SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Dasar Automotif Nasional
A. PENGENALAN
Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan
industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi
pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari
ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi
500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dibuat atau dipasang di dalam negara.
Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif
tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa
hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini.
Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi
besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap
skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan
tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif
tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi.
Seterusnya dasar dan sokongan Kerajaan akan ditumpukan kepada peserta industri automotif yang
memberi sumbangan ekonomi yang mapan. Pemacu utama untuk sumbangan ekonomi tersebut adalah
skala yang ekonomik, rantaian industri dan aktiviti nilai tambah yang kompetitif.
B. OBJEKTIF DASAR AUTOMOTIF NASIONAL
Objektif keseluruhan Dasar Automotif Nasional adalah untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan. Ini
akan memaksimumkan sumbangan jangkamasa panjang sektor automotif ini kepada ekonomi negara
dan pada masa yang sama menguntungkan pengguna Malaysia. Oleh itu industri ini masih memerlukan
sokongan dari segi dasar Kerajaan supaya ia menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk menghasilkan transformasi dan integrasi optimum industri
nasional ini ke dalam jaringan industri serantau dan global. Persekitaran global yang semakin liberal dan
kompetitif memerlukan transfomasi ini disegerakan. Oleh itu Kerajaan telah menggariskan objektif-objektif
sektor automotif nasional seperti berikut:
1. Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutamanya
pengeluar kereta nasional
2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-bidang
khusus
3. Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan
tempatan
4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di
pasaran dunia
5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor
automotif tempatan
6. Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti
pada harga yang berpatutan
C. TERAS DASAR AUTOMOTIF NASIONAL
1. Pemberian sokongan dan insentif Kerajaan berasaskan
sumbangan ekonomi yang mapan
Kerajaan akan terus memupuk dan menyokong pembangunan sektor automotif
tempatan melalui pakej geran dan insentif yang komprehensif. Sokongan dan
insentif Kerajaan ini bertujuan mengoptimumkan sumbangan ekonomi yang mapan,
terutamanya dari segi skala operasi, rangkaian industri dan pembangunan keupayaan
tempatan dan Bumiputera.
Tahap sumbangan ekonomi yang mapan mestilah berasaskan jenis dan tahap aktiviti
tambah nilai yang kompetitif untuk pasaran tempatan serta eksport dalam persekitaran
yang semakin liberal. Manakala tahap aktiviti tambah nilai yang tidak berdaya tahan
dan mapan adalah tidak konsisten dengan dasar ini.
Sokongan-sokongan akan diberi berasaskan tahap sumbangan ekonomi serta
tambah nilai . Dalam konteks ini, pengeluaran berskala tinggi bersertakan eksport dan
rangkaian industri yang luas akan diutamakan berbanding operasi pemasangan tulen
yang mempunyai aktiviti tambah nilai yang kurang. Aktiviti jualan, pengedaran dan
aktiviti lepas jualan juga akan lebih dititikberatkan berbanding pengimpotan kenderaan
semata-mata.
Bantuan untuk pengeluaran adalah terutamanya Dana Penyesuaian Industri
dan geran R&D (Research and Development). Geran dan insentif ini akan diberi
berasaskan syarat-syarat yang telah dipersetujui serta pencapaian Petunjuk Prestasi
Utama (KPIs) dalam masa yang ditetapkan.
2. Menambah skala melalui rasionalisasi untuk meningkatkan daya
saing
Kesemua peserta dalam rantaian nilai industri akan digalakkan untuk memberi
tumpuan kepada pencapaian skala operasi yang boleh menjamin daya tahan dan
daya saing yang berterusan.
Kerajaan akan menggalakkan inisiatif rasionalisasi untuk mewujudkan struktur
industri yang lebih mantap dan mapan. Struktur industri yang mantap di sepanjang
rantaian nilai membolehkan peserta industri mencapai tahap skala yang menaikkan
daya saing. Dalam hal ini, Kerajaan akan memberikan galakan melalui geran dan
insentif kepada dua pengeluar nasional dalam segmen pengeluaran tinggi ("high
volume") untuk memastikan skala dan menjana rangkaian industri yang mencukupi.
Oleh itu pengeluar-pengeluar nasional ini perlu mampu untuk merasionalisasikan
portfolio model dan platform mereka.
Rasionalisasi pada tahap pengeluar kenderaan ini secara tidak langsung akan
mendorong rasionalisasi sektor komponen dan seterusnya meningkatkan skala,
tahap kemahiran dan kualiti. Dengan ini, bilangan vendor akan berkurangan namun
kesemua vendor ini akan beroperasi pada skala, kos dan tahap kualiti yang akan
membolehkan mereka terus berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengeksport.
3. Menggalakkan usahasama strategik dengan rakan kongsi
antarabangsa
Skala dan fokus diperlukan untuk meningkatkan daya saing tetapi dua faktor
ini sahaja tidak mencukupi. Selain dari dua faktor ini, amalan terbaik global dan
rangkaian industri adalah faktor kejayaan lain yang penting untuk industri automotif.
Justeru itu, Kerajaan akan terus menggalakkan peserta industri untuk berkerjasama
dengan pihak luar untuk menubuhkan usahasama strategik. Selain daripada
berkongsi skala dan sumber, usahasama strategik ini dapat meluaskan peluang dan
menyediakan akses kepada peserta industri tempatan untuk menyertai rangkaian
bekalan automotif global dan sebaliknya. Di samping itu, usahasama strategik ini akan
turut mendorong peserta industri tempatan untuk mengamalkan pengurusan, proses
dan prosedur yang terbaik bagi mencapai piawaian kualiti yang lebih tinggi, penting
untuk menembusi pasaran antarabangsa.
4. Menjadi hab serantau dengan menumpu kepada aktiviti niche
dan pelengkap
Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan
pemasangan serantau dengan menggalakkan peserta sedia ada meningkatkan
komitmen mereka di Malaysia. Pemasang kenderaan yang sedia ada digalakkan
untuk merasionalkan model-model yang dipasang di Malaysia, meningkatkan skala
pengeluaran secara berfokus dan meninggikan rangkaian industri, supaya dapat
mengeksport dengan lebih kompetitif. Pemasang-pemasang kenderaan ini dijangka
tidak akan bersaing secara langsung dengan pengeluar-pengeluar nasional dalam
segmen pengeluaran tinggi ("high volume") dari segi harga atau sasaran pasaran.
Perkembangan peserta-peserta tersebut dan peningkatan rangkaian industri akan
meningkatkan skala dan kualiti sektor komponen, seterusnya meningkatkan daya
tahan industri ini.
D. INSTRUMEN-INSTRUMEN DASAR
1. Struktur duti eksais
Struktur duti eksais telah diselaraskan yang seterusnya mengurangkan kadar cukai
efektif untuk kebanyakan kenderaan bermotor serta pengurangan perbezaan kadar
antara kategori kenderaan yang berbeza (sebagai contoh kereta, MPV, 4WD; dan
juga antara enjin yang berbeza kapasiti). Penyelarasan struktur duti ini bertujuan
untuk menggalakkan ketelusan dalam penentuan harga kenderaan.
2. Pewartaan nilai kenderaan-kenderaan yang diimport
Dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan, Kerajaan akan mewartakan nilai
kenderaan yang diimport untuk tujuan pengiraan duti. Dengan kerjasama industri
dan masyarakat umum, masalah tax underdeclaration dijangka akan dapat
ditangani dengan berkesan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan meningkatkan
penguatkuasaan untuk membanteras tax underdeclaration.
3. Duti import CEPT ASEAN
Untuk menggalakkan integrasi dengan industri automotif ASEAN, Malaysia akan
mengurangkan duti import CEPT ASEAN kepada 5% untuk kenderaan yang
berkelayakan. Walaupun ini akan meningkatkan persaingan kepada industri tempatan,
namun ia adalah konsisten dengan teras polisi untuk merasionalisasikan model-model
serta meningkatkan skala melalui ekspot.
4. Dana Penyesuaian Industri (Industrial Adjustment Fund)
Geran Dana Penyesuaian Industri ini akan ditawarkan kepada kesemua syarikat
- samada syarikat tempatan, asing atau usahasama - yang memberi sumbangan
ekonomi yang bermakna kepada negara. Geran ini akan ditawarkan berasaskan
dua kriteria utama: tahap skala pengeluaran dan rangkaian industri, tertakluk
kepada tahap kapasiti keseluruhan yang mapan. Geran akan diberi berasaskan
setiap model kenderaan, tertakluk kepada paras minima untuk kedua-dua kriteria
skala pengeluaran dan rangkaian industri. Geran R&D yang khusus juga akan
ditawarkan berasaskan kepada potensi daya maju serta sumbangan ekonomi projek
yang dicadangkan. Pertimbangan selanjutnya akan diberi kepada syarikat yang
menggalakkan penyertaan Bumiputera yang mapan dan berdaya saing.
5. Lesen Pengilang
Lesen pengilang yang baru hanya akan diberi apabila lebihan kapasiti di dalam
industri automotif tempatan dapat diatasi. Buat masa ini, syarikat pemasang
kenderaan tidak dibenarkan untuk menggunapakai atau menawarkan lebihan kapasiti
mereka kepada pihak ketiga untuk memasang jenis atau model kenderaan baru yang
bersaing secara langsung dengan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta
nasional.
Apabila peningkatan kapasiti diperlukan, syarikat di dalam segmen pengeluaran
tinggi ("high volume") dan pengeluaran sederhana tinggi ("medium volume") akan
digalakkan untuk menggunapakai lebihan kapasiti yang sedia ada. Pembinaan
kemudahan pemasangan yang baru hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kes
demi kes.
6. Approved Permits
Sistem AP sedia ada yang digunakan terutamanya sebagai langkah pemantauan dan
pengumpulan data, akan dimansuh pada 31 Disember 2010.
Sehingga tempoh tersebut, AP akan mengambil kira sumbangan kepada ekonomi
negara. Keutamaan akan diberi kepada pemasang kenderaan yang komited untuk
meningkatkan tahap pengeluaran secara signifikan (dengan eksport yang signifikan)
untuk sesuatu model dan memerlukan AP untuk mengimport model kenderaan yang
dapat melengkapkan tawaran produk mereka untuk pasaran Malaysia. AP akan diberi
untuk mengimport sejumlah terhad kenderaan yang tidak dipasang di Malaysia agar
pilihan produk yang mencukupi dapat ditawarkan kepada pengguna.
Pengimportan kereta terpakai (selain import peribadi individu) akan dikurangkan
secara progresif sehingga dimansuhkan sepenuhnya pada 2010, untuk merangsang
permintaan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan pemasang tempatan.
Syarika-syarikat pemegang AP terbuka (ahli Pekema) akan diberi galakan dan
bantuan untuk beralih ke bidang perniagaan lain yang berkaitan, contohnya
pemasaran, dan pengedaran kenderaan serta pengeluaran komponen atau vendor.
7. Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval)
Proses dan prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan akan dilaksanakan secara
komprehensif, untuk mencegah pengimpotan dan penjualan kenderaan yang
tidak menepati piawaian. Proses ini akan memastikan pematuhan ketat dari segi
roadworthiness, keselamatan dan piawaian emisi.
E. PENUTUP
Hasil daripada perlaksanaan langkah-langkah dasar ini, Kerajaan menjangka untuk melihat
sebuahindustri yang mempunyai dua pengeluar kenderaan nasional yang mantap dan dilengkapi oleh
sejumlah pengeluar kenderaan asing (terutamanya yang menjalinkan usahasama rakan kongsi tempatan)
yang akan meningkatkan operasi pemasangan mereka dan pada masa yang sama merasionalkan model-
model yang dipasang, untuk memacu rantaian industri yang mapan.
Dalam pada itu, sektor komponen juga akan menjadi lebih berdaya tahan – bilangan syarikat akan
berkurangan (disebabkan penggabungan peserta sediaada ), namun pengeluaran mereka adalah lebih
tinggi dan jaringan dalam industri automotif global juga adalah lebih mendalam. Liberalisasi berperingkat
akan mengurangkan skop untuk pengimpot, tetapi pengedar yang sahih akan menerima faedah daripada
jumlah jualan yang lebih tinggi.
Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk memberi halatuju yang telus dan jelas untuk kesemua peserta
industri untuk membolehkan mereka membuat perancangan dan keputusan pelaburan yang optimum
untuk masa hadapan.
Pada masa hadapan, mana-mana dasar dan langkah Kerajaan yang diperkenalkan untuk sektor
automotif tempatan akan berasaskan Dasar Automotif Nasional ini. Dasar Automotif Nasional akan
menjadi asas jangkamasa panjang untuk sektor automotif tempatan, tertakluk kepada pengubahsuaian
dan penambahbaikan yang akan ditentukan oleh persekitaran industri automotif global.
Kerajaan percaya bahawa Dasar Automotif Nasional akan menjadi langkah utama dalam memacu
transformasi sektor automotif tempatan kepada sektor yang mapan, kompetitif dan berdaya tahan, untuk
faedah semua perserta industri, pengguna dan ekonomi Malaysia.
Rabu, 22 Mac 2006

More Related Content

Similar to Dasar automotifnasional2006

paparan_sni_disperin1.pdf
paparan_sni_disperin1.pdfpaparan_sni_disperin1.pdf
paparan_sni_disperin1.pdfBayuFajar17
 
Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Josh Lrt
 
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraDasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraNur Shazlina Yusoff
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pa3STPM
 
Senarai pinjaman perniagaan bumiputra
Senarai pinjaman perniagaan bumiputraSenarai pinjaman perniagaan bumiputra
Senarai pinjaman perniagaan bumiputraHasrol Ngadiman
 
Business plan car acc
Business plan   car accBusiness plan   car acc
Business plan car accAzhari Kamis
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaMis Sem
 
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industry
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industryPertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industry
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industrymariatul qibtiyah
 
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptxaviaenggar
 
UTS Manajemen Kualitas dan Standar Mutu
UTS Manajemen Kualitas dan Standar MutuUTS Manajemen Kualitas dan Standar Mutu
UTS Manajemen Kualitas dan Standar MutuCandy Chua
 
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...resinoviasari1
 
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...resinoviasari1
 
Kemudahan MARA Perlis Kepada Pelanggan
Kemudahan MARA Perlis Kepada PelangganKemudahan MARA Perlis Kepada Pelanggan
Kemudahan MARA Perlis Kepada PelangganZahari Aziz
 
Prospek ukm dalam perdagangan bebas
Prospek ukm dalam perdagangan bebasProspek ukm dalam perdagangan bebas
Prospek ukm dalam perdagangan bebasmona munawaroh
 

Similar to Dasar automotifnasional2006 (20)

paparan_sni_disperin1.pdf
paparan_sni_disperin1.pdfpaparan_sni_disperin1.pdf
paparan_sni_disperin1.pdf
 
Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)Dasar automotif Nasional (NAP)
Dasar automotif Nasional (NAP)
 
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negaraDasar peningkatan daya pengeluaran negara
Dasar peningkatan daya pengeluaran negara
 
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
Pelan induk perindustrian ke 3 2006 2020
 
Senarai pinjaman perniagaan bumiputra
Senarai pinjaman perniagaan bumiputraSenarai pinjaman perniagaan bumiputra
Senarai pinjaman perniagaan bumiputra
 
Tugas vw
Tugas vwTugas vw
Tugas vw
 
Business plan car acc
Business plan   car accBusiness plan   car acc
Business plan car acc
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketiga
 
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industry
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industryPertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industry
Pertemuan 11 industrialisasi dan perkembangan sektor industry
 
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx
07. Strategi Pemasaran Global (1).pptx
 
UTS Manajemen Kualitas dan Standar Mutu
UTS Manajemen Kualitas dan Standar MutuUTS Manajemen Kualitas dan Standar Mutu
UTS Manajemen Kualitas dan Standar Mutu
 
PT. Pan Brothers
PT. Pan BrothersPT. Pan Brothers
PT. Pan Brothers
 
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susriyanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
 
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
(Marta iwan zuanda, tio frian wiranata) , susritanti, mahasiswa s1 m1 budaya ...
 
chapter 7 & 8.pptx
chapter 7 & 8.pptxchapter 7 & 8.pptx
chapter 7 & 8.pptx
 
Kemudahan MARA Perlis Kepada Pelanggan
Kemudahan MARA Perlis Kepada PelangganKemudahan MARA Perlis Kepada Pelanggan
Kemudahan MARA Perlis Kepada Pelanggan
 
Prospek ukm dalam perdagangan bebas
Prospek ukm dalam perdagangan bebasProspek ukm dalam perdagangan bebas
Prospek ukm dalam perdagangan bebas
 
Strategi Internasional - Manajemen Strategik
Strategi Internasional - Manajemen StrategikStrategi Internasional - Manajemen Strategik
Strategi Internasional - Manajemen Strategik
 
He
HeHe
He
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

More from I-r Papa

E brochure it254_actived2012
E brochure it254_actived2012E brochure it254_actived2012
E brochure it254_actived2012I-r Papa
 
E brochure it253_networkconnection
E brochure it253_networkconnectionE brochure it253_networkconnection
E brochure it253_networkconnectionI-r Papa
 
E brochure it252_datarecovery
E brochure it252_datarecoveryE brochure it252_datarecovery
E brochure it252_datarecoveryI-r Papa
 
Wong sien hui
Wong sien huiWong sien hui
Wong sien huiI-r Papa
 
Umur kian singkat, ajal makin dekat
Umur kian singkat, ajal makin dekatUmur kian singkat, ajal makin dekat
Umur kian singkat, ajal makin dekatI-r Papa
 
Takwim 2014 1435 1436-h_
Takwim 2014  1435 1436-h_Takwim 2014  1435 1436-h_
Takwim 2014 1435 1436-h_I-r Papa
 
Takwim 2013 1434 h_
Takwim 2013  1434 h_Takwim 2013  1434 h_
Takwim 2013 1434 h_I-r Papa
 
Suami gatal miang
Suami gatal miangSuami gatal miang
Suami gatal miangI-r Papa
 
Sekilas bajet 2014
Sekilas bajet 2014Sekilas bajet 2014
Sekilas bajet 2014I-r Papa
 
Saham wakaf rhaudatul jannah
Saham wakaf rhaudatul jannahSaham wakaf rhaudatul jannah
Saham wakaf rhaudatul jannahI-r Papa
 
Rumah bakti
Rumah baktiRumah bakti
Rumah baktiI-r Papa
 
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanRisalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanI-r Papa
 
Resit washing machine
Resit washing machineResit washing machine
Resit washing machineI-r Papa
 
Penjagaan selepas ceasarean
Penjagaan selepas ceasareanPenjagaan selepas ceasarean
Penjagaan selepas ceasareanI-r Papa
 
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatan
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatanPengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatan
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatanI-r Papa
 
Pengenalan rumpai laut
Pengenalan rumpai lautPengenalan rumpai laut
Pengenalan rumpai lautI-r Papa
 
Nikah dlm talian2
Nikah dlm talian2Nikah dlm talian2
Nikah dlm talian2I-r Papa
 
Nikah dlm talian
Nikah dlm talianNikah dlm talian
Nikah dlm talianI-r Papa
 
Network cable tester2
Network cable tester2Network cable tester2
Network cable tester2I-r Papa
 
Network cable tester
Network cable testerNetwork cable tester
Network cable testerI-r Papa
 

More from I-r Papa (20)

E brochure it254_actived2012
E brochure it254_actived2012E brochure it254_actived2012
E brochure it254_actived2012
 
E brochure it253_networkconnection
E brochure it253_networkconnectionE brochure it253_networkconnection
E brochure it253_networkconnection
 
E brochure it252_datarecovery
E brochure it252_datarecoveryE brochure it252_datarecovery
E brochure it252_datarecovery
 
Wong sien hui
Wong sien huiWong sien hui
Wong sien hui
 
Umur kian singkat, ajal makin dekat
Umur kian singkat, ajal makin dekatUmur kian singkat, ajal makin dekat
Umur kian singkat, ajal makin dekat
 
Takwim 2014 1435 1436-h_
Takwim 2014  1435 1436-h_Takwim 2014  1435 1436-h_
Takwim 2014 1435 1436-h_
 
Takwim 2013 1434 h_
Takwim 2013  1434 h_Takwim 2013  1434 h_
Takwim 2013 1434 h_
 
Suami gatal miang
Suami gatal miangSuami gatal miang
Suami gatal miang
 
Sekilas bajet 2014
Sekilas bajet 2014Sekilas bajet 2014
Sekilas bajet 2014
 
Saham wakaf rhaudatul jannah
Saham wakaf rhaudatul jannahSaham wakaf rhaudatul jannah
Saham wakaf rhaudatul jannah
 
Rumah bakti
Rumah baktiRumah bakti
Rumah bakti
 
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhanRisalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
Risalah amalan 10 hari terakhir ramadhan
 
Resit washing machine
Resit washing machineResit washing machine
Resit washing machine
 
Penjagaan selepas ceasarean
Penjagaan selepas ceasareanPenjagaan selepas ceasarean
Penjagaan selepas ceasarean
 
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatan
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatanPengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatan
Pengumpulan cuti untuk penamatan perkhidmatan
 
Pengenalan rumpai laut
Pengenalan rumpai lautPengenalan rumpai laut
Pengenalan rumpai laut
 
Nikah dlm talian2
Nikah dlm talian2Nikah dlm talian2
Nikah dlm talian2
 
Nikah dlm talian
Nikah dlm talianNikah dlm talian
Nikah dlm talian
 
Network cable tester2
Network cable tester2Network cable tester2
Network cable tester2
 
Network cable tester
Network cable testerNetwork cable tester
Network cable tester
 

Recently uploaded

PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANPPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANdewihartinah
 
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapak
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapaktugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapak
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapaksmkpelayarandemak1
 
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaSlide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaNovrinKartikaTumbade
 
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...FORTRESS
 
04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................rendisalay
 
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing SoloCALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solojasa marketing online
 
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkaja
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama LinkajaUNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkaja
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkajaunikbetslotbankmaybank
 
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxKUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxFORTRESS
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...FORTRESS
 
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxDRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxnairaazkia89
 
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...FORTRESS
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxSintaDosi
 
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesia
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di IndonesiaPerkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesia
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesialangkahgontay88
 
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNajlaNazhira
 
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan Penggajian.pptx
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan   Penggajian.pptxBab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan   Penggajian.pptx
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan Penggajian.pptxlulustugasakhirkulia
 
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxMuhammadDidikJasaGb
 
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf man
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf manManajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf man
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf manrasyidakhdaniyal10
 
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaTajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaHaseebBashir5
 
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerMengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerHaseebBashir5
 

Recently uploaded (20)

PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGANPPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
PPT - PSAK 109 TENTANG INSTRUMEN KEUANGAN
 
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapak
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapaktugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapak
tugas kelompok Analisis bisnis aplikasi bukalapak
 
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan IndonesiaSlide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
Slide tentang Akuntansi Perpajakan Indonesia
 
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
ESTETIK!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Coklat di Denpa...
 
04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................04 AKMEN new.pdf........................
04 AKMEN new.pdf........................
 
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing SoloCALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
CALL/WA: 0822 348 60 166 ( TSEL ) Jasa Digital Marketing Solo
 
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkaja
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama LinkajaUNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkaja
UNIKBET : Agen Slot Resmi Pragmatic Play Ada Deposit Sesama Linkaja
 
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptxKUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
KUAT!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Besi Plat Polos di Serang .pptx
 
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
PREMIUM!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Kamar Mandi di ...
 
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptxDRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
DRAFT Penilaian Assessor _MIiii_UIM.pptx
 
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
UNGGUL!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Bahan Pintu Aluminium Putih di Pangkal...
 
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptxMemaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
Memaksimalkan Waktu untuk Mendapatkan Kampus Impian melalui SBMPTN (1).pptx
 
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesia
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di IndonesiaPerkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesia
Perkembangan Perbankan di Indonesia Perkembangan Perbankan di Indonesia
 
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdgNilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
Nilai-Waktu-Uang.pptx kdgmkgkdm ksfmkdkmdg
 
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan Penggajian.pptx
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan   Penggajian.pptxBab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan   Penggajian.pptx
Bab 11 Liabilitas Jangka Pendek dan Penggajian.pptx
 
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptxASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
ASKEP WAHAM KELOMPOK 4 vvvvvvvvvPPT.pptx
 
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf man
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf manManajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf man
Manajemen_Risiko_PT_Murni_Sadar_Tbk.pdf man
 
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di IndonesiaTajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
Tajuk: SV388: Platform Unggul Taruhan Sabung Ayam Online di Indonesia
 
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotecabortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
 
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang PopulerMengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
Mengenal Rosa777: Situs Judi Online yang Populer
 

Dasar automotifnasional2006

  • 1. Dasar Automotif Nasional A. PENGENALAN Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dibuat atau dipasang di dalam negara. Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini. Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi. Seterusnya dasar dan sokongan Kerajaan akan ditumpukan kepada peserta industri automotif yang memberi sumbangan ekonomi yang mapan. Pemacu utama untuk sumbangan ekonomi tersebut adalah skala yang ekonomik, rantaian industri dan aktiviti nilai tambah yang kompetitif. B. OBJEKTIF DASAR AUTOMOTIF NASIONAL Objektif keseluruhan Dasar Automotif Nasional adalah untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan. Ini akan memaksimumkan sumbangan jangkamasa panjang sektor automotif ini kepada ekonomi negara dan pada masa yang sama menguntungkan pengguna Malaysia. Oleh itu industri ini masih memerlukan sokongan dari segi dasar Kerajaan supaya ia menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk menghasilkan transformasi dan integrasi optimum industri nasional ini ke dalam jaringan industri serantau dan global. Persekitaran global yang semakin liberal dan kompetitif memerlukan transfomasi ini disegerakan. Oleh itu Kerajaan telah menggariskan objektif-objektif sektor automotif nasional seperti berikut: 1. Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional 2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-bidang khusus 3. Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan
  • 2. 4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia 5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan 6. Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan C. TERAS DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 1. Pemberian sokongan dan insentif Kerajaan berasaskan sumbangan ekonomi yang mapan Kerajaan akan terus memupuk dan menyokong pembangunan sektor automotif tempatan melalui pakej geran dan insentif yang komprehensif. Sokongan dan insentif Kerajaan ini bertujuan mengoptimumkan sumbangan ekonomi yang mapan, terutamanya dari segi skala operasi, rangkaian industri dan pembangunan keupayaan tempatan dan Bumiputera. Tahap sumbangan ekonomi yang mapan mestilah berasaskan jenis dan tahap aktiviti tambah nilai yang kompetitif untuk pasaran tempatan serta eksport dalam persekitaran yang semakin liberal. Manakala tahap aktiviti tambah nilai yang tidak berdaya tahan dan mapan adalah tidak konsisten dengan dasar ini. Sokongan-sokongan akan diberi berasaskan tahap sumbangan ekonomi serta tambah nilai . Dalam konteks ini, pengeluaran berskala tinggi bersertakan eksport dan rangkaian industri yang luas akan diutamakan berbanding operasi pemasangan tulen yang mempunyai aktiviti tambah nilai yang kurang. Aktiviti jualan, pengedaran dan aktiviti lepas jualan juga akan lebih dititikberatkan berbanding pengimpotan kenderaan semata-mata. Bantuan untuk pengeluaran adalah terutamanya Dana Penyesuaian Industri dan geran R&D (Research and Development). Geran dan insentif ini akan diberi berasaskan syarat-syarat yang telah dipersetujui serta pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPIs) dalam masa yang ditetapkan. 2. Menambah skala melalui rasionalisasi untuk meningkatkan daya saing Kesemua peserta dalam rantaian nilai industri akan digalakkan untuk memberi tumpuan kepada pencapaian skala operasi yang boleh menjamin daya tahan dan daya saing yang berterusan.
  • 3. Kerajaan akan menggalakkan inisiatif rasionalisasi untuk mewujudkan struktur industri yang lebih mantap dan mapan. Struktur industri yang mantap di sepanjang rantaian nilai membolehkan peserta industri mencapai tahap skala yang menaikkan daya saing. Dalam hal ini, Kerajaan akan memberikan galakan melalui geran dan insentif kepada dua pengeluar nasional dalam segmen pengeluaran tinggi ("high volume") untuk memastikan skala dan menjana rangkaian industri yang mencukupi. Oleh itu pengeluar-pengeluar nasional ini perlu mampu untuk merasionalisasikan portfolio model dan platform mereka. Rasionalisasi pada tahap pengeluar kenderaan ini secara tidak langsung akan mendorong rasionalisasi sektor komponen dan seterusnya meningkatkan skala, tahap kemahiran dan kualiti. Dengan ini, bilangan vendor akan berkurangan namun kesemua vendor ini akan beroperasi pada skala, kos dan tahap kualiti yang akan membolehkan mereka terus berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengeksport. 3. Menggalakkan usahasama strategik dengan rakan kongsi antarabangsa Skala dan fokus diperlukan untuk meningkatkan daya saing tetapi dua faktor ini sahaja tidak mencukupi. Selain dari dua faktor ini, amalan terbaik global dan rangkaian industri adalah faktor kejayaan lain yang penting untuk industri automotif. Justeru itu, Kerajaan akan terus menggalakkan peserta industri untuk berkerjasama dengan pihak luar untuk menubuhkan usahasama strategik. Selain daripada berkongsi skala dan sumber, usahasama strategik ini dapat meluaskan peluang dan menyediakan akses kepada peserta industri tempatan untuk menyertai rangkaian bekalan automotif global dan sebaliknya. Di samping itu, usahasama strategik ini akan turut mendorong peserta industri tempatan untuk mengamalkan pengurusan, proses dan prosedur yang terbaik bagi mencapai piawaian kualiti yang lebih tinggi, penting untuk menembusi pasaran antarabangsa. 4. Menjadi hab serantau dengan menumpu kepada aktiviti niche dan pelengkap Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pemasangan serantau dengan menggalakkan peserta sedia ada meningkatkan komitmen mereka di Malaysia. Pemasang kenderaan yang sedia ada digalakkan untuk merasionalkan model-model yang dipasang di Malaysia, meningkatkan skala pengeluaran secara berfokus dan meninggikan rangkaian industri, supaya dapat mengeksport dengan lebih kompetitif. Pemasang-pemasang kenderaan ini dijangka tidak akan bersaing secara langsung dengan pengeluar-pengeluar nasional dalam segmen pengeluaran tinggi ("high volume") dari segi harga atau sasaran pasaran.
  • 4. Perkembangan peserta-peserta tersebut dan peningkatan rangkaian industri akan meningkatkan skala dan kualiti sektor komponen, seterusnya meningkatkan daya tahan industri ini. D. INSTRUMEN-INSTRUMEN DASAR 1. Struktur duti eksais Struktur duti eksais telah diselaraskan yang seterusnya mengurangkan kadar cukai efektif untuk kebanyakan kenderaan bermotor serta pengurangan perbezaan kadar antara kategori kenderaan yang berbeza (sebagai contoh kereta, MPV, 4WD; dan juga antara enjin yang berbeza kapasiti). Penyelarasan struktur duti ini bertujuan untuk menggalakkan ketelusan dalam penentuan harga kenderaan. 2. Pewartaan nilai kenderaan-kenderaan yang diimport Dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan, Kerajaan akan mewartakan nilai kenderaan yang diimport untuk tujuan pengiraan duti. Dengan kerjasama industri dan masyarakat umum, masalah tax underdeclaration dijangka akan dapat ditangani dengan berkesan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan untuk membanteras tax underdeclaration. 3. Duti import CEPT ASEAN Untuk menggalakkan integrasi dengan industri automotif ASEAN, Malaysia akan mengurangkan duti import CEPT ASEAN kepada 5% untuk kenderaan yang berkelayakan. Walaupun ini akan meningkatkan persaingan kepada industri tempatan, namun ia adalah konsisten dengan teras polisi untuk merasionalisasikan model-model serta meningkatkan skala melalui ekspot. 4. Dana Penyesuaian Industri (Industrial Adjustment Fund) Geran Dana Penyesuaian Industri ini akan ditawarkan kepada kesemua syarikat - samada syarikat tempatan, asing atau usahasama - yang memberi sumbangan ekonomi yang bermakna kepada negara. Geran ini akan ditawarkan berasaskan dua kriteria utama: tahap skala pengeluaran dan rangkaian industri, tertakluk kepada tahap kapasiti keseluruhan yang mapan. Geran akan diberi berasaskan setiap model kenderaan, tertakluk kepada paras minima untuk kedua-dua kriteria skala pengeluaran dan rangkaian industri. Geran R&D yang khusus juga akan ditawarkan berasaskan kepada potensi daya maju serta sumbangan ekonomi projek yang dicadangkan. Pertimbangan selanjutnya akan diberi kepada syarikat yang menggalakkan penyertaan Bumiputera yang mapan dan berdaya saing.
  • 5. 5. Lesen Pengilang Lesen pengilang yang baru hanya akan diberi apabila lebihan kapasiti di dalam industri automotif tempatan dapat diatasi. Buat masa ini, syarikat pemasang kenderaan tidak dibenarkan untuk menggunapakai atau menawarkan lebihan kapasiti mereka kepada pihak ketiga untuk memasang jenis atau model kenderaan baru yang bersaing secara langsung dengan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta nasional. Apabila peningkatan kapasiti diperlukan, syarikat di dalam segmen pengeluaran tinggi ("high volume") dan pengeluaran sederhana tinggi ("medium volume") akan digalakkan untuk menggunapakai lebihan kapasiti yang sedia ada. Pembinaan kemudahan pemasangan yang baru hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes. 6. Approved Permits Sistem AP sedia ada yang digunakan terutamanya sebagai langkah pemantauan dan pengumpulan data, akan dimansuh pada 31 Disember 2010. Sehingga tempoh tersebut, AP akan mengambil kira sumbangan kepada ekonomi negara. Keutamaan akan diberi kepada pemasang kenderaan yang komited untuk meningkatkan tahap pengeluaran secara signifikan (dengan eksport yang signifikan) untuk sesuatu model dan memerlukan AP untuk mengimport model kenderaan yang dapat melengkapkan tawaran produk mereka untuk pasaran Malaysia. AP akan diberi untuk mengimport sejumlah terhad kenderaan yang tidak dipasang di Malaysia agar pilihan produk yang mencukupi dapat ditawarkan kepada pengguna. Pengimportan kereta terpakai (selain import peribadi individu) akan dikurangkan secara progresif sehingga dimansuhkan sepenuhnya pada 2010, untuk merangsang permintaan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan pemasang tempatan. Syarika-syarikat pemegang AP terbuka (ahli Pekema) akan diberi galakan dan bantuan untuk beralih ke bidang perniagaan lain yang berkaitan, contohnya pemasaran, dan pengedaran kenderaan serta pengeluaran komponen atau vendor. 7. Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval) Proses dan prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan akan dilaksanakan secara komprehensif, untuk mencegah pengimpotan dan penjualan kenderaan yang tidak menepati piawaian. Proses ini akan memastikan pematuhan ketat dari segi roadworthiness, keselamatan dan piawaian emisi.
  • 6. E. PENUTUP Hasil daripada perlaksanaan langkah-langkah dasar ini, Kerajaan menjangka untuk melihat sebuahindustri yang mempunyai dua pengeluar kenderaan nasional yang mantap dan dilengkapi oleh sejumlah pengeluar kenderaan asing (terutamanya yang menjalinkan usahasama rakan kongsi tempatan) yang akan meningkatkan operasi pemasangan mereka dan pada masa yang sama merasionalkan model- model yang dipasang, untuk memacu rantaian industri yang mapan. Dalam pada itu, sektor komponen juga akan menjadi lebih berdaya tahan – bilangan syarikat akan berkurangan (disebabkan penggabungan peserta sediaada ), namun pengeluaran mereka adalah lebih tinggi dan jaringan dalam industri automotif global juga adalah lebih mendalam. Liberalisasi berperingkat akan mengurangkan skop untuk pengimpot, tetapi pengedar yang sahih akan menerima faedah daripada jumlah jualan yang lebih tinggi. Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk memberi halatuju yang telus dan jelas untuk kesemua peserta industri untuk membolehkan mereka membuat perancangan dan keputusan pelaburan yang optimum untuk masa hadapan. Pada masa hadapan, mana-mana dasar dan langkah Kerajaan yang diperkenalkan untuk sektor automotif tempatan akan berasaskan Dasar Automotif Nasional ini. Dasar Automotif Nasional akan menjadi asas jangkamasa panjang untuk sektor automotif tempatan, tertakluk kepada pengubahsuaian dan penambahbaikan yang akan ditentukan oleh persekitaran industri automotif global. Kerajaan percaya bahawa Dasar Automotif Nasional akan menjadi langkah utama dalam memacu transformasi sektor automotif tempatan kepada sektor yang mapan, kompetitif dan berdaya tahan, untuk faedah semua perserta industri, pengguna dan ekonomi Malaysia. Rabu, 22 Mac 2006