SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna
penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan ditebang dan
dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Walau apa pun
kaedahnya, fenomena penyahhutanan tanpa kawalan membolehkan hutan
dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi
skala negara, wilayah dan benua tidak kira sama ada di negara maju mahupun
negara sedang membangun.
Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesies. Misalnya Hutan
Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesies
haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penerokaan
hutan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesies fauna dan flora diancam
kepupusan, pelbagai spesies dan genetik fauna serta flora musnah akibat
penyahhutanan, elemen-elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah.
Contohnya habitat, apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau
berlakunya penghijrahan untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula
menghadapi persaingan.
Kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan juga merupakan
kesan akibat daripada penebangan pokok. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia
gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat
pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan
tertier (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya.
Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penerokaan hutan juga
dikenal pasti boleh mengubah cuaca dunia. Hal ini dipersetujui bersama oleh
142 buah negara yang menghadiri Sidang Puncak Bumi di Rio De Janerio,
Brazil pada tahun 1992. Dalam konvensyen Perubahan Cuaca Dunia, kata
sepakat telah dicapai berhubung dengan peranan hutan dalam mengimbangi
lebihan karbon dioksida di atmosfera. Hutan sememangnya berupaya menyerap
dan menyimpan karbon dioksida serta dalam masa yang sama membebaskan
oksigen. Oleh itu fungsi menyimpan karbon dan membebaskan oksigen ini
sekali gus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Apabila hutan dihapuskan
perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan
kepada pemanasan global. Pelbagai jenis flora dan fauna diancam kepupusan
dan kemusnahan akibat penebangan hutan berleluasa. Masalah ini akan
menyebabkan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan
mengakibatkan kepupusan. Hal ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan
ekologi yang akan membawa kesan negatif terhadap unsur-unsur seperti cuaca ,
hakisan , banjir dan sebagainya.
Penebangan pokok untuk tujuan pertanian akan mendedahkan permukaan
bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa
dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung,
daya pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan
cerun-cerun menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses
akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak, digembur, diteres dan diratakan
untuk kegiatan pertanian khususnya di lereng-lereng bukit yang bercerun curam.
Di Tanah Tinggi Cameron, fenomena hakisan dan tanah runtuh merupakan
kesan yang paling besar kelihatan terutamanya di sekitar Ringlet, Tanah Rata
dan Brinchang. Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami luluhawa
kimia atau luluhawa dalaman yang menyebabkan struktur batuan diuraikan
menerusi proses larutan, pengkarbonan, hidrasi, pengoksidaan dan hidrolisis
yang menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil. Tindakan air larian
permukaan yang akan menghakis dan mengangkut regolit atau tanih dari atas ke
bawah cerun. Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami
hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol. Dalam
jangka masa panjang cerun-cerun yang terhakis itu menjadi tidak stabil dan
pelbagai jenis gerakan jisim seperti kesotan tanah, gelangsaran tanah, dan tanah
runtuh berlaku. Larian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke
bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan
pertanian berkenaan. Justeru, kadar pencemaran sungai meningkat, sistem
sungai menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur, serta mengalami kadar
enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek.
Penebangan pokok akan menyebabkan kehilangan kawasan tadahan
hujan yang menjadi stok atau simpanan air utama kepada sistem saliran seperti
sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah. Proses
susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air
kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu
sistem bekalan air. Gangguan kepada proses semula jadi air, misalnya melalui
penerokaan kawasan hutan yang menjadi takungan air dan pembebasan bahan
pencemaran yang tidak terkawal ke udara. Keadaan ini boleh menyebabkan
kitaran hidrologi terganggu dan kualiti air yang dicurahkan juga merosot.
Menurut Sharifah Mastura (2006), kesan rumah hijau berlaku apabila muatan
karbon dioksida di atmosfera terus bertambah yang membawa kepada
pemanasan global. Akibat negatif daripada pemanasan global adalah bencana
alam seperti pertambahan episod kemarau dan penggurunan, kegagalan tanaman
dan banir pantai.
Pertandingan dalam ekosistem seperti haiwan pemangsa dan mangsa, jika
diganggu hubungannya maka tergugatlah ciri-ciri imbangan serta keseimbangan
pada ekosistem tersebut dan biasanya punca kepada gangguan tersebut adalah
tindakan dan perbuatan daripada manusia yang tidak menghormati akan
keseimbangan yang dicipta oleh Allah S.W.T. Begitu juga dalam kitaran
oksigen tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan gas oksigen untuk kehidupan
manusia. Manusia pula mengganggu flora dan tumbuhan hijau ini bagi tujuan
pembangunan menyebabkan manusia telah mengganggu keseimbangannya dan
mewujudkan alam sekitar yang tercemar dan tidak stabil.
Penebangan pokok juga akan menyebabkan terjejasnya bekalan makanan
dan sumber air manusia. Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan
yang kerap membolehkan kegiatan pertanian dijalankan untuk tujuan bekalan
makanan. Apabila kadar hujan semakin kurang, kegiatan pertanian akan terjejas
kerana tanah menjadi kontang.
Pemusnahan hutan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi
(perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara
sekitar. Udara menjadi kering yang akan mengganggu pula proses pemeluwapan
dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan
dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kitaran hidrologi kekurangan air
akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi ini.
Selain itu, sumber air negara akhir-akhir ini kian mengalami pencemaran.
Pencemaran air adalah disebabkan kesan daripada pembalakan untuk tujuan
pembangunan tanah. Hal ini akan menyebabkan hakisan tanah dan kelodak
dalam air sungai bertambah serta mengurangkan kualiti air sungai. Penerokaan
kawasan hutan untuk tujuan pertanian dan jalan perhubungan di tanah tinggi
seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi akan mengakibatkan hakisan
tanah yang teruk. Sebagai contoh, pembinaan jalan perhubungan berdekatan
Sungai Ringlet, sungai Terla, Sungai Khazanah, Sungai Bertam, Sungai Burung
dan Sungai Ruil telah mencemarkan sistem saliran dengan dipenuhi kelodak dan
lumpur. Situasi ini membimbangkan kerana sungai-sungai ini merupakan punca
bekalan air kepada penduduk di Cameron Highlands.
Sekiranya kita berharap kepelbagaian biologi dapat diwariskan kepada
generasi akan datang kesedaran harus diserapkan tentang betapa berharganya
alam sekitar secara am dan hutan khususnya kepada generasi masa depan.
Rujukan
Abdullah Mohamad Said (1999), Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar,
UITM, Shah Alam
Abibullah Haji Samsudin (1994), Isu-isu Semasa Dalam Geografi, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Sharifah Mastura Syed Abdullah (2006), Penyahhutanan Hutan Tropika dan
Cabaran Persekitaran, UKM, Bangi

More Related Content

What's hot

Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisimharalhaj
 
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Norazuren Johari
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)deanzbandung
 
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarGeografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarRamli Rem
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderharalhaj
 
Fenomena empat musim
Fenomena empat musimFenomena empat musim
Fenomena empat musim082803658
 
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKAsmawi Abdullah
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysianurkasihsolehah
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKamilah Kam
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMAsmawi Abdullah
 
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)abeja mohammad
 
Kumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifKumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifRazali Samad
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifRazali Samad
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumigeografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumiRamli Rem
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)Meera Zaheed
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 

What's hot (20)

Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)
Lembaran Kerja Pendidikan Islam (Tayammum)
 
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarGeografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
Fenomena empat musim
Fenomena empat musimFenomena empat musim
Fenomena empat musim
 
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
 
Geo manusia - bentuk muka bumi
Geo manusia - bentuk muka bumiGeo manusia - bentuk muka bumi
Geo manusia - bentuk muka bumi
 
Lirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysiaLirik lagu pengakap malaysia
Lirik lagu pengakap malaysia
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIMKuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
 
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)
 
Kumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatifKumpulan 5 tenaga alternatif
Kumpulan 5 tenaga alternatif
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumigeografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
geografi tingkatan 1: potensi dan halangan bentuk muka bumi
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 

Viewers also liked

Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarmalavims
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)nadiafikris
 
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarBab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarLini99
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsiHajar Len
 
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanBab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanSafwan Yusuf
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasizumiza84
 

Viewers also liked (7)

Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)
 
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarBab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Bab 8 Tingkatan 1 :Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Bab 8 keselamatan
Bab 8  keselamatanBab 8  keselamatan
Bab 8 keselamatan
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanBab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 

Similar to Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna penghapusan hutan secara besar

Degradasi kualitas lingkungan
Degradasi kualitas lingkunganDegradasi kualitas lingkungan
Degradasi kualitas lingkunganDhianya Aisyah
 
Kerusakan Lingkungan Hidup
Kerusakan Lingkungan HidupKerusakan Lingkungan Hidup
Kerusakan Lingkungan HidupMaulina.jh
 
Makalah pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...
Makalah  pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...Makalah  pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...
Makalah pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...Septian Muna Barakati
 
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkungan
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkunganPergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkungan
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkunganNatalia Ayu
 
Kerusakan lingkungan
Kerusakan lingkunganKerusakan lingkungan
Kerusakan lingkunganZulfah Alfina
 
Akibat Konversi hutan
Akibat Konversi hutanAkibat Konversi hutan
Akibat Konversi hutanWilly Chandra
 
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)Bunga Pitaloka
 
Pelestarian lingkungan hidup
Pelestarian lingkungan hidupPelestarian lingkungan hidup
Pelestarian lingkungan hidupDian Anisa Putri
 
Geografi XI Sosial (SDA)
Geografi XI Sosial (SDA)Geografi XI Sosial (SDA)
Geografi XI Sosial (SDA)MTR
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamDania
 
Kebakaran hutan
Kebakaran hutanKebakaran hutan
Kebakaran hutanMahda Leni
 

Similar to Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna penghapusan hutan secara besar (20)

Pelestarian Lingkungan Hidup
Pelestarian Lingkungan HidupPelestarian Lingkungan Hidup
Pelestarian Lingkungan Hidup
 
Degradasi kualitas lingkungan
Degradasi kualitas lingkunganDegradasi kualitas lingkungan
Degradasi kualitas lingkungan
 
Kerusakan Lingkungan Hidup
Kerusakan Lingkungan HidupKerusakan Lingkungan Hidup
Kerusakan Lingkungan Hidup
 
kerusakan lingkungan
kerusakan lingkungankerusakan lingkungan
kerusakan lingkungan
 
Makalah pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...
Makalah  pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...Makalah  pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...
Makalah pengelolaan sumber daya alam berdasarkan prinsip berwawasan lingkung...
 
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkungan
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkunganPergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkungan
Pergeseran Ekosistem dan Isu isu lingkungan
 
Kesan banjir
Kesan banjirKesan banjir
Kesan banjir
 
Kerusakan lingkungan
Kerusakan lingkunganKerusakan lingkungan
Kerusakan lingkungan
 
TUGAS
TUGASTUGAS
TUGAS
 
Akibat Konversi hutan
Akibat Konversi hutanAkibat Konversi hutan
Akibat Konversi hutan
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)
Kerusakan lingkungan hidup (etika profesi)
 
Batasan kta
Batasan ktaBatasan kta
Batasan kta
 
Pelestarian lingkungan hidup
Pelestarian lingkungan hidupPelestarian lingkungan hidup
Pelestarian lingkungan hidup
 
Geografi XI Sosial (SDA)
Geografi XI Sosial (SDA)Geografi XI Sosial (SDA)
Geografi XI Sosial (SDA)
 
Kerusakan pelestarian lingkungan
Kerusakan pelestarian lingkunganKerusakan pelestarian lingkungan
Kerusakan pelestarian lingkungan
 
Isi menjaga , melestarikan setetes sumber mata air,
Isi menjaga , melestarikan setetes sumber mata air,Isi menjaga , melestarikan setetes sumber mata air,
Isi menjaga , melestarikan setetes sumber mata air,
 
Folio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem TerancamFolio Biologi Ekosistem Terancam
Folio Biologi Ekosistem Terancam
 
Kebakaran hutan
Kebakaran hutanKebakaran hutan
Kebakaran hutan
 
Kerusakan tanah
Kerusakan tanahKerusakan tanah
Kerusakan tanah
 

Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna penghapusan hutan secara besar

  • 1. Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Walau apa pun kaedahnya, fenomena penyahhutanan tanpa kawalan membolehkan hutan dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi skala negara, wilayah dan benua tidak kira sama ada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesies. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penerokaan hutan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesies fauna dan flora diancam kepupusan, pelbagai spesies dan genetik fauna serta flora musnah akibat penyahhutanan, elemen-elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah. Contohnya habitat, apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula menghadapi persaingan. Kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan juga merupakan kesan akibat daripada penebangan pokok. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan tertier (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya. Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penerokaan hutan juga dikenal pasti boleh mengubah cuaca dunia. Hal ini dipersetujui bersama oleh 142 buah negara yang menghadiri Sidang Puncak Bumi di Rio De Janerio, Brazil pada tahun 1992. Dalam konvensyen Perubahan Cuaca Dunia, kata sepakat telah dicapai berhubung dengan peranan hutan dalam mengimbangi lebihan karbon dioksida di atmosfera. Hutan sememangnya berupaya menyerap
  • 2. dan menyimpan karbon dioksida serta dalam masa yang sama membebaskan oksigen. Oleh itu fungsi menyimpan karbon dan membebaskan oksigen ini sekali gus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Apabila hutan dihapuskan perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan kepada pemanasan global. Pelbagai jenis flora dan fauna diancam kepupusan dan kemusnahan akibat penebangan hutan berleluasa. Masalah ini akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan mengakibatkan kepupusan. Hal ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan ekologi yang akan membawa kesan negatif terhadap unsur-unsur seperti cuaca , hakisan , banjir dan sebagainya. Penebangan pokok untuk tujuan pertanian akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung, daya pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak, digembur, diteres dan diratakan untuk kegiatan pertanian khususnya di lereng-lereng bukit yang bercerun curam. Di Tanah Tinggi Cameron, fenomena hakisan dan tanah runtuh merupakan kesan yang paling besar kelihatan terutamanya di sekitar Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami luluhawa kimia atau luluhawa dalaman yang menyebabkan struktur batuan diuraikan menerusi proses larutan, pengkarbonan, hidrasi, pengoksidaan dan hidrolisis yang menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil. Tindakan air larian permukaan yang akan menghakis dan mengangkut regolit atau tanih dari atas ke bawah cerun. Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol. Dalam jangka masa panjang cerun-cerun yang terhakis itu menjadi tidak stabil dan pelbagai jenis gerakan jisim seperti kesotan tanah, gelangsaran tanah, dan tanah
  • 3. runtuh berlaku. Larian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan pertanian berkenaan. Justeru, kadar pencemaran sungai meningkat, sistem sungai menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur, serta mengalami kadar enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek. Penebangan pokok akan menyebabkan kehilangan kawasan tadahan hujan yang menjadi stok atau simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah. Proses susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu sistem bekalan air. Gangguan kepada proses semula jadi air, misalnya melalui penerokaan kawasan hutan yang menjadi takungan air dan pembebasan bahan pencemaran yang tidak terkawal ke udara. Keadaan ini boleh menyebabkan kitaran hidrologi terganggu dan kualiti air yang dicurahkan juga merosot. Menurut Sharifah Mastura (2006), kesan rumah hijau berlaku apabila muatan karbon dioksida di atmosfera terus bertambah yang membawa kepada pemanasan global. Akibat negatif daripada pemanasan global adalah bencana alam seperti pertambahan episod kemarau dan penggurunan, kegagalan tanaman dan banir pantai. Pertandingan dalam ekosistem seperti haiwan pemangsa dan mangsa, jika diganggu hubungannya maka tergugatlah ciri-ciri imbangan serta keseimbangan pada ekosistem tersebut dan biasanya punca kepada gangguan tersebut adalah tindakan dan perbuatan daripada manusia yang tidak menghormati akan keseimbangan yang dicipta oleh Allah S.W.T. Begitu juga dalam kitaran oksigen tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan gas oksigen untuk kehidupan manusia. Manusia pula mengganggu flora dan tumbuhan hijau ini bagi tujuan
  • 4. pembangunan menyebabkan manusia telah mengganggu keseimbangannya dan mewujudkan alam sekitar yang tercemar dan tidak stabil. Penebangan pokok juga akan menyebabkan terjejasnya bekalan makanan dan sumber air manusia. Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan yang kerap membolehkan kegiatan pertanian dijalankan untuk tujuan bekalan makanan. Apabila kadar hujan semakin kurang, kegiatan pertanian akan terjejas kerana tanah menjadi kontang. Pemusnahan hutan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara menjadi kering yang akan mengganggu pula proses pemeluwapan dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kitaran hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi ini. Selain itu, sumber air negara akhir-akhir ini kian mengalami pencemaran. Pencemaran air adalah disebabkan kesan daripada pembalakan untuk tujuan pembangunan tanah. Hal ini akan menyebabkan hakisan tanah dan kelodak dalam air sungai bertambah serta mengurangkan kualiti air sungai. Penerokaan kawasan hutan untuk tujuan pertanian dan jalan perhubungan di tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi akan mengakibatkan hakisan tanah yang teruk. Sebagai contoh, pembinaan jalan perhubungan berdekatan Sungai Ringlet, sungai Terla, Sungai Khazanah, Sungai Bertam, Sungai Burung dan Sungai Ruil telah mencemarkan sistem saliran dengan dipenuhi kelodak dan lumpur. Situasi ini membimbangkan kerana sungai-sungai ini merupakan punca bekalan air kepada penduduk di Cameron Highlands.
  • 5. Sekiranya kita berharap kepelbagaian biologi dapat diwariskan kepada generasi akan datang kesedaran harus diserapkan tentang betapa berharganya alam sekitar secara am dan hutan khususnya kepada generasi masa depan. Rujukan Abdullah Mohamad Said (1999), Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar, UITM, Shah Alam Abibullah Haji Samsudin (1994), Isu-isu Semasa Dalam Geografi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Sharifah Mastura Syed Abdullah (2006), Penyahhutanan Hutan Tropika dan Cabaran Persekitaran, UKM, Bangi