1. LMCP 1552
PEMBANGUNAN MAPAN
DALAM ISLAM
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
DISEDIAKAN OLEH: NUR FATIN SYAKIRAH BINTI BAKRI
NO MATRIK: A166306
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH
2. SOALAN
Jika anda dilantik menjadi perunding bagi kes di atas,
berikan cadangan ringkas kepada kerajaan negeri tersebut
apa yang patut dilakukan dari segi:
1. Memperbaiki ekonomi penduduk tempatan
2. Menggalakkan pembangunan sosial, rohani dan fizikal
3. Meminimumkan kerosakan alam sekitar
3. MEMPERBAIKI EKONOMI PENDUDUK
TEMPATAN
Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan seperti dalam
bidang perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi.
Memberi sumbangan dan modal kepada penduduk yang
mahu memulakan perniagaan.
Mempromosikan produk-produk tempatan ke pasaran yang
lebih luas seperti ke luar negara.
Mengurangkan kadar kemasukan warga negara asing dalam
negara tempatan.
4. MENGALAKKAN PEMBANGUNAN SOSIAL,
ROHANI DAN FIZIKAL
Mengadakan aktiviti bermasyarakat seperti mengadakan
sukaneka, gotong-royong membersikan kawasan perumahan dan
lain-lain lagi.
Mempergiatkan aktiviti rohani dengan menaiktarafkan
kemudahan masjid atau surau agar dapat digunakan dengan
lebih selesa.
Mewujudkan lebih banyak kompleks sukan dan kawasan hijau
agar penduduk tempatan mempunyai semangat yang tinggi
untuk beriadah.
Mewujudkan pelbagai taman permainan di kawasan perumahan
agar kanak-kanak lebih seronok dan selesa untuk bermain.
5. MEMINIMUMKAN KEROSAKAN ALAM
SEKITAR
Mengadakan kempen alam sekitar seperi cintailah sungai kita,
kempen kitar semula dan lain lain lagi. Melalui kempen ini,
penduduk tempatan akan didedahkan tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar.
Menyediakan lebih banyak tong sampah dan tong kitar semula
di setiap kawasan agar penduduk tempatan lebih senang untuk
membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Memupuk nilai-nilai yang murni dalam setiap individu
masyarakat agar dapat mengelakkan diri dalam melakukan
aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Menguatkuasakan undang-undang dan denda kepada individu
yang melakukan pencemaran alam sekitar.