SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
41
OBJEKTIF
➤ Untuk saling mengenali
antara satu sama lain
➤ Memberi kesedaran
akan kepentingan
konsep komunikasi dan
hubungan antara satu
dan yang lain
➤ Menggalakkan sikap
kerjasama dan bekerja
di dalam satu kumpulan
kecil mahupun
kumpulan besar
BAHAGIAN
5
AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN
Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking)
ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang
dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat
dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam
sekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikan
bahan interaksi di antara sesama pelajar.
Cara Perlaksanaan
Daya ingatan
1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar.
2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masing-
masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas,
mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal.
3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar
tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang,
fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untuk
memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini
berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap
ingatan pelajar rakan-rakan mereka.
A
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41
➤ Meningkatkan
pengetahuan para
pelajar mengenai
pentingnya sesuatu
haiwan hidup dalam
satu kumpulan dan
mengapa mereka
berbuat demikian
Peralatan
• Wisel
• Kad Manilan
• Kain Penutup Mata
Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking)
Lampiran Aktiviti
42
Pengetahuan am mengenai haiwan
4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dan
telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajar
dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fasilitator
mengedarkan kad itu.
5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca
kad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkan
bunyi haiwan.
6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif
mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat.
7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulan
masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat.
8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap
kumpulan akan melantik ketua masing-masing.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42
AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu
Lampiran Aktiviti
43
OBJEKTIF
➤ Memberi pendedahan
kepada pelajar
berkenaan penggunaan
deria yang lain selain
dari deria penglihatan
➤ Menambah ilmu dan
pengalaman para
pelajar berkenaan
dengan keunikan
unsure-unsur yang
terdapat dalam alam
sekitar melalui kaedah
yang berbeza
➤ Mewujudkan kerjasama
dan sikap saling Bantu
menbantu antara para
pelajar dalam sesuatu
kumpulan.
Peralatan
• Kain Penutup mata
• Tali besar
• Kertas kosong
Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta
Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di
kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan
melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara,
pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap
penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua
deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka.
Cara Perlaksanaannya:
1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan
panjang.
2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut
masing-masing.
3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan
rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai
cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu.
4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti
yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam
diri pada masa ini.
5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan
dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali
diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya
mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para
pelajar akan bergerak mengikut tali.
6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan
dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa
yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari
penglihatan.
7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk
memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para
pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata
tertutup.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43
OBJEKTIF
➤ Meningkatkan
kemahiran pelajar
menggunakan kompas
➤ Menggalakkan
semangat berpasukan
dikalangan pelajar
➤ Meningkatkan
pengetahuan pelajar
mengenai khazanah
hutan.
Peralatan
• Kompas ‘Suunto”
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel
Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi
Lampiran Aktiviti
44
Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alam
semulajadi
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan
digabungkan dengan ‘environmental hunt’. Kesedaran dan
keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi
memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang.
Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi
penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan
dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan
serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.
Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan
juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan
soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.
Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan
alam sekitar kepada mereka.
Cara Perlaksanaan
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama
bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan
kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat
beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check
point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di setiap
“check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk
dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel.
Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum
aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak
kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira
pemenang.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44
Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi
Lampiran Aktiviti
45
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator
terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut
menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check
point’ dan soalan yang akan diberikan).
Check Point 1
Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat
Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah
kepentingannya kepada
pokok serta ekologi
kawasan berkenaan.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45
OBJEKTIF
➤ Memerhati keadaan
alam pada waktu
malam
➤ Membezakan alam
sekitar pada waktu
malam dan mengesan
haiwan yang aktif pada
waktu malam
➤ Mengetahui pengaruh
keadaan sekeliling yang
gelap kepada manusia
Peralatan
• Lampu suluh
• Pakaian dan kasut yang
bersesuaian
Peringatan
❖ Kemungkinan besar
untuk mengesan atau
melihat haiwan pada
waktu malam adalah
tipis jika para pelajar
bising
Aktiviti 4 Berjalan Malam
Lampiran Aktiviti
46
Aktiviti 4: Berjalan Malam
Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di
sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akan
kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita
dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di
udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan
menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke
sana ke mari.
Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan
dalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan
dalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang
berlainan dalam sehari.
Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang
dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan
burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarna
putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat
menarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam dan
juga kelawar.
Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga
kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung
akan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduh
di dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua
serangga akan pulang ke sarang masing-masing.
Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan
dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan
menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu
malam. Binatang seperti ‘Kubong’, ‘Kongkang’ dan kelawar akan
keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam
adalah seperti ‘night jar’ dan burung hantu.
Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinan
melihat kelip-kelip dan ‘glow worm’ berterbangan dan merayap-
rayap ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh,
kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau
kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan
katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat
mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dan
tenuk aktif di waktu malam.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46
Aktiviti 4 Berjalan Malam
Lampiran Aktiviti
47
Cara Perlaksanaannya:
1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam.
Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam
adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu
merasa takut.
2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan
memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita
(hampir dengan bahagian dahi atau hidung).
3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila
kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian
utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang
(misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta
atas pokok).
4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat
sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan
keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat di
kawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok.
5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktu
malam dan bandingkan dengan
keadaan siang hari. Bezakan
bunyi serangga, burung,
katak dan haiwan-
haiwan lain.
6. Para pelajar diingat
supaya sentiasa
senyap semasa
berjalan.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalam kelas berdasarkan
habitat pergunungan
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 47
OBJEKTIF
➤ Menguji sekali gus
meningkatkan
pengetahuan peserta
mengenai khazanah
semulajadi di kawasan
pergunungan
Peralatan
• Kerusi Meja
• Kertas
• Pensil
Aktiviti 1 Kuiz
Lampiran Aktiviti
48
AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS
Aktiviti 1: Kuiz
Aktiviti ini merupakan ujian kepada kefahaman dan pengetahuan
asas kepada para peserta. Biasanya diberikan pada akhir-akhir sesi
kem pendidikan. Soalan adalah berkisar kepada maklumat-
maklumat yang diterima sepanjang kem berlansung termasuk
pengetahuan am yang berkenaan.
Cara Perlaksanaannya
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Soalan-soalan mengenai alam semulajadi terutama
berkenaan dengan hutan pergunungan dan pengetahuan am
akan diberikan kepada setiap kumpulan mengikut pusingan
giliran.
2. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang tertinggi.
Contoh-contoh soalan kuiz yang boleh dijalankan: -
a) Apakah nama gunung tertinggi di Malaysia?
b) Berapakah ketinggian gunung itu?
c) Berapakah zon bagi vegetasi yang boleh diperhatikan di
hutan pergunungan?
d) Apakah nama agensi yang terlibat di dalam pengurusan dan
pemuliharaan Gunung Kinabalu?
e) Namakan dua spesis endemic di Gunung Kinabalu
f) Apakah sifat penyesuaian haiwan di kawasan hutan
pergunungan?
g) Apakah ciri penyesuaian bagi tumbuhan di hutan
pergunungan?
h) Apakah suhu yang paling maksima di kawasan hutan
pergunungan?
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 48
AKtiviti 1 Kuiz
Lampiran Aktiviti
49
i) Apakah ciri utama yang membezakan hutan pergunungan
dan hutan tanah rendah?
j) Apakah kepentingan hutan pergunungan?
k) Apakah kesan buruk manusia yang ketara ke atas hutan
pergunungan?
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 49
OBJEKTIF
➤ Menyemai semangat
konservasi di dalam diri
peserta
➤ Dengan bimbingan
fasilitator, pelajar dilatih
dengan teknik serta
kemahiran interpretasi
yang sesuai dengan
semua golongan dan
peringkat masyarakat
Peralatan
• Kerusi Meja
• Set PA system
• Kertas dan Pensil
Aktiviti 2 Perbahasan
Lampiran Aktiviti
50
Aktiviti 2: Perbahasan
Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran ‘public
speaking’ atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkan
kemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat.
Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikan
mesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kem pendidikan
alam semujadi.
Cara Perlaksanaanya
1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Tajuk perbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut
untuk mengambil pihak yang bertentangan didalam sesuatu
perbincangan.
3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 – 3 minit
seorang untuk mengemukakan hujah-hujah mereka.
4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untuk
merumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan.
5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dan
gaya penyampaian serta isi hujah-hujah.
Tajuk-tajuk perbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah:
a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadi
atau diperkembangkan dalam pembangunan negara
b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkan
memandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untuk
pembangunan
c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasan
pergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonomi
negara
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 50
OBJEKTIF
➤ Menerapkan nilai-nilai
kreatif dan inovasi
dalam gaya hidup para
pelajar
➤ Menghayati alam
semulajadi dengan
lebih dekat dan bukan
hanya pada peringkat
luaran sahaja.
Peralatan
• Kertas lukisan
• Alat-alat melukis
AKtiviti 3 Menghayati alam sekitar melalui karya tangan
Lampiran Aktiviti
51
Aktiviti 3: Menghayati alam sekitar melalui
karya tangan
Daya imaginasi dan kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkan
karya seni yang baik. Elemen-elemen ini perlu diterapkan kepada
pelajar dalam apa juga aktiviti yang mereka lakukan.
Penghasilan hasil tangan atau lukisan mengenai alam sekitar
menggunakan peralatan serta benda-benda yang boleh dijumpai
di sekeliling merupakan salah satu cara yang baik.
Cara Perlaksanaan:
1. Fasilitator memberi penerangan berkenaan dengan aktiviti ini
dan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan.
2. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Sebaik-baiknya mempunyai 4 orang ahli setiap kumpulan.
3. Tema lukisan atau karya tangan diberikan dan para pelajar
beredar ke tempat yang sesuai untuk menghasilkan karya
lukisan.
4. Setiap kumpulan diberikan masa 1 jam untuk menghasilkan
hasil mereka.
5. Sebelum pengadilan, kesemua hasil tangan dan lukisan
dipamerkan.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 51
Aktiviti 4 Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni)
Lampiran Aktiviti
52
Aktiviti 4: Malam Budaya (Menghayati alam
semulajadi melalui karya seni)
Aktiviti ini boleh dijalankan diwaktu malam sebagai salah satu
persembahan para pelajar sebelum beredar pulang ke sekolah
masing-masing. Sebaik-baiknya penerangan tentang aktiviti ini
diberikan sebelum permulaan program agar para pelajar bersedia
dan menyediakan satu persembahan bertemakan alam semulajadi
di malam terakhir.
Para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
tersebut akan memberikan persembahan kumpulan masing-masing
di malam terakhir program penghayatan hutan pergunungan.
Bentuk karya seni yang boleh dipersembahkan termasuklah:-
a) Sketsa
b) Nyanyian
c) Puisi
d) Sajak
e) Berbalas pantun
f) Syair
g) Drama
h) Tarian
i) Wayang kulit
j) Boria
k) Lakunan
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 52
Aktiviti 5 Nyanyian Lagu Hijau
53
Aktiviti 5: Nyanyian Lagu Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Ia dicemar manusia
Yang Jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari la…la….la…ye…
# Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih muda
Dan mentah…..ku lihat hijau
La…La….La..oyeh… Hai….
## Ooo… Anok anok
Takleh mengasa mandi laok
Besaing, mainghama-ghama
Ale jo ni tua umornya berjuta
Kita usaha jauhke dahgi mala-petaka
Ozon la ni, kaho nipi tiap haghi
Nak mako asak hok bias wa psa maknusia
Semua bendo-bendo di dunia
Tok le tehe sape bila-bila
Bumi ku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Dikala kita tersadar
Mungkinkah terlewat
(Ulangi rangkap 3 & #)
Korupsi, oppresi, obsessi diri
Polusi, depresi dibumi ini
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Di bumi ku ini (3 x)
(Ulangi Rangkap ###)
Lampiran Aktiviti
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 53
54
Rujukan
54
RUJUKAN
MacKinnon, K, G. Hatta, H. Halim, A. Mangalik. 1996. The Ecology
of Kalimantan. Periplus Editions. 802 pp.
Lee, S.M. and The K.H. 1994. Pendidikan Alam untuk Kanak kanak.
Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 200 pp.
Miller G.T. 1997. Environmental Science (6th
ed). Wadsworth
Publiehing Company 517 pp.
Itarrison J. 1973. An luho to the mammals of Sabah. The Sabah
Society 244 pp.
Tweedie, M.W.F. 1991. Mammals of Malaysia Longman Malaysia
Sdn. Bhd. 87 pp
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 54
5555
LAMPIRAN
Senarai Agensi–Agensi Kerajaan Yang Terlibat Di
Dalam Pendidikan Alam Semulajadi Di Sabah
1. Jabatan Perhutanan Sabah
Ibu Pejabat,
Jabatan Perhutanan,
Beg Berkunci No. 68,
90009 Sandakan
Tel: 089-660811
Fax: 089-669170
Email: jhutan01@tm.net.my
2. Jabatan Hidupan Liar Sabah,
Tingkat 5, Blok B,
Wisma MUIS,
88100 Kota Kinabalu,
Tel: 088- 215353
Fax: 088- 222476
Email: jhlsabah@tm.net.my
3. Jabatan Konservasi Alam Sekitar Sabah
Tingkat 2 & 3,
Wisma Budaya,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Beg Berkunci No. 2078,
88999 Kota Kinabalu
Tel: 088-251290
Fax: 088-238120
Email: jkas@sabah.gov.my
H/page: www.sabah.gov.my/jkas
4. Jabatan Pengairan dan Saliran,
Tingkat 5 & 6,
Menara Khidmat,
Jalan Belia,
Beg Berkunci 2052,
88767 Kota Kinabalu
Tel: 088-280500
Fax: 088-242770
Email: jpssab1@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 55
56
5. Jabatan Perikanan,
Tingkat 8, Menara Khidmat,
Jalan Belia,
88628 Kota Kinabalu
Tel: 235966
Fax: 088-240511
Email: fish.dept@sabah.gov.my
H/page: www.fishdept.sabah.gov.my
6. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
1, Jalan Bandaraya,
88675 Kota Kinabalu
Tel: 088-239500
Fax: 088-219175
Email: mayor@dbkk.sabah.gov.my
Laman Web: www.borneo-online.com.my/kkcity/
7. Taman-taman Sabah,
Blok K, Lot. No. 1-3,
Tingkat 1, Kompleks Sinsuran,
Peti Surat No. 10626
88806 Kota Kinabalu
Tel: 088-211881
Fax: 088- 211585
8. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 5, Rumah Persekutuan,
88604 Kota Kinabalu
Tel: 088-232277
Fax: 088-234828
9. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah/W.P. Labuan,
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,
No. 36, Tingkat 7, Blok E,
Bangunan KWSP
88000 Kota Kinabalu
Tel: 250025
Fax: 088-241170
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 56
57
Senarai Agensi-Agensi Bukan Kerajaan Yang
Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi
1. Sabah Nature Club,
Auditorium Foyer, Yayasan Sabah Building,
P.O.Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Tel: 088-427509
Fax: 088-427510
Email: snc2000@tm.net.my
2. Worldwide Fund for Nature (WWF) Sabah Branch,
Peti Surat 14393,
Tingkat 6, Centre Point Building,
88550 Kota Kinabalu
Tel: 088-262420
3. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Cawangan Sabah),
Jalan Muzium,
Beg Berkunci 2015,
88566 Kota Kinabalu
Fax: 088-267918
Email: wongm@tm.net.my
4. Sabah Environmental Protection Agency (SEPA),
Unit 1-2F, Beverly Hill Plaza,
Peti Surat 10126,
88801 Kota Kinabalu
Tel: 088-727199
Fax: 088-712199
Email: sepa@tm.net.my
5. The Sabah Society,
P.O.Box 10547,
88806 Kota Kinabalu
Tel:088- 266 382
Fax: 088- 266 882
Email: sabsoc@sabah.org.my atau
1msb@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 57
58
6. PACOS Trust,
P.O.Box 511,
89507 Penampang,
Sabah
Tel: 088-712 518
Fax: 088- 718 669
Email: pakos@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 58

More Related Content

What's hot

Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingHidayah Saufi
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH Fudhla
 
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudUjian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudNUR ADIZA
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Mohd Noor Noor
 
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasBidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasdianadalyla
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi mainJane Oon
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Permainan kecil bola baling
Permainan kecil bola balingPermainan kecil bola baling
Permainan kecil bola balingnsssuhada
 
跨课程元素
跨课程元素跨课程元素
跨课程元素teehooisim
 
Ujian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/BakatUjian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/Bakatmufamaz87
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanSignorina Nurshuadah Aripin
 
Kertas kerja rokok
Kertas kerja rokokKertas kerja rokok
Kertas kerja rokokfawwaz02
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacanaRubini Rubi
 
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdfAZIZAHBTABDRAHMANMoe
 

What's hot (20)

Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
 
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitudUjian psikometrik dan ujian aptitud
Ujian psikometrik dan ujian aptitud
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3
 
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasBidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Permainan kecil bola baling
Permainan kecil bola balingPermainan kecil bola baling
Permainan kecil bola baling
 
跨课程元素
跨课程元素跨课程元素
跨课程元素
 
Ujian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/BakatUjian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/Bakat
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
Kertas kerja rokok
Kertas kerja rokokKertas kerja rokok
Kertas kerja rokok
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf
001 DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 3.pdf
 

Similar to Aktiviti ldk

Aktiviti L D K
Aktiviti  L D KAktiviti  L D K
Aktiviti L D KImsamad
 
Pembentangan SDP
Pembentangan SDPPembentangan SDP
Pembentangan SDPmilzi5215
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan milzi5215
 
pembentukan perilaku
pembentukan perilakupembentukan perilaku
pembentukan perilakuBoyolali
 
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakapMan Akmal
 
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakapmanmalakmal
 
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber Belajar
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber BelajarPemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber Belajar
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber BelajarDiahRD_07
 
Rpp sains tekpen
Rpp sains tekpenRpp sains tekpen
Rpp sains tekpenikiepha
 
Energi dan penggunaannya
Energi dan penggunaannyaEnergi dan penggunaannya
Energi dan penggunaannyaWahyu Manunggal
 
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Rozaiman Makmun
 
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptx
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptxPENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptx
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptxAmerahRamli1
 
Pembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jPembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jAlpius J
 
RPP Getaran Rezky Awaliah
RPP Getaran Rezky AwaliahRPP Getaran Rezky Awaliah
RPP Getaran Rezky AwaliahRezky Awaliah
 
Modul Projek - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...
Modul Projek  - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...Modul Projek  - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...
Modul Projek - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...Dedi467370
 

Similar to Aktiviti ldk (20)

Aktiviti L D K
Aktiviti  L D KAktiviti  L D K
Aktiviti L D K
 
Pembentangan SDP
Pembentangan SDPPembentangan SDP
Pembentangan SDP
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 
pembentukan perilaku
pembentukan perilakupembentukan perilaku
pembentukan perilaku
 
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
 
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
35449609 contoh-permainan-aktiviti-pengakap
 
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber Belajar
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber BelajarPemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber Belajar
Pemanfaatan Lingkungan Sebagai Sumber Belajar
 
Rpp sains tekpen
Rpp sains tekpenRpp sains tekpen
Rpp sains tekpen
 
5.1.1.1.doc
5.1.1.1.doc5.1.1.1.doc
5.1.1.1.doc
 
Materi pramuka dan pembelajaran ipa
Materi pramuka dan pembelajaran ipaMateri pramuka dan pembelajaran ipa
Materi pramuka dan pembelajaran ipa
 
Tugas rpp
Tugas rppTugas rpp
Tugas rpp
 
Energi dan penggunaannya
Energi dan penggunaannyaEnergi dan penggunaannya
Energi dan penggunaannya
 
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
Cadangan Aktiviti Projek bagi SBA SPN21 Tahun 1
 
Pengembangan rpp ipa sd
Pengembangan rpp ipa sdPengembangan rpp ipa sd
Pengembangan rpp ipa sd
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptx
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptxPENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptx
PENGAMATAN PENGLIHATAN - W1.pptx
 
Pramuka sebagai wahana belajar ipa
Pramuka sebagai wahana belajar ipaPramuka sebagai wahana belajar ipa
Pramuka sebagai wahana belajar ipa
 
Pembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jPembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius j
 
RPP Getaran Rezky Awaliah
RPP Getaran Rezky AwaliahRPP Getaran Rezky Awaliah
RPP Getaran Rezky Awaliah
 
Modul Projek - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...
Modul Projek  - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...Modul Projek  - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...
Modul Projek - Modul Projek _Berkarya Dengan Sampah Plastik_ Fase A - Fase A...
 

Aktiviti ldk

  • 1. 41 OBJEKTIF ➤ Untuk saling mengenali antara satu sama lain ➤ Memberi kesedaran akan kepentingan konsep komunikasi dan hubungan antara satu dan yang lain ➤ Menggalakkan sikap kerjasama dan bekerja di dalam satu kumpulan kecil mahupun kumpulan besar BAHAGIAN 5 AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking) ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam sekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikan bahan interaksi di antara sesama pelajar. Cara Perlaksanaan Daya ingatan 1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar. 2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masing- masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas, mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal. 3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang, fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untuk memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap ingatan pelajar rakan-rakan mereka. A Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41
  • 2. ➤ Meningkatkan pengetahuan para pelajar mengenai pentingnya sesuatu haiwan hidup dalam satu kumpulan dan mengapa mereka berbuat demikian Peralatan • Wisel • Kad Manilan • Kain Penutup Mata Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking) Lampiran Aktiviti 42 Pengetahuan am mengenai haiwan 4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dan telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajar dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fasilitator mengedarkan kad itu. 5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca kad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkan bunyi haiwan. 6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat. 7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulan masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat. 8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap kumpulan akan melantik ketua masing-masing. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42
  • 3. AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu Lampiran Aktiviti 43 OBJEKTIF ➤ Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan deria yang lain selain dari deria penglihatan ➤ Menambah ilmu dan pengalaman para pelajar berkenaan dengan keunikan unsure-unsur yang terdapat dalam alam sekitar melalui kaedah yang berbeza ➤ Mewujudkan kerjasama dan sikap saling Bantu menbantu antara para pelajar dalam sesuatu kumpulan. Peralatan • Kain Penutup mata • Tali besar • Kertas kosong Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara, pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka. Cara Perlaksanaannya: 1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan panjang. 2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut masing-masing. 3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu. 4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam diri pada masa ini. 5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para pelajar akan bergerak mengikut tali. 6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari penglihatan. 7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata tertutup. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43
  • 4. OBJEKTIF ➤ Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas ➤ Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar ➤ Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan. Peralatan • Kompas ‘Suunto” • Kad kompas dan soalan • Peta kawasan • Wisel Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Lampiran Aktiviti 44 Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat. Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka. Cara Perlaksanaan 1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua 2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab. 3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah. 4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan . 5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. 6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. 7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44
  • 5. Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Lampiran Aktiviti 45 Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan). Check Point 1 Bearing : 156 Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa Tempat orang berehat Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45
  • 6. OBJEKTIF ➤ Memerhati keadaan alam pada waktu malam ➤ Membezakan alam sekitar pada waktu malam dan mengesan haiwan yang aktif pada waktu malam ➤ Mengetahui pengaruh keadaan sekeliling yang gelap kepada manusia Peralatan • Lampu suluh • Pakaian dan kasut yang bersesuaian Peringatan ❖ Kemungkinan besar untuk mengesan atau melihat haiwan pada waktu malam adalah tipis jika para pelajar bising Aktiviti 4 Berjalan Malam Lampiran Aktiviti 46 Aktiviti 4: Berjalan Malam Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akan kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke sana ke mari. Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan dalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan dalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang berlainan dalam sehari. Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarna putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat menarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam dan juga kelawar. Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung akan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduh di dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua serangga akan pulang ke sarang masing-masing. Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu malam. Binatang seperti ‘Kubong’, ‘Kongkang’ dan kelawar akan keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam adalah seperti ‘night jar’ dan burung hantu. Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinan melihat kelip-kelip dan ‘glow worm’ berterbangan dan merayap- rayap ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh, kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dan tenuk aktif di waktu malam. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46
  • 7. Aktiviti 4 Berjalan Malam Lampiran Aktiviti 47 Cara Perlaksanaannya: 1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam. Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu merasa takut. 2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita (hampir dengan bahagian dahi atau hidung). 3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang (misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta atas pokok). 4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat di kawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok. 5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktu malam dan bandingkan dengan keadaan siang hari. Bezakan bunyi serangga, burung, katak dan haiwan- haiwan lain. 6. Para pelajar diingat supaya sentiasa senyap semasa berjalan. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalam kelas berdasarkan habitat pergunungan Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 47
  • 8. OBJEKTIF ➤ Menguji sekali gus meningkatkan pengetahuan peserta mengenai khazanah semulajadi di kawasan pergunungan Peralatan • Kerusi Meja • Kertas • Pensil Aktiviti 1 Kuiz Lampiran Aktiviti 48 AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS Aktiviti 1: Kuiz Aktiviti ini merupakan ujian kepada kefahaman dan pengetahuan asas kepada para peserta. Biasanya diberikan pada akhir-akhir sesi kem pendidikan. Soalan adalah berkisar kepada maklumat- maklumat yang diterima sepanjang kem berlansung termasuk pengetahuan am yang berkenaan. Cara Perlaksanaannya 1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Soalan-soalan mengenai alam semulajadi terutama berkenaan dengan hutan pergunungan dan pengetahuan am akan diberikan kepada setiap kumpulan mengikut pusingan giliran. 2. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang tertinggi. Contoh-contoh soalan kuiz yang boleh dijalankan: - a) Apakah nama gunung tertinggi di Malaysia? b) Berapakah ketinggian gunung itu? c) Berapakah zon bagi vegetasi yang boleh diperhatikan di hutan pergunungan? d) Apakah nama agensi yang terlibat di dalam pengurusan dan pemuliharaan Gunung Kinabalu? e) Namakan dua spesis endemic di Gunung Kinabalu f) Apakah sifat penyesuaian haiwan di kawasan hutan pergunungan? g) Apakah ciri penyesuaian bagi tumbuhan di hutan pergunungan? h) Apakah suhu yang paling maksima di kawasan hutan pergunungan? Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 48
  • 9. AKtiviti 1 Kuiz Lampiran Aktiviti 49 i) Apakah ciri utama yang membezakan hutan pergunungan dan hutan tanah rendah? j) Apakah kepentingan hutan pergunungan? k) Apakah kesan buruk manusia yang ketara ke atas hutan pergunungan? Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 49
  • 10. OBJEKTIF ➤ Menyemai semangat konservasi di dalam diri peserta ➤ Dengan bimbingan fasilitator, pelajar dilatih dengan teknik serta kemahiran interpretasi yang sesuai dengan semua golongan dan peringkat masyarakat Peralatan • Kerusi Meja • Set PA system • Kertas dan Pensil Aktiviti 2 Perbahasan Lampiran Aktiviti 50 Aktiviti 2: Perbahasan Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran ‘public speaking’ atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkan kemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat. Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikan mesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kem pendidikan alam semujadi. Cara Perlaksanaanya 1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Tajuk perbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut untuk mengambil pihak yang bertentangan didalam sesuatu perbincangan. 3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 – 3 minit seorang untuk mengemukakan hujah-hujah mereka. 4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untuk merumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan. 5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dan gaya penyampaian serta isi hujah-hujah. Tajuk-tajuk perbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah: a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadi atau diperkembangkan dalam pembangunan negara b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkan memandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untuk pembangunan c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasan pergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonomi negara Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 50
  • 11. OBJEKTIF ➤ Menerapkan nilai-nilai kreatif dan inovasi dalam gaya hidup para pelajar ➤ Menghayati alam semulajadi dengan lebih dekat dan bukan hanya pada peringkat luaran sahaja. Peralatan • Kertas lukisan • Alat-alat melukis AKtiviti 3 Menghayati alam sekitar melalui karya tangan Lampiran Aktiviti 51 Aktiviti 3: Menghayati alam sekitar melalui karya tangan Daya imaginasi dan kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkan karya seni yang baik. Elemen-elemen ini perlu diterapkan kepada pelajar dalam apa juga aktiviti yang mereka lakukan. Penghasilan hasil tangan atau lukisan mengenai alam sekitar menggunakan peralatan serta benda-benda yang boleh dijumpai di sekeliling merupakan salah satu cara yang baik. Cara Perlaksanaan: 1. Fasilitator memberi penerangan berkenaan dengan aktiviti ini dan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan. 2. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebaik-baiknya mempunyai 4 orang ahli setiap kumpulan. 3. Tema lukisan atau karya tangan diberikan dan para pelajar beredar ke tempat yang sesuai untuk menghasilkan karya lukisan. 4. Setiap kumpulan diberikan masa 1 jam untuk menghasilkan hasil mereka. 5. Sebelum pengadilan, kesemua hasil tangan dan lukisan dipamerkan. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 51
  • 12. Aktiviti 4 Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni) Lampiran Aktiviti 52 Aktiviti 4: Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni) Aktiviti ini boleh dijalankan diwaktu malam sebagai salah satu persembahan para pelajar sebelum beredar pulang ke sekolah masing-masing. Sebaik-baiknya penerangan tentang aktiviti ini diberikan sebelum permulaan program agar para pelajar bersedia dan menyediakan satu persembahan bertemakan alam semulajadi di malam terakhir. Para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan tersebut akan memberikan persembahan kumpulan masing-masing di malam terakhir program penghayatan hutan pergunungan. Bentuk karya seni yang boleh dipersembahkan termasuklah:- a) Sketsa b) Nyanyian c) Puisi d) Sajak e) Berbalas pantun f) Syair g) Drama h) Tarian i) Wayang kulit j) Boria k) Lakunan Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 52
  • 13. Aktiviti 5 Nyanyian Lagu Hijau 53 Aktiviti 5: Nyanyian Lagu Hijau Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Ia dicemar manusia Yang Jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari la…la….la…ye… # Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih muda Dan mentah…..ku lihat hijau La…La….La..oyeh… Hai…. ## Ooo… Anok anok Takleh mengasa mandi laok Besaing, mainghama-ghama Ale jo ni tua umornya berjuta Kita usaha jauhke dahgi mala-petaka Ozon la ni, kaho nipi tiap haghi Nak mako asak hok bias wa psa maknusia Semua bendo-bendo di dunia Tok le tehe sape bila-bila Bumi ku yang kian pudar Siapa yang melihat Dikala kita tersadar Mungkinkah terlewat (Ulangi rangkap 3 & #) Korupsi, oppresi, obsessi diri Polusi, depresi dibumi ini Korupsi, oppressi, obsessi diri Di bumi ku ini (3 x) (Ulangi Rangkap ###) Lampiran Aktiviti Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 53
  • 14. 54 Rujukan 54 RUJUKAN MacKinnon, K, G. Hatta, H. Halim, A. Mangalik. 1996. The Ecology of Kalimantan. Periplus Editions. 802 pp. Lee, S.M. and The K.H. 1994. Pendidikan Alam untuk Kanak kanak. Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 200 pp. Miller G.T. 1997. Environmental Science (6th ed). Wadsworth Publiehing Company 517 pp. Itarrison J. 1973. An luho to the mammals of Sabah. The Sabah Society 244 pp. Tweedie, M.W.F. 1991. Mammals of Malaysia Longman Malaysia Sdn. Bhd. 87 pp Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 54
  • 15. 5555 LAMPIRAN Senarai Agensi–Agensi Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi Di Sabah 1. Jabatan Perhutanan Sabah Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan, Beg Berkunci No. 68, 90009 Sandakan Tel: 089-660811 Fax: 089-669170 Email: jhutan01@tm.net.my 2. Jabatan Hidupan Liar Sabah, Tingkat 5, Blok B, Wisma MUIS, 88100 Kota Kinabalu, Tel: 088- 215353 Fax: 088- 222476 Email: jhlsabah@tm.net.my 3. Jabatan Konservasi Alam Sekitar Sabah Tingkat 2 & 3, Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Beg Berkunci No. 2078, 88999 Kota Kinabalu Tel: 088-251290 Fax: 088-238120 Email: jkas@sabah.gov.my H/page: www.sabah.gov.my/jkas 4. Jabatan Pengairan dan Saliran, Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat, Jalan Belia, Beg Berkunci 2052, 88767 Kota Kinabalu Tel: 088-280500 Fax: 088-242770 Email: jpssab1@tm.net.my Lampiran Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 55
  • 16. 56 5. Jabatan Perikanan, Tingkat 8, Menara Khidmat, Jalan Belia, 88628 Kota Kinabalu Tel: 235966 Fax: 088-240511 Email: fish.dept@sabah.gov.my H/page: www.fishdept.sabah.gov.my 6. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 1, Jalan Bandaraya, 88675 Kota Kinabalu Tel: 088-239500 Fax: 088-219175 Email: mayor@dbkk.sabah.gov.my Laman Web: www.borneo-online.com.my/kkcity/ 7. Taman-taman Sabah, Blok K, Lot. No. 1-3, Tingkat 1, Kompleks Sinsuran, Peti Surat No. 10626 88806 Kota Kinabalu Tel: 088-211881 Fax: 088- 211585 8. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tingkat 5, Rumah Persekutuan, 88604 Kota Kinabalu Tel: 088-232277 Fax: 088-234828 9. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah/W.P. Labuan, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, No. 36, Tingkat 7, Blok E, Bangunan KWSP 88000 Kota Kinabalu Tel: 250025 Fax: 088-241170 Lampiran Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 56
  • 17. 57 Senarai Agensi-Agensi Bukan Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi 1. Sabah Nature Club, Auditorium Foyer, Yayasan Sabah Building, P.O.Box 11623 88817 Kota Kinabalu Tel: 088-427509 Fax: 088-427510 Email: snc2000@tm.net.my 2. Worldwide Fund for Nature (WWF) Sabah Branch, Peti Surat 14393, Tingkat 6, Centre Point Building, 88550 Kota Kinabalu Tel: 088-262420 3. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Cawangan Sabah), Jalan Muzium, Beg Berkunci 2015, 88566 Kota Kinabalu Fax: 088-267918 Email: wongm@tm.net.my 4. Sabah Environmental Protection Agency (SEPA), Unit 1-2F, Beverly Hill Plaza, Peti Surat 10126, 88801 Kota Kinabalu Tel: 088-727199 Fax: 088-712199 Email: sepa@tm.net.my 5. The Sabah Society, P.O.Box 10547, 88806 Kota Kinabalu Tel:088- 266 382 Fax: 088- 266 882 Email: sabsoc@sabah.org.my atau 1msb@tm.net.my Lampiran Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 57
  • 18. 58 6. PACOS Trust, P.O.Box 511, 89507 Penampang, Sabah Tel: 088-712 518 Fax: 088- 718 669 Email: pakos@tm.net.my Lampiran Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 58