2. 13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Di akhir pembelajaran, pelajar seharusnya dapat…
• Mentakrifkan maksud tanggungjawab sosial
• Menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk :
– (i) primer [pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan
pemborong]
– (ii) sekunder [kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak]
• Menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut
• Membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang
menjalankan tanggungjawab sosial
• Menjelaskan maksud warga korporat
• Menyatakan peranan warga korporat :
– (i) gelagat beretika dalam perniagaan
– (ii) komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja,
pelabur dan pembekal
– (iii) komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang
2
3. TAKRIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL
• suatu kepercayaan bahawa fungsi sesebuah organisasi
dan seseorang pengurus sebagai pembuat keputusan
harus berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi
masyarakat
4. PIHAK BERKEPENTINGAN (PEMILIK TARUH)
PRIMER
Pekerja
Pemegang Saham
Pembiaya
Pembekal
Pelanggan
Peruncit
Pemborong
SEKUNDER
Kumpulan pendesak
Masyarakat
Media
Kerajaan
Pihak yang mempunyai saham atau hak secara langsung terhadap sesuatu perkara dan
mempunyai keperluan serta keinginan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu manfaat
6. PEKERJA
• Individu atau tenaga buruh yang terlibat dalam menyumbangkan
sumber tenaga manusia daripada peringkat atasan sehingga ke
peringkat bawahan dalam sesebuah organisasi
Tanggungjawab majikan terhadap pekerja:
membayar gaji kepada pekerja pada masa yang ditetapkan
menjaga kebajikan pekerja melalui penglibatan dalam skim-skim
(KWSP, PERKESO)
mengamalkan dasar upah dan gaji yang selaras dengan daya
pengeluaran dan tingkat kecekapan firma
mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi
mewujudkan keadaan tempat kerja yang selesa bagi
meningkatkan produktiviti pekerja
7. PEMEGANG SAHAM
• Pihak yang melabur atau menyumbangkan modal perniagaan
untuk membiayai sesebuah perniagaan
• Syarikat bertanggungjawab untuk:
– menjaga kepentingan dan hak-hak pelabur
– memastikan segala amanah oleh pemegang saham dilaksanakan
dengan baik
– memastikan pulangan yang diperoleh daripada aktiviti pelaburan
dapat memaksimumkan keuntungan pemegang saham
– menggunakan sumber kewangan dengan cekap untuk
membekalkan produk berkualiti
– berusaha memenuhi matlamat pemilik dan pemodal syarikat
8. PEMBIAYA
• Pihak yang memberikan pinjaman kewangan kepada perniagaan
untuk dijadkan modal operasi perniagaan; contoh, pihak bank
memberikan pinjaman kepada perniagaan
• Perniagaan bertanggungjawab untuk:
– membayar balik pinjaman yang diberikan mengikut tempoh
masa dan jumlah yang telah ditetapkan
– memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak pembiaya
dengan jujur
– menggunakan sumber kewangan yg telah diberikan oleh pihak
pembiaya dengan sistematik, efektif, dan efisien
9. PEMBEKAL
• Pihak yang bertanggungjawab untuk membekalkan bahan
mentah kepada perniagaan untuk digunakan sebagai input dalam
proses pengeluaran perniagaan tersebut
• Pembekalan bahan mentah yang mencukupi secara berterusan
amat penting bagi menjamin kelancaran operasi perniagaan
• Perniagaan perlu mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan tidak
meragukan untuk pihak pembekal bagi mengelakkan sebarang
penipuan dan kekeliruan
– membuat bayaran kepada pembekal tepat pada masa
– mengenakan syarat pembayaran yang munasabah
10. PELANGGAN
• Pihak yang membeli barangan yang dikeluarkan oleh organisasi
• Perniagaan bertanggungjawab untuk:
– menjual barangan yang selamat kepada pelanggan
– memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
– menghasilkan keluaran yang memenuhi cita rasa pelanggan
– mengadakan aktiviti pemasaran yang bermanfaat
11. PERUNCIT
• Pihak yang menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada
pengguna akhir
• Salah satu ahli salurang pengedaran dan pihak yang paling
hampir dengan pelanggan
• Perniagaan bertanggungjawab untuk:
– membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti, dan
kualiti yang ditetapkan
– memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
– memecah pukal kepada unit yang lebih kecil
– mendapatkan maklum balas daripada peruncit
– memberikan ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
12. PEMBORONG
• Pihak yang membeli atau menjual produk secara pukal
• berfungsi untuk memecah pukal bagi kemudahan pihak peruncit
• Perniagaan bertanggungjawab untuk:
– membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
– mengenakan harga yang berpatutan
– mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
– memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
– membayar barang yang dibeli tepat pada masa dan jumlah yang ditetapkan
– tidak mengeksploitasi pemborong dengan meminta harga yang lebih rendah
– memberikan maklum balas dan maklumat yang diperlukan seperti maklumat
tentang kualiti barangan
13. SEKUNDER
• Pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara
tidak langsung kepada perniagaan
• Perniagaan akan menerima kesan yang tidak langsung
jika pihak sekunder melakukan sebarang tindakan
14. KERAJAAN
• Badan pemerintah yang mentadbir sesebuah negara untuk
memastikan perjalanan operasi perniagaan yang sistematik dan
teratur
• Tanggungjawab sosial organisasi:
– mengambil bahagian dalam sesi perbincangan
– menyediakan laporan kewangan yang benar dan saksama
– membayar cukai mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan
– menyokong program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
– mengambil bahagian dalam kempen dan program yang dilaksanakan
oleh kerajaan
15. MEDIA
• Pihak yang akan mendapatkan maklumat, mengurus maklumat,
dan menyebarkannya kepada pihak awam
• menggunakan media cetak atau media elektronik untuk
menyebarkan maklumat
• Tanggungjawab sosial organisasi:
– menggunakan media dengan baik dan jujur
– menyebarkan maklumat yang benar dalam media
– memilih media yang sesuai untuk pihak berkepentingan
– tidak menyalahgunakan media untuk tujuan negatif
– memberikan maklumat yang benar kepada pihak media
– membina hubungan baik dengan pihak media
16. MASYARAKAT
• Pihak berkepentingan yang berada dalam persekitaran operasi
perniagaan
• Tanggungjawab sosial organisasi:
– mengenal pasti keperluan asas masyarakat yang sering berubah
– mengambil kira kesan operasi terhadap alam sekitar dan persekitaran
sosial
– memberi sumbangan terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan
– membiayai projek-projek pembangunan sosial (taman rekreasi)
– menyumbangkan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan awam dan
kemasyarakatan
– memberikan sumbangan kepada masyarakat (biasiswa, derma dll)
17. KUMPULAN PENDESAK
• Satu kumpulan yang mempunyai kepentingan yang sama dan
berperanan mendesak kerajaan secara aktif dan langsung ke
arah matlamat kumpulan mereka
• Tanggungjawab sosial organisasi:
– menyokong matlamat kumpulan pendesak yang mengetengahkan isu-
isu yang berkaitan dengan penjagaan dan perlindungan hak-hak dan
kepentingan awam serta negara
– memberikan maklumat yang diperlukan oleh kumpulan pendesak
– memberikan kerjasama yang diminta oleh pihak kumpulan pendesak jika
isu berkaitan perniagaannya yang dibangkitkan
18. KEBAIKAN ORGANISASI MENJALANKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Membantu meningkatkan imej organisasi dan jenama perniagaan
dalam jangka masa panjang
Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pihak yang
berkepentingan seperti meningkatkan keyakinan pelabur untuk
melabur dalam organisasi'
Harga saham akan meningkat dalam jangka masa panjang
Mengurangkan cukai korporat
mengekalkan pelanggan sedia ada di samping menarik lebih
banyak pelanggan baharu
Menarik minat lebih banyak pekerja yang berkelayakan untuk
berkhidmat dalam organisasi
19. KELEMAHAN ORGANISASI MENJALANKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
× Mencabuli hak perniagaan untuk mendapatkan keuntungan
maksimum
× Meningkatkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan
kepada pengguna dalam pasaran
× Tidak memiliki kemahiran sosial yang mencukupi untuk
menyelesaikan masalah sosial
× Mempengaruhi keadaan persekitaran dan penglibatan dalam
bidang sosial hanya akan meningkatkan pengaruh perniagaan
×Perniagaan kurang memegang akauntabiliti terhadap masyarakat
awam
20. WARGA KORPORAT
Golongan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti perniagaan
korporat
Melibatkan diri secara profesional dalam pengurusan
sesebuah organisasi perniagaan yang diasingkan daripada
pemiliknya
Terdiri daripada 3 golongan utama;
pemegang saham syarikat
lembaga pengarah syarikat
pihak pengurusan syarikat
21. PERANAN WARGA KORPORAT
GELAGAT BERETIKA DALAM PERNIAGAAN
boleh ditunjukkan melalui perlakuan dan pelaksanaannya seperti
jujur, amanah, menghormati hak pengguna, dan persaingan sihat
dengan pesaingnya
dikategorikan kepada dua (2):
Penentangan sosial
Penglibatan sosial
menjalankan perniagaan dengan amalan persaingan yang adil
dan sihat
menghapuskan segala penyelewengan dan penipuan yang
berlaku dalam perniagaan
tidak mencemarkan atau memburuk-burukkan nama pesaing
22. KOMITED TERHADAP PIHAK BERKEPENTINGAN
a) Masyarakat
menjaga kebajikan masyarakat
memelihara alam sekitar
menggunakan sumber ekonomi secara optimum demi
memanfaatkan masyarakat
mengambil kira kepentingan masyarakat apabila membuat
keputusan syarikat
menawarkan peluang perniagaan demi membangun dan
memakmurkan masyarakat
23. b) Pelanggan
menawarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti pada
harga berpatutan
menawarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan di
pasaran demi meningkatkan pilihan pelanggan
tidak menghasilkan barang yang boleh mengancam kesihatan
dan keselamatan pelanggan
menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan barang
yang bermutu pada kos yang rendah
memberikan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan
24. c) Pekerja
mewujudkan suasana syarikat yang harmoni dengan
birokrasi, mengurangkan bebanan kerja, serta
melonggarkan peraturan
menyediakan tempat kerja yang bersih, selesa, dan
selamat
membayar ganjaran setimpal dengan produktivit pekerja
mengambil pekerja dengan adil dan saksama serta tanpa
berat sebelah
menyediakan latihan dan pembangunan kerjaya kepada
pekerja
mengamalkan waktu kerja yang fleksibel kepada pekerja
tertentu
25. d) Pelabur
menjalankan pengurusan yang cekap dan berkesan
menggunakan sumber syarikat secara optimum demi
mengelakkan pembaziran sumber
memberi kadar pulangan pelaburan yang memuaskan
memberi maklumat syarikat yang benar dan tepat
meningkatkan nilai saham pelabur dengan melaburkan
projek yang berpotensi dan menguntungkan
26. e) Pembekal
memastikan pembekal mempunyai bekalan barang yang
mencukupi untuk diagihkan di pasaran
memberikan layanan yang sama kepada semua pembekal
tanpa diskriminasi
mengamalkan sistem payung, iaitu melindungi pembekal
dengan cara pemberian kredit, kelonggaran syarat kredit,
atau bantuan kewangan
memastikan syarat perjanjian adalah jelas dan tidak
mengelirukan
mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam perjanjian
27. KOMITED TERHADAP PERSEKITARAN DALAM
JANGKA MASA PANJANG
a) Komited terhadap alam sekitar
– menghasilkan keluaran yang mesra alam dan bermanfaat
kepada pengguna
– keluaran yang boleh dikitar semula dapat mengurangkan
pencemaran alam dan kos untuk mengendalikan bahan buangan
– mengambil kira kesan kepada lam sekitar seperti penarahan
tanah tinggi, penanaman semula pokok
– menjamin kelestarian alam sekitar; dapat mengelakkan bencana
alam, mengekalkan kesinambungan ekosistem, dan
mengekalkan keharmonian antara masyarakat dan alam sekitar
28. b) Komited terhadap persekitaran ekonomi
– merancang pelaburan ke dalam pelbagai sektor perniagaan
yang menguntungkan dan berorientasikan masa hadapan
– mengurangkan kebergantungan kepada satu-satu sektor
perniagaan sahaja
– jika sesuatu sektor perniagaan mengalami kerugian, sektor
perniagaan lain dapat menampungnya
29. c) Komited terhadap sumber bahan mentah
– menggunakan bahan mentah secara optimum dan
mengelakkan pembaziran
– mencari alternatif lain untuk menggantikan sumber bahan
mentah sedia ada yang semakin berkurangan
– Kesannya, syarikat mampu terus beroperasi pada jangka
masa panjang tanpa sebarang masalah kehabisan sumber
30. d) Komited terhadap perubahan teknologi
– peka dengan setiap perubahan teknologi yang berlaku
– pelaburan dalam bidang teknologi perlu dilakukan sama
ada untuk membeli teknolog atau meningkatkan kemahiran
pekerja dalam bidang teknologi
– kesannya, syarikat mampu meningkatkan daya saing dan
dapat bersaing dengan para pesaing perniagaan
– memastikan kelangsungan syarikat pada masa hadapan
31. e) Komited terhadap persekitaran sosiobudaya
– peka terhadap perubahan sosiobudaya seperti perubahan
demografi,perubahan cita rasa, dsb
– kemampuan warga korporat untuk menilai sebarang
perubahan sosiobudaya dan merebut peluang dapat
memastikan syarikat akan terus maju dan diterima oleh
masyarakat
– kesannya, jika syarikat menghasilkan keluaran yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, maka
pengguna setia terhadap keluaran syarikat dan dapat terus
maju dalam jangka masa panjang
32. f) Komited terhadap peraturan dan undang-undang
– memastikan syarikat mematuhi peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh negara di mana syarikat beroperasi
– mengelakkan daripada dikenakan sebarang hukuman
– hukuman dan tindakan yang dikenakan akan menjejaskan
reputasi syarikat dan kehilangan kepercayaan daripada semua
pihak
– oleh hal yang demikian, warga korporat perlu memastikan
syarikatnya sentiasa mematuhi peraturan supaya nama baik
dan reputasi syarikat tidak terjejas