SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 3:
Plat Dunia
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 3:
Plat Dunia
(Naskhah Guru)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT
STESEN 3: PLAT DUNIA
PANDUAN GURU
Sains Bumi
Proses, Kitaran dan
Sejarah Bumi
Proses geologi Terangkan proses umum yang terlibat
dalam kitaran batuan (contoh
penyejukan lava, haba dan tekanan
mengubah sedimen menjadi batu,
luluhawa, hakisan).
Kenal pasti atau huraikan perubahan
pada permukaan Bumi (contoh
gunung), akibat daripada peristiwa
geologi utama (contoh kejadian
glasier, pergerakan plat tektonik dan
gempa bumi dan letusan gunung
berapi seterusnya).
Menerangkan pembentukan fosil dan
bahan api fosil; gunakan bukti
daripada rekod fosil untuk
menerangkan bagaimana alam sekitar
telah berubah dalam jangka masa
yang panjang.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
RINGKASAN AKTIVITI
Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh
1.
Skala Masa
Geologi
Mengetahui
perbezaan 4 era
utama dalam skala
masa geologi.
Sains Tingkatan 1
(Bumi)
(10 minit)
2.
Pangea Memahami penemuan
fosil berupaya
merakam sejarah
Bumi.
Sains Tingkatan 1
(Bumi)
(10 minit)
3.
Plat
Tektonik
Memahami kesan
pergerakan plat
tektonik.
Sains Tingkatan 1,
(Bumi)
Geografi Tingkatan
4 (Pergerakan Plat
Tektonik)
(10 minit)
4.
Tanah
Runtuh
Memahami aliran air
menyebabkan
pergerakan pada
tanah.
Sains Tingkatan 1
(Bumi)
Geografi Tingkatan
4 (Proses dan
Kesan Gerakan
Jisim)
(10 minit)
5. Rumusan (10 minit)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Bahan yang diperlukan untuk mengedalikan aktiviti:
1. Pelekat
2. Gambar ilustrasi 4 era
3. Salinan gambar Pangea
4. Gam
5. Kertas A4
6. Kertas trasnparensi
7. Pen penanda berwarna
8. Salinan gambar plat tektonik
9. Tanah
10.Bekas pasu
11.Besen
12.Bekas penyiram air
13.Tumbuhan plastik
14.Garfu
15.Air
16.Set soalan TIMSS
17.Komputer riba dan pencetak berwarna
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH GURU
AKTIVITI 1: SKALA MASA GEOLOGI
PENGENALAN
Skala masa geologi adalah jadual yang menunjukkan urutan tempoh geologi dalam
sejarah Bumi. Ahli geologi menetapkan tempoh masa yang panjang itu sebagai era.
Setiap era pula dibahagikan kepada beberapa tempoh masa.
Skala waktu geologi mempunyai empat era, yang pertama adalah era Prakambria, diikuti
dengan Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik.
PRAKAMBRIA
Kehidupan dikatakan mulai berkembang daripada organsima yang terdiri daripada satu
sel pada awal Prakambria dan berkembang menjadi organisma yang lebih kompleks
menjelang akhir masa prakambria.
PALEOZOIK (ZAMAN PURBA)
Pada tempoh Kambria (550 M.Y.) dan Ordovisi (500 M.Y.), banyak
haiwan invertebrata dan ikan mula muncul. Tempoh Silur (450 M.Y.) pula merupakan
waktu peralihan kehidupan dari air ke darat dan tempoh Devon (400 M.Y.) merupakan
zaman perkembangan ikan-ikan besar dan tumbuhan daratan. Reptilia mula muncul
pada tempoh Karbon (350 M.Y.) tetapi mengalami kepupusan pada tempoh Perm (300
M.Y.).
MESOZOIK (ZAMAN PERTENGAHAN)
Dinosaur mula muncul pada tempoh Trias (250 M.Y.) dan berkembang bagus pada
tempoh Jura (200 M.Y.) tetapi mengalami kepupusan pada tempoh Kapur (150 M.Y).
SENOZOIK (ZAMAN SEKARANG)
Keanekaragaman pelbagai jenis mamalia berlaku pada tempoh Tertier (65
M.Y.) dan evolusi manusia berlaku pada tempoh Kuaterner (1.8 M.Y.).
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
LANGKAH PELAKSANAAN:
1) Sediakan pelekat dan gambar ilustrasi empat era (prakambria, paleozoik,
mesozoik, dan senozoik).
2) Lukis atau bentukkan kotak pada lantai seperti rajah di bawah.
Prekambria
Paleozoik
Mesozoik
Senozoik
2022
3) Murid diminta untuk memilih dan berdiri di era yang mereka minati.
4) Murid diminta untuk menyatakan satu perkara positif dan satu perkara negatif
bagi era pilihan mereka. Buat penilaian sama ada murid mahu hidup atau
kembali ke era tersebut, nyatakan sebab.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH GURU
AKTIVITI 2: PANGEA
PENGENALAN
Pangea
Sejak bumi terbentuk iaitu sekitar 4.6 billion tahun lampau, bumi mempunyai satu daratan
yang besar dipanggil sebagai Pangea yang dikelilingi oleh lautan dipanggil Panthalassa.
Bermula 200 juta tahun lampau, Pengea mula berpecah-pecah atau hanyut akibat arus
aruhan magma dalam perut bumi dan tarikan graviti bulan-bumi.
Hanyutan benua masih berterusan sehingga kini sehingga menghasilkan 7 benua besar.
Setiap plat hanyut di pelbagai arah dengan purata pergerakan 5mm setahun.
Fosil
Fosil berasal daripada perkataan Latin iaitu 'fossilis' yang bermaksud ‘diperoleh daripada
penggalian’.
Fosil merupakan bahan Bumi yang terbenam dan tertimbus seperti tumbuhan, haiwan
dan serangga, untuk jangka masa yang sangat lama.
Rekod fosil adalah rekod kehidupan di Bumi yang dipelihara dalam batuan membekalkan
bukti tentang bila dan bagaimana kehidupan bermula di Bumi.
Kepentingan fosil kepada perkembangan sains kini:
• Rekod fosil memberikan maklumat tentang cara spesies haiwan dan tumbuhan di
Bumi berubah merentas berbilion tahun. (Evolusi dan kemandirian spesies)
• Rekod fosil juga memberikan maklumat tentang spesies yang telah pupus dari
Bumi.
• Menjadi bukti kehidupan di Bumi pada masa lalu.
• Membolehkan pengajian tentang sejarah dan usia Bumi.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
LANGKAH PELAKSANAAN:
1) Sediakan sebuah salinan peta pangea yang telah digunting, kertas A4 dan gam.
2) Arahkan murid untuk menyambung peta pangea yang telah digunting dan gam di
atas kertas A4 kosong.
3) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH GURU
AKTIVITI 3: PLAT TEKTONIK
PENGENALAN
APAKAH ITU PLAK TEKTONIK
• Kepingan-kepingan kerak bumi yang bergerak disebabkan oleh arus perolakan
yang berlaku dibahagian mantel.
• Arus perolakan menyebabkan berlaku proses pertembungan dan pencapahan
plat.
• Kesannya menyebabkan berlaku fenomena di kawasan sempadan plat seperti
gempa bumi dan gunung berapi.
PLAT TEKTONIK BUMI
Kerak bumi terbahagi kepada dua iaitu plat benua ( daratan) dan plat lautan (di lautan)
PLAT BENUA DAN PLAT LAUTAN
• Plat Amerika Utara
• Plat Pasifik
• Plat Amerika Selatan
• Plat Antartika
• Plat Eurasia
• Plat Afrika
• Plat Indo Australia
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
LANGKAH PELAKSANAAN:
1) Sediakan dua keping kertas transparensi, pen penanda berwarna, salinan plat
tektonik yang telah digunting, gam.
2) Arahkan murid untuk mencantumkan cebisan plat tektonik sehingga menjadi peta
dunia.
3) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan.
Aktiviti A
4) Seorang murid diminta untuk menekap kedudukan gunung berapi pada kertas
transparensi. Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta plat tektonik yang
disediakan.
5) Murid diminta untuk menerangkan pemerhatian mereka secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut:
pergerakan plat tektonik bumi, kejadian gempa bumi, kejaian gunung berapi,
atau laian-lain yang sesuai.
Aktiviti B
1) Seorang murid diminta untuk menekap kedudukan lokasi seismologi (gempa
bumi) pada kertas transparensi. Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta
plat tektonik yang disediakan.
2) Murid diminta untuk menerangkan pemerhatian mereka secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut:
pergerakan plat tektonik bumi, kejadian gempa bumi, kejaian gunung berapi,
atau laian-lain yang sesuai.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH GURU
AKTIVITI 4: TANAH RUNTUH
PENGENALAN
Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim di kawasan cerun
Faktor semula jadi
1. Kurang litupan tumbuhan
Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya
pergerakan jisim di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan
mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang
daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh.
2. Hujan yang lebat
Hujan tahunan yang lebat (meIebihi 2000 mm setahun), terutama di kawasan tropika
lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. Air hujan yang menyerap, ke dalan
tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat- memudahkan pergerakan tanah kerana
fungsinya sebagai pelincir. Air hujan apabila bercampur dengan tanah akan
menghasilkan aliran lumpur.
3. Pencairan salji
Di kawasan suhu sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan
bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana salji bertindak sebagai pelincir
bagi memudahkan pergerakan tanah tersebut.
4. Kegiatan luluhawa
Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam
bumi (melebihi 30 meter). Luluhawa menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar
di kawasan cerun. Ragolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan
graviti.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
5. Letupan gunung berapi dan gempa bumi
Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk menghasilkan gegaran yang
kuat ke atas tanih di kawasan cerun. Gegaran tersebut menjadikan tanah di kawasan
cerun longgar, tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh akibat tarikan graviti.
Faktor aktiviti manusia
1. Penebangan/penyahutanan di cerun
Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan
tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil
dan mudah runtuh.
2. Pertanian
Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan
aktiviti penebangan tumbuhan asal, pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut
menjadikan struktur tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.
3. Perlombongan/ kuari
Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja
pengorekan tanah menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar.
Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh
akibat tarikan graviti.
4. Pembinaan
Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti hotel, rumah kediaman dan sebagainya
akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan
tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti
luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak
stabil. Tanah yang peroi, longgar akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
5. Penternakan
Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di
kawasan cerun. Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses
geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam
tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi
longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.
6. Pembinaan jalan raya/lebuh raya
Pembinaan jalan raya/lebuh raya melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh
bukit menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil
dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti
penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal
menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti
hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah
daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan
mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi.
LANGKAH PELAKSANAAN:
1) Sediakan tanah, bekas pasu, besen, bekas penyiram air, tumbuhan plastik, garfu
dan air.
2) Murid diminta untuk mengisi tanah pada dua bekas pasu. Bekas pasu diletakkan
secara condong di dalam besen.
3) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan
aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak.
Aktiviti C
4) Murid diminta menyiram tanah dalam bekas pasu dan perhatikan apa yang
berlaku.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Aktiviti D
4) Murid diminta menanam bunga plastik di dalam bekas pasu dan siram tanah
tersebut. Perhatikan apa yang berlaku.
5) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik
terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan
perkara berikut: gelongsor tanah, pergerakan air di bawah tanah atau lain-lain
yang sesuai.
Aktiviti E
6) Murid diminta untuk mencadangkan kaedah untuk menghalang perkara di 4)
daripada berlaku. Berikan justifikasi mengapa cadangan tersebut dijangka boleh
menyelesaikan masalah tersebut.
Bahan Intervensi
Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 3:
Plat Dunia
(Naskhah Murid)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH MURID
AKTIVITI 1: SKALA MASA GEOLOGI
1) Pilih satu era yang menjadi pilihan anda dan berdiri di atas kotak era tersebut.
2) Nyatakan satu perkara positif dan satu perkara negatif bagi era pilihan anda.
3) Jika diberikan peluang, adakah anda akan kembali ke era tersebut. Berikan
justifikasi anda.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH MURID
AKTIVITI 2: PANGEA
1) Sambungkan cebisan gambar yang diberikan dan gam di atas kertas A4.
2) Jelaskan pemerhatian anda secara lisan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: PLAT TEKTONIK
1) Cantumkan gambar rajah plat tektonik menjadi peta dunia.
2) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan.
3) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan
aktiviti A manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti B serentak.
Aktiviti A
4) Tekap kedudukan peta gunung berapi di atas kertas transparensi.
5) Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta plat tektonik yang disediakan.
6) Terangkan secara lisan pemerhatian anda secara saintifik.
Aktiviti B
4) Tekap kedudukan peta seismologi (gempa bumi) di atas kertas transparensi.
5) Tindih kertas transpirasi tersebut di atas pada plat tektonik yang disediakan.
6) Terangkan secara lisan pemerhatian anda secara saintifik.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
NASKHAH MURID
AKTIVITI 4: TANAH RUNTUH
1) Sediakan tanah, bekas pasu, besen, tumbuhan plastik, garfu dan air.
2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan
aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak.
Aktiviti C
3) Isi tanah pada bekas pasu dan letakkan secara condong di dalam besen.
4) Siram tanah dalam bekas pasu menggunakan bekas penyiram air dan
perhatikan apa yang berlaku.
Aktiviti D
3) Isi tanah pada bekas pasu dan letakkan secara condong di dalam besen.
Tanam bunga plastik pada keseluruhan permukaan tanah tersebut.
4) Siram tanah dalam bekas pasu menggunakan bekas penyiram air dan
perhatikan apa yang berlaku.
Aktiviti F
5) Cadangkan kaedah untuk menghalang perkara di 4) daripada berlaku. Beri
justifikasi mengapa cadangan tersebut dijangka boleh menyelesaikan masalah
tersebut.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 3:
Plat Dunia
(Lampiran)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Bahan Intervensi
Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
Bahan Intervensi
Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
PREKAMBRIA
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
PALEOZOIK
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
MESOZOIK
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 3: Plat Dunia
SENOZOIK

More Related Content

Similar to stesen 3 Plat Dunia.pdf

Geo kala geologi dan sejarah kehidupan
Geo   kala geologi dan sejarah kehidupanGeo   kala geologi dan sejarah kehidupan
Geo kala geologi dan sejarah kehidupanezar eneas
 
Roy anggara,sjp x.2
Roy anggara,sjp x.2Roy anggara,sjp x.2
Roy anggara,sjp x.2Dzikri Fauzi
 
Melacak filogeni
Melacak filogeni Melacak filogeni
Melacak filogeni Google
 
Awal kehidupan manusia purba presentasi
Awal kehidupan manusia purba presentasiAwal kehidupan manusia purba presentasi
Awal kehidupan manusia purba presentasiMentari Arsharanti
 
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geo
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geoGeo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geo
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geoAwanda Gita
 
Fisika kd 3.10 dan 4.10
Fisika kd 3.10 dan 4.10Fisika kd 3.10 dan 4.10
Fisika kd 3.10 dan 4.10oRyZaQuinze
 
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.ppt
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.pptpower-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.ppt
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.pptmudrikmustafid2
 
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesia
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesiaLembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesia
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesiaRizky Aji
 
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologi
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologisman 3 cilegon ipa 2 zaman geologi
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologisartikot
 
Geografi - Sejarah Terbentuknya Bumi
Geografi - Sejarah Terbentuknya BumiGeografi - Sejarah Terbentuknya Bumi
Geografi - Sejarah Terbentuknya BumiRamadhani Sardiman
 
Sejarah Terbentuknya Bumi
Sejarah Terbentuknya BumiSejarah Terbentuknya Bumi
Sejarah Terbentuknya BumiAlamanda Hotel
 
Analisa patahan lembang
Analisa patahan lembangAnalisa patahan lembang
Analisa patahan lembangAwang Deswari
 
Sejarah perkembangan permukaan bum ipresentasi geo
Sejarah perkembangan  permukaan bum ipresentasi geoSejarah perkembangan  permukaan bum ipresentasi geo
Sejarah perkembangan permukaan bum ipresentasi geoalvinjung
 
Pertemuan 12 dinamika litosfer
Pertemuan 12 dinamika litosferPertemuan 12 dinamika litosfer
Pertemuan 12 dinamika litosferDanuArt
 

Similar to stesen 3 Plat Dunia.pdf (20)

Lapisan Bumi
Lapisan BumiLapisan Bumi
Lapisan Bumi
 
Geo kala geologi dan sejarah kehidupan
Geo   kala geologi dan sejarah kehidupanGeo   kala geologi dan sejarah kehidupan
Geo kala geologi dan sejarah kehidupan
 
Roy anggara,sjp x.2
Roy anggara,sjp x.2Roy anggara,sjp x.2
Roy anggara,sjp x.2
 
Geologi
GeologiGeologi
Geologi
 
Melacak filogeni
Melacak filogeni Melacak filogeni
Melacak filogeni
 
Awal kehidupan manusia purba presentasi
Awal kehidupan manusia purba presentasiAwal kehidupan manusia purba presentasi
Awal kehidupan manusia purba presentasi
 
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geo
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geoGeo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geo
Geo kelayakan planet bumi untuk kehidupan, proses pembentukan bumi geo
 
Fisika kd 3.10 dan 4.10
Fisika kd 3.10 dan 4.10Fisika kd 3.10 dan 4.10
Fisika kd 3.10 dan 4.10
 
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.ppt
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.pptpower-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.ppt
power-point-geografi-sma-kelas pembentukan bumix.ppt
 
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesia
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesiaLembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesia
Lembar kerja siswa 6 penduduk asli indonesia
 
Gerakan bumi
Gerakan bumiGerakan bumi
Gerakan bumi
 
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologi
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologisman 3 cilegon ipa 2 zaman geologi
sman 3 cilegon ipa 2 zaman geologi
 
Zaman kapur
Zaman kapurZaman kapur
Zaman kapur
 
MEDIA_KASUS_2.pdf
MEDIA_KASUS_2.pdfMEDIA_KASUS_2.pdf
MEDIA_KASUS_2.pdf
 
Geografi - Sejarah Terbentuknya Bumi
Geografi - Sejarah Terbentuknya BumiGeografi - Sejarah Terbentuknya Bumi
Geografi - Sejarah Terbentuknya Bumi
 
Sejarah Terbentuknya Bumi
Sejarah Terbentuknya BumiSejarah Terbentuknya Bumi
Sejarah Terbentuknya Bumi
 
Analisa patahan lembang
Analisa patahan lembangAnalisa patahan lembang
Analisa patahan lembang
 
Sejarah Bumi
Sejarah BumiSejarah Bumi
Sejarah Bumi
 
Sejarah perkembangan permukaan bum ipresentasi geo
Sejarah perkembangan  permukaan bum ipresentasi geoSejarah perkembangan  permukaan bum ipresentasi geo
Sejarah perkembangan permukaan bum ipresentasi geo
 
Pertemuan 12 dinamika litosfer
Pertemuan 12 dinamika litosferPertemuan 12 dinamika litosfer
Pertemuan 12 dinamika litosfer
 

stesen 3 Plat Dunia.pdf

  • 1. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 3: Plat Dunia
  • 2. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 3: Plat Dunia (Naskhah Guru)
  • 3. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT STESEN 3: PLAT DUNIA PANDUAN GURU Sains Bumi Proses, Kitaran dan Sejarah Bumi Proses geologi Terangkan proses umum yang terlibat dalam kitaran batuan (contoh penyejukan lava, haba dan tekanan mengubah sedimen menjadi batu, luluhawa, hakisan). Kenal pasti atau huraikan perubahan pada permukaan Bumi (contoh gunung), akibat daripada peristiwa geologi utama (contoh kejadian glasier, pergerakan plat tektonik dan gempa bumi dan letusan gunung berapi seterusnya). Menerangkan pembentukan fosil dan bahan api fosil; gunakan bukti daripada rekod fosil untuk menerangkan bagaimana alam sekitar telah berubah dalam jangka masa yang panjang.
  • 4. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia RINGKASAN AKTIVITI Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh 1. Skala Masa Geologi Mengetahui perbezaan 4 era utama dalam skala masa geologi. Sains Tingkatan 1 (Bumi) (10 minit) 2. Pangea Memahami penemuan fosil berupaya merakam sejarah Bumi. Sains Tingkatan 1 (Bumi) (10 minit) 3. Plat Tektonik Memahami kesan pergerakan plat tektonik. Sains Tingkatan 1, (Bumi) Geografi Tingkatan 4 (Pergerakan Plat Tektonik) (10 minit) 4. Tanah Runtuh Memahami aliran air menyebabkan pergerakan pada tanah. Sains Tingkatan 1 (Bumi) Geografi Tingkatan 4 (Proses dan Kesan Gerakan Jisim) (10 minit) 5. Rumusan (10 minit)
  • 5. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia Bahan yang diperlukan untuk mengedalikan aktiviti: 1. Pelekat 2. Gambar ilustrasi 4 era 3. Salinan gambar Pangea 4. Gam 5. Kertas A4 6. Kertas trasnparensi 7. Pen penanda berwarna 8. Salinan gambar plat tektonik 9. Tanah 10.Bekas pasu 11.Besen 12.Bekas penyiram air 13.Tumbuhan plastik 14.Garfu 15.Air 16.Set soalan TIMSS 17.Komputer riba dan pencetak berwarna
  • 6. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH GURU AKTIVITI 1: SKALA MASA GEOLOGI PENGENALAN Skala masa geologi adalah jadual yang menunjukkan urutan tempoh geologi dalam sejarah Bumi. Ahli geologi menetapkan tempoh masa yang panjang itu sebagai era. Setiap era pula dibahagikan kepada beberapa tempoh masa. Skala waktu geologi mempunyai empat era, yang pertama adalah era Prakambria, diikuti dengan Paleozoik, Mesozoik, dan Senozoik. PRAKAMBRIA Kehidupan dikatakan mulai berkembang daripada organsima yang terdiri daripada satu sel pada awal Prakambria dan berkembang menjadi organisma yang lebih kompleks menjelang akhir masa prakambria. PALEOZOIK (ZAMAN PURBA) Pada tempoh Kambria (550 M.Y.) dan Ordovisi (500 M.Y.), banyak haiwan invertebrata dan ikan mula muncul. Tempoh Silur (450 M.Y.) pula merupakan waktu peralihan kehidupan dari air ke darat dan tempoh Devon (400 M.Y.) merupakan zaman perkembangan ikan-ikan besar dan tumbuhan daratan. Reptilia mula muncul pada tempoh Karbon (350 M.Y.) tetapi mengalami kepupusan pada tempoh Perm (300 M.Y.). MESOZOIK (ZAMAN PERTENGAHAN) Dinosaur mula muncul pada tempoh Trias (250 M.Y.) dan berkembang bagus pada tempoh Jura (200 M.Y.) tetapi mengalami kepupusan pada tempoh Kapur (150 M.Y). SENOZOIK (ZAMAN SEKARANG) Keanekaragaman pelbagai jenis mamalia berlaku pada tempoh Tertier (65 M.Y.) dan evolusi manusia berlaku pada tempoh Kuaterner (1.8 M.Y.).
  • 7. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan pelekat dan gambar ilustrasi empat era (prakambria, paleozoik, mesozoik, dan senozoik). 2) Lukis atau bentukkan kotak pada lantai seperti rajah di bawah. Prekambria Paleozoik Mesozoik Senozoik 2022 3) Murid diminta untuk memilih dan berdiri di era yang mereka minati. 4) Murid diminta untuk menyatakan satu perkara positif dan satu perkara negatif bagi era pilihan mereka. Buat penilaian sama ada murid mahu hidup atau kembali ke era tersebut, nyatakan sebab.
  • 8. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH GURU AKTIVITI 2: PANGEA PENGENALAN Pangea Sejak bumi terbentuk iaitu sekitar 4.6 billion tahun lampau, bumi mempunyai satu daratan yang besar dipanggil sebagai Pangea yang dikelilingi oleh lautan dipanggil Panthalassa. Bermula 200 juta tahun lampau, Pengea mula berpecah-pecah atau hanyut akibat arus aruhan magma dalam perut bumi dan tarikan graviti bulan-bumi. Hanyutan benua masih berterusan sehingga kini sehingga menghasilkan 7 benua besar. Setiap plat hanyut di pelbagai arah dengan purata pergerakan 5mm setahun. Fosil Fosil berasal daripada perkataan Latin iaitu 'fossilis' yang bermaksud ‘diperoleh daripada penggalian’. Fosil merupakan bahan Bumi yang terbenam dan tertimbus seperti tumbuhan, haiwan dan serangga, untuk jangka masa yang sangat lama. Rekod fosil adalah rekod kehidupan di Bumi yang dipelihara dalam batuan membekalkan bukti tentang bila dan bagaimana kehidupan bermula di Bumi. Kepentingan fosil kepada perkembangan sains kini: • Rekod fosil memberikan maklumat tentang cara spesies haiwan dan tumbuhan di Bumi berubah merentas berbilion tahun. (Evolusi dan kemandirian spesies) • Rekod fosil juga memberikan maklumat tentang spesies yang telah pupus dari Bumi. • Menjadi bukti kehidupan di Bumi pada masa lalu. • Membolehkan pengajian tentang sejarah dan usia Bumi.
  • 9. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan sebuah salinan peta pangea yang telah digunting, kertas A4 dan gam. 2) Arahkan murid untuk menyambung peta pangea yang telah digunting dan gam di atas kertas A4 kosong. 3) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan.
  • 10. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH GURU AKTIVITI 3: PLAT TEKTONIK PENGENALAN APAKAH ITU PLAK TEKTONIK • Kepingan-kepingan kerak bumi yang bergerak disebabkan oleh arus perolakan yang berlaku dibahagian mantel. • Arus perolakan menyebabkan berlaku proses pertembungan dan pencapahan plat. • Kesannya menyebabkan berlaku fenomena di kawasan sempadan plat seperti gempa bumi dan gunung berapi. PLAT TEKTONIK BUMI Kerak bumi terbahagi kepada dua iaitu plat benua ( daratan) dan plat lautan (di lautan) PLAT BENUA DAN PLAT LAUTAN • Plat Amerika Utara • Plat Pasifik • Plat Amerika Selatan • Plat Antartika • Plat Eurasia • Plat Afrika • Plat Indo Australia
  • 11. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan dua keping kertas transparensi, pen penanda berwarna, salinan plat tektonik yang telah digunting, gam. 2) Arahkan murid untuk mencantumkan cebisan plat tektonik sehingga menjadi peta dunia. 3) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan. Aktiviti A 4) Seorang murid diminta untuk menekap kedudukan gunung berapi pada kertas transparensi. Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta plat tektonik yang disediakan. 5) Murid diminta untuk menerangkan pemerhatian mereka secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: pergerakan plat tektonik bumi, kejadian gempa bumi, kejaian gunung berapi, atau laian-lain yang sesuai. Aktiviti B 1) Seorang murid diminta untuk menekap kedudukan lokasi seismologi (gempa bumi) pada kertas transparensi. Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta plat tektonik yang disediakan. 2) Murid diminta untuk menerangkan pemerhatian mereka secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: pergerakan plat tektonik bumi, kejadian gempa bumi, kejaian gunung berapi, atau laian-lain yang sesuai.
  • 12. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH GURU AKTIVITI 4: TANAH RUNTUH PENGENALAN Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim di kawasan cerun Faktor semula jadi 1. Kurang litupan tumbuhan Tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam mengurangkan berlakunya pergerakan jisim di kawasan cerun. Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh. 2. Hujan yang lebat Hujan tahunan yang lebat (meIebihi 2000 mm setahun), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. Air hujan yang menyerap, ke dalan tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat- memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir. Air hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur. 3. Pencairan salji Di kawasan suhu sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana salji bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan pergerakan tanah tersebut. 4. Kegiatan luluhawa Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi (melebihi 30 meter). Luluhawa menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar di kawasan cerun. Ragolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.
  • 13. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia 5. Letupan gunung berapi dan gempa bumi Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk menghasilkan gegaran yang kuat ke atas tanih di kawasan cerun. Gegaran tersebut menjadikan tanah di kawasan cerun longgar, tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh akibat tarikan graviti. Faktor aktiviti manusia 1. Penebangan/penyahutanan di cerun Akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. Ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun hilang daya pegangan lalu menjadi tidak stabil dan mudah runtuh. 2. Pertanian Pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. Pertanian juga melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal, pembajakan dan penggalian. Aktiviti tersebut menjadikan struktur tanah di kawasan cerun menjadi longgar dan mudah untuk runtuh. 3. Perlombongan/ kuari Aktiviti perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah menyebabkan struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. Gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh akibat tarikan graviti. 4. Pembinaan Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan keja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi akan terdedah kepada aktiviti luluhawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim.
  • 14. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia 5. Penternakan Aktiviti penternakan di cerun akan menyebabkan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun. Kesannya permukaan cerun akan terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Rumput dapat memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. Ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi. 6. Pembinaan jalan raya/lebuh raya Pembinaan jalan raya/lebuh raya melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam biasanya tidak stabil dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya atau lebuh raya juga turut melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut. Penebangan tumbuhan asal menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan Iuluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya struktur tanah di cerun menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat tarikan graviti bumi. LANGKAH PELAKSANAAN: 1) Sediakan tanah, bekas pasu, besen, bekas penyiram air, tumbuhan plastik, garfu dan air. 2) Murid diminta untuk mengisi tanah pada dua bekas pasu. Bekas pasu diletakkan secara condong di dalam besen. 3) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak. Aktiviti C 4) Murid diminta menyiram tanah dalam bekas pasu dan perhatikan apa yang berlaku.
  • 15. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia Aktiviti D 4) Murid diminta menanam bunga plastik di dalam bekas pasu dan siram tanah tersebut. Perhatikan apa yang berlaku. 5) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: gelongsor tanah, pergerakan air di bawah tanah atau lain-lain yang sesuai. Aktiviti E 6) Murid diminta untuk mencadangkan kaedah untuk menghalang perkara di 4) daripada berlaku. Berikan justifikasi mengapa cadangan tersebut dijangka boleh menyelesaikan masalah tersebut.
  • 16. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 3: Plat Dunia (Naskhah Murid)
  • 17. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH MURID AKTIVITI 1: SKALA MASA GEOLOGI 1) Pilih satu era yang menjadi pilihan anda dan berdiri di atas kotak era tersebut. 2) Nyatakan satu perkara positif dan satu perkara negatif bagi era pilihan anda. 3) Jika diberikan peluang, adakah anda akan kembali ke era tersebut. Berikan justifikasi anda.
  • 18. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH MURID AKTIVITI 2: PANGEA 1) Sambungkan cebisan gambar yang diberikan dan gam di atas kertas A4. 2) Jelaskan pemerhatian anda secara lisan.
  • 19. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH MURID AKTIVITI 3: PLAT TEKTONIK 1) Cantumkan gambar rajah plat tektonik menjadi peta dunia. 2) Murid diminta untuk menjelaskan pemerhatian mereka secara lisan. 3) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan aktiviti A manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti B serentak. Aktiviti A 4) Tekap kedudukan peta gunung berapi di atas kertas transparensi. 5) Tindih kertas transpirasi tersebut di atas peta plat tektonik yang disediakan. 6) Terangkan secara lisan pemerhatian anda secara saintifik. Aktiviti B 4) Tekap kedudukan peta seismologi (gempa bumi) di atas kertas transparensi. 5) Tindih kertas transpirasi tersebut di atas pada plat tektonik yang disediakan. 6) Terangkan secara lisan pemerhatian anda secara saintifik.
  • 20. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia NASKHAH MURID AKTIVITI 4: TANAH RUNTUH 1) Sediakan tanah, bekas pasu, besen, tumbuhan plastik, garfu dan air. 2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan melakukan aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D serentak. Aktiviti C 3) Isi tanah pada bekas pasu dan letakkan secara condong di dalam besen. 4) Siram tanah dalam bekas pasu menggunakan bekas penyiram air dan perhatikan apa yang berlaku. Aktiviti D 3) Isi tanah pada bekas pasu dan letakkan secara condong di dalam besen. Tanam bunga plastik pada keseluruhan permukaan tanah tersebut. 4) Siram tanah dalam bekas pasu menggunakan bekas penyiram air dan perhatikan apa yang berlaku. Aktiviti F 5) Cadangkan kaedah untuk menghalang perkara di 4) daripada berlaku. Beri justifikasi mengapa cadangan tersebut dijangka boleh menyelesaikan masalah tersebut.
  • 21. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia BAHAN INTERVENSI KEM EKSPLORASI KBAT Stesen 3: Plat Dunia (Lampiran)
  • 22. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia
  • 23. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia
  • 24. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia
  • 25. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia
  • 26. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia PREKAMBRIA
  • 27. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia PALEOZOIK
  • 28. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia MESOZOIK
  • 29. Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT Stesen 3: Plat Dunia SENOZOIK