1. PENGENALAN
Etika komputer umumnya adalah satu
bidang yang berkaitan dengan
penggunaan komputer yang betul
(panduan). Hak peribadi individu,
ketepatan dan kesahihan maklumat, harta
intelek dan capaian adalah antara isu atau
kes yang membabitkan etika penggunaan
komputer dalam era maklumat.
OBJEKTIF KOD ETIKA
i. Mengetahui masalah moral dan isu
etika komputer.
ii. Memahami prinsip etika komputer.
iii. Memahami etika professional
Teknologi Maklumat.
iv. Mengetahui fungsi kod etika
professional.
v. Keperluan etika komputer.
2. PRINSIP PENGGUNAAN INTERNET
1. Keseimbangan : Kebaikan yang dibawa oleh
teknologi maklumat, lebih baik daripada risiko
dan keburukan.
2. Keizinan termaklum : Bersedia menerima
sebarang risiko yang timbul.
3. Keadilan : Segala manfaat dan keburukan
teknologi maklumat mesti diagih secara adil
untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko : Perlu mengelak risiko
yang tidak berkaitan serta dikurangkan agar
manfaat yang diperoleh lebih daripada risiko.
TATACARA MENGGUNAKAN INTERNET
1. Hak Pengguna : Hak akses dilihat sebagai
kemudahan untuk membantu melicinkan @
memudahkan keperluan pengguna.
2. Memilih Laman : Laman yang dilayari perlulah
terhad untuk sesuatu yang berfaedah.
3. Pengesahan Bahan : Bahan perlulah ditentukan
ketepatan dan kesahihannya. Sumber Internet
perlu dinyatakan.
4. Muat Naik Bahan : Fail bersaiz besar perlu
dipindahkan di luar waktu beban puncak.
5. Muat Turun Bahan : Untuk bahan yang sah
yang berdaftar di bawah hak cipta terpelihara.
MASALAH MORAL & ETIKA
1. Virus : Boleh menyebabkan kerosakan pada
sistem, data, perisisan melumpuhkan
komputer.
2. Perisian Cetak Rompak : Tidak mendapat
kebenaran pemilik asal .
3. Penyalahgunaan Internet : Membawa banyak
implikasi buruk kepada pengguna.
4. Hak Cipta : Memuat turun dokumen tanpa
kebenaran salah dari sisi undang-undang.
5. Pengertak : Golongan Cracker menceroboh ke
sistem komputer dan merosakkan sistem untuk
mendapat keuntungan.
PANDUAN KEPADA PENGGUNAAN
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak menggunakan komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5. Tidak menggunakan koputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer
orang lain.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain
untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem
yang dibangunkan.
10. Menggunakan komputer dengan bertimbang
rasa dan hormat kepada orang lain.