Successfully reported this slideshow.

Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

8,197 views

Published on

Perjuangan Tokoh Tempatan

Published in: Education
  • Be the first to comment

Bab 7 (Ting 2) Dato Bahaman

  1. 1. BAB 7:PEJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN PAHANG
  2. 2. DATO’ BAHAMAN  LATAR BELAKANG  FAKTOR PENENTANGAN DATO’ BAHAMAN  PERISTIWA  KESAN
  3. 3. LATAR BELAKANG  Nama sebenar Abdul Rahman Bin Imam Noh  Jawatan Pembesar Temerloh  Gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan  Sifat peribadi gagah dan berani (Perang Saudara di Pahang dan Selangor
  4. 4. Dato' Bahaman Pahlawan Pahang: • Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. • Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.
  5. 5. FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN HILANG HAK MENGUTIP CUKAI PEMBINAAN BALAI POLIS PERLUCUTAN GELARAN
  6. 6. HILANG HAK MENGUTIP CUKAI  Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya. BACK
  7. 7. PEMBINAAN BALAI POLIS  Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya. BACK
  8. 8. PERLUCUTAN GELARAN  Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang. BACK
  9. 9. PERISTIWA PENENTANGAN
  10. 10. PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura. PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong.
  11. 11. PADA MAC 1892 • Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. PADA 8 MEI 1892 • British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British. PADA 14 JUN 1894 • Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang. BACK
  12. 12.  Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British  kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme olehpahlawan Pahang  kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894  British terpaksa menanggung hutang yang banyak  Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagimenyelesaikan hutang tersebut.
  13. 13. SEKIAN,TERIMA KASIH DARI KAMI: AINATUL HANI AMIRAH FARHANA DANIA AFRINA SITI MUSLIANA 2 KAA (2013) SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH

×