s u r a t | 11
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai
panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab
persoalan kajian. Dengan menggunakan Kajian Kuantitatif ini adalah
bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan multimedia interaktif untuk
murid-murid disleksia dengan mengadakan Ujian Pembendaharaan Kata
dan Ujian Bacaan Nyaring, soal selidik dan pemerhatian.
3.3 KAEDAH KAJIAN
Kaedah keperpustakaan ini digunakan kerana terdapat jurnal, dan
buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang
ditulis. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan
Ujian kepada 30 responden . Setiap responden hendaklah melengkapkan
borang soal selidik yang diberikan dengan jujur. Maklumat yang diterima
daripada responden akan disatukan dan dianalisis dengan teperinci.
M u k a s u r a t | 12
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Terdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan
untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pencapaian bagi
memungut data dan pemerhatian. Instrumen soal selidik dan ujian
pencapaian dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini
manakala pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian
yang didapati. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah
soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan
tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian.
Borang soal selidik tersebut mengandungi 15 soalan. Manakala bagi Ujian
Pencapaian dibahagikan dua iaitu Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian
Bacaan Nyaring.
i. Soal Selidik
PILIHAN JAWAPAN PERNYATAAN/SKOR
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Tidak setuju
Sangat Tidak Setuju
5
4
3
2
1
JADUAL 1 : Skor Kepada Skala Likert
M u k a s u r a t | 13
ii. Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap
perbendaharaan kata di kalangan pelajar. Pengkaji juga
akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta
melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama
ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun
ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.
iii. Ujian Penilaian
Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring
akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa
perkataan di dalam Bahasa Melayu.
3.5 SUBJEK KAJIAN
Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang yang dipilih daripada
pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra Kangar, Perlis. Pelajar-pelajar
ini terdiri daripada lelaki dan perempuan serta kumpulan kaum yang
berlainan. Kesemua pelajar terlibat telah belajar selama lebih daripada
lapan bulan dan boleh digunakan sebagai subjek kajian.
M u k a s u r a t | 14
3.6 TEMPAT KAJIAN
Kajian dilakukan hanya di Sekolah Kebangsaan Putra di Kangar
Perlis ke atas pelajar-pelajar tahun 4, pelajar sekolah ini adalah terdiri
daripada latar belakang yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang
terletak di pinggir bandar. Pengkaji ingin melihat, adakah dengan
menggunakan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah membaca di
kalangan murid-murid disleksia tahun 4 selepas ujian penilaian dibuat.
3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Dalam penelitian kuantitatif, pengumpulan data berdasarkan tekniknya iaitu
melalui soal selidik, ujian penilaian dan pemerhatian.
i. Soal Selidik
Berstruktur Soalan disediakan terlebih dahulu. Borang
tersebut mengandungi 15 soalan
Separa Berstruktur Cuma soalan utama disediakan
Tidak Berstruktur Soal selidik dengan menggunakan soalan
terbuka secara tidak formal.
JADUAL 2 : Soal Selidik bersturktur, Separa Berstruktur dan
Tidak Berstruktur
M u k a s u r a t | 15
ii. Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring (Ujian
penilaian).
Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian, soal selidik dan
ujian penilaian yang diberikan kepada 30 orang murid tahun 4 di
Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis yang dikenal pasti masalah
disleksia dalam kemahiran membaca dan menulis. Setelah pengkaji
mengenalpasti masalah responden tersebut, kumpulan rawatan yang
terdiri daripada 30 orang murid telah didedahkan dengan penggunaan
multimedia interaktif dalam pembelajaran selepas ujian
pembendaharaan kata dan ujian bacaan nyaring dilakukan. Sesi
pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima
minggu. Ujian penilaian dilakukan sebelum pembelajaran dengan
penggunaan multimedia interaktif.
Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 15 soalan.
Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan
berkaitan tatabahasa dan perbendahraan kata.
M u k a s u r a t | 16
iii. Pemerhatian
Pemerhatian Penuh  Mengenalpasti aspek yang ingin dilihat.
 Pemerhatian dilakukan dengan senarai
semak soal selidik dan Ujian Penilaian yang
telah dijalankan.
 Menganalisis data dapatan kajian
berdasarkan sola selidik
 Membuat kesimpulan bagi keseluhuran
data
JADUAL 3 : Pemerhatian Penuh
3.8 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Data yang dikumpulkan akan dianalisis oleh pengkaji supaya
memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa
cara yang boleh digunakan untuk menganalisi data. Antara cara yang
mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut
pemerhatian, soal selidik dan ujian yang dilakukan. Dengan cara
membandingkan data-data daripada pemerhatian, soal selidik dan ujian itu,
pekaitan antara data dapat dilihat deengan jelas. Dalam kajian ini data
yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data
akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji
akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil
kajian tersebjut.
M u k a s u r a t | 17
i. Kos Kajian
Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos
1. Kertas A4 3 rim x RM 12 RM 36.00
2. Ink Canon Pixma E510 2 x RM 57 RM 114.00
3. Photostat RM 20 RM 20.00
4. Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00
JUMLAH KOS RM 200.00
JADUAL 4 : Kos Kajian Di Sekolah
3.9 KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, murid-murid yang bermasalah disleksia
menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan.
Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam
menguasai kemahiran asas membaca khasnya mendekod perkataan yang
tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad.
Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran rumah pula,
kebanyakan ibu bapa didapati menyediakan buku-buku bacaan untuk anak.
Namun, ramai yang kurang kerap membaca kuat kepada anak mereka
mungkin tidak menyedari faedahnya . Akhirnya beberapa cadangan
dikemukakan dengan penggunaan multimedia interaktif dapat mengatasi
masalah disleksia di kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Putra, Kangar Perlis.
M u k a s u r a t | 18
KUTIPAN
Deller ( 1991 ), berpendapat membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua
murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa.
Menurut Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian
bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.
Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk
memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau
bertulis.
Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan
seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau
makna yang telah diketahui.
Naimah et al. (2011), berpendapat bahawa Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi
yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan
awal.
Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), Multimedia mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya
menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk
mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa..
M u k a s u r a t | 19
RUJUKAN
Guan, L. L., Hnafi, R., & Yusof, S. (n.d.). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-
Murid Tadika. (IPDA, Ed.)
Hashim, N. (n.d.). Kaedah Syakir Belajar Membaca: Kajian Tindakan Bagi Membantu
Murid Disleksian Belajar Membaca. 11.
Jamian, A. R., hashim, N. H., & othman, s. (nov, 2012). multimedia interaktif
mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim.
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 53.
Sulaiman, S. T., Husaini, H., Awang Mukhtar, S., & Masron, M. Z. (n.d.). Pemantapan
Budaya Membaca Dan Pelaksanan NILAM: Isu dan Cabaran. 18.

More Related Content

What's hot

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaaliztrade
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifBujangpauzan
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONPISMPBM20622AinNajwa
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiwmm9656
 

What's hot (20)

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Abad ke 21
Abad ke 21Abad ke 21
Abad ke 21
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasi
 

Viewers also liked

Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Daisy Reddy
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihanMuhamad Sulhelmi
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksiaNur Kareena
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 

Viewers also liked (7)

1
11
1
 
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihan
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

Similar to PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS.

345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdfjumN
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Irma Nurmayanti
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdianiLaporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdianiNurdiana Wahyuni
 
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...Tjoetnyak Izzatie
 
Seminar kurniawan
Seminar kurniawanSeminar kurniawan
Seminar kurniawanFKIP UHO
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audiobalqishusin
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)noviyulianti
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)Bunyamin Yusuf
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasadaud5530
 
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA Meidamayani
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisandri wahyudi
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...Alorka 114114
 
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdfZULPANSSi
 

Similar to PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS. (20)

Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
345-Article Text-1070-1-10-20210722.pdf
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdianiLaporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
Laporanptkspeakingsmp13 iisrosdiani
 
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...
Penggunaan Media Gambar Seri untuk Meningkatkan Prestasi Belajar Siswa dalam ...
 
Seminar kurniawan
Seminar kurniawanSeminar kurniawan
Seminar kurniawan
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audio
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasa
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
 
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
50749853 skripsi
50749853 skripsi50749853 skripsi
50749853 skripsi
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
 
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf
03. Meningkatkan pembelajaran membaca siswa kelas 1.pdf
 
Ptk b. inggris
Ptk b. inggrisPtk b. inggris
Ptk b. inggris
 

PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS.

  • 1. M u k a s u r a t | 1 FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF BMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU TAJUK : PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS. NAMA PELAJAR: NURUL ATIKAH BINTI OMAR NO. MATRIK: D20151070276 KUMPULAN: O HARI/MASA KULIAH: ISNIN (8.00 AM – 10.00PM) NAMA PENSYARAH: PUAN ROHAIZAH BINTI AB. KARIM TARIKH PENGHANTARAN: 20/11/2015
  • 2. M u k a s u r a t | 2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan………………………………………………………………1 1.1 Latar Belakang Kajian…………………………………………….1 1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………..2 1.3 Objektif Kajian……………………………………………………..2 1.4 Batasan Kajian…………………………………………………….3 1.5 Kepentingan Kajian……………………………………………….4 1.6 Definisi Konsep…………………………………………………..4 2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan………………………………………………7 3.0 Metodologi Kajian………………………………………………………..8 3.1 Pengenalan………………………………………………………..8 3.2 Reka Bentuk Kajian………………………………………………9 3.3 Kaedah Kajian…………………………………………………….9 3.4 Instrumen Kajian………………………………………………….10 3.5 Subjek Kajian……………………………………………………...11 3.6 Tempat Kajian……………………………………………………..12 3.7 Prosedur Pengumpulan Data……………………………………14 3.8 Prosedur Penganalisisan Data……………………...…………..15 3.9 Kesimpulan………………………………………..………………15 Kutipan…………………………………………………………………….16 Rujukan……………………………………………………………………17
  • 3. M u k a s u r a t | 3 1.0 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Membaca adalah salah satu aspek yang penting. Kemahiran membaca membolehkan murid-murid menyebut perkataan demi perkataan dengan betul dan tepat, mencari makna perkataan serta mengukur kemampuan murid mencapai matlamat dan memahami petikan yang dibaca. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan. Pelaksanaanya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan menulis akan memberi impak yang lebih positif.
  • 4. M u k a s u r a t | 4 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukan bahawa terdapat masalah disleksia dalam diri murid tahun 4 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca. Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Deller ( 1991 ), membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi murid-murid Program Bimbingan Membaca dan Menulis terhadap kesan pengunaan perisian multimedia interaktif terhadap P&P kemahiran membaca. Objektif khusus kajian ini adalah: 1.3.1 Mengkaji penggunaan multimedia interaktif dalam mewujudkan pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4. 1.3.2 Mengenal pasti multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan dalam P&P kemahiran membaca dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.
  • 5. M u k a s u r a t | 5 1.3.3 Mengenal pasti pengunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4. 1.3.4 Membantu mengatasi masalah kesukaran membaca dalam kalangan murid Disleksia tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra, kangar Perlis. 1.3.5 Meningkatkan minat murid disleksia dalam kemahiran membaca melalui Pembelajaran berpandukan komputer dan gambaran visual. 1.4 BATASAN KAJIAN Kajian dijalankan berbentuk kajian tindakan yang cuba mengesan kaedah, stretegi dan teknik persembahan bahan bantu belajar serta proses penggunaannya dalam pembelajaran secara pengunaan multimedia interaktif. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kajian deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan dengan keadaan atau ciri populasi. i. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis sahaja yang dikaji.
  • 6. M u k a s u r a t | 6 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 1.5.1 Meningkatkan keupayaan murid-murid disleksia tahun 4. 1.5.2 Meningkatkan minat murid-murid disleksia khususnya dalam aktiviti membaca. 1.5.3 Memperbaiki amalan dan membantu guru lain dalam menyelesaikan masalah disleksian iaitu kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid. 1.6 DEFINISI KONSEP Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid. Zamri dan Mohamed Amin (2008), Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa.. Naimah et al. (2011), Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal.
  • 7. M u k a s u r a t | 7 Kenedy (1981) Bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui. 2.0 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN Tahap kebolehan membaca murid kajian tersebut diukur dengan pemerhatian, soal selidik dan ujian. 2.1 Masalah murid disleksia kajian dalam Membaca dan Menulis. Dalam huraian mengenai masalah tersebut, murid kajian dibahagikan kepada murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring. 2.2 Dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, murid kajian yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang dibawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrary dan bertujuan untuk memudahkan perbincangan. Masalah Murid Dalam Ujian Perbendaharaan Kata Masalah Murid Berpencapaian Tinggi Terdapat 22 orang murid kajian yang skor Ujian Perbendaharaan Kata sama atau lebih tinggi daripada min. Analisis jawapan mengikut item
  • 8. M u k a s u r a t | 8 menunjukkan pada keseluhuruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi masalah dalam ujian tersebut. Masalah Murid Berpencapaian Rendah Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata ialah mereka yang skornya dibawah min iaitu 15 markah. Seramai 8 orang murid yang dikaji tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang diberi mengikut item, dan berdasarkan pemrhatian semasa mereka menjalani ujian, umumnya pengkaji dapati murid-murid kajian menghadapi masalah-masalah berikut :- i. Tidak memahami atau salah tafsir gambar yang disertakan. ii. Tidak berupaya membezakan makna perkataan yang wujud dalam satu kategori. Masalah Murid dalam Ujian Bacaan Nyaring Setelah diteliti rakaman, umumnya masalah bacaan nyaring murid kajian boleh setelah dikategorikan seperti berikut: i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf dalam perkataan yang hendak dieja. ii. Dpat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah membunyikan suku kata yang dieja.
  • 9. M u k a s u r a t | 9 iii. Bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai konsonan berangkap kerana kurang mahir membahagikannya kepada suku kata dengan betul. Sebagai kesimpulan , masalah murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring yang dibincangkan di atas mungkin berpunca daripada :- i. Tidak atau kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan kata lisan yang dikuasai untuk menjawab item yang disediakan. ii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas membaca nyaring iaitu mengeja dan membatang perkataan dengan betul. iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad dalam kehidupan murid tersebut. iv. Pengalaman membaca yang terhad menyebabkan penguasaan perbendaharaan pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi.
  • 10. M u k a s u r a t | 10 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Peningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan mampu mencorak masa depan yang cerah. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mengajarkan Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan penggabung jalinan penggunaan multimedia interaktif. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih bebas untuk mencari ilmu pengetahuan.
  • 11. M u k a s u r a t | 11 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Dengan menggunakan Kajian Kuantitatif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan multimedia interaktif untuk murid-murid disleksia dengan mengadakan Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, soal selidik dan pemerhatian. 3.3 KAEDAH KAJIAN Kaedah keperpustakaan ini digunakan kerana terdapat jurnal, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang ditulis. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan Ujian kepada 30 responden . Setiap responden hendaklah melengkapkan borang soal selidik yang diberikan dengan jujur. Maklumat yang diterima daripada responden akan disatukan dan dianalisis dengan teperinci.
  • 12. M u k a s u r a t | 12 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Terdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pencapaian bagi memungut data dan pemerhatian. Instrumen soal selidik dan ujian pencapaian dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini manakala pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang didapati. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian. Borang soal selidik tersebut mengandungi 15 soalan. Manakala bagi Ujian Pencapaian dibahagikan dua iaitu Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring. i. Soal Selidik PILIHAN JAWAPAN PERNYATAAN/SKOR Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak setuju Sangat Tidak Setuju 5 4 3 2 1 JADUAL 1 : Skor Kepada Skala Likert
  • 13. M u k a s u r a t | 13 ii. Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap perbendaharaan kata di kalangan pelajar. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas. iii. Ujian Penilaian Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu. 3.5 SUBJEK KAJIAN Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang yang dipilih daripada pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra Kangar, Perlis. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lelaki dan perempuan serta kumpulan kaum yang berlainan. Kesemua pelajar terlibat telah belajar selama lebih daripada lapan bulan dan boleh digunakan sebagai subjek kajian.
  • 14. M u k a s u r a t | 14 3.6 TEMPAT KAJIAN Kajian dilakukan hanya di Sekolah Kebangsaan Putra di Kangar Perlis ke atas pelajar-pelajar tahun 4, pelajar sekolah ini adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang terletak di pinggir bandar. Pengkaji ingin melihat, adakah dengan menggunakan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid disleksia tahun 4 selepas ujian penilaian dibuat. 3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Dalam penelitian kuantitatif, pengumpulan data berdasarkan tekniknya iaitu melalui soal selidik, ujian penilaian dan pemerhatian. i. Soal Selidik Berstruktur Soalan disediakan terlebih dahulu. Borang tersebut mengandungi 15 soalan Separa Berstruktur Cuma soalan utama disediakan Tidak Berstruktur Soal selidik dengan menggunakan soalan terbuka secara tidak formal. JADUAL 2 : Soal Selidik bersturktur, Separa Berstruktur dan Tidak Berstruktur
  • 15. M u k a s u r a t | 15 ii. Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring (Ujian penilaian). Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian, soal selidik dan ujian penilaian yang diberikan kepada 30 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis yang dikenal pasti masalah disleksia dalam kemahiran membaca dan menulis. Setelah pengkaji mengenalpasti masalah responden tersebut, kumpulan rawatan yang terdiri daripada 30 orang murid telah didedahkan dengan penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran selepas ujian pembendaharaan kata dan ujian bacaan nyaring dilakukan. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu. Ujian penilaian dilakukan sebelum pembelajaran dengan penggunaan multimedia interaktif. Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 15 soalan. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendahraan kata.
  • 16. M u k a s u r a t | 16 iii. Pemerhatian Pemerhatian Penuh  Mengenalpasti aspek yang ingin dilihat.  Pemerhatian dilakukan dengan senarai semak soal selidik dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan.  Menganalisis data dapatan kajian berdasarkan sola selidik  Membuat kesimpulan bagi keseluhuran data JADUAL 3 : Pemerhatian Penuh 3.8 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Data yang dikumpulkan akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisi data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut pemerhatian, soal selidik dan ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada pemerhatian, soal selidik dan ujian itu, pekaitan antara data dapat dilihat deengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebjut.
  • 17. M u k a s u r a t | 17 i. Kos Kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah Kos 1. Kertas A4 3 rim x RM 12 RM 36.00 2. Ink Canon Pixma E510 2 x RM 57 RM 114.00 3. Photostat RM 20 RM 20.00 4. Ganjaran kepada murid RM 30 RM 30.00 JUMLAH KOS RM 200.00 JADUAL 4 : Kos Kajian Di Sekolah 3.9 KESIMPULAN Pada keseluruhannya, murid-murid yang bermasalah disleksia menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca khasnya mendekod perkataan yang tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad. Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran rumah pula, kebanyakan ibu bapa didapati menyediakan buku-buku bacaan untuk anak. Namun, ramai yang kurang kerap membaca kuat kepada anak mereka mungkin tidak menyedari faedahnya . Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan dengan penggunaan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah disleksia di kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.
  • 18. M u k a s u r a t | 18 KUTIPAN Deller ( 1991 ), berpendapat membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa. Menurut Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid. Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui. Naimah et al. (2011), berpendapat bahawa Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa..
  • 19. M u k a s u r a t | 19 RUJUKAN Guan, L. L., Hnafi, R., & Yusof, S. (n.d.). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid- Murid Tadika. (IPDA, Ed.) Hashim, N. (n.d.). Kaedah Syakir Belajar Membaca: Kajian Tindakan Bagi Membantu Murid Disleksian Belajar Membaca. 11. Jamian, A. R., hashim, N. H., & othman, s. (nov, 2012). multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim. Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 53. Sulaiman, S. T., Husaini, H., Awang Mukhtar, S., & Masron, M. Z. (n.d.). Pemantapan Budaya Membaca Dan Pelaksanan NILAM: Isu dan Cabaran. 18.