SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
1.0 PENGENALAN
Inflasi boleh dikatakan wang yang akan berkurangan nilainya pada
masa hadapan atau wang yang lebih banyak diperlukan untuk membeli
barang yang sama. Contohnya, jika sebiji kuih sewaktu zaman nenek
moyang kita berharga RM 0.05 sebiji tetapi sekarang kita memerlukan RM
0.30 – RM 0.50 untuk membeli sebiji kuih. Inflasi mempunyai
kuasa menurunkan nilai kuasa beli anda terhadap barang. Di negara kita
Malaysia, peratusan inflasi sekitar 3% hingga 4% setahun. Contohnya, Jika
mempunyai RM10.00 pada hari ini dan mampu membeli 4 bungkus nasi ayam
berharga RM 2.50 setiap satu. Pada 15 tahun akan datang, RM10.00 juga
tetapi hanya mampu membeli 2 bungkus nasi ayam sahaja kerana harga
sebungkus nasi ayam pada masa itu ialah RM 4.30 (jika dikira inflasi setahun
adalah 4%.)
Pada umumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn
tingkat harga urnum". "Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkan
paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam
sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak
bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untuk
mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu,
satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini dengan
mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili
keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi
dan harga mereka diukur dengan menggunakan Indeks Harga. Sering kali
koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan
perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini
dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini
dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan. "Kenaikan yang
berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga
umum meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja.
Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga
akibat musim kemarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar
cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini
hanya berlaku sekali sahaja.
2
2.0 INDEKS HARGA PENGGUNA
Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan
untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata
barang -barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna.
IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan
perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa.
Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga
barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP
mengambil kira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang
digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).
Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;
3.0 KADAR INFLASI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI TAHUN 2000
HINGGA 2006
Jadual dibawah menunjukkan kadar inflasi (%) dari tahun 2000 hingga 2006 :
Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Kadar inflasi (%) 1.4 1.4 1.8 1.2 1.4 3.0 3.9
Berdasarkan jadual, Pada tahun 2000 dan 2001 kadar inflasi adalah
tidak berubah iaitu 1.4 peratus. Pada tahun 2002 kadar inflasi meningkat
pada 1.8 iaitu peningkatan sebanyak 0.4 peratus. Pada tahun 2003 pula
kadar inflasi berkurang kepada 1.2 peratus iaitu pengurangan sebanyak 0.6
peratus. Pada tahun 2004 kadar inflasi bertambah kepada 1.4 peratus dimana
jumlah penambahan adalah 0.2 peratus. Kadar inflasi terus meningkat pada
tahun 2005 dan 2006 iaitu kepada 3.0 peratus bagi tahun 2005 manakala 3.9
peratus pada tahun 2006. Kenaikkan kadar inflasi pada tahun 2005 dan 2006
3
yang agak tinggi adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak mentah di
pasaran antarabangsa. Peningkatan inflasi akan berlaku apabila paras harga
umum terus meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh masa.
Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga
barang atau perkhidmatan akibat daripada faktor bencana alam atau
kenaikan harga kerana dasar kerajaan seperti menaikkan kadar cukai
barangan tertentu contohnya tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan
harga sedemikian hanya berlaku sekali sahaja. Tetapi kenaikan harga minyak
secara berterusan adalah contoh terbaik untuk mengilustrasikan faktor
penyebab berlakunya kenaikan kadar inflasi. Inflasi juga boleh wujud akibat
daripada aktiviti import. Keadaan ini boleh berlaku apabila rakyat cenderung
membeli barangan import. Kesannya dapat dilihat dengan ketara apabila
berlaku peningkatan harga barangan akibat daripada peningkatan kos
pengeluaran di negara pengeluar (asing) tersebut. Di samping itu kadar
pertukaran wang di antara negara terlibat dan boleh juga menyumbang
kepada peningkatan kadar inflasi. Sebagai contoh jika nilai tukaran ringgit
jauh lebih rendah berbanding mata wang asing (negara pembekal) maka
semakin tinggilah harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna untuk
mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diimport itu.
3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI
Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-
faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :
1. Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran
yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga
bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika
kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa
mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi
kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan
4
dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap
sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi
menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos
pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan
meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali
lagi.
2. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan
antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika
berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan
jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila
peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada
tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga
penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar
dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini,
sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan.
Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh
peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan
meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan
meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada
kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika
ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
b) Peningkatan Penawaran Wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh
meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak
dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan
yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika
5
terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit,
maka inflasi akan wujud.
3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga
barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran
asing.
i. Peningkatan Harga di Luar Negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini
terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang
banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika
hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga
dalam negara.
ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara
Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang
Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan
untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia
terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan
dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini
akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat
jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja
sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu
ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk
mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.
3.2 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi
membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha
6
memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-
langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.
Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan
pertumbuhan penawaran
wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang
tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman
serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.
Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-
barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.
Pentadbiran
i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang
lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi,
permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
ii. Memperbalki SistemPengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan
pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.
Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha
mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan
peningkatan kapasiti pengeluaran.
iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian,
Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM),
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan
berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
3.3 Kesan inflasi
7
Inflasi yang berlaku di sesebuah negara akan memberikan dua kesan
iaitu kesan negatif dan kesan positif.
a. Kesan negatif.
i. Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan
menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan
merendahkan kuasa beli pengguna.
ii. Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung di
institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi telah
mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima.
iii. Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi apabila
berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma yang cekap
dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor pengeluaran
yang semakin mahal semasa inflasi.
iv. Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi lebih mahal
dari harga import. Ini akan menambahkan import dan mengurangkan
eksport dan seterusnya memburukkan imbangan pembayaran.
v. Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport akan
menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan menjatuhkan nilai
mata wang dalam negara dan menyebabkan kejatuhan pelaburan asing.
b. Kesan positif.
i. Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma.
Firma akan menambahkan penawaran agregat untuk memenuhi
pertambahan permintaan agregat.
8
ii. Pertambahan pelaburan ini akan meningkatkan penggunaan guna
tenaga. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran.
iii. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan
menikmati keuntungan semasa inflasi. Misalnya harga harta tetap akan
meningkat bagi pemilik harta tetap.
iv. Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara jika
ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya pendapatan
negara juga turut bertambah.
v. Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan
menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah,
kadar syarat perdagangan negara bertambah baik.
vi. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat membaiki
kedudukan imbangan perdagangan negara itu.
3.4 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan
ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam
usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.
Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk
mengurangkan pertumbuhan penawaran
wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang
tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman
serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.
9
Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan,
barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.
Pentadbiran
i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang
lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi,
permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan
pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.
Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha
mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan
peningkatan kapasiti pengeluaran.
iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian,
Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM),
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan
berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
3.5 KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA
Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk
kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang
berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi
melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan
perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah
positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah
untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga
mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.
Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat
supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:
10
a) membeli barang buatan Malaysia
b) mengelakkan pernbelian tidak dirancang
c) membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan
d) menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung
e) mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit
f) elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.
g) menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi
Sifar Sasaran Kita".
3.6 Inflasi Sifar
Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa
kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan
Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal
dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.
Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan
Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang
dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan
mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang
biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya
bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan,
pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan
sebagainya.
Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi.
Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula
perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi.
Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke
atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu
mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam
keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau
perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi
11
serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-
hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang
bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka
haruslah:
 merancang perbelanjaan
 dapatkan nilai bagi wang
 elakkan perbelanjaan berlebihan
4.0 KESIMPULAN
Kini telah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia berganding
bahu memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan diturunkan lagi dan
akhirnya mencapai tahap inflasi sifar. Secara umumnya, inflasi boleh
disebabkan oleh mana-mana satu daripada faktor-faktor ataupun kombinasi
faktor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tarikan permintaan dan inflasi yang
diimport.
Untuk membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitu
pengeluar perlu memastikan tahap keefisienan operasi mereka berada di
tahap tertinggi. Peningkatan kos upah sebagai contohnya pasti akan
menurunkan kadar keuntungan mereka dan antara langkah popular yang
sering diambil oleh syarikat untuk terus mengekalkan kadar keuntungan
mereka ialah menaikkan harga barang. Apabila ini berlaku maka tingkat harga
umum akan meningkat dan penyusutan nilai ringgit akan terus berlaku atau
dengan kata lain kadar inflasi akan meningkat naik lagi.
Langkah-langkah mewujudkan persekitaran pasaran terkawal amat
perlu dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) mengawal barangan tertentu dengan
penetapan harga minimum dan siling sebagai contohnya adalah tepat pada
masanya. Langkah ini pada dasarnya mampu membendung inflasi dari
perspektif ini iaitu lebih dipengaruhi oleh faktor jangkaan pengguna.
12
Usaha harus digembleng agar pengguna tidak membuat jangkaan
yang harga akan naik pada masa hadapan. Ini adalah perlu kerana jika
mereka mula panik maka senario krisis gula yang berlaku baru-baru ini akan
berulang dan tidak mustahil berlaku ke atas barangan atau perkhidmatan lain.
Dengan kata lain inflasi akan meningkat apabila pengguna berbelanja secara
‘luar biasa’ akibat daripada andaian bahawa barangan akan kehabisan stok
dan keadaan ini sering kali akan digunakan oleh pengeluar untuk meraih
keuntungan berganda dengan meningkatkan harga barang atau
perkhidmatan yang ditawarkan itu sesuka hati mereka.
Pendekatan semasa negara menerusi BNM iaitu mengamalkan Dasar
Kewangan yang ketat dijangka mampu mengurangkan pertumbuhan
penawaran wang di pasaran. Di samping itu kaedah penetapan kadar faedah
pinjaman berorientasikan keadaan semasa dijangka turut mampu
mewujudkan perbelanjaan awam terkawal terutamanya yang berorientasikan
pinjaman.
Selain itu dasar fiskal iaitu termasuk pengawalan cukai bagi barangan
seperti makanan, barang-barang elektrik, elektronik dan barang-barang isi
rumah dijangka mampu menyumbang ke arah pengawalan kadar inflasi.
Usaha-usaha kerajaan menggalakkan persaingan sihat antara industri agar
mencapai tahap penghasilan produktiviti tertinggi, pemodenan teknologi dan
daya saing industri dari segi harga produk harus terus disokong oleh warga
perniagaan.
Dengan kata lain semua aspek yang menyumbang kepada
peningkatan kos seperti sistem pengangkutan dan penghasilan bekalan
makanan negara sebagai contohnya harus dipastikan berada pada tahap
kecekapan maksimum.
Secara keseluruhannya usaha membendung inflasi ini adalah
tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia. Kempen antiinflasi ataupun inflasi
sifar harus dirancakkan semula sehingga ia mampu menjadi isu utama semua
pihak di setiap lapisan masyarakat.
13
Kempen-kempen ke arah mewujudkan persekitaran inflasi sifar yang telah
diasaskan oleh kerajaan untuk membentuk pemikiran masyarakat pengguna
yang mampu menyumbang kepada pembanterasan inflasi harus terus
digembleng.
Langkah-langkah ke arah menggalakkan rakyat membeli barang buatan
Malaysia, merancang pembelian, membeli barang keperluan sahaja,
membudayakan sifat berjimat cermat, meminimumkan pembelian
menggunakan kad kredit, menghapuskan amalan pencatuan di kalangan
peniaga di samping terus berusaha membentuk imej pengguna bijaksana
harus dipertingkat dari semasa ke semasa.
14
Bibliografi
http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1024&pub=utusan_mal
aysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive. Akses pada 01 oktober 2007
http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/apa_itu_inflasi.as
p . Akses pada 01 oktober 2007
http://www.statistics.gov.my/malay/frameset_datapenting.php?fid=k.Akses
pada 01 oktober 2007

More Related Content

What's hot

Aplikasi teori inflasi dalam bisnis
Aplikasi teori inflasi dalam bisnisAplikasi teori inflasi dalam bisnis
Aplikasi teori inflasi dalam bisnis
Wahono Diphayana
 
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesiainflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
bisow enow
 
Microteching 1
Microteching 1Microteching 1
Microteching 1
Roma Imoet
 
Ekonomi makro 1 ruang lingkup
Ekonomi makro 1 ruang lingkupEkonomi makro 1 ruang lingkup
Ekonomi makro 1 ruang lingkup
muktarif
 

What's hot (20)

Pp inflasi
Pp inflasiPp inflasi
Pp inflasi
 
Aplikasi teori inflasi dalam bisnis
Aplikasi teori inflasi dalam bisnisAplikasi teori inflasi dalam bisnis
Aplikasi teori inflasi dalam bisnis
 
Inflasi
InflasiInflasi
Inflasi
 
Materi Inflasi, Ekonomi kelas 10
Materi Inflasi, Ekonomi kelas 10Materi Inflasi, Ekonomi kelas 10
Materi Inflasi, Ekonomi kelas 10
 
Materi Ajar Inflasi
Materi Ajar InflasiMateri Ajar Inflasi
Materi Ajar Inflasi
 
Jenis – jenis inflasi & menghitung inflasi
Jenis – jenis inflasi & menghitung inflasiJenis – jenis inflasi & menghitung inflasi
Jenis – jenis inflasi & menghitung inflasi
 
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesiainflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
inflasi per desember 2010 sampai desember 2013 di indonesia
 
Ekonomi Mikro dan Ekonomi Makro
Ekonomi Mikro dan Ekonomi MakroEkonomi Mikro dan Ekonomi Makro
Ekonomi Mikro dan Ekonomi Makro
 
Inflasi
InflasiInflasi
Inflasi
 
Ekonomi mikro
Ekonomi mikroEkonomi mikro
Ekonomi mikro
 
Microteching 1
Microteching 1Microteching 1
Microteching 1
 
5. inflasi
5. inflasi5. inflasi
5. inflasi
 
Makalah Inflasi dalam Perspektif Islam BAB II
Makalah Inflasi dalam Perspektif Islam BAB IIMakalah Inflasi dalam Perspektif Islam BAB II
Makalah Inflasi dalam Perspektif Islam BAB II
 
Tugas 2 irmayanti
Tugas 2 irmayantiTugas 2 irmayanti
Tugas 2 irmayanti
 
Analisis Inflasi Awal 2013
Analisis Inflasi Awal 2013Analisis Inflasi Awal 2013
Analisis Inflasi Awal 2013
 
Arti inflasi
Arti inflasiArti inflasi
Arti inflasi
 
Ekonomi
EkonomiEkonomi
Ekonomi
 
PPT ekonomi - indeks harga dan inflasi
PPT ekonomi - indeks harga dan inflasiPPT ekonomi - indeks harga dan inflasi
PPT ekonomi - indeks harga dan inflasi
 
Ekonomi makro 1 ruang lingkup
Ekonomi makro 1 ruang lingkupEkonomi makro 1 ruang lingkup
Ekonomi makro 1 ruang lingkup
 
Indeks harga dan inflasi
Indeks harga dan inflasiIndeks harga dan inflasi
Indeks harga dan inflasi
 

Similar to Ass ekonomi

Inflasi dan Pengangguran (mine)
Inflasi dan Pengangguran (mine)Inflasi dan Pengangguran (mine)
Inflasi dan Pengangguran (mine)
Tri Yani
 
Tugas eko. moneter (inflasi)
Tugas eko. moneter (inflasi)Tugas eko. moneter (inflasi)
Tugas eko. moneter (inflasi)
Supriadi Muslimin
 
Makalah ekonomi
Makalah ekonomiMakalah ekonomi
Makalah ekonomi
Toserba Ku
 
Menilai kondisi ekonomi dan global
Menilai kondisi ekonomi dan globalMenilai kondisi ekonomi dan global
Menilai kondisi ekonomi dan global
Sthefanie Parera
 
Inflasi Ii
Inflasi IiInflasi Ii
Inflasi Ii
yayan
 

Similar to Ass ekonomi (20)

PERTEMUAN IX.ppt
PERTEMUAN IX.pptPERTEMUAN IX.ppt
PERTEMUAN IX.ppt
 
Inflasi SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Inflasi SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA Inflasi SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Inflasi SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
pptekonomi-indekshargadaninflasi-180929142601.pdf
pptekonomi-indekshargadaninflasi-180929142601.pdfpptekonomi-indekshargadaninflasi-180929142601.pdf
pptekonomi-indekshargadaninflasi-180929142601.pdf
 
MATERI PELATIHAN ESKALASI.pdf
MATERI PELATIHAN ESKALASI.pdfMATERI PELATIHAN ESKALASI.pdf
MATERI PELATIHAN ESKALASI.pdf
 
Bab 10 inflasi
Bab 10 inflasiBab 10 inflasi
Bab 10 inflasi
 
Inflasi, Jenis, Sebab dan Solusinya
Inflasi, Jenis, Sebab dan SolusinyaInflasi, Jenis, Sebab dan Solusinya
Inflasi, Jenis, Sebab dan Solusinya
 
Inflasi dan Pengangguran (mine)
Inflasi dan Pengangguran (mine)Inflasi dan Pengangguran (mine)
Inflasi dan Pengangguran (mine)
 
Tugas eko. moneter (inflasi)
Tugas eko. moneter (inflasi)Tugas eko. moneter (inflasi)
Tugas eko. moneter (inflasi)
 
proposal moneter
proposal moneterproposal moneter
proposal moneter
 
Pertemuan_ke_4_Moneter,_keuangan,_perbankan.pptx
Pertemuan_ke_4_Moneter,_keuangan,_perbankan.pptxPertemuan_ke_4_Moneter,_keuangan,_perbankan.pptx
Pertemuan_ke_4_Moneter,_keuangan,_perbankan.pptx
 
Makalah ekonomi
Makalah ekonomiMakalah ekonomi
Makalah ekonomi
 
Menilai kondisi ekonomi dan global
Menilai kondisi ekonomi dan globalMenilai kondisi ekonomi dan global
Menilai kondisi ekonomi dan global
 
bagan inflasi bagan inflasibagan inflasi.ppt
bagan inflasi bagan inflasibagan inflasi.pptbagan inflasi bagan inflasibagan inflasi.ppt
bagan inflasi bagan inflasibagan inflasi.ppt
 
Inflasi Ii
Inflasi IiInflasi Ii
Inflasi Ii
 
Norma Selestia-43222120010-TM 12.docx
Norma Selestia-43222120010-TM 12.docxNorma Selestia-43222120010-TM 12.docx
Norma Selestia-43222120010-TM 12.docx
 
Inflasi oleh kel 6 kelas X-11 SMA N 2 Ungaran
Inflasi oleh kel 6 kelas X-11 SMA N 2 UngaranInflasi oleh kel 6 kelas X-11 SMA N 2 Ungaran
Inflasi oleh kel 6 kelas X-11 SMA N 2 Ungaran
 
Materi Inflasi & Indeks Harga Konsumen.pptx
Materi Inflasi & Indeks Harga Konsumen.pptxMateri Inflasi & Indeks Harga Konsumen.pptx
Materi Inflasi & Indeks Harga Konsumen.pptx
 
INFLASI & PENGANGGURAN.pptx
INFLASI & PENGANGGURAN.pptxINFLASI & PENGANGGURAN.pptx
INFLASI & PENGANGGURAN.pptx
 
Makro 1
Makro 1Makro 1
Makro 1
 
Inflasi ekonomi
Inflasi ekonomiInflasi ekonomi
Inflasi ekonomi
 

More from Noorhasnizam Azmi

More from Noorhasnizam Azmi (10)

Sejarah tingkatan dua
Sejarah tingkatan duaSejarah tingkatan dua
Sejarah tingkatan dua
 
Action words
Action wordsAction words
Action words
 
Visi dan misi sekolah
Visi dan misi sekolahVisi dan misi sekolah
Visi dan misi sekolah
 
155698440 bahasa-inggeris-kertas-1-phg
155698440 bahasa-inggeris-kertas-1-phg155698440 bahasa-inggeris-kertas-1-phg
155698440 bahasa-inggeris-kertas-1-phg
 
Tentatif perkhemahan bersepadu smk perantau damai 2013
Tentatif perkhemahan bersepadu smk perantau damai 2013Tentatif perkhemahan bersepadu smk perantau damai 2013
Tentatif perkhemahan bersepadu smk perantau damai 2013
 
Surat sumbangan.2013
Surat sumbangan.2013Surat sumbangan.2013
Surat sumbangan.2013
 
Srt lawatan penjaga
Srt lawatan penjagaSrt lawatan penjaga
Srt lawatan penjaga
 
Ayat pegun utk sec b
Ayat pegun utk sec bAyat pegun utk sec b
Ayat pegun utk sec b
 
Lirik lagu membaca
Lirik lagu membacaLirik lagu membaca
Lirik lagu membaca
 
Aliran
AliranAliran
Aliran
 

Ass ekonomi

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Inflasi boleh dikatakan wang yang akan berkurangan nilainya pada masa hadapan atau wang yang lebih banyak diperlukan untuk membeli barang yang sama. Contohnya, jika sebiji kuih sewaktu zaman nenek moyang kita berharga RM 0.05 sebiji tetapi sekarang kita memerlukan RM 0.30 – RM 0.50 untuk membeli sebiji kuih. Inflasi mempunyai kuasa menurunkan nilai kuasa beli anda terhadap barang. Di negara kita Malaysia, peratusan inflasi sekitar 3% hingga 4% setahun. Contohnya, Jika mempunyai RM10.00 pada hari ini dan mampu membeli 4 bungkus nasi ayam berharga RM 2.50 setiap satu. Pada 15 tahun akan datang, RM10.00 juga tetapi hanya mampu membeli 2 bungkus nasi ayam sahaja kerana harga sebungkus nasi ayam pada masa itu ialah RM 4.30 (jika dikira inflasi setahun adalah 4%.) Pada umumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi dan harga mereka diukur dengan menggunakan Indeks Harga. Sering kali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan. "Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga umum meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kemarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.
  • 2. 2 2.0 INDEKS HARGA PENGGUNA Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang -barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa. Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambil kira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure). Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut; 3.0 KADAR INFLASI SEMENANJUNG MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2006 Jadual dibawah menunjukkan kadar inflasi (%) dari tahun 2000 hingga 2006 : Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Kadar inflasi (%) 1.4 1.4 1.8 1.2 1.4 3.0 3.9 Berdasarkan jadual, Pada tahun 2000 dan 2001 kadar inflasi adalah tidak berubah iaitu 1.4 peratus. Pada tahun 2002 kadar inflasi meningkat pada 1.8 iaitu peningkatan sebanyak 0.4 peratus. Pada tahun 2003 pula kadar inflasi berkurang kepada 1.2 peratus iaitu pengurangan sebanyak 0.6 peratus. Pada tahun 2004 kadar inflasi bertambah kepada 1.4 peratus dimana jumlah penambahan adalah 0.2 peratus. Kadar inflasi terus meningkat pada tahun 2005 dan 2006 iaitu kepada 3.0 peratus bagi tahun 2005 manakala 3.9 peratus pada tahun 2006. Kenaikkan kadar inflasi pada tahun 2005 dan 2006
  • 3. 3 yang agak tinggi adalah disebabkan oleh kenaikkan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa. Peningkatan inflasi akan berlaku apabila paras harga umum terus meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh masa. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga barang atau perkhidmatan akibat daripada faktor bencana alam atau kenaikan harga kerana dasar kerajaan seperti menaikkan kadar cukai barangan tertentu contohnya tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sedemikian hanya berlaku sekali sahaja. Tetapi kenaikan harga minyak secara berterusan adalah contoh terbaik untuk mengilustrasikan faktor penyebab berlakunya kenaikan kadar inflasi. Inflasi juga boleh wujud akibat daripada aktiviti import. Keadaan ini boleh berlaku apabila rakyat cenderung membeli barangan import. Kesannya dapat dilihat dengan ketara apabila berlaku peningkatan harga barangan akibat daripada peningkatan kos pengeluaran di negara pengeluar (asing) tersebut. Di samping itu kadar pertukaran wang di antara negara terlibat dan boleh juga menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi. Sebagai contoh jika nilai tukaran ringgit jauh lebih rendah berbanding mata wang asing (negara pembekal) maka semakin tinggilah harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang diimport itu. 3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor- faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini : 1. Inflasi Tolakan Kos Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan
  • 4. 4 dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi. 2. Inflasi Tarikan Permintaan Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada: a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi. b) Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika
  • 5. 5 terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud. 3. Inflasi Diimport Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing. i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara. ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara. 4. Jangkaan Pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. 3.2 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha
  • 6. 6 memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah- langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran. Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang- barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya. Pentadbiran i. Menggalakkan Persaingan Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. ii. Memperbalki SistemPengangkutan Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan. 3.3 Kesan inflasi
  • 7. 7 Inflasi yang berlaku di sesebuah negara akan memberikan dua kesan iaitu kesan negatif dan kesan positif. a. Kesan negatif. i. Inflasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat. Ini akan menyebabkan pendapatan benar penduduk akan menurun dan merendahkan kuasa beli pengguna. ii. Golongan berpendapatan tetap, pemiutang dan orang yang menabung di institusi kewangan mengalami kerugian kerana inflasi telah mengurangkan pendapatan benar yang mereka terima. iii. Firma yang kurang cekap terpaksa memberhentikan operasi apabila berlaku inflasi tolakan kos dan inflasi diimport. Hanya firma yang cekap dan mempunyai modal yang besar dapat membeli faktor pengeluaran yang semakin mahal semasa inflasi. iv. Apabila berlaku inflasi dalam negara harga eksport menjadi lebih mahal dari harga import. Ini akan menambahkan import dan mengurangkan eksport dan seterusnya memburukkan imbangan pembayaran. v. Pertambahan jumlah import dan pengurangan jumlah eksport akan menjejaskan kadar pertukaran asing. Keadaan ini akan menjatuhkan nilai mata wang dalam negara dan menyebabkan kejatuhan pelaburan asing. b. Kesan positif. i. Inflasi yang sederhana akan menggalakkan pelaburan dari firma-firma. Firma akan menambahkan penawaran agregat untuk memenuhi pertambahan permintaan agregat.
  • 8. 8 ii. Pertambahan pelaburan ini akan meningkatkan penggunaan guna tenaga. Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran. iii. Golongan pemilik harta tetap, pemilik saham dan golongan peniaga akan menikmati keuntungan semasa inflasi. Misalnya harga harta tetap akan meningkat bagi pemilik harta tetap. iv. Pertambahan pelaburan juga akan menambahkan keluaran negara jika ekonomi belum capai tingkat guna tenaga penuh. Akibatnya pendapatan negara juga turut bertambah. v. Inflasi dalam negara akan menaikkan harga barang eksport dan menurunkan harga barang import. Jika lain-lain faktor tidak berubah, kadar syarat perdagangan negara bertambah baik. vi. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik akan dapat membaiki kedudukan imbangan perdagangan negara itu. 3.4 LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran. Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.
  • 9. 9 Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya. Pentadbiran i. Menggalakkan Persaingan Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan. 3.5 KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:
  • 10. 10 a) membeli barang buatan Malaysia b) mengelakkan pernbelian tidak dirancang c) membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan d) menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung e) mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit f) elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga. g) menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana. Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar Sasaran Kita". 3.6 Inflasi Sifar Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu. Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya. Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi
  • 11. 11 serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak- hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:  merancang perbelanjaan  dapatkan nilai bagi wang  elakkan perbelanjaan berlebihan 4.0 KESIMPULAN Kini telah tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan diturunkan lagi dan akhirnya mencapai tahap inflasi sifar. Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu daripada faktor-faktor ataupun kombinasi faktor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tarikan permintaan dan inflasi yang diimport. Untuk membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitu pengeluar perlu memastikan tahap keefisienan operasi mereka berada di tahap tertinggi. Peningkatan kos upah sebagai contohnya pasti akan menurunkan kadar keuntungan mereka dan antara langkah popular yang sering diambil oleh syarikat untuk terus mengekalkan kadar keuntungan mereka ialah menaikkan harga barang. Apabila ini berlaku maka tingkat harga umum akan meningkat dan penyusutan nilai ringgit akan terus berlaku atau dengan kata lain kadar inflasi akan meningkat naik lagi. Langkah-langkah mewujudkan persekitaran pasaran terkawal amat perlu dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) mengawal barangan tertentu dengan penetapan harga minimum dan siling sebagai contohnya adalah tepat pada masanya. Langkah ini pada dasarnya mampu membendung inflasi dari perspektif ini iaitu lebih dipengaruhi oleh faktor jangkaan pengguna.
  • 12. 12 Usaha harus digembleng agar pengguna tidak membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan. Ini adalah perlu kerana jika mereka mula panik maka senario krisis gula yang berlaku baru-baru ini akan berulang dan tidak mustahil berlaku ke atas barangan atau perkhidmatan lain. Dengan kata lain inflasi akan meningkat apabila pengguna berbelanja secara ‘luar biasa’ akibat daripada andaian bahawa barangan akan kehabisan stok dan keadaan ini sering kali akan digunakan oleh pengeluar untuk meraih keuntungan berganda dengan meningkatkan harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan itu sesuka hati mereka. Pendekatan semasa negara menerusi BNM iaitu mengamalkan Dasar Kewangan yang ketat dijangka mampu mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran. Di samping itu kaedah penetapan kadar faedah pinjaman berorientasikan keadaan semasa dijangka turut mampu mewujudkan perbelanjaan awam terkawal terutamanya yang berorientasikan pinjaman. Selain itu dasar fiskal iaitu termasuk pengawalan cukai bagi barangan seperti makanan, barang-barang elektrik, elektronik dan barang-barang isi rumah dijangka mampu menyumbang ke arah pengawalan kadar inflasi. Usaha-usaha kerajaan menggalakkan persaingan sihat antara industri agar mencapai tahap penghasilan produktiviti tertinggi, pemodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk harus terus disokong oleh warga perniagaan. Dengan kata lain semua aspek yang menyumbang kepada peningkatan kos seperti sistem pengangkutan dan penghasilan bekalan makanan negara sebagai contohnya harus dipastikan berada pada tahap kecekapan maksimum. Secara keseluruhannya usaha membendung inflasi ini adalah tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia. Kempen antiinflasi ataupun inflasi sifar harus dirancakkan semula sehingga ia mampu menjadi isu utama semua pihak di setiap lapisan masyarakat.
  • 13. 13 Kempen-kempen ke arah mewujudkan persekitaran inflasi sifar yang telah diasaskan oleh kerajaan untuk membentuk pemikiran masyarakat pengguna yang mampu menyumbang kepada pembanterasan inflasi harus terus digembleng. Langkah-langkah ke arah menggalakkan rakyat membeli barang buatan Malaysia, merancang pembelian, membeli barang keperluan sahaja, membudayakan sifat berjimat cermat, meminimumkan pembelian menggunakan kad kredit, menghapuskan amalan pencatuan di kalangan peniaga di samping terus berusaha membentuk imej pengguna bijaksana harus dipertingkat dari semasa ke semasa.
  • 14. 14 Bibliografi http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1024&pub=utusan_mal aysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive. Akses pada 01 oktober 2007 http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/apa_itu_inflasi.as p . Akses pada 01 oktober 2007 http://www.statistics.gov.my/malay/frameset_datapenting.php?fid=k.Akses pada 01 oktober 2007