1. MENGINTAI RUANG INSAF
Rangkap 1 – Penyair merasakan dirinya banyak melakukan dosa
sehinggakan dia sukar mendapat rahmat Tuhan
Rangkap 2 – Penyair merasakan dirinya banyak melakukan dosa dalam
hidup menyebabkan dia sukar mendapat petunjuk Allah
Rangkap 3 – Penyair tidak yakin ruang keinsafan akan wujud kerana dia
banyak melakukan dosa .
Rangkap 4 – Penyair memohon agar Tuhan membuka pintu taubat dan dia
terhindar daripada api neraka.
PERSOALAN
1. Fitrah manusia yang melakukan kesilapan dalam kehidupan
2. Keinsafan yang wujud apabila menyedari kesilapan masa lalu.
3. Keinginan untuk bertaubat.
4. Kesukaran mendapat rahmat Tuhan
NILAI
1. Kesedaran (Penyair sedar akan dosanya)
2. Keinsafan (timbul rasa insaf apabila mengenangkan dosa pada masa
lampau)
3. Rasional – (Penyair mengakui kesalahan diri yang dilakukan)
PENGAJARAN
1. Kita mestilah sedar akan kesalahan diri
2. Kita mestilah menginsafi dosa-dosa yang dilakukan
3. Kita haruslah bersikap rasional.