Pantun ini menggambarkan nasib malang seseorang yang kehilangan orang yang disayanginya kepada orang lain dan hidup seorang diri tanpa sanak saudara. Ia juga menjelaskan tentang seseorang yang tidak tahu arah yang hendak dituju dalam hidupnya kerana sentiasa menghadapi nasib malang dan tidak disenangi oleh orang lain.