SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
Download to read offline
DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN TIGA

2012
DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
MODUL TERAS ASAS

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2012
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

KANDUNGAN
Muka Surat
RUKUN NEGARA

iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

v

PENDAHULUAN

1

MATLAMAT

2

OBJEKTIF

2

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

4

FOKUS MATA PELAJARAN

5

ORGANISASI KANDUNGAN

6

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL

9

PENILAIAN

11

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

12

iii
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang
adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:

•
•
•
•
•

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iv
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha
berterusan
ke
arah
lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri
serta
memberikan
sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

v
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak
mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran ini
diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyai perwatakan yang mulia, bersopan santun dan menyumbang
secara produktif terhadap masyarakat dan negara.
Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik,
kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran tersebut akan
membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab
dalam kehidupan harian.
Untuk merealisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan Moral, Kurikulum Standard Pendidikan Moral sekolah rendah digubal.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid. Kurikulum tersebut
memberi fokus terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat
resam pelbagai kaum, dan perundangan di negara ini. Kurikulum ini menyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuat
keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat .
Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Moral berasaskan prinsip berpegang teguh kepada ajaran agama, bertanggungjawab
kepada diri, keluarga, orang lain, dan alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik,
menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan bagi mendukung hasrat dan aspirasi negara
yang terkandung dalam Rukun Negara, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga selaras dengan tiga prinsip moral iaitu
altruistik, autonomi dan keadilan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina
masyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian
yang kukuh.

1
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

MATLAMAT
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai
universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai objektif berikut:
i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal;
ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;
iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran,
masyarakat dan negara; dan
iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat
pertimbangan dan keputusan.

2
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan.
Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi
3
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk
modular yang mengandungi domain penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
5.1

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.2

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

4
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada usaha untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

PENAAKULAN
MORAL

PERLAKUAN
MORAL

INSAN
BERAKHLAK
MULIA

PERASAAN
MORAL

Sumber: Thomas Lickona

i.

Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan
benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan
objektif.

ii.

Perasaan Moral
Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika
melakukan sesuatu yang tidak betul.

iii. Perlakuan Moral
Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab
dan akauntabiliti.
5
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadi
wahana untuk menyampaikan nilai murni universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan
persekitarannya, seperti kerohanian, budaya, sosio emosi, alam sekeliling dan sebagainya. Tema-tema tersebut adalah seperti
berikut:
Tahun

Tema

1

Diri Saya

2

Saya dan Keluarga

3

Saya dan Sekolah

4

Saya dan Jiran

5

Saya dan Masyarakat

6

Saya dan Negara

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap
perkembangan dan kematangan murid. Nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti
berikut:

1.

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2.

Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara
tulus ikhlas.
6
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

3.

Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

4.

Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.

5.

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6.

Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi
sosial.

7.

Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

8.

Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

9.

Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

7
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

10.

Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

11.

Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

12.

Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

13.

Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14.

Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

8
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL
Kurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran penyelesaian
konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa
depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahirankemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dalam alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap
bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga membantu membina daya tahan dan kebolehan menghadapi
tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Pengajaran kemahiran ini memupuk dan merangsang penaakulan, perasaan
dan perlakuan moral murid.

Kemahiran Penyelesaian Konflik
Kemahiran penyelesaian konflik membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai murni universal dengan mengambil kira
perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran ini membantu murid berhubung atau
berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan.

Kemahiran Pemikiran Kritikal
Kemahiran pemikiran kritikal berpandukan penaakulan moral yang membolehkan murid menilai sama ada sesuatu keputusan atau
tindakan itu bermoral atau tidak. Pengajaran kemahiran ini membantu menyemai nilai murni universal dalam diri murid.
Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan konflik dan membuat keputusan yang bermoral.

Kemahiran Pemikiran Kreatif
Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari alternatif yang lebih baik ketika menghadapi konflik dalam kehidupan.

9
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya digunakan untuk mengelakkan pengaruh negatif rakan sebaya.
pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Kemahiran ini mendidik murid supaya berfikir secara
rasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya.

Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran mengkaji masa depan membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa
lampau, masa kini dan masa depan. Kemahiran ni membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan murid melayari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang
tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Kemahiran ini
merangsang perkembangan minda murid.

Kemahiran Kreativiti
Kemahiran Kreativiti membolehkan murid menjadi individu yang kreatif dan inovatif. Daya kreativiti dan inovasi ini membolehkan
mereka menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan dilema moral yang dihadapi
secara kreatif.

Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial membolehkan murid berkomunikasi dengan orang lain dalam situasi yang boleh diterima oleh masyarakat. Pada
masa yang sama kemahiran ini bermanfaat kepada diri dan orang lain.
10
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

PENILAIAN
Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral, pelbagai kaedah penilaian digunakan. Beberapa bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah ujian, tugasan
individu dan berkumpulan, laporan, pemerhatian, senarai semak dan kerja amal.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran
berfikir dan kemahiran belajar. Ini membolehkan murid membuat keputusan dan konflik secara bijak dan rasional dalam
menghadapi cabaran hidup. Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memupuk, mengukuh dan
memperkaya pengalaman pembelajaran mereka. Usaha ini diharap dapat membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik
yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan yang berlaku ke arah
keharmonian dan kecemerlangan hidup.

11
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi segala suruhanNya
berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.1 Menghormati kepelbagaian perayaan

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.1.1

Menyatakan pelbagai perayaan di Malaysia.

1.1.2

Menceritakan pelbagai perayaan yang disambut oleh
warga sekolah.

1.1.3

Menyenaraikan cara menghormati perayaan yang
disambut oleh warga sekolah.

1.1.4

Menyedari kepentingan menghormati kepelbagaian
perayaan yang disambut oleh warga sekolah.

1.1.5

Mengamalkan sikap menghormati perayaan yang
disambut oleh warga sekolah.

12
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri
sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan
dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
2.1 Memberi bantuan kepada warga
sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
2.1.1 Menyatakan cara membantu warga sekolah.
2.1.2 Menyenaraikan kepentingan membantu warga
sekolah.
2.1.3 Menceritakan perasaan setelah membantu warga
sekolah.
2.1.4 Mengamalkan sikap saling membantu dalam kalangan
warga sekolah.

13
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan
untuk
memikul
dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
3.1 Melaksanakan tanggungjawab di
sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
3.1.1 Menyatakan tanggungjawab di sekolah.
3.1.2 Menyenaraikan cara melaksanakan tanggungjawab
di sekolah.
3.1.3 Menceritakan perasaan setelah melaksanakan
tanggungjawab di sekolah.
3.1.4 Mengamalkan sikap bertanggungjawab di sekolah.

14
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap
sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
4.1 Menunjukkan penghargaan terhadap
sumbangan warga sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
4.1.1 Menyatakan sumbangan warga sekolah.
4.1.2 Menerangkan cara menghargai sumbangan warga
sekolah.
4.1.3 Menceritakan perasaan apabila menghargai
sumbangan warga sekolah.
4.1.4 Mengamalkan sikap berterima kasih terhadap
sumbangan warga sekolah.

15
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian.
5.1 Mengamalkan pergaulan yang bersopan
dalam kalangan warga sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
5.1.1 Menyatakan cara pergaulan yang bersopan dalam
kalangan warga sekolah.
5.1.2 Menceritakan kebaikan pergaulan yang bersopan
dalam kalangan warga sekolah.
5.1.3 Menyedari kepentingan pergaulan yang bersopan
dalam kalangan warga sekolah.
5.1.4 Menunjukkan pergaulan yang bersopan dalam
kalangan warga sekolah.

16
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang
dengan memberi layanan yang bersopan serta
menghormati peraturan institusi sosial.
6.1 Menghormati warga sekolah dan
pelawat

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
6.1.1 Menyatakan cara menghormati warga sekolah dan
pelawat.
6.1.2 Menyenaraikan kepentingan menghormati warga
sekolah dan pelawat.
6.1.3 Menceritakan perasaan apabila menghormati warga
sekolah dan pelawat.
6.1.4 Mengamalkan perlakuan saling menghormati dalam
kalangan warga sekolah dan pelawat.

17
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
7.1 Menyayangi sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
7.1.1 Menyatakan cara menyayangi sekolah.
7.1.2 Menyenaraikan kepentingan menyayangi sekolah.
7.1.3 Menceritakan perasaan apabila menyayangi sekolah.
7.1.4 Menunjukkan sikap sayang terhadap sekolah.

18
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat
sebelah.
8.1 Mengamalkan sikap adil di sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
8.1.1 Menceritakan cara bersikap adil di sekolah.
8.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap adil di sekolah.
8.1.3 Menyatakan perasaan apabila bersikap adil di
sekolah.
8.1.4 Menunjukkan sikap adil di sekolah.

19
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran
dengan yakin dan tabah.
9.1 Mempertahankan nama baik sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
9.1.1 Menyatakan cara mempertahankan nama baik sekolah.
9.1.2 Menyenaraikan kepentingan mempertahankan nama
baik sekolah.
9.1.3 Menceritakan perasaan apabila mempertahankan
nama baik sekolah.
9.1.4 Mengamalkan sikap berani mempertahankan nama
baik sekolah.

20
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas
dalam setiap perlakuan.
10.1 Menunjukkan sikap jujur di sekolah
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur di sekolah.
10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur di sekolah.
10.1.3 Menyedari kebaikan bersikap jujur di sekolah.
10.1.4 Mengamalkan sikap jujur di sekolah.

21
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh
dan bersemangat dalam melakukan sesuatu
perkara.
11.1 Mengamalkan sikap rajin di sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
11.1.1 Menyatakan cara bersikap rajin di sekolah.
11.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap rajin di sekolah.
11.1.3 Menceritakan perasaan apabila bersikap rajin di
sekolah.
11.1.4 Mempraktikkan sikap rajin di sekolah.

22
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

12. Kerjasama
Kesediaan
melakukan
kepentingan bersama.

sesuatu

12.1 Memberi kerjasama dalam
menjayakan aktiviti di sekolah

untuk

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
12.1.1 Menyenaraikan aktiviti yang dilakukan bersama-sama
di sekolah.
12.1.2 Menceritakan kebaikan bekerjasama di sekolah.
12.1.3 Menyatakan perasaan apabila bekerjasama di
sekolah.
12.1.4 Melaksanakan aktiviti bekerjasama di sekolah untuk
kebaikan bersama.

23
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan
dan
tindakan
tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
13.1 Mengamalkan sikap sederhana di
sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
13.1.1 Menyatakan perlakuan sederhana di sekolah.
13.1.2 Menyenaraikan kebaikan bersikap sederhana di
sekolah.
13.1.3 Menyedari kepentingan bersikap sederhana di
sekolah.
13.1.4 Mempraktikkan sikap sederhana di sekolah.

24
Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Tahun 3

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
14.1 Mengamalkan sikap toleransi di
sekolah

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
14.1.1 Menyatakan sikap toleransi sesama warga sekolah.
14.1.2 Menyenaraikan kebaikan bersikap toleransi sesama
warga sekolah.
14.1.3 Menceritakan perasaan apabila bersikap toleransi
sesama warga sekolah.
14.1.4 Menunjukkan sikap toleransi sesama warga sekolah.

25
Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Ivy Tsen
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3Rafidah Adnan
 
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3rajnand
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)Marwan Mansor
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3gengkapak84
 
15 dsp p moral tahun 3 5 feb 2013
15 dsp p moral tahun 3   5 feb 201315 dsp p moral tahun 3   5 feb 2013
15 dsp p moral tahun 3 5 feb 2013Rainny Hoh
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6Safiah Sulaiman
 

What's hot (11)

Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3
 
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3
006 dskp kssm pendidikan moral tingkatan 3
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
DSP KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
 
15 dsp p moral tahun 3 5 feb 2013
15 dsp p moral tahun 3   5 feb 201315 dsp p moral tahun 3   5 feb 2013
15 dsp p moral tahun 3 5 feb 2013
 
Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 

Viewers also liked

THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)
THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)
THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)Vaishali Mahlyan
 
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...NairobiRealEstates
 
Sample Real Estate Presentation
 Sample Real Estate Presentation Sample Real Estate Presentation
Sample Real Estate Presentationvirtualadminsplus
 
Tips for Making Property Presentation
Tips for Making Property PresentationTips for Making Property Presentation
Tips for Making Property PresentationManaan Choksi
 
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...greenvisions
 
10 things that buyers expect from a real estate agent ppt
10 things that buyers expect from a real estate agent ppt10 things that buyers expect from a real estate agent ppt
10 things that buyers expect from a real estate agent pptManaan Choksi
 
How to create a real estate marketing plan
How to create a real estate marketing planHow to create a real estate marketing plan
How to create a real estate marketing planBlack Box Social Media
 
Real estate ppt(1)hp
Real estate ppt(1)hpReal estate ppt(1)hp
Real estate ppt(1)hpWISDOM PARK
 
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's UseFit Small Business
 

Viewers also liked (12)

THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)
THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)
THE REAL ESTATE (REGULATION AND DEVELOPMENT)
 
Trellis infrastructure - Introduction
Trellis infrastructure - IntroductionTrellis infrastructure - Introduction
Trellis infrastructure - Introduction
 
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...
Tsunza peninsula plots for SAle in Mombasa Kenya, a great real estate opportu...
 
Smartoffice
SmartofficeSmartoffice
Smartoffice
 
Smart city
Smart citySmart city
Smart city
 
Sample Real Estate Presentation
 Sample Real Estate Presentation Sample Real Estate Presentation
Sample Real Estate Presentation
 
Tips for Making Property Presentation
Tips for Making Property PresentationTips for Making Property Presentation
Tips for Making Property Presentation
 
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...
Real Estate Marketing Plan: Sample “Simple” Strategic Template for Real Estat...
 
10 things that buyers expect from a real estate agent ppt
10 things that buyers expect from a real estate agent ppt10 things that buyers expect from a real estate agent ppt
10 things that buyers expect from a real estate agent ppt
 
How to create a real estate marketing plan
How to create a real estate marketing planHow to create a real estate marketing plan
How to create a real estate marketing plan
 
Real estate ppt(1)hp
Real estate ppt(1)hpReal estate ppt(1)hp
Real estate ppt(1)hp
 
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use
25 Real Estate Marketing Ideas The Pro's Use
 

Similar to standard pendidikan moral tahun 3

1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 skMohd Rizal
 
Dskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralDskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralosnamek62
 
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfSK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfMohdYusri58
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4yusmie
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Yee Ivy
 
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)Samarina Samon
 
DSKP Pendidikan Moral tahun 6
DSKP Pendidikan Moral tahun 6DSKP Pendidikan Moral tahun 6
DSKP Pendidikan Moral tahun 6Nana Kazumi
 
Dskp pend moral sk tahun 6
Dskp pend moral sk tahun 6Dskp pend moral sk tahun 6
Dskp pend moral sk tahun 6vleadminaba2059
 
Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3isminazifah
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2azhar hamid
 
Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmMarwan Mansor
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmEsther Eusan
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6ordinary teacher
 

Similar to standard pendidikan moral tahun 3 (20)

1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk1. dskp pm tahun 5 sk
1. dskp pm tahun 5 sk
 
Dskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moralDskp thn 5 pen moral
Dskp thn 5 pen moral
 
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdfSK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
SK DSKP Pendidikan Moral KSSR Tahun 5.pdf
 
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan moral tahun 4
 
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)Rancangan tahunan  moral tahun 4 (1)
Rancangan tahunan moral tahun 4 (1)
 
1. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 61. dskp pm sk tahun 6
1. dskp pm sk tahun 6
 
DSKP Pendidikan Moral tahun 6
DSKP Pendidikan Moral tahun 6DSKP Pendidikan Moral tahun 6
DSKP Pendidikan Moral tahun 6
 
Dskp pend moral sk tahun 6
Dskp pend moral sk tahun 6Dskp pend moral sk tahun 6
Dskp pend moral sk tahun 6
 
Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
 
Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bm
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bm
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 

standard pendidikan moral tahun 3

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA 2012
  • 2.
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2012 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 KANDUNGAN Muka Surat RUKUN NEGARA iv FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v PENDAHULUAN 1 MATLAMAT 2 OBJEKTIF 2 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 3 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 4 FOKUS MATA PELAJARAN 5 ORGANISASI KANDUNGAN 6 PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL 9 PENILAIAN 11 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN 12 iii
  • 6. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • • • • • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iv
  • 7. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. v
  • 8.
  • 9. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 PENDAHULUAN Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Mata pelajaran ini diharap dapat menghasilkan murid yang berpengetahuan, mempunyai perwatakan yang mulia, bersopan santun dan menyumbang secara produktif terhadap masyarakat dan negara. Mata pelajaran Pendidikan Moral juga membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran; kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran tersebut akan membantu murid membina daya tahan, menghadapi cabaran dan tekanan hidup dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab dalam kehidupan harian. Untuk merealisasikan hasrat mata pelajaran Pendidikan Moral, Kurikulum Standard Pendidikan Moral sekolah rendah digubal. Kurikulum Standard Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid. Kurikulum tersebut memberi fokus terhadap pemahaman, penghayatan dan amalan nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum, dan perundangan di negara ini. Kurikulum ini menyediakan satu panduan hidup kepada murid untuk membuat keputusan dan tindakan yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial terhadap masyarakat . Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Moral berasaskan prinsip berpegang teguh kepada ajaran agama, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, orang lain, dan alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan bagi mendukung hasrat dan aspirasi negara yang terkandung dalam Rukun Negara, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga selaras dengan tiga prinsip moral iaitu altruistik, autonomi dan keadilan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh. 1
  • 10. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 MATLAMAT Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai objektif berikut: i. memahami dan menghayati nilai-nilai universal; ii. menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia; iii. melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan. 2
  • 11. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri Bentuk Kurikulum Transformasi 3
  • 12. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi domain penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.2 Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan. 4
  • 13. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Standard Pendidikan Moral berfokus kepada 3 domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Fokus kurikulum ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. PENAAKULAN MORAL PERLAKUAN MORAL INSAN BERAKHLAK MULIA PERASAAN MORAL Sumber: Thomas Lickona i. Penaakulan Moral Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif. ii. Perasaan Moral Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. iii. Perlakuan Moral Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti. 5
  • 14. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai murni universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, seperti kerohanian, budaya, sosio emosi, alam sekeliling dan sebagainya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut: Tahun Tema 1 Diri Saya 2 Saya dan Keluarga 3 Saya dan Sekolah 4 Saya dan Jiran 5 Saya dan Masyarakat 6 Saya dan Negara Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah adalah seperti berikut: 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 6
  • 15. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 6. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial. 7. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. 7
  • 16. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. 12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. 13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 8
  • 17. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL Kurikulum Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran pemikiran kreatif, kemahiran menentang rakan sebaya, kemahiran kajian masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahirankemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dalam alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga membantu membina daya tahan dan kebolehan menghadapi tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Pengajaran kemahiran ini memupuk dan merangsang penaakulan, perasaan dan perlakuan moral murid. Kemahiran Penyelesaian Konflik Kemahiran penyelesaian konflik membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai murni universal dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran ini membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan. Kemahiran Pemikiran Kritikal Kemahiran pemikiran kritikal berpandukan penaakulan moral yang membolehkan murid menilai sama ada sesuatu keputusan atau tindakan itu bermoral atau tidak. Pengajaran kemahiran ini membantu menyemai nilai murni universal dalam diri murid. Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan konflik dan membuat keputusan yang bermoral. Kemahiran Pemikiran Kreatif Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari alternatif yang lebih baik ketika menghadapi konflik dalam kehidupan. 9
  • 18. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya digunakan untuk mengelakkan pengaruh negatif rakan sebaya. pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Kemahiran ini mendidik murid supaya berfikir secara rasional dan mengambil kira pandangan dan nasihat rakan sebaya. Kemahiran Kajian Masa Depan Kemahiran mengkaji masa depan membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Kemahiran ni membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan murid melayari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Kemahiran ini merangsang perkembangan minda murid. Kemahiran Kreativiti Kemahiran Kreativiti membolehkan murid menjadi individu yang kreatif dan inovatif. Daya kreativiti dan inovasi ini membolehkan mereka menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti. Kemahiran ini membantu murid menyelesaikan dilema moral yang dihadapi secara kreatif. Kemahiran Sosial Kemahiran sosial membolehkan murid berkomunikasi dengan orang lain dalam situasi yang boleh diterima oleh masyarakat. Pada masa yang sama kemahiran ini bermanfaat kepada diri dan orang lain. 10
  • 19. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 PENILAIAN Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral, pelbagai kaedah penilaian digunakan. Beberapa bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah ujian, tugasan individu dan berkumpulan, laporan, pemerhatian, senarai semak dan kerja amal. Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Ini membolehkan murid membuat keputusan dan konflik secara bijak dan rasional dalam menghadapi cabaran hidup. Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memupuk, mengukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka. Usaha ini diharap dapat membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan yang berlaku ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. 11
  • 20. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 1.1 Menghormati kepelbagaian perayaan Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1.1.1 Menyatakan pelbagai perayaan di Malaysia. 1.1.2 Menceritakan pelbagai perayaan yang disambut oleh warga sekolah. 1.1.3 Menyenaraikan cara menghormati perayaan yang disambut oleh warga sekolah. 1.1.4 Menyedari kepentingan menghormati kepelbagaian perayaan yang disambut oleh warga sekolah. 1.1.5 Mengamalkan sikap menghormati perayaan yang disambut oleh warga sekolah. 12
  • 21. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 2. Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 2.1 Memberi bantuan kepada warga sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 2.1.1 Menyatakan cara membantu warga sekolah. 2.1.2 Menyenaraikan kepentingan membantu warga sekolah. 2.1.3 Menceritakan perasaan setelah membantu warga sekolah. 2.1.4 Mengamalkan sikap saling membantu dalam kalangan warga sekolah. 13
  • 22. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 3.1 Melaksanakan tanggungjawab di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 3.1.1 Menyatakan tanggungjawab di sekolah. 3.1.2 Menyenaraikan cara melaksanakan tanggungjawab di sekolah. 3.1.3 Menceritakan perasaan setelah melaksanakan tanggungjawab di sekolah. 3.1.4 Mengamalkan sikap bertanggungjawab di sekolah. 14
  • 23. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 4.1 Menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan warga sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 4.1.1 Menyatakan sumbangan warga sekolah. 4.1.2 Menerangkan cara menghargai sumbangan warga sekolah. 4.1.3 Menceritakan perasaan apabila menghargai sumbangan warga sekolah. 4.1.4 Mengamalkan sikap berterima kasih terhadap sumbangan warga sekolah. 15
  • 24. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 5. Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 5.1 Mengamalkan pergaulan yang bersopan dalam kalangan warga sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 5.1.1 Menyatakan cara pergaulan yang bersopan dalam kalangan warga sekolah. 5.1.2 Menceritakan kebaikan pergaulan yang bersopan dalam kalangan warga sekolah. 5.1.3 Menyedari kepentingan pergaulan yang bersopan dalam kalangan warga sekolah. 5.1.4 Menunjukkan pergaulan yang bersopan dalam kalangan warga sekolah. 16
  • 25. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 6. Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta menghormati peraturan institusi sosial. 6.1 Menghormati warga sekolah dan pelawat Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 6.1.1 Menyatakan cara menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.2 Menyenaraikan kepentingan menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.3 Menceritakan perasaan apabila menghormati warga sekolah dan pelawat. 6.1.4 Mengamalkan perlakuan saling menghormati dalam kalangan warga sekolah dan pelawat. 17
  • 26. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 7. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 7.1 Menyayangi sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 7.1.1 Menyatakan cara menyayangi sekolah. 7.1.2 Menyenaraikan kepentingan menyayangi sekolah. 7.1.3 Menceritakan perasaan apabila menyayangi sekolah. 7.1.4 Menunjukkan sikap sayang terhadap sekolah. 18
  • 27. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. 8.1 Mengamalkan sikap adil di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 8.1.1 Menceritakan cara bersikap adil di sekolah. 8.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap adil di sekolah. 8.1.3 Menyatakan perasaan apabila bersikap adil di sekolah. 8.1.4 Menunjukkan sikap adil di sekolah. 19
  • 28. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 9. Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. 9.1 Mempertahankan nama baik sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 9.1.1 Menyatakan cara mempertahankan nama baik sekolah. 9.1.2 Menyenaraikan kepentingan mempertahankan nama baik sekolah. 9.1.3 Menceritakan perasaan apabila mempertahankan nama baik sekolah. 9.1.4 Mengamalkan sikap berani mempertahankan nama baik sekolah. 20
  • 29. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 10.1 Menunjukkan sikap jujur di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur di sekolah. 10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur di sekolah. 10.1.3 Menyedari kebaikan bersikap jujur di sekolah. 10.1.4 Mengamalkan sikap jujur di sekolah. 21
  • 30. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. 11.1 Mengamalkan sikap rajin di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 11.1.1 Menyatakan cara bersikap rajin di sekolah. 11.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap rajin di sekolah. 11.1.3 Menceritakan perasaan apabila bersikap rajin di sekolah. 11.1.4 Mempraktikkan sikap rajin di sekolah. 22
  • 31. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 12. Kerjasama Kesediaan melakukan kepentingan bersama. sesuatu 12.1 Memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti di sekolah untuk Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 12.1.1 Menyenaraikan aktiviti yang dilakukan bersama-sama di sekolah. 12.1.2 Menceritakan kebaikan bekerjasama di sekolah. 12.1.3 Menyatakan perasaan apabila bekerjasama di sekolah. 12.1.4 Melaksanakan aktiviti bekerjasama di sekolah untuk kebaikan bersama. 23
  • 32. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain 13.1 Mengamalkan sikap sederhana di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 13.1.1 Menyatakan perlakuan sederhana di sekolah. 13.1.2 Menyenaraikan kebaikan bersikap sederhana di sekolah. 13.1.3 Menyedari kepentingan bersikap sederhana di sekolah. 13.1.4 Mempraktikkan sikap sederhana di sekolah. 24
  • 33. Dokumen Standard Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tahun 3 14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 14.1 Mengamalkan sikap toleransi di sekolah Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 14.1.1 Menyatakan sikap toleransi sesama warga sekolah. 14.1.2 Menyenaraikan kebaikan bersikap toleransi sesama warga sekolah. 14.1.3 Menceritakan perasaan apabila bersikap toleransi sesama warga sekolah. 14.1.4 Menunjukkan sikap toleransi sesama warga sekolah. 25
  • 34.
  • 35.
  • 36. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk