SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Proceedings of the International Conference on Special Education
Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503)
SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs
499
DOI : https://zenodo.org/record/6904558
Published by https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/issue/view/2
© 2017 SEAMEO SEN
PENDAPAT PENSYARAH DAN BAKAL PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS
KOLEJ KOMUNITI TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM PENSIJILAN
PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
BERKEPERLUAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN)
aNurina Pillin Anak Sibat
bKhalid Sepawi
cNor Azreen Ayub
Kolej Komuniti Kuching
anurina5712@gmail.com
bkhalid@kkkg.edu.my
cazreen@kkkg.edu.my
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Program Pensijilan
Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah
Pembelajaran) terhadap pensyarah dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej
Komuniti yang dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengetahui
lima (5) cadangan penambahbaikan yang sesuai bagi program ini. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah dan bakal pensyarah
pendidikan khas sebagai persediaan untuk mengajar pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan skala likert 5
poin dan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel bagi mencari min setiap
pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden (pensyarah rintis)
yang terlibat dalam program ini. Analisis dapatan kajian menunjukkan program yang
diadakan adalah berkesan berdasarkan min keseluruhan yang dicatatkan pada tahap
tinggi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan.
Kata kunci: Pendapat Pensyarah, Bakal Pensyarah, Kolej Komuniti, Bermasalah
Pembelajaran
Abstract: The purpose of this study was to identify the efficacy of the Professional
Certification for Teaching and Educating students with Special Needs (Learning
Disaabilities) Program on Community College special education lecturers which was
held in Universiti Kebangsaan Malaysia (National University of Malaysia) and to
suggest five (5) improvements to the program. This program was held to provide
exposure to the special education lecturers as a preparation for them to teach students
with learning disabilities. Data collection method was through a 5 points Likert Scale
questionnaire and was analyzed using MS Excel for the mean of each four variables. The
questionnaire was distributed to the 20 special education lecturers participating in this
certification program. The findings suggest that the certification achieved its objectives
and there were 5 suggestions provided at the end of the discussion.
Keywords: Lecturers’ Opinion, Pre-service Lecturer, Community College, Learning
Disabilities
Proceedings of the International Conference on Special Education
Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503)
SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs
500
PENDAHULUAN
Kualiti program pendedahan kepada pendidikan khas
terhadap pensyarah adalah sangat penting dalam
mempersiapkan mereka menghadapi pelajar
berkeperluan khas (Ergul, Baydik, & Demir, 2013).
Kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang
positif di antara kejayaan pelajar dengan kualiti
program pendidikan pensyarah (Brownell, Ross,
Colon, & McCallum, 2005). Dalam meningkatkan
kualiti program ini, beberapa standard perlu
ditetapkan. Oleh itu, adalah penting untuk
mengenalpasti tahap kompetensi Program Pensijilan
Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar
Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran). Hal
ini kerana, terdapat kajian lepas yang menunjukkan
bahawa program pensijilan jangka pendek yang
dianjurkan khusus untuk memenuhi jurang keperluan
guru pendidikan khas tidak memberi kesan positif
terhadap guru dalam bidang ini (Nartgun, 2010;
Ozyurek, 2008).
Keberkesanan atau kompetensi dijadikan
sebagai kayu ukur prestasi sesuatu bidang pekerjaan.
Dalam konteks ini, tahap kompetensi pensyarah
diukur dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang diperlukan oleh seseorang pensyarah (Balci,
2005; Sahin, 2004). Berdasarkan aspek keberkesanan
ini, tahap kompetensi bakal pensyarah dan pensyarah
boleh dinilai dan diperbaiki. Oleh yang demikian,
pendapat pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan
khas Kolej Komuniti terhadap keberkesanan Program
Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran
Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran)
adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan
program ini di masa hadapan.
Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa
objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengkaji
keberkesanan Program Pensijilan Profesional
Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan
Khas (Bermasalah Pembelajaran) terhadap pensyarah
dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej
Komuniti dan mengenalpasti lima cadangan
penambahbaikan terhadap program ini.
Metodologi
Kajian ini adalah satu kajian tinjauan dalam kerangka
kajian tindakan. Kajian ini menggunakan proses
kitaran kajian tindakan yang mudah difahami
dikenali sebagai Model Kajian Tindakan Lewin.
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Lewin
Berdasarkan Rajah 1, kajian ini berada pada peringkat yang pertama, iaitu peringkat mereflek.
METODOLOGI KAJIAN
Instrumen kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik
dipilih kerana responden boleh memberikan jawapan
yang lebih tepat kerana mereka tidak perlu
berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab
soalan-soalan tersebut.
PERSAMPELAN
Populasi didefinisikan sebagai satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke
atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid,
2004). Oleh yang demikian, individu atau objek yang
hendak dikaji haruslah memiliki sekurang-kurangnya
satu sifat yang sama antara satu sama lain. Dalam
kajian ini, populasinya terdiri daripada pensyarah
yang sedang mengikuti Program Pensijilan
Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar
Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran).
Sampel bagi kajian ini adalah secara pensampelan
tidak rawak jenis bertujuan kerana hanya melibatkan
pensyarah-pensyarah yang sedang mengikuti
program ini. Responden adalah terdiri daripada 8
orang pensyarah yang telah mengajar pendidikan
khas dan 12 orang pensyarah yang bakal mengajar
pendidikan khas.
ANALISIS DATA
Pengumpulan data kajian daripada soal selidik
dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Kekerapan,
Proceedings of the International Conference on Special Education
Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503)
SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs
501
peratusan dan min digunakan untuk membincangkan
dapatan kajian menggunakan perisian Microsoft
Excel. Penentuan skor purata (min) terhadap soalan
soal selidik bahagian B adalah seperti jadual berikut :
Jadual 1 : Jadual penentuan skor purata (min)
Nilai Min Penerangan
1.0-2.33
2.34-3.67
3.68-5.00
Rendah
Sederhana
tinggi
DAPATAN KAJIAN
Demografi
Sebanyak 20 soal selidik yang telah diedarkan
kepada peserta Program Pensijilan Profesional
Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan
Khas (Bermasalah Pembelajaran). Berdasarkan
maklumbalas responden, didapati jumlah responden
perempuan (80%) adalah lebih ramai daripada
responden lelaki (20%). Melalui soal selidik juga,
didapati (35%) responden tidak pernah mengikuti
Kemudahan dan Fasiliti
Terdapat sepuluh soalan bagi pemboleh ubah yang
kedua iaitu kemudahan dan fasiliti. Berdasarkan skor
min keseluruhan bagi pemboleh ubah ini, didapati
pengetahuan dan kompetensi diri pensyarah berada
pada tahap tinggi iaitu 4.02. Walau bagaimanapun,
item kedua dalam pembolehubah ini iaitu urusetia
kursus adalah sangat membantu mencatatkan skor
min yang terendah iaitu 3.0. Berdasarkan jadual
penentuan skor purata, min ini berada pada tahap
sederhana. Min bagi pensyarah yang pernah
mengajar pelajar khas dan pensyarah yang belum
pernah mengajar pelajar khas ialah masing-masing
3.81 dan 3.95 turut berada pada tahap tinggi.
Tempoh Program
Dalam soalan di bahagian B, pemboleh ubah yang
ketiga bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian
tempoh program yang dijalankan. Sebanyak enam
soalan telah dikemukakan kepada responden.
Dapatan kajian mendapati skor min bagi keseluruhan
pemboleh ubah adalah sederhana iaitu 3.65. Jika
dibandingkan skor min bagi pensyarah yang pernah
mengajar pelajar berkeperluan khas dengan
pensyarah yang belum pernah mengajar pelajar
berkeperluan khas, skor min pensyarah yang tidak
pernah mengajar pelajar berkeperluan khas berada
pada tahap tinggi iaitu 3.74 berbanding pensyarah
yang pernah mengajar pelajar berkeperluan khas
yang mencatatkan skor min sederhana iaitu 3.52.
Faedah Kepada Jabatan/Kolej Komuniti
Pemboleh ubah yang ketiga pula bertujuan mengkaji
faedah program ini kepada jabatan atau kolej
komuniti masing-masing. Skor min bagi pemboleh
ubah ini pula ialah sebanyak 3.95 dan berada pada
tahap tinggi. Skor min bagi pensyarah dan bakal
kursus berkaitan pelajar berkeperluan khas sebelum
program ini manakala (65%) pernah mengikuti
kursus berkaitan pelajar berkeperluan khas. Bagi
soalan yang kelima, iaitu pernah terlibat mengajar
pelajar berkeperluan khas, dapatan menunjukkan
(60%) responden tidak pernah terlibat manakala
(40%) pernah terlibat mengajar pelajar berkeperluan
khas.
Pengetahuan dan Kompetensi Diri Pensyarah
Terdapat enam soalan bagi pemboleh ubah yang
pertama iaitu pengetahuan dan kompetensi diri
pensyarah. Berdasarkan skor min keseluruhan bagi
pemboleh ubah ini, didapati pengetahuan dan
kompetensi diri pensyarah berada pada tahap tinggi
iaitu 4.02. Item yang mendapat skor min tertinggi
adalah peningkatan dalam pengetahuan dan
kemahiran melalui kursus yang diikuti iaitu sebanyak
4.3. Skor min bagi pensyarah dan bakal pensyarah
pendidikan khas juga berada
pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.00 dan 4.03.
pensyarah pendidikan khas juga berada pada tahap
tinggi iaitu masing-masing 3.98 dan 3.93.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian
berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan agar
bersesuaian dengan objektif kajian. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa
Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan
Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas
(Bermasalah Pembelajaran) berkesan kepada
pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas kolej
komuniti. Hal ini telah dibuktikan melalui nilai skor
min yang diperolehi bagi kesemua pemboleh ubah
yang diuji berada pada tahap tinggi berdasarkan
jadual penentuan skor purata (min). Ini membuktikan
bahawa program seumpama ini telah memberi
manfaat yang cukup besar kepada pensyarah dan
bakal pensyarah pendidikan khas kolej komuniti bagi
meningkatkan mutu dan kemahiran pengajaran
mereka. Chua Tee Tee (1992) menyatakan, tulang
belakang sesuatu program pendidikan khas ialah
kecekapan dan kemahiran kakitangan profesionalnya.
Tenaga pengajar bagi golongan OKU memerlukan
latihan khas sebelum melayakkan mereka untuk
mengajar golongan yang berkenaan.
Sijil asas bagi pendidikan khas merupakan
antara program yang baru dilaksanakan di
kebanyakan kolej komuniti. Manakala program yang
dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) ini pula merupakan program intensif yang
pertama diadakan bagi meningkatkan pengetahuan
pensyarah mengenai pelajar berkeperluan khas.
Maka, adalah penting untuk memastikan
keberkesanan program seumpama ini. Latchanna dan
Babu (2007) menyatakan bahawa “the quality and
efficiency of any education system depends on the
Proceedings of the International Conference on Special Education
Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503)
SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs
502
quality of teachers who man in it”. Pernyataan
Latchanna dan Babu (2007) menjelaskan bahawa
kualiti dan keberkesanan sesuatu sistem pendidikan
bergantung kepada kualiti guru yang menjadi tenaga
penggerak sistem tersebut. Menurut kajian oleh
Lombana pada (1992) dalam Drummond dan Ryn
(1995) menyatakan bahawa guru-guru yang
mempunyai pengetahuan berkaitan kecacatan
memiliki sikap yang lebih positif berbanding guru-
guru tanpa pengetahuan berkaitan kecacatan.
Walau bagaimanapun, melalui dapatan
kajian yang dianalisis, didapati satu pemboleh ubah
yang mencatatkan skor min pada tahap sederhana
iaitu tempoh program yang dijalankan. Hal ini
kerana, berdasarkan analisis soal selidik responden,
didapati program pada hujung tahun adalah tidak
sesuai disamping tempoh 3 bulan yang tidak
mencukupi. Selain itu, para pensyarah
mencadangkan mereka didedahkan dengan situasi
sebenar berbanding kelas teori yang diadadakan. Ini
disokong oleh Kayan (2010) yang menyatakan
bahawa mempelajari teori sahaja tidak mencukupi
untuk seseorang individu itu menjadi kompeten atau
mahir.
Hasil daripada kajian ini akan memberikan
implikasi yang penting dalam pembangunan program
yang efektif bagi melatih pensyarah – pensyarah di
kolej komuniti yang mengajar pelajar – pelajar khas
bermasalah pembelajaran. Perkara seperti ini juga
turut dinyatakan oleh Ergul, Baydik & Demir (2013)
iaitu program latihan bagi guru – guru pendidikan
khas perlu ditambahbaik dengan mengambil kira
keperluan para guru tersebut. Ia juga turut disokong
oleh kajian Young & Mi (2014) yang menyatakan
bahawa hasil daripada kajian ini adalah penting
terhadap penggubalan polisi (kriteria berkaitan)
pengambilan guru – guru khas. Ini kerana terdapat
beberapa cadangan yang telah diberikan oleh para
responden yang merupakan kalangan kumpulan
pensyarah pertama yang dihantar bagi menjalani
kursus seumpama ini. Oleh itu, pandangan dan
cadangan yang diberikan perlulah diambil perhatian
dalam pembangunan modul pengajian bagi kursus ini
dimasa akan datang. Cadangan – cadangan yang
diberikan telah dianalisa dan dikumpulankan sebagai
lima (5) cadangan yang utama.
Cadangan penambahbaikan yang pertama
adalah para pensyarah yang terlibat perlu diberikan
lebih pendedahan kepada kaedah menangani dan
mengajar pelajar khas bermasalah pembelajaran. Ini
kerana, kebanyakan pensyarah adalah dari kalangan
pensyarah konten atau subject-matter dan bukannya
dari kalangan pensyarah dengan latarbelakang
pendidikan khas. Oleh itu, pendedahan sedemikian
amatlah perlu bagi mereka. Di samping itu,
pensyarah juga turut mencadangkan agar mereka
didedahkan dengan kaedah perlaksanaan program
transisi bagi pelajar – pelajar khas bermasalah
pembelajaran di kolej komuniti. Ini juga turut
disokong oleh kajian Ergul et al. (2013) yang
menyatakan bahawa tempoh praktikum dipanjangkan
dan kualiti program pensijilan pendidikan khas perlu
ditingkatkan.
Kedua, satu taklimat mengenai perlaksanaan
program perlu diadakan untuk memberikan beberapa
penerangan atau maklumat penting kepada para
peserta di awal sesi program (semester). Antara
perkara yang perlu diberikan perhatian dan
diterangkan dalam taklimat tersebut adalah objektif
program, tempoh program, peraturan – peraturan
program, terma dan syarat program (eg: elaun yang
berkaitan), struktur setiap kursus dan hasil yang
diinginkan daripada program ini. Hal ini penting
supaya peserta jelas dan tahu arah tuju serta jangkaan
hasil yang perlu mereka capai setelah menamatkan
program ini. Walau bagaimanapun, perkara yang
amat penting adalah objektif program dan struktur
program perlu jelas dan diperjelas. Oleh itu, di masa
akan datang urusetia perlu lebih peka terhadap aspek
ini.
Ketiga, tempoh tiga (3) bulan dan sepuluh
(10) hari adalah tidak mencukupi dan tidak memadai
bagi menguasai kemahiran dan pengetahuan yang
berkaitan. Oleh itu, para peserta menyarankan agar
tempoh pengajian dilanjutkan kepada sekurang –
kurangnya 5 bulan. Ini penting kerana banyak yang
perlu peserta pelajari dan ketahui. Sepanjang tempoh
tiga bulan dan sepuluh hari, bukan sahaja pensyarah
malah para peserta juga turut merasa tergesa–gesa
menyempurnakan program tersebut sedangkan
banyak yang perlu diketahui.
Keempat adalah berkaitan dengan kaedah
penilaian dan pentaksiran yang dilaksankan bagi
setiap kursus. Para peserta berpendapat, kaedah
penilaian perlu diselaraskan bagi kesemua sembilan
(9) kursus yang dijalankan. Ini adalah supaya peserta
akan sedia maklum mengenai kaedah penilaian dan
pentaksiran sejak dari awal program lagi. Oleh itu,
adalah mudah bagi mereka untuk membuat
persiapan. Para peserta hanya dimaklumkan
mengenai peperiksaan akhir pada akhir tempoh
program dan keadaan agak kelam – kabut. Ini
menampakkan kekurangan dari aspek persediaan
daripada pihak urusetia dan penganjur.
Dan akhir sekali, yang kelima adalah
mengenai tarikh perlaksanaan program. Peserta
berpendapat bahawa program sebegini adalah lebih
sesuai dilaksanakan di awal tahun berbanding pada
akhir tahun seperti pada kali ini. Ini bagi
memudahkan urusetia membuat persiapan rapid dan
para peserta tidak terganggu dengan pendaftaran
anak – anak ke sekolah.
Terdapat beberapa limitasi yang perlu
diambilkira dalam kajian ini. Pertama, kajian ini
hanya melibatkan jumlah peserta yang kecil iaitu 20
orang sahaja. Walau bagaimanapun, kebanyakan
mereka adalah dalam kalangan pensyarah yang telah
terlibat dengan program khas di kolej komuniti dan
Proceedings of the International Conference on Special Education
Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503)
SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs
503
mempunyai pengalaman lebih kurang 4 tahun
sebagai pensyarah. Mereka juga mewakili hampir
kesemua kolej komuniti yang telah menawarkan
program khas dan yang bakal menawarkan program
khas. Kedua, masa yang diambil bagi melaksanakan
kursus ini adalah terhad iaitu hanya dalam tempoh
kurang daripada tiga (3) bulan. Masa yang terhad
mungkin mengganggu hasil kajian. Kursus ini juga
merupakan program rintis bagi pendedahan kepada
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
RUJUKAN
Brownell, M. T., Ross, D. D., Colon, E. P., &
McCallum, C. L. (2005). Critical features
of special education teacher preparation:
A comparison with general teacher
education. The Journal of Special
Education, 38 (4), 242-252.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992).
Pendidikan Khas Dan Pemulihan
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Drummond dan Ryn,W. (1995). Themes In Teacher
Education Research. Handbook Of
Research On Teacher Education. New
York:Macmillan Publishing Co.
Ergul, D., Baydik, B., dan Demir, S. (2013).
Opinions of In-Service and Pre-Service
Special Education Teachers on the
Competencies of the Undergraduate
Special Education Programs. Educational
Science: Theory & Practice. 13(1), 518-
522.
Mohd Majid Konting.(1990). Kaedah Penyelidikan
Pendidikan.Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa & Pustaka.
Nartgün, Ş. S. (2010). Perceptions of special
education academic staff: Who should be
employed as special education teachers?
International Journal of Human
Sciences, 7 (1), 1082-1113.
Young, J.L., & Mi, N.M. (2014). Relation of
Character Strenghts to Personal
Teaching Efficacy in Korean Special
Education Teachers.
International Journal of Special
Education. 29(2), 1-6.

More Related Content

Similar to BAHANPENGAJARAN.pdf

Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhhProposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Str Balondero
 
Proposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iiiProposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iii
Str Balondero
 
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
acieh zahida
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
Adam Amsyar
 
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
wanfadhilahwanhitam
 
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full textPros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
university of riau
 
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
Angga Debby Frayudha
 
Lely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
Lely%20Halimah%20(FIP)%20HiberLely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
Lely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
sherina munaf
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Fatim Fauziani
 

Similar to BAHANPENGAJARAN.pdf (20)

Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhhProposal skripsi metlit nihhhhhhhh
Proposal skripsi metlit nihhhhhhhh
 
Proposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iiiProposal skripsi metlit tugas iii
Proposal skripsi metlit tugas iii
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
Asesmen dalam Peminatan Peserta Didik pada Kurikulum 2013
 
Dokumen skpm 2010 (1)
Dokumen skpm 2010 (1)Dokumen skpm 2010 (1)
Dokumen skpm 2010 (1)
 
Dokumenskpm2010
Dokumenskpm2010Dokumenskpm2010
Dokumenskpm2010
 
MODUL 5 PKR.pptx
MODUL 5 PKR.pptxMODUL 5 PKR.pptx
MODUL 5 PKR.pptx
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb3642 13376-1-pb
3642 13376-1-pb
 
(Bengkel) Bab 1 Pengenalan.pptxdjksjdksjdksjdksjdk
(Bengkel) Bab 1 Pengenalan.pptxdjksjdksjdksjdksjdk(Bengkel) Bab 1 Pengenalan.pptxdjksjdksjdksjdksjdk
(Bengkel) Bab 1 Pengenalan.pptxdjksjdksjdksjdksjdk
 
Ahmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantipAhmad faozi riview jurnal pak lantip
Ahmad faozi riview jurnal pak lantip
 
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Ko...
 
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full textPros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
Pros lieli s ferrynela pl-studi penelusuran (tracer study)full text
 
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
PENGARUH SUPERVISI KUNJUNGAN KELAS, IKLIM ORGANISASI DAN MOTIVASI TERHADAP KO...
 
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnyaPengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
 
Lely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
Lely%20Halimah%20(FIP)%20HiberLely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
Lely%20Halimah%20(FIP)%20Hiber
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
REVIEW JURNAL INTERNASIONAL MONA NOVITA " ASSESSMENT OF THE QUALITY MANAGEMEN...
REVIEW JURNAL INTERNASIONAL MONA NOVITA " ASSESSMENT OF THE QUALITY MANAGEMEN...REVIEW JURNAL INTERNASIONAL MONA NOVITA " ASSESSMENT OF THE QUALITY MANAGEMEN...
REVIEW JURNAL INTERNASIONAL MONA NOVITA " ASSESSMENT OF THE QUALITY MANAGEMEN...
 

More from MOHDZAINUDINJENAL (14)

KEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
KEMAHIRANPELAJARIR4.pdfKEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
KEMAHIRANPELAJARIR4.pdf
 
DIGITALEDU.pdf
DIGITALEDU.pdfDIGITALEDU.pdf
DIGITALEDU.pdf
 
PENGETAHUANPELAJAR.pdf
PENGETAHUANPELAJAR.pdfPENGETAHUANPELAJAR.pdf
PENGETAHUANPELAJAR.pdf
 
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdfPENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
PENILAIANKOMPETENSIKK.pdf
 
SKMJOUNAL.pdf
SKMJOUNAL.pdfSKMJOUNAL.pdf
SKMJOUNAL.pdf
 
MJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdfMJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdf
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Topic7InstrumenKajian.pdf
Topic7InstrumenKajian.pdfTopic7InstrumenKajian.pdf
Topic7InstrumenKajian.pdf
 
admin,+3.pdf
admin,+3.pdfadmin,+3.pdf
admin,+3.pdf
 
Engineering BIOCHAR.pdf
Engineering  BIOCHAR.pdfEngineering  BIOCHAR.pdf
Engineering BIOCHAR.pdf
 
elektrik
elektrikelektrik
elektrik
 
litar1
litar1litar1
litar1
 
Borang tuntutan bayaran penceramah
Borang tuntutan bayaran penceramahBorang tuntutan bayaran penceramah
Borang tuntutan bayaran penceramah
 
BORANG PENILAIN PESERTA
BORANG PENILAIN PESERTABORANG PENILAIN PESERTA
BORANG PENILAIN PESERTA
 

Recently uploaded

SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptxSOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
FahrizalTriPrasetyo
 
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
FujiAdam
 
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
taniaalda710
 
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptxManajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
arifyudianto3
 
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get CytotecAbortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
EnginerMine
 

Recently uploaded (14)

SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptxSOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
SOAL UJIAN SKKhhhhhhjjjjjjjjjjjjjjjj.pptx
 
BAB_3_Teorema superposisi_thevenin_norton (1).ppt
BAB_3_Teorema superposisi_thevenin_norton (1).pptBAB_3_Teorema superposisi_thevenin_norton (1).ppt
BAB_3_Teorema superposisi_thevenin_norton (1).ppt
 
Laporan Tinjauan Manajemen HSE/Laporan HSE Triwulanpptx
Laporan Tinjauan Manajemen HSE/Laporan HSE TriwulanpptxLaporan Tinjauan Manajemen HSE/Laporan HSE Triwulanpptx
Laporan Tinjauan Manajemen HSE/Laporan HSE Triwulanpptx
 
Presentasi gedung jenjang 6 - Isman Kurniawan.ppt
Presentasi gedung jenjang 6 - Isman Kurniawan.pptPresentasi gedung jenjang 6 - Isman Kurniawan.ppt
Presentasi gedung jenjang 6 - Isman Kurniawan.ppt
 
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
 
TEKNIS TES TULIS REKRUTMEN PAMSIMAS 2024.pdf
TEKNIS TES TULIS REKRUTMEN PAMSIMAS 2024.pdfTEKNIS TES TULIS REKRUTMEN PAMSIMAS 2024.pdf
TEKNIS TES TULIS REKRUTMEN PAMSIMAS 2024.pdf
 
sample for Flow Chart Permintaan Spare Part
sample for Flow Chart Permintaan Spare Partsample for Flow Chart Permintaan Spare Part
sample for Flow Chart Permintaan Spare Part
 
Manual Desain Perkerasan jalan 2017 FINAL.pptx
Manual Desain Perkerasan jalan 2017 FINAL.pptxManual Desain Perkerasan jalan 2017 FINAL.pptx
Manual Desain Perkerasan jalan 2017 FINAL.pptx
 
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
10.-Programable-Logic-Controller (1).ppt
 
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptxManajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
Manajer Lapangan Pelaksanaan Pekerjaan Gedung - Endy Aitya.pptx
 
Strategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di IndonesiaStrategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
 
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get CytotecAbortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
Abortion Pills In Doha // QATAR (+966572737505 ) Get Cytotec
 
Materi Asesi SKK Manajer Pelaksana SPAM- jenjang 6.pptx
Materi Asesi SKK Manajer Pelaksana SPAM- jenjang 6.pptxMateri Asesi SKK Manajer Pelaksana SPAM- jenjang 6.pptx
Materi Asesi SKK Manajer Pelaksana SPAM- jenjang 6.pptx
 
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
2024.02.26 - Pra-Rakor Tol IKN 3A-2 - R2 V2.pptx
 

BAHANPENGAJARAN.pdf

  • 1. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs 499 DOI : https://zenodo.org/record/6904558 Published by https://publication.seameosen.edu.my/index.php/icse/issue/view/2 © 2017 SEAMEO SEN PENDAPAT PENSYARAH DAN BAKAL PENSYARAH PENDIDIKAN KHAS KOLEJ KOMUNITI TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (BERMASALAH PEMBELAJARAN) aNurina Pillin Anak Sibat bKhalid Sepawi cNor Azreen Ayub Kolej Komuniti Kuching anurina5712@gmail.com bkhalid@kkkg.edu.my cazreen@kkkg.edu.my Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) terhadap pensyarah dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej Komuniti yang dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mengetahui lima (5) cadangan penambahbaikan yang sesuai bagi program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas sebagai persediaan untuk mengajar pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dengan skala likert 5 poin dan data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel bagi mencari min setiap pemboleh ubah. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden (pensyarah rintis) yang terlibat dalam program ini. Analisis dapatan kajian menunjukkan program yang diadakan adalah berkesan berdasarkan min keseluruhan yang dicatatkan pada tahap tinggi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan. Kata kunci: Pendapat Pensyarah, Bakal Pensyarah, Kolej Komuniti, Bermasalah Pembelajaran Abstract: The purpose of this study was to identify the efficacy of the Professional Certification for Teaching and Educating students with Special Needs (Learning Disaabilities) Program on Community College special education lecturers which was held in Universiti Kebangsaan Malaysia (National University of Malaysia) and to suggest five (5) improvements to the program. This program was held to provide exposure to the special education lecturers as a preparation for them to teach students with learning disabilities. Data collection method was through a 5 points Likert Scale questionnaire and was analyzed using MS Excel for the mean of each four variables. The questionnaire was distributed to the 20 special education lecturers participating in this certification program. The findings suggest that the certification achieved its objectives and there were 5 suggestions provided at the end of the discussion. Keywords: Lecturers’ Opinion, Pre-service Lecturer, Community College, Learning Disabilities
  • 2. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs 500 PENDAHULUAN Kualiti program pendedahan kepada pendidikan khas terhadap pensyarah adalah sangat penting dalam mempersiapkan mereka menghadapi pelajar berkeperluan khas (Ergul, Baydik, & Demir, 2013). Kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kejayaan pelajar dengan kualiti program pendidikan pensyarah (Brownell, Ross, Colon, & McCallum, 2005). Dalam meningkatkan kualiti program ini, beberapa standard perlu ditetapkan. Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti tahap kompetensi Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran). Hal ini kerana, terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa program pensijilan jangka pendek yang dianjurkan khusus untuk memenuhi jurang keperluan guru pendidikan khas tidak memberi kesan positif terhadap guru dalam bidang ini (Nartgun, 2010; Ozyurek, 2008). Keberkesanan atau kompetensi dijadikan sebagai kayu ukur prestasi sesuatu bidang pekerjaan. Dalam konteks ini, tahap kompetensi pensyarah diukur dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh seseorang pensyarah (Balci, 2005; Sahin, 2004). Berdasarkan aspek keberkesanan ini, tahap kompetensi bakal pensyarah dan pensyarah boleh dinilai dan diperbaiki. Oleh yang demikian, pendapat pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas Kolej Komuniti terhadap keberkesanan Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan program ini di masa hadapan. Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu mengkaji keberkesanan Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) terhadap pensyarah dan bakal pensyarah Pendidikan Khas Kolej Komuniti dan mengenalpasti lima cadangan penambahbaikan terhadap program ini. Metodologi Kajian ini adalah satu kajian tinjauan dalam kerangka kajian tindakan. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai Model Kajian Tindakan Lewin. Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Lewin Berdasarkan Rajah 1, kajian ini berada pada peringkat yang pertama, iaitu peringkat mereflek. METODOLOGI KAJIAN Instrumen kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik dipilih kerana responden boleh memberikan jawapan yang lebih tepat kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan-soalan tersebut. PERSAMPELAN Populasi didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid, 2004). Oleh yang demikian, individu atau objek yang hendak dikaji haruslah memiliki sekurang-kurangnya satu sifat yang sama antara satu sama lain. Dalam kajian ini, populasinya terdiri daripada pensyarah yang sedang mengikuti Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran). Sampel bagi kajian ini adalah secara pensampelan tidak rawak jenis bertujuan kerana hanya melibatkan pensyarah-pensyarah yang sedang mengikuti program ini. Responden adalah terdiri daripada 8 orang pensyarah yang telah mengajar pendidikan khas dan 12 orang pensyarah yang bakal mengajar pendidikan khas. ANALISIS DATA Pengumpulan data kajian daripada soal selidik dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Kekerapan,
  • 3. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs 501 peratusan dan min digunakan untuk membincangkan dapatan kajian menggunakan perisian Microsoft Excel. Penentuan skor purata (min) terhadap soalan soal selidik bahagian B adalah seperti jadual berikut : Jadual 1 : Jadual penentuan skor purata (min) Nilai Min Penerangan 1.0-2.33 2.34-3.67 3.68-5.00 Rendah Sederhana tinggi DAPATAN KAJIAN Demografi Sebanyak 20 soal selidik yang telah diedarkan kepada peserta Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran). Berdasarkan maklumbalas responden, didapati jumlah responden perempuan (80%) adalah lebih ramai daripada responden lelaki (20%). Melalui soal selidik juga, didapati (35%) responden tidak pernah mengikuti Kemudahan dan Fasiliti Terdapat sepuluh soalan bagi pemboleh ubah yang kedua iaitu kemudahan dan fasiliti. Berdasarkan skor min keseluruhan bagi pemboleh ubah ini, didapati pengetahuan dan kompetensi diri pensyarah berada pada tahap tinggi iaitu 4.02. Walau bagaimanapun, item kedua dalam pembolehubah ini iaitu urusetia kursus adalah sangat membantu mencatatkan skor min yang terendah iaitu 3.0. Berdasarkan jadual penentuan skor purata, min ini berada pada tahap sederhana. Min bagi pensyarah yang pernah mengajar pelajar khas dan pensyarah yang belum pernah mengajar pelajar khas ialah masing-masing 3.81 dan 3.95 turut berada pada tahap tinggi. Tempoh Program Dalam soalan di bahagian B, pemboleh ubah yang ketiga bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian tempoh program yang dijalankan. Sebanyak enam soalan telah dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian mendapati skor min bagi keseluruhan pemboleh ubah adalah sederhana iaitu 3.65. Jika dibandingkan skor min bagi pensyarah yang pernah mengajar pelajar berkeperluan khas dengan pensyarah yang belum pernah mengajar pelajar berkeperluan khas, skor min pensyarah yang tidak pernah mengajar pelajar berkeperluan khas berada pada tahap tinggi iaitu 3.74 berbanding pensyarah yang pernah mengajar pelajar berkeperluan khas yang mencatatkan skor min sederhana iaitu 3.52. Faedah Kepada Jabatan/Kolej Komuniti Pemboleh ubah yang ketiga pula bertujuan mengkaji faedah program ini kepada jabatan atau kolej komuniti masing-masing. Skor min bagi pemboleh ubah ini pula ialah sebanyak 3.95 dan berada pada tahap tinggi. Skor min bagi pensyarah dan bakal kursus berkaitan pelajar berkeperluan khas sebelum program ini manakala (65%) pernah mengikuti kursus berkaitan pelajar berkeperluan khas. Bagi soalan yang kelima, iaitu pernah terlibat mengajar pelajar berkeperluan khas, dapatan menunjukkan (60%) responden tidak pernah terlibat manakala (40%) pernah terlibat mengajar pelajar berkeperluan khas. Pengetahuan dan Kompetensi Diri Pensyarah Terdapat enam soalan bagi pemboleh ubah yang pertama iaitu pengetahuan dan kompetensi diri pensyarah. Berdasarkan skor min keseluruhan bagi pemboleh ubah ini, didapati pengetahuan dan kompetensi diri pensyarah berada pada tahap tinggi iaitu 4.02. Item yang mendapat skor min tertinggi adalah peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran melalui kursus yang diikuti iaitu sebanyak 4.3. Skor min bagi pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas juga berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.00 dan 4.03. pensyarah pendidikan khas juga berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing 3.98 dan 3.93. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan agar bersesuaian dengan objektif kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa Program Pensijilan Profesional Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Berkeperluan Khas (Bermasalah Pembelajaran) berkesan kepada pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas kolej komuniti. Hal ini telah dibuktikan melalui nilai skor min yang diperolehi bagi kesemua pemboleh ubah yang diuji berada pada tahap tinggi berdasarkan jadual penentuan skor purata (min). Ini membuktikan bahawa program seumpama ini telah memberi manfaat yang cukup besar kepada pensyarah dan bakal pensyarah pendidikan khas kolej komuniti bagi meningkatkan mutu dan kemahiran pengajaran mereka. Chua Tee Tee (1992) menyatakan, tulang belakang sesuatu program pendidikan khas ialah kecekapan dan kemahiran kakitangan profesionalnya. Tenaga pengajar bagi golongan OKU memerlukan latihan khas sebelum melayakkan mereka untuk mengajar golongan yang berkenaan. Sijil asas bagi pendidikan khas merupakan antara program yang baru dilaksanakan di kebanyakan kolej komuniti. Manakala program yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini pula merupakan program intensif yang pertama diadakan bagi meningkatkan pengetahuan pensyarah mengenai pelajar berkeperluan khas. Maka, adalah penting untuk memastikan keberkesanan program seumpama ini. Latchanna dan Babu (2007) menyatakan bahawa “the quality and efficiency of any education system depends on the
  • 4. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs 502 quality of teachers who man in it”. Pernyataan Latchanna dan Babu (2007) menjelaskan bahawa kualiti dan keberkesanan sesuatu sistem pendidikan bergantung kepada kualiti guru yang menjadi tenaga penggerak sistem tersebut. Menurut kajian oleh Lombana pada (1992) dalam Drummond dan Ryn (1995) menyatakan bahawa guru-guru yang mempunyai pengetahuan berkaitan kecacatan memiliki sikap yang lebih positif berbanding guru- guru tanpa pengetahuan berkaitan kecacatan. Walau bagaimanapun, melalui dapatan kajian yang dianalisis, didapati satu pemboleh ubah yang mencatatkan skor min pada tahap sederhana iaitu tempoh program yang dijalankan. Hal ini kerana, berdasarkan analisis soal selidik responden, didapati program pada hujung tahun adalah tidak sesuai disamping tempoh 3 bulan yang tidak mencukupi. Selain itu, para pensyarah mencadangkan mereka didedahkan dengan situasi sebenar berbanding kelas teori yang diadadakan. Ini disokong oleh Kayan (2010) yang menyatakan bahawa mempelajari teori sahaja tidak mencukupi untuk seseorang individu itu menjadi kompeten atau mahir. Hasil daripada kajian ini akan memberikan implikasi yang penting dalam pembangunan program yang efektif bagi melatih pensyarah – pensyarah di kolej komuniti yang mengajar pelajar – pelajar khas bermasalah pembelajaran. Perkara seperti ini juga turut dinyatakan oleh Ergul, Baydik & Demir (2013) iaitu program latihan bagi guru – guru pendidikan khas perlu ditambahbaik dengan mengambil kira keperluan para guru tersebut. Ia juga turut disokong oleh kajian Young & Mi (2014) yang menyatakan bahawa hasil daripada kajian ini adalah penting terhadap penggubalan polisi (kriteria berkaitan) pengambilan guru – guru khas. Ini kerana terdapat beberapa cadangan yang telah diberikan oleh para responden yang merupakan kalangan kumpulan pensyarah pertama yang dihantar bagi menjalani kursus seumpama ini. Oleh itu, pandangan dan cadangan yang diberikan perlulah diambil perhatian dalam pembangunan modul pengajian bagi kursus ini dimasa akan datang. Cadangan – cadangan yang diberikan telah dianalisa dan dikumpulankan sebagai lima (5) cadangan yang utama. Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah para pensyarah yang terlibat perlu diberikan lebih pendedahan kepada kaedah menangani dan mengajar pelajar khas bermasalah pembelajaran. Ini kerana, kebanyakan pensyarah adalah dari kalangan pensyarah konten atau subject-matter dan bukannya dari kalangan pensyarah dengan latarbelakang pendidikan khas. Oleh itu, pendedahan sedemikian amatlah perlu bagi mereka. Di samping itu, pensyarah juga turut mencadangkan agar mereka didedahkan dengan kaedah perlaksanaan program transisi bagi pelajar – pelajar khas bermasalah pembelajaran di kolej komuniti. Ini juga turut disokong oleh kajian Ergul et al. (2013) yang menyatakan bahawa tempoh praktikum dipanjangkan dan kualiti program pensijilan pendidikan khas perlu ditingkatkan. Kedua, satu taklimat mengenai perlaksanaan program perlu diadakan untuk memberikan beberapa penerangan atau maklumat penting kepada para peserta di awal sesi program (semester). Antara perkara yang perlu diberikan perhatian dan diterangkan dalam taklimat tersebut adalah objektif program, tempoh program, peraturan – peraturan program, terma dan syarat program (eg: elaun yang berkaitan), struktur setiap kursus dan hasil yang diinginkan daripada program ini. Hal ini penting supaya peserta jelas dan tahu arah tuju serta jangkaan hasil yang perlu mereka capai setelah menamatkan program ini. Walau bagaimanapun, perkara yang amat penting adalah objektif program dan struktur program perlu jelas dan diperjelas. Oleh itu, di masa akan datang urusetia perlu lebih peka terhadap aspek ini. Ketiga, tempoh tiga (3) bulan dan sepuluh (10) hari adalah tidak mencukupi dan tidak memadai bagi menguasai kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan. Oleh itu, para peserta menyarankan agar tempoh pengajian dilanjutkan kepada sekurang – kurangnya 5 bulan. Ini penting kerana banyak yang perlu peserta pelajari dan ketahui. Sepanjang tempoh tiga bulan dan sepuluh hari, bukan sahaja pensyarah malah para peserta juga turut merasa tergesa–gesa menyempurnakan program tersebut sedangkan banyak yang perlu diketahui. Keempat adalah berkaitan dengan kaedah penilaian dan pentaksiran yang dilaksankan bagi setiap kursus. Para peserta berpendapat, kaedah penilaian perlu diselaraskan bagi kesemua sembilan (9) kursus yang dijalankan. Ini adalah supaya peserta akan sedia maklum mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran sejak dari awal program lagi. Oleh itu, adalah mudah bagi mereka untuk membuat persiapan. Para peserta hanya dimaklumkan mengenai peperiksaan akhir pada akhir tempoh program dan keadaan agak kelam – kabut. Ini menampakkan kekurangan dari aspek persediaan daripada pihak urusetia dan penganjur. Dan akhir sekali, yang kelima adalah mengenai tarikh perlaksanaan program. Peserta berpendapat bahawa program sebegini adalah lebih sesuai dilaksanakan di awal tahun berbanding pada akhir tahun seperti pada kali ini. Ini bagi memudahkan urusetia membuat persiapan rapid dan para peserta tidak terganggu dengan pendaftaran anak – anak ke sekolah. Terdapat beberapa limitasi yang perlu diambilkira dalam kajian ini. Pertama, kajian ini hanya melibatkan jumlah peserta yang kecil iaitu 20 orang sahaja. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka adalah dalam kalangan pensyarah yang telah terlibat dengan program khas di kolej komuniti dan
  • 5. Proceedings of the International Conference on Special Education Vol.2 (2017) / e-ISSN 2948-4731 (499-503) SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs 503 mempunyai pengalaman lebih kurang 4 tahun sebagai pensyarah. Mereka juga mewakili hampir kesemua kolej komuniti yang telah menawarkan program khas dan yang bakal menawarkan program khas. Kedua, masa yang diambil bagi melaksanakan kursus ini adalah terhad iaitu hanya dalam tempoh kurang daripada tiga (3) bulan. Masa yang terhad mungkin mengganggu hasil kajian. Kursus ini juga merupakan program rintis bagi pendedahan kepada pendidikan khas bermasalah pembelajaran. RUJUKAN Brownell, M. T., Ross, D. D., Colon, E. P., & McCallum, C. L. (2005). Critical features of special education teacher preparation: A comparison with general teacher education. The Journal of Special Education, 38 (4), 242-252. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka Drummond dan Ryn,W. (1995). Themes In Teacher Education Research. Handbook Of Research On Teacher Education. New York:Macmillan Publishing Co. Ergul, D., Baydik, B., dan Demir, S. (2013). Opinions of In-Service and Pre-Service Special Education Teachers on the Competencies of the Undergraduate Special Education Programs. Educational Science: Theory & Practice. 13(1), 518- 522. Mohd Majid Konting.(1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Nartgün, Ş. S. (2010). Perceptions of special education academic staff: Who should be employed as special education teachers? International Journal of Human Sciences, 7 (1), 1082-1113. Young, J.L., & Mi, N.M. (2014). Relation of Character Strenghts to Personal Teaching Efficacy in Korean Special Education Teachers. International Journal of Special Education. 29(2), 1-6.