Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi di Malaysia.
Malaysia merupakan bumi bertuah yang memiliki kepelbagaian ciri fizikal. Ciri
f...
kawasan bertaburan jarang. Namun, kemajuan teknologi kejuruteraan pada hari ini
menyebabkan banyak kediaman dibina di kawa...
pentadbiran dan perniagaan kerana dapat mengurangkan kos pembinaan jaringan
pengangkutan dan perhubungan untuk bergerak da...
d) Saliran
Sistem saliran (sungai) adalah limpahan air yang berpunca dan mengalir.
Terdapat beberapa jenis pola saliran ya...
kawasan tersebut namun, perlunya dikawal supaya tidak berlaku perubahan yang
drastik sehingga menukarkan ciri fizikal kepa...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)

13,206 views

Published on

Artikel ini telah diterbitkan dalam sisipan minda Berita Harian.

Published in: Environment
  • Be the first to comment

Kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia (autosaved)

  1. 1. Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi di Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang memiliki kepelbagaian ciri fizikal. Ciri fizikal adalah merujuk kepada bentuk muka bumi yang indah ciptaan Ilahi. Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia antaranya ialah tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut, dan saliran. Bentuk muka bumi yang pelbagai ini menjadikan taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Taburan penduduk sudah tentunya menjadikan ciri fizikal sebagai ciri utama untuk didiami di samping faktor-faktor lain yang menjadikan sesebuah kawasan itu bertaburan padat, sederhana dan jarang penduduk. Taburan penduduk di Malaysia adalah sangat unik. Jenis-jenis bentuk muka bumi di Malaysia. Terdapat beberapa jenis bentuk muka bumi di Malaysia yang telah diketahui umum. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan adalah tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran. Kesemua bentuk muka bumi ini menjadi tanda kebesaran Allah s.w.t kepada kita semua yang wajib kita insafi. Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini wajib mentadbir urus alam ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu merosakkan. Namun, pembangunan material yang akan dilakukan perlulah mengikut batas-batas hubungan manusia dengan alam supaya tidak berlaku kerosakkan yang menyebabkan hidupan di bumi mengenai tempiasnya. Sekiranya bentuk muka bumi ini diurus-tadbir dengan sebaik-baiknya, manusia dan hidupan lain akan mendapat manfaatnya yang berpotensi tetapi sekiranya alam ini tidak dijaga sebaik mungkin akan menyebabkan berlaku tindak balas alam seperti kejadian kemarau, banjir, tanah runtuh, kepupusan habitat flora dan fauna dan hakisan tanah. Potensi Terhadap Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi a) Tanah Tinggi Jika suatu ketika dulu, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat minimum atau dikategorikan sebagai
  2. 2. kawasan bertaburan jarang. Namun, kemajuan teknologi kejuruteraan pada hari ini menyebabkan banyak kediaman dibina di kawasan-kawasan tanah tinggi. Malah, sangat tidak keterlaluan jika dikatakan kediaman yang terdapat di kawasan tanah tinggi adalah milik golongan mewah dan elit. Misalnya, Bukit Antarabangsa dan Ukays Perdana di Kuala Lumpur, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi di Pahang. Sejak dibuka pada awal 1980-an, Bukit Antarabangsa yang terkenal sebagai kediaman mewah dengan kepadatan penduduk agak tinggi memiliki majoriti kediaman di lereng bukit dan kawasan tanah tinggi, manakala hanya sedikit perumahan di tanah rata. Di Ukays Perdana misalnya, hampir 70% kawasannya dibangunkan kediaman baru. Pelbagai kegiatan pembangunan rancak dilaksanakan di kawasan terbabit termasuk kondominium. Tanah tinggi merupakan kawasan yang mempunyai potensi terhadap pertambahan kawasan petempatan khususnya di bandar-bandar tanpa mengubah struktur tanah menjadi rata. Kawasan tanah tinggi cukup dominan dengan sektor pelancongan di Malaysia. Misalnya, Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting menjadi tarikan pelancongan yang mampu menyumbang pendapatan kepada negara. b) Tanah Pamah Seluas 10% kawasan Malaysia adalah kawasan tanah pamah dan tanah rendah. Kawasan- kawasan ini meliputi 3.3 juta hektar keluasan Malaysia dan terdiri daripada jaluran-jaluran tanah pamah dan dataran-dataran. Semenanjung Malaysia mempunyai jaluran tanah pamah di barat dan timur. Bahagian tengahnya diliputi tanah tinggi. Di kawasan tanah pamah ini terdapat juga dataran, iaitu di bahagian hilir sungai. Dataran yang bertanih aluvium adalah kawasan rendah yang lebih luas sesuai dijadikan kegiatan penanaman padi antaranya Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Dataran Hilir Sungai Perak. Dataran Kedah-Perlis yang dikenali sebagai jolokan negeri “Jelapang Padi Malaysia” kerana dijadikan kawasan penanaman padi yang utama di Malaysia. Kawasan tanah pamah ini bukan hanya berpotensi sebagai kawasan pertanian malah sesuai dijadikan kawasan petempatan, perindustrian dan pusat
  3. 3. pentadbiran dan perniagaan kerana dapat mengurangkan kos pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan jaringan pengangkutan rel seperti landasan kereta api daripada Padang Besar ke Johor Bharu yang merupakan kawasan tumpuan penduduk. Kegiatan-kegiatan ini menyebabkan berlakunya perletakan bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuantan, Kota Bharu dan Shah Alam. c) Pinggir Laut Pinggir laut yang panjang meliputi hampir seluruh negeri di Malaysia. Panjangnya, kira-kira 4 800 km. Pantai barat Semenanjung Malaysia menghadap ke Selat Melaka yang merupakan selat terpanjang di dunia manakala negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai Sarawak dan pantai barat Sabah menghadap ke Laut China Selatan dan pantai timur Sabah menghadap ke Laut Sulu. Laut yang cetek mengelilingi negara kita ini terletak di Pentas Sunda menggalakkan pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan yang sangat sesuai untuk kegiatan perikanan. Sektor perikanan di Malaysia antara sektor yang menjadi sumber pendapatan penduduk. Maka, tidak hairanlah wujudnya industri yang berasaskan sumber laut sebagai punca rezeki para nelayan. Dengan adanya sumber laut, wujudnya kawasan perkampungan nelayan di sepanjang pinggir laut seperti sekitar Pantai Mersing, Johor dan Pulau Pangkor, Perak. Pulau merupakan tanah daratan yang dikelilingi oleh laut. Di luar pinggir laut Malaysia terdapat kira-kira 270 buah pulau. Kebanyakan pulau ini penting untuk aktiviti perikanan dan pelancongan. Di Pulau Pangkor, Pulau Ketam dan Pulau Perhentian terdapat pelabuhan dan perkampungan nelayan. Pulau juga berpotensi sebagai kawasan tarikah pelancongan yang datang dari dalam dan luar negara. Antaranya, Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Perhentian yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan terumbu karang mampu menarik perhatian pelancong.
  4. 4. d) Saliran Sistem saliran (sungai) adalah limpahan air yang berpunca dan mengalir. Terdapat beberapa jenis pola saliran yang terdapat di Malaysia seperti pola saliran reranting, jejala, sepunca (jejari), bawah tanah, sejajar, bersirat, saliran darat (setumpu), gegelang dan selari. Kepelbagaian pola saliran ini bukan hanya terdapat di kawasan lembangan sungai, akan tetapi turut terdapat di sekitar delta, puncak gunung dan tasik. Kepelbagaian pola saliran adalah bukti kebesaran Allah s.w.t yang mempunyai potensi untuk dijadikan punca air untuk keperluan hidupan di bumi. Namun, terdapat juga profil panjang dan profil rentas sungai yang mempunyai rupa bentuk yang berbeza mengikut peringkat sungai itu berada. Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran sungai, iaitu peringkat hulu, tengah dan hilir. Sungai merupakan ciri fizikal yang berpotensi sebagai keperluan dan daya tarikan. Namun, sungai juga mempunyai ciri-ciri yang berpotensi sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan, sempadan antarabangsa, sempadan negeri, stesen hidroelektrik, pembentukan dataran aluvium, sumber pengairan, kegunaan harian, sebagai alat pengangkutan dan perhubungan, sumber ikan air tawar, sumber galian dan tempat rekreasi. Masyarakat Malaysia harus didedahkan dengan kesedaran yang tinggi bagi memastikan sungai-sungai di negara ini dijaga dengan sebaik-baiknya bukan sekadar menjadi punca minuman tetapi berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan penduduk dan negara. Aliran air yang negatif seperti air sungai menjadi cetek dan berlakunya banjir adalah tanda tindak balas sungai terhadap manusia yang boleh mengorbankan nyawa. Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia. Terdapat beberapa halangan yang menyebabkan kawasan yang mempunyai ciri bentuk muka bumi yang bertanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran untuk dimajukan. Halangan ini bukan bermakna manusia tidak mampu membangunkan
  5. 5. kawasan tersebut namun, perlunya dikawal supaya tidak berlaku perubahan yang drastik sehingga menukarkan ciri fizikal kepada ciri budaya.

×