3. ● Mengenal pasti jenis logam sebelum dikimpal adalah
penting kerana logam yang berlainan jenisnya
mempunyai kebolehan dikimpal yang berlainan
● Ada logam yang senang dikimpal, ada yang tidak
boleh dikimpal dan ada logam yang memerlukan
tatacara yang berbeza sebelum dan selepas dikimpal
● Dalam kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan
adalah sukar untuk kita mengenal pasti jenis logam
sesuatu komponen. Ini menyusahkan kerja-kerja
kimpalan
4. RUPA BENTUK DAN WARNA
PERMUKAAN
● Besi tuangan
- Mempunyai tanda-tanda acuan pasir
(sand casting mark)
- Komponen yang dibuat dengan keluli
berkarbon rendah biasanya menunjukkan
tanda ianya ditempa (forging mark )
5. ● Keluli berkarbon sederhana dan berkarbon
tinggi
- Biasanya menunjukkan tanda proses
tempaan (forging operation)
- Proses golekkan (rolling operation)
6. ● Merasai kehalusan permukaan logam juga boleh
memberikan klu dalam mengenal pasti logam
● Permukaan keluli biasanya lebih kasar berbanding
logam-logam seperti tembaga, brass, bronze dan nickel
● Terdapat juga ujian yang ringkas boleh dilakukan tetapi
memerlukan pengalaman dan kemahiran dalam
melakukannya
- ujian spark
- ujian pahat (chip test)
- ujian kekerasan kikir (file test)
- ujian patah
- ujian magnet
8. Ujian Patah (Fracture test)
● Dibuat dengan mematah atau memecah sesuatu
logam kepada dua
● Pemecahan logam tersebut akan menampakan
struktur bijian (grain structure) logam tersebut
- Jika saiz bijiannya besar ia menunjukkan
sifat mulur seperti keluli lembut
- Jika saiz bijiannya halus biasanya logam
tersebut keras dan rapuh seperti besi
tuangan
9. ● Logam yang keras dan rapuh juga akan
terputus dua
● Logam yang mulur akan bengkok sebelum
patah tetapi tidak akan putus dua
10. Ujian pahat (chip test)
● Satu lagi ujian ringkas yang boleh dilakukan
untuk mengenal pasti kepingan logam ialah
ujian pahat . Ujian ini dilakukan dengan
memahat sebahagian kecil kepingan logam
tersebut dengan menggunakan pahat sejuk
(cold chisel). Besi tuangan akan pecah dengan
serpihan kecil atau halus. Keluli lembut pula
serpihannya akan melekat dan menggulung
pada logam asas. Manakala logam yang lembut
seperti aluminum akan menunjukkan permukaan
yang bergerigi (sawlike edges) apabila dipahat.
Jadual 2, menunjukkan keadaan logam bila
dikenakan ujian pahat.
12. Ujian kikir (File Test)
● Ujian yang paling ringkas untuk mengenal pasti
jenis keluli, dengan menekan kikir pada tepi
kepingan logam
● Jika kikir dengan mudah ditolak dan memakan
keluli, ini menunjukkan logam tersebut lembut
iaitu kandungan karbonnya rendah
13. ● Jika susah dan mengelincir, ini menunjukkan
keluli tersebut keras iaitu kandungan karbonnya
tinggi atau keluli tersebut telah dilakukan proses
pengerasan
Ujian pemanasan Oxy-Acetylene
● Cara pemeriksaannya ialah membuat proses
pudding pada keluli lembut menggunakan api
neutral
● Pudding mesti tidak memercikkan bunga api
14. ● Permukaan pada tepi logam akan menunjukkan
logam tersebut boleh dikimpal, jikalau
- Logam tersebut cair dan berbentuk sama
- Berkilat semasa membeku
● Permukaan logam tidak mempunya tahap kimpal
baik
- Logam itu gelap
- Berwarna
- Kasar
- Berlubang halus
15. Ujian magnet
● Ada logam yang bersifat magnetik dan ada yang tidak
● Logam yang bersifat magnetik ada tarikan magnetnya
lemah dan ada yang kuat
● Sifat magnetik ini juga boleh kita gunakan untuk
mengenali jenis logam tersebut
● Kita boleh mengkelaskan logam kepada tiga keadaan
- Tarikan yang kuat
- Tarikan lemah
- Tiada tarikan
16. Keluli tahan karat martensitik (siri 400)
Keluli tahan karat Ferritik
Keluli alat
Keluli panca logam rendah
Pancalogam keluli molybdenum
Monel siri 400 ( menjadi tidak magnetk jika
dimasukkan dalam air mendidih)
Panca logam keluli-cobalt
Keluli tahan karat 304 yang dikenakan kerja
sejuk
Panca logam keluli-silikon (0.05 ~ 4.5 % Si)
Keluli tahan karat austenitik
Keluli tahan karat 302 yang dikenakan kerja
sejuk
Cobalt
Hasteylloy
Keluli tahan karat tuangan (siri 300)
Besi tuangan liat
Incoloys
Keluli tahan karat 329
Besi tuangan mulur
Inconnel
Logam kimpal keluli tahan karat 309
Besi tuangan kelabu,
Kebanyakkan logam bukan ferrous
kecuali nickel dan cobalt
Logam kimpal keluli tahan karat 308
Keluli berkarbon
Tiada tarikan
Tarikan lemah
Tarikan kuat
sifat-sifat magnetik pada logam