SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SESI 2013/2014
SEMESTER 1 / 2014
KURSUS:
SME6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
TUGASAN 1
Isu 11. Budaya Sekolah
DISEDIAKAN OLEH
Bil. Nama Ahli No.Matrik
1 LIM CHUAN YANG M20131000356
2 FATMAH BINTI AHMAD M20131000359
3 DG MASNIAH BINTI AG PIUT M20131000360
4 AMIE JOAN JUANIS M20131000371
5 DG HALIMAH BINTI AG JALI M20131000381
KUMPULAN : 3
PENSYARAH : PROF.DR.MARZITA PUTEH
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
2 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
ISU 11_BUDAYA SEKOLAH
Pendahuluan
Budaya sekolah merupakan aspek yang sangat penting untuk memajukan sekolah. Rusni
(2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan
sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan
norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Berdasarkan falsafah pendidikan negara, dan
matlamat kurikulum matematik, maka sekolah telah membina budaya mereka berdasarkan
kepercayaan dan amalan sekolah masing-masing. Budaya sekolah ialah personaliti atau
keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolah
selalunya dihuraikan dengan ‘inilah cara kita melakukan kerja di sini’. Budaya sekolah
merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain dan kesemuanya diterima dan
dipraktiskan di sesebuah sekolah (Ruhani Mat Min, 2009).
Menerusi beberapa kajian dan perbincangan, kumpulan ini memilih empat topik utama untuk
dibincangkan bersama iaitu menerusi perspektif:
1. Pentadbir
2. Guru
3. Murid
4.Komuniti
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
3 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
1.0 PENTADBIR
Siapakah orang yang paling bertanggungjawab dalam sesebuah organisasi pendidikan misalnya
sekolah menengah atau sekolah rendah? Pentadbir yang ingin kita bincangkan di sini menjurus
kepada seorang yang kita kenali sebagai Pengetua atau guru Besar. Apabila seseorang dilantik
sebagai Pengetua/Guru Besar dari segi undang-undang telah sah ia adalah seorang pegawai yang
dilantik oleh Kementerian Pelajaran untuk mentadbir sesebuah sekolah sama ada sekolah
menengah atau rendah. Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalamannya, kelulusannya dan
kebolehannya menjadi pemimpin khususnya dari segi perhubungan awam.
1.1 Visi dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melonjakkan prestasi pencapaian dan
mengurangkan jurang perbezaan yang sering terjadi antara institute pengajian tinggi mahupun
sekolah kini menyelaraskan visi dan misi semua sekolah berpandukan visi dan misi KPM.
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Sesebuah sekolah yang mempunyai pemimpin yang tahu akan arah dan hala tuju visi dan misi
sekolahnya dalam memanuhi hasrat pendidikan Negara sudah tentu mampu mewujudkan budaya
kerja yang cemerlang di sekolah yang ditadbirnya. Seseorang pemimpin yang berkualiti dapat
merancang dan melaksana setiap langkah dan usaha untuk mencapai matlamat ke arah
kecemerlangan ataupun kegemilangan sekolahnya.
1.2 Kawalan
Seseorang pentadbir seharusnya mampu mengurus semua perkara di bawah pentadbirannya
dengan menggunakan kepakaran serta pengalaman yang ada misalnya hubungannya dengan guru,
staf, murid dan komuniti yang terlibat. Kita sedia maklum akan permasalahan yang sering timbul
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
4 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
di mana-mana sekolah yang menjadi lumrah dalam kehidupan, oleh itu seseorang pengetua atau
guru besar haruslah bijak dalam menangani setiap permasalahan ini misalnya masalah guru yang
mengamalkan budaya yang tidak elok seperti sering lewat datang bertugas atau masuk kelas yang
mana akan menimbulkan masalah-masalah lain antaranya pihak ibu bapa yang kurang senang
boleh menimbulkan kekecohan. Maka tindakan wajar yang bersesuaian dan mengikut prosedur
harus dilaksanakan segera bagi mengawal sikap guru dan tindakan ibu bapa tersebut. Dengan
menghadiri kursus, pembacaan dan perkongsian dengan rakan seangkatan akan dapat memperbaiki
setiap kelemahan yang terdapat di sekolah atau institut di bawah kawalan seseorang pentadbir di
samping usaha lain yang difikirkan munasabah.
1.3 Penghargaan
Sesetengah pegetua atau guru besar kurang memberikan kata-kata pujian apatah lagi hadiah
galakkan kepada guru, staf, murid dan komuniti yang bersangkut paut dengan institut atau
sekolahnya yang mana merupakan motivasi secara langsung dan tidak langsung. Perkara ini
kurang disedari kerana sesetengah pentadbir akan hanya menunggu majlis tahunan yang menjadi
rutin walhal perkara ini seharusnya dilakukan setiap ada kesempatan, samaada setiap hari, minggu
atau bulan mengikut kesesuaian dan keadaan yang difikirkan tepat bagi seseorang pentadbir yang
bijaksana. Pelbagai cara harus dilakukan untuk menarik minat dan kesungguhan tenaga kerja dan
ahli di bawah pentadbiran agar sesebuah sekolah itu mampu bersaing dengan cemerlang dan
mengamalkan budaya yang sihat seperti budaya penyayang dan sebagainya. Penghargaan bukan
sahaja perlu diberikan kepada guru, murid atau staf di dalam sekolah bahkan penghargaan terhadap
ibubapa atau badan-badan yang terlibat seperti pengusaha kantin, bank-bank yang memberikan
sumbangan juga perlu diingat demi menjalin hubungan yang baik dengan persekitaran.
1.4 Pengurusan Sumber
Menyentuh soal sumber pula, terdapat pelbagai jenis sumber yang ada dan perlu ada di sekolah.
Sumber kewangan yang kukuh, peralatan dan pengetahuan merupakan sumber yang penting dalam
memupuk budaya baik di kalangan semua pihak yang terlibat. Budaya mengamalkan sikap yang
jujur dan amanah dalam pengurusan sumber kewangan antaranya akan mampu mencetuskan
keadilan dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru misalnya pembelian bahan bantu
pengajaran matematik, program mencungkil bakat dalam aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
Sumber sampingan seperti sumbangan ibubapa juga mampu menambahbaik keperluan yang lain
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
5 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
contohnya kekurangan peralatan belajar seperti kerusi meja dan sebagainya. Pengurusan sumber
yang cekap mampu menambahbaik amalan budaya positif di kalangan warga sesebuah sekolah itu
mahupun hubungan dengan pihak luar.
1.5 Prasarana
Apabila kita ingin membuat lawatan atau tinjauan samaada berkunjung ke tempat tersebut ataupun
melayari internet, sudah tentu kita akan tertarik dengan keindahan pengurusan prasaran dan factor-
faktor keselamatan yang terdapat di tempat tersebut. Begitu juga dengan persekitaran institut atau
sekolah yang mementingkan ciri-ciri ini sudah tentu boleh menghasilkan kualiti pencapaian yang
lebih baik berbanding institute atau sekolah yang kurang atau tidak mengamalkannya. Keadaan
persekitaran sekolah yang kurang ceria membosankan dan tidak dapat meransang minat murid
untuk berkembang dan berfikir secara kreatif apatah lagi persekitaran yang kurang selamat yang
boleh menjejaskan kesihatan serta menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan warga dan
komuniti di persekitaran. Pentadbir yang boleh membudayakan amalan yang cemerlang dalam
pengurusan prasarana organisasinya merupakan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan
dalam mempastikan hala tuju kejayaan organisasinya di dalam dan boleh jadi juga di luar Negara.
Penutup
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, pemilihan pentadbir atau pemimpin sesebuah
organisasi misalnya pemilihan pengetua atau guru besar perlu melalui tapisan yang teliti dan
berkualiti demi menjamin mutu kepimpinan dan pentadbiran sesebuah organisasi pendidikan
justeru dapat meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di Negara ini. Pelbagai usaha pihak
kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini antaranya perubahan
dalam pemberian peluang untuk semua guru yang ingin menjadi pentadbir samaada pengetua atau
guru besar yang dahulunya berlandaskan senioriti dan lantikan pejabat pelajaran daerah ataupun
negeri semata-mata. Kini semua guru yang berkelayakan serta memenuhi syarat berpeluang untuk
memimpin sesebuah organisasi pendidikan seperti sekolah dengan membuat permohonan dan
mengikuti kursus berkualiti di bawah kawalan Institut Aminuddin Baki (IAB). Perubahan ini
diharapkan akan dapat menambahbaik kualiti pentadbir di sesebuah organisasi pendidikan yang
terdapat di Negara ini.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
6 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
2.0 GURU
Individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan
guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan,
kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara
keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai “role model ” mereka kerana
mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan.
Kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan
serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar
sangat besar sehinggakan kadangkala kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka
tinggi berbanding daripada ibu bapa sendiri.
Guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan
perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan peranan sebagai
pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui peranan-
peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya seperti nilai,
norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lain-lain. Apabila sifat budaya yang
diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina budaya sekolah
Salah satu keunikan dan keunggulan sebuah sekolah adalah memiliki budaya sekolah (school
culture) yang kukuh, dan efesien.Perpaduan semua unsur baik pelajar, guru, dan ibubapa yang
bekerjasama dalam menciptakan komuniti yang lebih baik melalui pendidikan yang berkualiti,
serta bertanggung jawab dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah, menjadikan sebuah
sekolah unggul dan terkenal di mata masyarakat. Budaya sekolah merupakan ciri khas, karakter
atau watak, dan citra sekolah tersebut di masyarakat luas.
Sebuah sekolah harus mempunyai misi menciptakan budaya sekolah yang mencabar dan
menyenangkan, adil, kreatif, terintegratif, dan dedikatif terhadap pencapaian visi, menghasilkan
pelajar yang berkualiti tinggi dalam perkembangan intelektualnya dan mempunyai karakter takwa,
jujur, kreatif, mampu menjadi teladan, bekerja keras, toleransi dan cekap dalam memimpin, serta
dapat mengembangkan sumber daya manusia yang dapat berperanan dalam perkembangan
intelek. Budaya sekolah yang harus diciptakan agar tetap efesien adalah dengan mengembangkan
budaya keagamaan, budaya kerjasama dan budaya kepemimpinan.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
7 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Guru menyampaikan ilmu
dan kemahiran kepada pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada
sistem sosial di sekolah. Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan
menarik bagi menyampaikan pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan
persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan terurus dengan baik.
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan
dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
melahirkan bangsa yang bertamadun.Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada
pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan
perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan
pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar.Pada amnya, guru perlu pakar atau
profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu
harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,
malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang
perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti diri bagi membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya.Dalam
melaksanakan tugas, ciri-ciri dan etika keguruan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan.
Oleh itu, pendidik mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya
membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti guru.Anjakan
paradigma adalah perlu bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara sesuai dengan tuntutan
dan perkembangan semasa. Guru adalah penggerak daya usaha pembangunan rohani. Hasilnya,
akan lahirlah generasi serba boleh yang pintar soleh. Generasi inilah nanti yang akan mencorakkan
masa depan yang gemilang.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
8 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Demi menyahut cabaran-cabaran pendididkan dalam alaf baru ini, guru mestilah peka
dengan amanah yang diberikan.Sesungguhnya, guru adalah perancang dan penggerak pendidikan
bertaraf dunia. Usaha yang berterusan ke arah memperteguhkan kualiti pendidikan.
Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan
meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau
bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian
dibuat tentang cirri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam
pengajaran mereka.
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah
suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa
harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.Kerajaan wajar peka dengan
keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan
pelbagai.Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan
murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan
berjaya menghasilkan generasi yang baik dan matlamat pendidikan nasional.
Budaya sekolah perlu diterapkan dengan kerjasama semua pihak iaitu temasuklah budaya
ilmu, budaya kerja, budaya nilai murni, budaya pentadbiran dan pengurusan dan budaya
kepimpinan dalam membentuk budaya sekolah yang efesien.Ciri-ciri dan Etika profesion keguruan
perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan oleh setiap golongan pendidik bagi mencapai hasil yang
maksimum dalam melaksanakan misi Pendidikan Negara.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
9 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
3.0 MURID
DisiplinMurid
Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi.
Prosser(1999), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika budaya sekolah
baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu
tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan
sebagainya.
Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Salah laku yang ditunjukkan
oleh pelajar banyak ragam seperti dating lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta
guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah
disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajaran ia adalah pelajar
nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap
dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum di dedahkan. Kebiasaannya, apabila
pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar
apatah lagi memikirkan masa depan.
MenurutYahya (2007), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering
ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita.
Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran,
lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan
kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Jadi,
pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran
sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu
membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana
proses pembelajaran. Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu
mengambilkira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang
ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan bukan yang
mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
10 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yang sesuai
untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalam
mengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain itu,
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling yang
sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang berguna.
Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang berguna
dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam pelajaran.
Pengaruh Media dan Teknologi
Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besar
pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi seperti
internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang tidak baik.
Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikuti untuk
mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang
menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibuk
mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna.
Sikap
Sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi. Komponen
afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan
seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan
untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen
kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap
sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi
dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan
oleh pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa
yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Abdul et al (2009), seseorang individu akan
mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
11 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan sebaya lain yang
dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku. Perkara
tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan perangai dan sikap buruk
daripada rakan sebaya.
Motivasi
Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalah
motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah
salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Sikap yang sedemikian boleh menyebabkan
kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam
subjek matematik juga akan terjejas. Cadangan cara bagi meningkatkan kadar motivasi pelajar
iaitu mengaitkan bahan pengajaran kepada pengalaman hidup mcreka. Dalam perkataan lain,
menjadikan bahan itu relevan pada diri mereka dengan merangsang minat mereka,
mendemonstrasikan minat yang aktif pada pelajar, mendemonstrasikan minat yang aktif dalam
hasil kerja pelajar ataupun aktiviti yang melibatkan mereka dan menggunakan banyak pujian
secara lisan dan bukan lisan.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
12 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
4.0 KOMUNITI
Komuniti merupakan kelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan .Dalam istilah
pendidikan , komuniti adalah masyarakat yang tinggal di persekitaran sekolah. Banyak faktor yang
mempengaruhi budaya sekolah dalam konteks komuniti. Antara faktor yang mempengaruhi ialah
faktor persepsi komuniti,keselamatan , hubungan dan kawalan.
Dalam faktor persepsi , komuniti memberi tanggapan yang positif atau negetif terhadap
sekolah. Perkara ini berlaku sekiranya terdapat perubahan pada sekolah mengenai pencapaian
akademik,budaya sekolah yang tercerlah,kegiatan kokurikulum yang mengagumkan dan komitmen
semua warga sekolah yang tinggi.Komuniti akan membuat persepsi yang positif jika sekolah
dipersekitarannya sangat menonjol terhadap sesuatu bidang. Tanggapan yang negative pula
bertentangan dengan persepsi positif.
Selain itu, faktor hubungan juga memberikan pengaruh kepada sekolah. Jenis-jenis
hubungan yang telah dikenalpasti meberi kesan terhadap sekolah ialah hubungan eduktif,hubungan
kultural dan hubungan institusional. Hubungan eduktif ialah hubungan kerjasama komuniti dengan
sekolah dalam mendidik murid , antara guru.Hubungan kultural merupakan hubungan komuniti
dalam mengembangkan kebudayaan setempat. Hubungan institusional merupakan hubungan
kerjasama antara sekolah,lembaga(PIBG), badan berkanun, kerajaan,swasta dan individu berkaitan
dengan pembangunan sekolah.
Sokongan komuniti terhadap sekolah boleh kita lihat dari segi bentuk tingkahlaku dan
perasaan, kewangan,bantuan sokongan berbentuk peralatan.Sokongan tingkahlaku dan perasaan
boleh dilihat melalui kata-kata pujian,semangat,galakan dan tenaga.Bantuan sokongan berbentuk
kewangan daripada orang perseorangan ,badan berkanun,swasta,kerajaan untuk memenuhi
keperluan sekolah.Selain itu sokongan dari segi peralatan dari pihak tertentu seperti
computer,kerusi meja, khemah dan mengikut keperluan sekolah.
Dalam faktor kawalan pula, dalam komuniti dapat memberikan tiga faktor yang boleh
terlibat dalam mempengaruhi budaya sekolah. Antaranya ialah faktor kawalan keselamatan,
kawalan sebaran laman social dan kawalan sumber manusia. Dalam faktor kawalan keselamatan,
kerjasama dari pihak ibubapa dan komuniti setempat dalam sikap bertolak ansur antara satu sama
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
13 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
lain.Contohnya menghantar dan mengambil anak di sekolah.Sikap tolak ansur dalam situasi
tersebut akan mengelakkan kemalangan dan rasa tidak puas hati, Faktor kawalan sebaran laman
social seperti facebook,twitter , blog dapat dicegah dengan kerja sama pihak komuniti yang
mengambil berat tentang kebajikan dan maruah sekolah dalam memerhati, memantau perjalanaan
aktiviti dalam face book sekolah, blog, twitter dan lain-lainn lagi.Sebaran yang negetif dapat
disekat terlebih awal sebelum diketahui oleh pihak masyarakat luar.Selain laluan negetif kebaikan
perkara positif dalam mengawal laman social perlu untuk memperkenalkkan budaya sekolah yang
baik dan cemerlangke luar negeri dan Negara.Disini akan meningkatkan nama sekolah dan
seterusnya meningkatkan nama komuniti setempat atau kampong tersebut.
Selain itu juaga dalam faktor kawalan, kawalan sumber manusia lain juga perlu diambil
kira. Contohnya kemasukkan agen-agen insuran, pinjaman(bank) dan agen –agen penjual buku
yang memasuki tanpa had dimana ini mengganggu pembelajaran murid dan mengganggu kerja
guru dalam mengatur dan menyusun semula pengajaran guru akan datang.
Secara kesimpulannya ,jika faktor-faktor komuniti tidak diambil berat, maka budaya
sekolah akan musnah dalam meningkatkan kualiti pentadbiran,guru,murid dan komunitidalam
mencapai visi-misi sekolah seterusnya mencapai visi,misi peringkat daerah dan negeri dalam
mencapai pendidikan Malaysia selari dengan pendidikan dunia.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
14 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Rumusan
Antara budaya positif yang biasa diamalkan sekolah ialah budaya kerja, budaya sosial,
budaya berfikir dan budaya teknologi maklumat. Budaya kerja ialah sikap rajin, tidak berkira masa
dan wang, menepati masa, bekerjasama dengan semua pihak dan mengajar dengan bantuan bahan
bantu mengajar. Budaya sosial contohnya ramah, penyayang, bertanggungjawab dan prihatin.
Budaya berfikir ialah budaya yang bermatlamat dan berorientasikan akademik. Berfokus dan
berfikiran positif. Manakala budaya teknologi maklumat ialah sekolah boleh menggunakan internet
dan semua sumber untuk kecemerlangan sekolah. Warga sekolah seharusnya mampu menyokong
semua program yang dirancang dan berkebolehan dalam meningkatkan ilmu untuk mencapai
matlamat sekolah dengan cemerlang.
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
15 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
Rujukan
Abdullah, S. Y., Abdul, R. M., &Abd, G. A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
A, G. A., & Abdul, R. A. (2009). Mengurus Tingkahlaku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS
Professional
Publishing.
A.S.Hornby; Translator: Asmah Haji Omar (2007), Oxford Compact Advanced
Learner’s English-Malay Dictionary, Shah Alam, Selangor.
Azis, N. P., &Noraini, I. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Prosser, J. (1999). School Culture. London: Paul Chapman Pub.
Sabri, A., Zawawi, T. Z., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Selangor:
Utusan Publications & Distributors.
Shahril, M. (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
Sufean, H. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional
Publishing
Yahya, D., Aziah, I., &Yaakob, D. (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di
Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Walters, J. (2007). Managing Classroom Behavior and Discipline. Huntington Beach:
1Teacher Created Materials Pub.
West-Burnham, J., &Tengku, A. A. T. Z. (2009). Mengurus Kualiti di Sekolah =: Managing
Quality In Schools. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Kursus
Tajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
: SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
16 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)
2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)
3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)
4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)
5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)

More Related Content

What's hot

Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahusedry
 
Selesai manajemen berbasis sekolah
Selesai manajemen  berbasis  sekolahSelesai manajemen  berbasis  sekolah
Selesai manajemen berbasis sekolahFeni Prasetiya
 
Manajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahManajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahBroto Mudjianto
 
Fungsi manajemen berbasis sekolah
Fungsi manajemen berbasis sekolahFungsi manajemen berbasis sekolah
Fungsi manajemen berbasis sekolahUmiNartabett
 
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikan
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikanStrategi peningkatan mutu layanan pendidikan
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikanSMKN 36 JAKARTA UTARA
 
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standar
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standarDesain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standar
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standarVina Serevina
 
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan Dasar
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan DasarKebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan Dasar
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan DasarNASuprawoto Sunardjo
 
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikan
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikanKebijakan pemerintah di bidang pendidikan
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikanRiRi Riyanti
 
1. latihan kepemimpinan
1. latihan kepemimpinan1. latihan kepemimpinan
1. latihan kepemimpinanAndi Johar
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015anida juita
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitamahmudi moedy
 
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt OmarIsu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omarsitirubiyani
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guruNadzari Baharom
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidimahmudi moedy
 
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniAGUS SETIYONO
 

What's hot (19)

Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Selesai manajemen berbasis sekolah
Selesai manajemen  berbasis  sekolahSelesai manajemen  berbasis  sekolah
Selesai manajemen berbasis sekolah
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Manajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis SekolahManajemen Berbasis Sekolah
Manajemen Berbasis Sekolah
 
Fungsi manajemen berbasis sekolah
Fungsi manajemen berbasis sekolahFungsi manajemen berbasis sekolah
Fungsi manajemen berbasis sekolah
 
Makalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahMakalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolah
 
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikan
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikanStrategi peningkatan mutu layanan pendidikan
Strategi peningkatan mutu layanan pendidikan
 
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standar
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standarDesain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standar
Desain Pembelajaran Fisika: Kurikulum standar
 
Nota pj
Nota pjNota pj
Nota pj
 
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan Dasar
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan DasarKebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan Dasar
Kebijakan Pemerintah Di Bidang Pendidikan Dasar
 
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikan
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikanKebijakan pemerintah di bidang pendidikan
Kebijakan pemerintah di bidang pendidikan
 
1. latihan kepemimpinan
1. latihan kepemimpinan1. latihan kepemimpinan
1. latihan kepemimpinan
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt OmarIsu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar
Isu pendidikaninklusif Siti Rubiyani Bt Omar
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-sukmaidi
 
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafniEjournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
Ejournal 5 penelitian_implementasi program sertifikasi guru_nurhafni
 

Similar to Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah

Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Zarina Anang
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Dede Asep
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...muhamadrusdi4
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalAdilah Yahaya
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
3. pengelolaan keuangan sekolah
3. pengelolaan keuangan sekolah3. pengelolaan keuangan sekolah
3. pengelolaan keuangan sekolahAndi Johar
 
03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuanganjaka suharyana
 
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdfRederikaRederika
 
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdf
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdfPanduan Supervisi dan PK Tendik.pdf
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdfMHasim2
 
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaPrinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaiskawia
 
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdfadhanoorfedy2
 
Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2mzaidin
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfMyData19
 
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...triwahyunugroho3
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 

Similar to Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah (20)

Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013
 
Panduan ptk 2016
Panduan ptk 2016Panduan ptk 2016
Panduan ptk 2016
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
Sm, muhamad rusdi, prof hapzi ali, external macro environment analysis, unive...
 
Paparan visi
Paparan visiPaparan visi
Paparan visi
 
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat GlobalTIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
TIMSS - Peranan Dalam Menyediakan Pelajar yang Berdaya Saing di Peringkat Global
 
Mkalah menejemen ok
Mkalah menejemen okMkalah menejemen ok
Mkalah menejemen ok
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
3. pengelolaan keuangan sekolah
3. pengelolaan keuangan sekolah3. pengelolaan keuangan sekolah
3. pengelolaan keuangan sekolah
 
03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan
 
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf
09_supervisi_dan_pk_tendik_pks.pdf
 
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdf
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdfPanduan Supervisi dan PK Tendik.pdf
Panduan Supervisi dan PK Tendik.pdf
 
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswaPrinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
Prinsip prinsip layanan_bk_bagi_siswa
 
TQM
TQMTQM
TQM
 
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf
243277-implementasi-manajemen-berbasis-sekolah-16cac0ed.pdf
 
Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2Cabaran pengajian islam semasa 2
Cabaran pengajian islam semasa 2
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
 
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
2, sm, tri wahyu nugroho, prof. dr. hapzi ali, strategic management, swot ana...
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 

Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah

  • 1. PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SESI 2013/2014 SEMESTER 1 / 2014 KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TUGASAN 1 Isu 11. Budaya Sekolah DISEDIAKAN OLEH Bil. Nama Ahli No.Matrik 1 LIM CHUAN YANG M20131000356 2 FATMAH BINTI AHMAD M20131000359 3 DG MASNIAH BINTI AG PIUT M20131000360 4 AMIE JOAN JUANIS M20131000371 5 DG HALIMAH BINTI AG JALI M20131000381 KUMPULAN : 3 PENSYARAH : PROF.DR.MARZITA PUTEH
  • 2. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 2 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) ISU 11_BUDAYA SEKOLAH Pendahuluan Budaya sekolah merupakan aspek yang sangat penting untuk memajukan sekolah. Rusni (2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Berdasarkan falsafah pendidikan negara, dan matlamat kurikulum matematik, maka sekolah telah membina budaya mereka berdasarkan kepercayaan dan amalan sekolah masing-masing. Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolah selalunya dihuraikan dengan ‘inilah cara kita melakukan kerja di sini’. Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuah sekolah (Ruhani Mat Min, 2009). Menerusi beberapa kajian dan perbincangan, kumpulan ini memilih empat topik utama untuk dibincangkan bersama iaitu menerusi perspektif: 1. Pentadbir 2. Guru 3. Murid 4.Komuniti
  • 3. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 3 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 1.0 PENTADBIR Siapakah orang yang paling bertanggungjawab dalam sesebuah organisasi pendidikan misalnya sekolah menengah atau sekolah rendah? Pentadbir yang ingin kita bincangkan di sini menjurus kepada seorang yang kita kenali sebagai Pengetua atau guru Besar. Apabila seseorang dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar dari segi undang-undang telah sah ia adalah seorang pegawai yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran untuk mentadbir sesebuah sekolah sama ada sekolah menengah atau rendah. Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalamannya, kelulusannya dan kebolehannya menjadi pemimpin khususnya dari segi perhubungan awam. 1.1 Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melonjakkan prestasi pencapaian dan mengurangkan jurang perbezaan yang sering terjadi antara institute pengajian tinggi mahupun sekolah kini menyelaraskan visi dan misi semua sekolah berpandukan visi dan misi KPM. VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MISI "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" Sesebuah sekolah yang mempunyai pemimpin yang tahu akan arah dan hala tuju visi dan misi sekolahnya dalam memanuhi hasrat pendidikan Negara sudah tentu mampu mewujudkan budaya kerja yang cemerlang di sekolah yang ditadbirnya. Seseorang pemimpin yang berkualiti dapat merancang dan melaksana setiap langkah dan usaha untuk mencapai matlamat ke arah kecemerlangan ataupun kegemilangan sekolahnya. 1.2 Kawalan Seseorang pentadbir seharusnya mampu mengurus semua perkara di bawah pentadbirannya dengan menggunakan kepakaran serta pengalaman yang ada misalnya hubungannya dengan guru, staf, murid dan komuniti yang terlibat. Kita sedia maklum akan permasalahan yang sering timbul
  • 4. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 4 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) di mana-mana sekolah yang menjadi lumrah dalam kehidupan, oleh itu seseorang pengetua atau guru besar haruslah bijak dalam menangani setiap permasalahan ini misalnya masalah guru yang mengamalkan budaya yang tidak elok seperti sering lewat datang bertugas atau masuk kelas yang mana akan menimbulkan masalah-masalah lain antaranya pihak ibu bapa yang kurang senang boleh menimbulkan kekecohan. Maka tindakan wajar yang bersesuaian dan mengikut prosedur harus dilaksanakan segera bagi mengawal sikap guru dan tindakan ibu bapa tersebut. Dengan menghadiri kursus, pembacaan dan perkongsian dengan rakan seangkatan akan dapat memperbaiki setiap kelemahan yang terdapat di sekolah atau institut di bawah kawalan seseorang pentadbir di samping usaha lain yang difikirkan munasabah. 1.3 Penghargaan Sesetengah pegetua atau guru besar kurang memberikan kata-kata pujian apatah lagi hadiah galakkan kepada guru, staf, murid dan komuniti yang bersangkut paut dengan institut atau sekolahnya yang mana merupakan motivasi secara langsung dan tidak langsung. Perkara ini kurang disedari kerana sesetengah pentadbir akan hanya menunggu majlis tahunan yang menjadi rutin walhal perkara ini seharusnya dilakukan setiap ada kesempatan, samaada setiap hari, minggu atau bulan mengikut kesesuaian dan keadaan yang difikirkan tepat bagi seseorang pentadbir yang bijaksana. Pelbagai cara harus dilakukan untuk menarik minat dan kesungguhan tenaga kerja dan ahli di bawah pentadbiran agar sesebuah sekolah itu mampu bersaing dengan cemerlang dan mengamalkan budaya yang sihat seperti budaya penyayang dan sebagainya. Penghargaan bukan sahaja perlu diberikan kepada guru, murid atau staf di dalam sekolah bahkan penghargaan terhadap ibubapa atau badan-badan yang terlibat seperti pengusaha kantin, bank-bank yang memberikan sumbangan juga perlu diingat demi menjalin hubungan yang baik dengan persekitaran. 1.4 Pengurusan Sumber Menyentuh soal sumber pula, terdapat pelbagai jenis sumber yang ada dan perlu ada di sekolah. Sumber kewangan yang kukuh, peralatan dan pengetahuan merupakan sumber yang penting dalam memupuk budaya baik di kalangan semua pihak yang terlibat. Budaya mengamalkan sikap yang jujur dan amanah dalam pengurusan sumber kewangan antaranya akan mampu mencetuskan keadilan dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru misalnya pembelian bahan bantu pengajaran matematik, program mencungkil bakat dalam aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Sumber sampingan seperti sumbangan ibubapa juga mampu menambahbaik keperluan yang lain
  • 5. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 5 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) contohnya kekurangan peralatan belajar seperti kerusi meja dan sebagainya. Pengurusan sumber yang cekap mampu menambahbaik amalan budaya positif di kalangan warga sesebuah sekolah itu mahupun hubungan dengan pihak luar. 1.5 Prasarana Apabila kita ingin membuat lawatan atau tinjauan samaada berkunjung ke tempat tersebut ataupun melayari internet, sudah tentu kita akan tertarik dengan keindahan pengurusan prasaran dan factor- faktor keselamatan yang terdapat di tempat tersebut. Begitu juga dengan persekitaran institut atau sekolah yang mementingkan ciri-ciri ini sudah tentu boleh menghasilkan kualiti pencapaian yang lebih baik berbanding institute atau sekolah yang kurang atau tidak mengamalkannya. Keadaan persekitaran sekolah yang kurang ceria membosankan dan tidak dapat meransang minat murid untuk berkembang dan berfikir secara kreatif apatah lagi persekitaran yang kurang selamat yang boleh menjejaskan kesihatan serta menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan warga dan komuniti di persekitaran. Pentadbir yang boleh membudayakan amalan yang cemerlang dalam pengurusan prasarana organisasinya merupakan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan dalam mempastikan hala tuju kejayaan organisasinya di dalam dan boleh jadi juga di luar Negara. Penutup Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, pemilihan pentadbir atau pemimpin sesebuah organisasi misalnya pemilihan pengetua atau guru besar perlu melalui tapisan yang teliti dan berkualiti demi menjamin mutu kepimpinan dan pentadbiran sesebuah organisasi pendidikan justeru dapat meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di Negara ini. Pelbagai usaha pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini antaranya perubahan dalam pemberian peluang untuk semua guru yang ingin menjadi pentadbir samaada pengetua atau guru besar yang dahulunya berlandaskan senioriti dan lantikan pejabat pelajaran daerah ataupun negeri semata-mata. Kini semua guru yang berkelayakan serta memenuhi syarat berpeluang untuk memimpin sesebuah organisasi pendidikan seperti sekolah dengan membuat permohonan dan mengikuti kursus berkualiti di bawah kawalan Institut Aminuddin Baki (IAB). Perubahan ini diharapkan akan dapat menambahbaik kualiti pentadbir di sesebuah organisasi pendidikan yang terdapat di Negara ini.
  • 6. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 6 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 2.0 GURU Individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai “role model ” mereka kerana mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan. Kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar sangat besar sehinggakan kadangkala kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi berbanding daripada ibu bapa sendiri. Guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui peranan- peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya seperti nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lain-lain. Apabila sifat budaya yang diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina budaya sekolah Salah satu keunikan dan keunggulan sebuah sekolah adalah memiliki budaya sekolah (school culture) yang kukuh, dan efesien.Perpaduan semua unsur baik pelajar, guru, dan ibubapa yang bekerjasama dalam menciptakan komuniti yang lebih baik melalui pendidikan yang berkualiti, serta bertanggung jawab dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah, menjadikan sebuah sekolah unggul dan terkenal di mata masyarakat. Budaya sekolah merupakan ciri khas, karakter atau watak, dan citra sekolah tersebut di masyarakat luas. Sebuah sekolah harus mempunyai misi menciptakan budaya sekolah yang mencabar dan menyenangkan, adil, kreatif, terintegratif, dan dedikatif terhadap pencapaian visi, menghasilkan pelajar yang berkualiti tinggi dalam perkembangan intelektualnya dan mempunyai karakter takwa, jujur, kreatif, mampu menjadi teladan, bekerja keras, toleransi dan cekap dalam memimpin, serta dapat mengembangkan sumber daya manusia yang dapat berperanan dalam perkembangan intelek. Budaya sekolah yang harus diciptakan agar tetap efesien adalah dengan mengembangkan budaya keagamaan, budaya kerjasama dan budaya kepemimpinan.
  • 7. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 7 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Guru menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada sistem sosial di sekolah. Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan menarik bagi menyampaikan pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan terurus dengan baik. Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun.Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar.Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri bagi membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya.Dalam melaksanakan tugas, ciri-ciri dan etika keguruan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan. Oleh itu, pendidik mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti guru.Anjakan paradigma adalah perlu bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa. Guru adalah penggerak daya usaha pembangunan rohani. Hasilnya, akan lahirlah generasi serba boleh yang pintar soleh. Generasi inilah nanti yang akan mencorakkan masa depan yang gemilang.
  • 8. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 8 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Demi menyahut cabaran-cabaran pendididkan dalam alaf baru ini, guru mestilah peka dengan amanah yang diberikan.Sesungguhnya, guru adalah perancang dan penggerak pendidikan bertaraf dunia. Usaha yang berterusan ke arah memperteguhkan kualiti pendidikan. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang cirri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka. Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai.Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik dan matlamat pendidikan nasional. Budaya sekolah perlu diterapkan dengan kerjasama semua pihak iaitu temasuklah budaya ilmu, budaya kerja, budaya nilai murni, budaya pentadbiran dan pengurusan dan budaya kepimpinan dalam membentuk budaya sekolah yang efesien.Ciri-ciri dan Etika profesion keguruan perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan oleh setiap golongan pendidik bagi mencapai hasil yang maksimum dalam melaksanakan misi Pendidikan Negara.
  • 9. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 9 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 3.0 MURID DisiplinMurid Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi. Prosser(1999), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam seperti dating lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajaran ia adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum di dedahkan. Kebiasaannya, apabila pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan. MenurutYahya (2007), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu mengambilkira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan bukan yang mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti.
  • 10. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 10 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalam mengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling yang sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang berguna. Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang berguna dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam pelajaran. Pengaruh Media dan Teknologi Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besar pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi seperti internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang tidak baik. Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikuti untuk mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna. Sikap Sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi. Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Abdul et al (2009), seseorang individu akan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan
  • 11. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 11 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan sebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan perangai dan sikap buruk daripada rakan sebaya. Motivasi Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalah motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Sikap yang sedemikian boleh menyebabkan kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam subjek matematik juga akan terjejas. Cadangan cara bagi meningkatkan kadar motivasi pelajar iaitu mengaitkan bahan pengajaran kepada pengalaman hidup mcreka. Dalam perkataan lain, menjadikan bahan itu relevan pada diri mereka dengan merangsang minat mereka, mendemonstrasikan minat yang aktif pada pelajar, mendemonstrasikan minat yang aktif dalam hasil kerja pelajar ataupun aktiviti yang melibatkan mereka dan menggunakan banyak pujian secara lisan dan bukan lisan.
  • 12. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 12 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) 4.0 KOMUNITI Komuniti merupakan kelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan .Dalam istilah pendidikan , komuniti adalah masyarakat yang tinggal di persekitaran sekolah. Banyak faktor yang mempengaruhi budaya sekolah dalam konteks komuniti. Antara faktor yang mempengaruhi ialah faktor persepsi komuniti,keselamatan , hubungan dan kawalan. Dalam faktor persepsi , komuniti memberi tanggapan yang positif atau negetif terhadap sekolah. Perkara ini berlaku sekiranya terdapat perubahan pada sekolah mengenai pencapaian akademik,budaya sekolah yang tercerlah,kegiatan kokurikulum yang mengagumkan dan komitmen semua warga sekolah yang tinggi.Komuniti akan membuat persepsi yang positif jika sekolah dipersekitarannya sangat menonjol terhadap sesuatu bidang. Tanggapan yang negative pula bertentangan dengan persepsi positif. Selain itu, faktor hubungan juga memberikan pengaruh kepada sekolah. Jenis-jenis hubungan yang telah dikenalpasti meberi kesan terhadap sekolah ialah hubungan eduktif,hubungan kultural dan hubungan institusional. Hubungan eduktif ialah hubungan kerjasama komuniti dengan sekolah dalam mendidik murid , antara guru.Hubungan kultural merupakan hubungan komuniti dalam mengembangkan kebudayaan setempat. Hubungan institusional merupakan hubungan kerjasama antara sekolah,lembaga(PIBG), badan berkanun, kerajaan,swasta dan individu berkaitan dengan pembangunan sekolah. Sokongan komuniti terhadap sekolah boleh kita lihat dari segi bentuk tingkahlaku dan perasaan, kewangan,bantuan sokongan berbentuk peralatan.Sokongan tingkahlaku dan perasaan boleh dilihat melalui kata-kata pujian,semangat,galakan dan tenaga.Bantuan sokongan berbentuk kewangan daripada orang perseorangan ,badan berkanun,swasta,kerajaan untuk memenuhi keperluan sekolah.Selain itu sokongan dari segi peralatan dari pihak tertentu seperti computer,kerusi meja, khemah dan mengikut keperluan sekolah. Dalam faktor kawalan pula, dalam komuniti dapat memberikan tiga faktor yang boleh terlibat dalam mempengaruhi budaya sekolah. Antaranya ialah faktor kawalan keselamatan, kawalan sebaran laman social dan kawalan sumber manusia. Dalam faktor kawalan keselamatan, kerjasama dari pihak ibubapa dan komuniti setempat dalam sikap bertolak ansur antara satu sama
  • 13. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 13 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) lain.Contohnya menghantar dan mengambil anak di sekolah.Sikap tolak ansur dalam situasi tersebut akan mengelakkan kemalangan dan rasa tidak puas hati, Faktor kawalan sebaran laman social seperti facebook,twitter , blog dapat dicegah dengan kerja sama pihak komuniti yang mengambil berat tentang kebajikan dan maruah sekolah dalam memerhati, memantau perjalanaan aktiviti dalam face book sekolah, blog, twitter dan lain-lainn lagi.Sebaran yang negetif dapat disekat terlebih awal sebelum diketahui oleh pihak masyarakat luar.Selain laluan negetif kebaikan perkara positif dalam mengawal laman social perlu untuk memperkenalkkan budaya sekolah yang baik dan cemerlangke luar negeri dan Negara.Disini akan meningkatkan nama sekolah dan seterusnya meningkatkan nama komuniti setempat atau kampong tersebut. Selain itu juaga dalam faktor kawalan, kawalan sumber manusia lain juga perlu diambil kira. Contohnya kemasukkan agen-agen insuran, pinjaman(bank) dan agen –agen penjual buku yang memasuki tanpa had dimana ini mengganggu pembelajaran murid dan mengganggu kerja guru dalam mengatur dan menyusun semula pengajaran guru akan datang. Secara kesimpulannya ,jika faktor-faktor komuniti tidak diambil berat, maka budaya sekolah akan musnah dalam meningkatkan kualiti pentadbiran,guru,murid dan komunitidalam mencapai visi-misi sekolah seterusnya mencapai visi,misi peringkat daerah dan negeri dalam mencapai pendidikan Malaysia selari dengan pendidikan dunia.
  • 14. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 14 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Rumusan Antara budaya positif yang biasa diamalkan sekolah ialah budaya kerja, budaya sosial, budaya berfikir dan budaya teknologi maklumat. Budaya kerja ialah sikap rajin, tidak berkira masa dan wang, menepati masa, bekerjasama dengan semua pihak dan mengajar dengan bantuan bahan bantu mengajar. Budaya sosial contohnya ramah, penyayang, bertanggungjawab dan prihatin. Budaya berfikir ialah budaya yang bermatlamat dan berorientasikan akademik. Berfokus dan berfikiran positif. Manakala budaya teknologi maklumat ialah sekolah boleh menggunakan internet dan semua sumber untuk kecemerlangan sekolah. Warga sekolah seharusnya mampu menyokong semua program yang dirancang dan berkebolehan dalam meningkatkan ilmu untuk mencapai matlamat sekolah dengan cemerlang.
  • 15. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 15 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381) Rujukan Abdullah, S. Y., Abdul, R. M., &Abd, G. A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional. A, G. A., & Abdul, R. A. (2009). Mengurus Tingkahlaku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. A.S.Hornby; Translator: Asmah Haji Omar (2007), Oxford Compact Advanced Learner’s English-Malay Dictionary, Shah Alam, Selangor. Azis, N. P., &Noraini, I. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Prosser, J. (1999). School Culture. London: Paul Chapman Pub. Sabri, A., Zawawi, T. Z., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Selangor: Utusan Publications & Distributors. Shahril, M. (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Sufean, H. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Yahya, D., Aziah, I., &Yaakob, D. (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Walters, J. (2007). Managing Classroom Behavior and Discipline. Huntington Beach: 1Teacher Created Materials Pub. West-Burnham, J., &Tengku, A. A. T. Z. (2009). Mengurus Kualiti di Sekolah =: Managing Quality In Schools. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
  • 16. Kursus Tajuk Sesi : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) : SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK : SEMESTER 1 / 2014 16 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356) 2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359) 3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360) 4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371) 5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)