Rentap adalah seorang pemimpin penentang Dayak Iban terkenal terhadap pemerintahan Raja Putih Brooke pada abad ke-19. Dia menyerang pasukan Inggris pada tahun 1853 karena Brooke mengganggu cara hidup tradisional Iban dan menghapuskan sistem pungutan pajak oleh ketua-ketua setempat. Walaupun serangan-serangan Brooke, Rentap terus melawan hingga akhir hayatnya.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
PEMIMPIN PENENTANG BROOKE
1. Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia
merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.
Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang
menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah
seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang
menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang
membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya,
sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan
memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap
bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang
hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua
pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh
Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu
Sungai Sekrang.
Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan
Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah
membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu
Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai
Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan
sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok.
Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang
dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah
membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka
berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali
sebagai "Bujang Sadok".
Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar
oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai.
Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di
2. Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih
kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk
kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam
pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.