SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
TUGASAN
MARCH 2014 SEMESTER
KOD KURSUS : ESS 222
NAMA KURSUS : KEGIATAN KOKURIKULUM
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : MISNAH EMOR@NUR HIDAYAH
NO. MATRIK : E30409120052
FASILITATOR : EN.KASSIM HJ.BUNTAK
AKADEMIK
PUSAT : AEU ( KOTA KINABALU )
PEMBELAJARAN
ESS 222 KEGIATAN KOKURIKULUM
Muka Hadapan Tugasan
Soalan 1
Baca artikel bertajuk “Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di
sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor” oleh Mohammad Najib Abdul Ghafar &
Jamaliah Jalaludin.
Tujuan Kajian Serta Kepentingan Kajian
Kajian komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah
kebangsaan negeri Johor yang dijalankan oleh Mohammad Najib Abdul Ghafar dan Jamaliah
Jalaludin adalah bertujuan untuk mengkaji kaitan antara tahap komitmen guru-guru dengan tahap
pengetahuan dan tahap kemahiran pengurusan dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di
Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor. Sebanyak 17 buah sekolah rendah yang terlibat di dalam
kajian ini.
Seperti yang kita sedia maklum, pengurusan sekolah merupakan satu proses yang amat
penting bagi mencapai matlamat dan tujuan kokurikulum. Maka dengan itu, pengkaji meninjau
kemahiran dan pengalaman guru yang sedia ada disamping pengetahuan guru-guru di sekolah
rendah dari aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan kokurikulum. Maka dengan
itu, melalui kajian ini dapatlah dilihat kemahiran guru dalam pengurusan kokurikulum dalam
kalangan guru-guru di sekolah rendah. Seterusnya, langkah-langkah diambil untuk meningkatkan
pengurusan kokurikulum jika didapati tahap kemahiran guru ditahap yang rendah.
Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan kepada dua pihak iaitu kepada guru
sekolah dan juga pihak sekolah. Kajian ini membolehkan guru-guru mengenalpasti tahap
komitmen, pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, melaksana, membimbing dan menilai
pelajar dalam mengurus aktiviti kokurikulum. Maka dengan itu, kelemahan dan kelebihan para
guru dapat dikenalpasti semasa guru merancang, melaksana dan membimbing pelajar-pelajar
dalam kegiatan kokurikulum. Seterusnya, kajian ini akan menjadikan guru-guru di sekolah akan
lebih memahami tugas-tugas yang perlu dijalankan dalam pengurusan kokurikulum. Manakala
kepentingan kajian ini kepada pihak sekolah ialah hasil daripada kajian ini membantu pihak
sekolah mengenalpasti tahap komitmen, pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain ini, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak
sekolah agar kegiatan kokurikulum boleh dilaksanakan dengan lebih dinamik dan berkesan.
Dapatan Kajian
Kajian yang dijalankan ini melibatkan seramai 402 orang guru pembimbing kegiatan
kokurikulum sekolah di negeri Johor daripada 17 buah sekolah yang merangkumi responden
lelaki seramai 136 orang dan responden perempuan seramai 266 orang. Untuk mendapatkan data
kajian ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang terlibat dimana terdapat 45
item soalan mengenai tahap komitmen, tahap pengetahuan, tahap kemahiran merancang,
melaksana, membimbing kegiatan kokurikulum dan membuat penilaian pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Skala likert telah digunakan dalam soal selidik kajian ini dimana satu set senarai
kenyataan yang berbentuk positif dan negatif berhubung dengan sikap individu terhadap sesuatu
perkara.
a) Tahap Kemahiran Guru Membimbing Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Untuk aspek ini, terdapat 5 item pada borang soal selidik iaitu item ke 26 hingga item ke
30. Daripada analisis item 5 ini, item ke 26 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.05
dimana kebanyakkan guru setuju dan sangat setuju untuk menyingkirkan pelajar yang lemah
dalam aktiviti kokurikulum daripada pasukan iaitu masing-masing sebanyak 44.3% dan 36.3%.
Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item 28, iaitu min sebanyak 3.84.
Untuk item ini, peratusan tidak pasti dan setuju adalah sama dimana guru-guru tidak pasti dan
setuju untuk menyenaraikan kemahiran yang belum dikuasai oleh pelajarnya. Namun, terdapat
juga guru yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini dimana senarai kemahiran yang
belum dikuasai oleh pelajar tidak disenaraikannya.
Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 27 iaitu sebanyak
3.54. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa guru tidak bersetuju untuk mengajar
kemahiran sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada tahun
tersebut. Hanya 15.2% dan 9.0 sahaja yang masing bersetuju dan sangat bersetuju untuk
mengajar kemahiran sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada
tahun tersebut.
Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan daripada kajian ini menunjukkan
tahap pengetahuan guru-guru dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap sederhana
manakala dari aspek kemahiran pengurusan tahap guru-guru adalah tinggi. Guru-guru ini adalah
merujuk kepada guru pembimbing kegiatan kokurikulum sekolah di 17 buah sekolah negeri
Johor. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan antara komitmen guru-guru dengan
kemahiran melaksana pengurusan kokurikulum.
b) Tahap Kemahiran Guru Melaksana Aktiviti Kokurikulum
Untuk aspek ini, terdapat 9 item pada borang soal selidik iaitu item ke 31 hingga item ke
39. Daripada analisis 9 item ini, item ke 33 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.63
dimana kebanyakkan guru sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa pelajar perlu mempunyai
kebenaran ibu bapa untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Namun, ada juga dalam kalangan guru
yang sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju kepada item ini iaitu masing-masing
menunjukkan peratusan sebanyak 0.5% dan 0.2%.
Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item 33, iaitu min sebanyak 4.47.
Untuk item ini, kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju bahawa aktiviti kokurikulum
mestilah menyenorokkan kepada pelajar dimana masing-masing peratusan adalah 49.5% dan
48.8%. Namun, terdapat juga sebanyak 0.5% guru yang tidak bersetuju kepada pernyataan ini.
Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 34 iaitu sebanyak
3.89. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 63.9% guru bersetuju kepada pernyataan ini
dimana pelajar diberi peluang untuk membuat rak buku mengikut keupayaan mereka. Namun,
ada juga guru yang sangat tidak bersetuju kepada pernyataan ini iaitu sebanyak 0.7%.
Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi
tahap kemahiran guru melaksana aktiviti kokurikulum berada tahap yang tinggi iaitu min
keseluruhan adalah 4.24.
c) Tahap Kemahiran Guru Membuat Penilaian Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Untuk aspek ini, terdapat 6 item pada borang soal selidik iaitu item ke 40 hingga item ke
45. Daripada analisis 6 item ini, item ke 40 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.22.
Kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa laporan bertulis
mesti dibuat pada setiap perjumpaan kokurikulum dimana masing-masing menunjukkan
peratusan sebanyak 62.9% dan 30.8%.
Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item ke 44, iaitu skor min
sebanyak 4.14. Untuk item ini, kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju bahawa pelajar
yang hadir 100% dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun akan diberi sijil penghargaan dan
hadiah dimana masing-masing peratusan adalah sebanyak 50.7% dan 34.6%. Namun, terdapat
juga sebanyak 1.0% guru yang sangat tidak bersetuju dan 3.2% guru yang tidak bersetuju kepada
pernyataan ini.
Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 42 iaitu sebanyak
3.74. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 61.9% guru bersetuju kepada pernyataan ini
bahawa pelajar-pelajar mereka berjaya membuat folio. Namun, ada juga guru yang tidak pasti
akan pernyataan ini iaitu sebanyak 24.6%.
Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap kemahiran guru membuat penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap
yang tinggi, dimana skor min keseluruhannya ialah 4.02.
Dapatan kajian mendapati nilai kolerasi r, bagi faktor kemahiran membimbing,
melaksana dan membuat penilaian dengan komitmen guru adalah 0.269* untuk membimbing,
diikuti 0.367* untuk melaksana dan 0.387* untuk membuat penilaian terhadap pelajar. Ini
menunjukkan terdapat perkaitan antara kemahiran membimbing, melaksana dan membuat
penilaian dan komitemn guru tetapi kekuatan perkaitan antara kedua tahap ini berada di tahap
yang lemah.
Min pada kemahiran merancang adalah 3.82, membimbing 3.75 dan membuat penilaian
4.02 berada pada tahap tinggi. Ini bermakna secara keseluruhannya, kebanyakkan responden
mempunyai tahap merancang, membimbing dan membuat penilaian pelajar yang tinggi. Namun,
daripada data kolerasi menunjukkan terdapat kaitan antara kemahiran-kemahiran ini dengan
komitmen tetapi kekuatannya adalah di tahap yang lemah.
Dapatan kajian juga mendapati nilai kolerasi r, bagi faktor kemahiran merancang dengan
komitmen guru adalah 0.470*. ini menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran merancang
dan komitmen guru dengan kekuatan perkaitan ditahap sederhana dan mempunyai hubungan
yang kuat.
Kesimpulan – beri pandangan anda
Peranan guru dalam gerak kerja aktiviti kokurikulum amat penting serta memberi
sumbangan yang tinggi dalam pembentukkan keterampilan pelajar. Guru terlibat secara
menyeluruh dalam memantau serta mengawasi pergerakan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
yang dijalankan. Kepesatan globalisasi serta revolusi perindustrian turut terkena tempiasnya
kepada dunia pendidikan. Dalam usaha negara menuju status negara maju menjelang tahun 2020,
pelajar perlu dilengkapi dengan pelbagai aspek kemahiran bukan sahaja dengan pencapaian
akademik semata-mata. Hal ini adalah kerana pelajar merupakan sumber tenaga manusia yang
amat penting dalam memacu pertumbuhan negara. Aspek keterampilan merupakan salah atu
kemahiran yang perlu dilengkapi dalam setiap diri pelajar agar dapat bersaing dengan dunia luar
kelak.
Untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan, guru
pembimbing harus menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum serta
memperoleh sikap positif antaranya ialah memperoleh pengetahuan tentang tatacara pengurusan
organisasi kokurikulum, memperoleh pengetahuan tentang perlembagaan atau peraturan atau
undang-undang terhadap aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai
kemahiran merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelidik pelaporan tentang
aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran hubungan
interpersonal dan kemahiran khusus tentang aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan,
serta kemahiran menilai dan membuat keputusan. Selain itu, guru pembimbing perlu mempunyai
sikap cemerlang yang dapat mengharumkan nama baik sekolah.
Soalan 2
Murid Sekolah Rendah Sungguh Minat dengan Aktiviti Kokurikulum: Bincangkan secara
kritis.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di
sekolah semakin kurang memberansangkan, khususnya jika dinilai dari perspektif pendidikan
bersepadu dan menyeluruh.Walau bagaimanapun, masih terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan
lebih cenderung kepada sekadar memenuhi keperluan dan arahan pentadbiran seperti yang
diprogramkan di dalam takwim sekolah. Isu tentang penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum yang semakin kurang memberangsangkan menjadi perhatian banyak pihak.
Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor yang menjadikan murid kian kurang bergiat
aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Salah satu penyebab yang mendorong kepada permasalahan ini adalah kerana, kelab/
sukan permainan/unit beruniform yang ditubuhkan oleh sekolah tidak menarik perhatian murid.
Kebanyakkan kelab/ sukan permainan yang ditubuhkan adalah sama seperti pembelajaran biasa
di dalam kelas. Sudah tentu keadaan ini menjadikan murid merasa bosan dan jemu kepada
aktiviti pembelajaran yang sama. Contohnya, persatuan yang ditubuhkan ialah persatuan Bahasa
Melayu. Sudah pasti murid tidak dapat merasa kepelbagaian pembelajaran dan berada dalam
kepompong yang sama seperti pembelajaran di dalam kelas. Pada mereka hanya biasa-biasa
sahaja dan bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Pihak sekolah boleh menubuhkan
persatuan/kelab seperti kelab komputer, kelab fotografi, kelab seni dan budaya atau apa-apa jenis
kelab/persatuan yang bagi murid adalah sesuatu yang baru.
Selain itu, murid tidak ada kebebasan untuk memilih jenis kelab/ sukan permainan/unit
beruniform mengikut minat dan kemahiran menjadikan murid tidak menunjukkan minat
terhadap aktiviti kokurikulum. Keadaan ini menjadikan murid hanya dalam keadaan terpaksa
untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sekolah akan memilih
murid secara rawak untuk dimasukkan ke mana-mana kelab/ sukan permainan/unit beruniform
mengikut kepada kekosongan dan untuk mengimbangkan jumlah ahli dalam sesebuah kelab/
sukan permainan/unit beruniform. Ini menjadikan murid berada dalam suatu keadaan yang
terpaksa untuk mengikuti apa juga yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Keadaan ini
bertambah parah apabila pihak sekolah tidak mendapatkan maklumat ke atas murid bagi
mengetahui jenis kelab/ sukan permainan/unit beruniform yang mereka minati dan mahir.
Contohnya, apabila seorang murid yang baru sahaja berpindah ke sekolah barunya, murid
tersebut akan disenaraikan dalam mana-mana kelab/permainan/unit beruniform yang jumlah
ahlinya adalah kurang tanpa mengetahui latar belakang minat dan kemahiran murid tersebut.
Sudah tentu keadaan ini menjadikan bakat yang dimiliki oleh murid tidak dapat dicungkil kerana
tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat yang dimiliki.
Di samping itu juga, faktor kemudahan dan infrastruktur yang lengkap adalah antara
faktor penyumbang kepada minat murid dalam aktiviti ko-kurikulum. Jika kemudahan adalah
lengkap seperti peralatan sukan yang mencukupi, padang yang luas dan sesuai digunapakai, ini
sudah tentu dapat menarik minat murid serta merasa seronok untuk mengikuti pelbagai aktiviti
kokurikulum yang diadakan. Namun, apa yang terjadi di kebanyakkan sekolah terutama di
kawasan pedalaman, kelengkapan kemudahan dan peralatan sukan adalah tidak lengkap dan
rosak. Akibat daripada kekangan kemudahan dan peralatan yang lengkap, aktiviti yang dirancang
tidak dapat dijalankan sepenuhnya menjadikan murid tidak dapat melakukan aktiviti
kokurikulum. Contohnya, kayu hoki yang telah rosak disamping bilangan bola hoki yang sedikit
bagi menampung sejumlah murid dalam mengikuti sukan dan permainan hoki sudah pasti akan
terbantut dan memakan masa yang lama. Keadaan ini lama-kelamaan boleh menimbulkan rasa
malas dan semangat dalam diri murid makin pudar kerana suasana kemudahan sekolah yang
tidak lengkap.
Didapati juga, ada murid sekolah rendah yang kerap kali tidak hadir semasa perjumpaan
diadakan. Ini jelas menunjukkan murid tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti ko-kurikulum
yang dijalankan. Boleh jadi juga murid merasa bosan dengan aktiviti yang tidak bervariasi setiap
kali perjumpaan diadakan menjadikan murid tidak bermotivasi untuk hadir ke perjumpaan yang
diadakan.
Faktor guru juga menyumbang kepada isu murid sekolah rendah tidak berminat dalam
kegiatan kokurikulum. Kekurangan ilmu dan kemahiran guru dalam mengendalikan sesebuah
kelab/ sukan permainan/unit beruniform juga boleh mempengaruhi minat murid dalam kegiatan
kokurikulum. Senario ini terjadi kerana ada sekolah yang mengagihkan guru tanpa mengambil
kira kepakaran dan kemahiran guru tersebut mengikut bidang masing-masing. Akibat daripada
kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan sesebuah kelab/ sukan permainan/unit
beruniform, akhirnya kelab/ sukan permainan/unit beruniform tersebut tidak bergiat aktif dan
hanya dijalankan sekadar memenuhi jadual perjumpaan yang ditetapkan oleh sekolah. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan pula hanya biasa-biasa sahaja mengikut setakat ilmu dan kemahiran yang
dimiliki oleh guru tersebut. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana tiada
kepakaran dan ilmu yang diperlukan. Hal ini menjadikan murid tidak merasa seronok dan bosan
untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana tidak mendapatkan info atau kemahiran
yang sepatutnya.
Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka untuk bergiat aktif
dalam kokurikulum. Pada pandangan sesetengah ibu bapa, aktiviti kokurikulum adalah tidak
penting tetapi pencapaian akademiklah yang perlu ditekankan. Disebabkan murid tidak mendapat
galakan dan sokongan daripada ibu bapa mereka, murid tidak bekeyakinan dan semangat untuk
melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum. Lama-kelamaan minat murid terhadap
aktiviti kokurikulum menjadi pudar.
Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang
menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi
kurikulum di sekolah. Kegiatan ini adalah penting dalam mewujudkan perseimbangan antara
perkembangan mental dan perkembangan sosial serta jasmani para pelajar. Guru-guru yang
memegang amanah hendaklah memberi komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan
kokurikulum kerana kegiatan ini bukan sahaja mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi
dalam kalangan pelajar malah dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar serta
memperkembang bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. Di samping itu, ibu
bapa dan masyarakat pula perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak
sekolah untuk merealisasikan agenda pendidikan ini demi membantu murid-murid dalam proses
pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah serta peluasan
pengetahuan dan pengalaman murid dalam bidang tertentu. Hal ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan malahan
menyemarakkan semangat memasyarakatkan sekolah.
Soalan 3
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK
BUNSIT KENINGAU
TARIKH : 14 – 16 FEBRUARI 2014
HARI : JUMAAT, SABTU & AHAD
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK BUNSIT
ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM
BERSAMA UNIT PENGAKAP SK
BUNSIT
1.0 Pengenalan
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan
juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan
diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu
persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan
kepercayaan internal dan intrapersonal.
Pada tahun ini Unit Kokurikulum bersama unit Pengakap Sekolah Kebangsaan Bunsit
diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan
murid tahap dua. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan
mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat
memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping
menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan
sesama murid dan juga guru-guru.
1.1 Rasional
Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.
Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on
dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-
sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing,
disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara
langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti
perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada
pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan Negara
1.2 Matlamat
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah
mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar,
membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
i. Mencungkil bakat kepimpinan murid.
ii. Melatih sikap bertanggungjawab dan menanam sikap kekeluargaan serta kerjasama
dalam ahli kumpulan.
iii. Membentuk ketahanan fizikal dan mental ahli unit beruniform yang terdiri daripada ahli
Pengakap, ST John dan Tunas Kadet Remaja Sekolah agar mempunyai sikap berdaya
saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan.
iv. Setiap peserta yang menyertai perkhemahan ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti
yang sangat mencabar seperti Jungle trekking, mempelajari ikatan, mengikat dan
menggunakan kain anduh, pertolongan cemas dan ikhtiar hidup (memasak).
v. Setiap pasukan juga terlibat dalam pelbagai aktiviti yang seperti kawad kaki, masakan,
persembahan malam kebudayaan dan memasang khemah.
1.3 Objektif
Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :
i. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
ii. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
iii. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
iv. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula
jadi yang kondusif.
v. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam
bidang kesenian dan kebudayaan.
vi. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan
kehidupun bermoral.
2.0 Jawatankuasa Perkhemahan Peringkat Sekolah
Penaung : Pn. Rozainie Tawik @ Phyllis (Guru Besar SK Bunsit)
Penasihat : Pn Misnah Emor (GPKK Kurikulum)
: En. Donorich Joseph Anson (GPK Hem)
Pengerusi : En. Cheen Allen Jamson (GPKK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Reno Rexy Radius (Kem Komandon)
Pen. Penyelaras : En. Arvinn Cassey Wellfren (Timb. Kem Komandon)
Setiausaha : Pn. Calista Reese Fredoline
Bendahari : Pn. Shanesia Elit
AJK : Pn. Sabatiyah Nanang (Pengakap)
: En. Syafaat Poniman (TKRS)
: Cik Connie Pius (ST John)
2.1 Ahli Jawatan Kuasa
AJK Aktiviti : Pn. Eleryn Jena Ganis
: En. Nick Vrynner
AJK Peralatan : En. Angello Badi
: En. Ag Syahrole
AJK Keselamatan : Pn. Chroline Chrol Posius
: En. Wellfren Anjun
AJK Makan & Minum : Pn. Ansama Lasir
: Pn Fazilah Ahmad
: En. Fahrin Ahmad
AJK Dokumentasi : En. Yahya Salim
: En. Mohktar Samad
AJK Hadiah & Cendermata : Pn. Kamisah Baling
: Pn. Rasidah Muhammad
AJK Disiplin Peserta : Pn. Norita Sahak
: En. Jeffanus Imran
AJK Kerohanian : Ustz. Iqbal Masduki
: Cik Theresa Wong
AJK Pertandingan : Pn. Norlela Abdullah
: En. Hambali Hadun
2.2 Fungsi dan Tanggungjawab
Jawatan Fungsi dan Tanggungjawab
Pengerusi • Membentuk jawatankuasa
• Mempengerusikan mesyuarat
• Merujuk kepada penasihat
Timbalan Pengerusi • Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua
Setiausaha • Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
• Urusan surat menyurat dan borang.
Bendahari • Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata
kewangan berkaitan program.
• Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan
lancar seperti yang sepatutnya
Ketua dan Penolong
Perkhemahan
• Merancang segala pengisian aktiviti.
• Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan
selamat
AJK Peralatan • Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan
untuk program.
• Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak
perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan
keadaan baik seperti asal
AJK Keselamatan • Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
• Memastikan keselamatan para peserta terjamin
disepanjang aktiviti.
• Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya
berlaku kecemasan
AJK Makan dan Minum • Merancang dan menentukan menu makanan
• Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan
jurulatih
• Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan
lancar
AJK Dokumentasi • Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
• Mengambil foto untuk setiap aktiviti.
• Menyediakan laporan perkhemahan dan
dokumentasikan.
• Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan
bahan-bahan untuk didokumentasikan
AJK Hadiah dan
Cenderamata
• Menyediakan hadiah dan cenderamata program
AJK Disiplin Peserta • Mengawal disiplin para peserta sepanjang
perkhemahan.
AJK Rohani • Memimpin para peserta solat berjemaah
• Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib/Kelas moral
2.3 Dokumentasi
Penyertaan
Unit Pengakap TKRS ST John
Ahli Lelaki 17 14 15
Ahli Perempuan 13 16 15
Jumlah 30 30 30
Jumlah keseluruhan 90
Tentatif Perkhemahan
14 Februari 2014 (Jumaat)
Masa Aktiviti
2:00pm – 3:00pm Pendaftaran peserta
3:00pm – 4:00 pm Taklimat oleh ketua Komandon
4:00pm – 4:30 pm Minum petang/Kelas moral/Solat Asar berjemaah
4:30pm – 5:30 pm Mendirikan Khemah
5:30pm – 6:30 pm Mandi/solat/makan
6:30pm – 8:00 pm Solat magrib dan isyak berjemaah
8:00pm – 9:00 pm Kuliah agama/kelas moral
9:00pm – 10:30 pm Night Walk
10:30 pm Tidur
15 Februari 2014 (Sabtu)
Masa Aktiviti
5:00am – 7:00pm Mandi/solat subuh berjemaah/kelas moral/kuliah subuh
7:00am – 7:30 am Senaman pagi
7:30am – 8:00 am Sarapan
8:00am – 11:30 am Membina gajet tripod
11:30am – 2:00 pm Makan tengahari/solat/rehat
2:00pm – 4:00 pm Pertandingan Masakan Rimba
4:00pm – 4:30 pm Kelas moral/Solat Asar berjemaah
4:30pm – 5:30 pm Kemahiran ikatan dan simpulan
5:30pm – 6:30 pm Persediaan makan malam/solat/makan
6:30pm – 8:00 pm Solat magrib dan isyak berjemaah/tazkirah/kelas moral
8:00pm – 10:30 pm Malam kebudayaan
10:30 pm Tidur
16 Februari 2014 (Ahad)
Masa Aktiviti
5:00am – 7:00pm Mandi/solat subuh berjemaah/kelas moral/kuliah subuh
7:00am – 7:30 am Senaman pagi
7:30am – 8:00 am Sarapan
8:00am – 9:30 am Mengemas tapak perkhemahan
9:30am – 11:30 pm Balutan dan Pertolongan Cemas
11:30am – 1:00 pm Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
1:00 pm Bersurai
3.0 Nilai dan kemahiran yang ingin dikembangkan
No Pertandingan Aspek Penyelia
1. Khemah terbaik Pintu, ampaian, rak kasut, pagar, lubang
dan lain-lain
2. Masakan Rimba Menyediakan hidangan sarapan pagi yang
sedap dan menyelerakan
3. Kebudayaan Persembahan yang menarik dan
menyeronokkan
4. Membina Gajet Tripod Cara, ikatan dan kekemasan
5. Keseluruhan terbaik Keseluruhan markah pertandingan
i) Borang Pertandingan Masakan Rimba
Kategori Rasa
(40markah)
Hiasan
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Kebersihan
Dapur
(10 markah)
Jumlah
keseluruhan
Markah
Pengakap
Markah TKRS
Markah
ST John
Tandatangan: ………………………………
ii) Borang Pertandingan Malam Kebudayaan
Kategori Kreativiti
(40markah)
Mesej
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
keseluruhan
Markah
Pengakap
Markah TKRS
Markah
ST John
Tandatangan: ………………………………
iii) Borang Pertandingan Unit Terbaik
Kategori Kebersihan
Khemah
(40markah)
Disiplin
(30 markah)
Kerjasama
(20 markah)
Pakaian
(10 markah)
Jumlah
keseluruhan
Markah
Pengakap
Markah TKRS
Markah
ST John
Tandatangan: ………………………………
4.0 Laporan kegiatan
Tarikh: 14 Februari 2014 (Jumaat)
Tempat: Padang SK Bunsit
Pada jam 2:00 petang, seramai 90 orang peserta telah mendaftar di bangunan PIBG
sekolah untuk mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Setelah selesai
pendaftaran, para peserta beratur mengikut unit-unit masing-masing bagi sesi taklimat
oleh ketua komandon. Kira-kira jam 4:00 petang, para peserta diarahkan untuk
mendirikan khemah masing-masing pada tapak yang telah ditetapkan. Setelah itu, para
peserta menunaikan solat asar manakala peserta bukan beragama islam mengikuti kelas
moral. Selesai solat, peserta diberi masa untuk menyiapkan diri bagi persediaan acara
seterusnya iaitu makan malam, solat maghrib dan isyak berjemaah dan mendengar
tazkirah. Setelah aktiviti kerohanian selesai, aktiviti diteruskan dengan aktiviti night walk
selama 2 jam. Kira-kira 10:30 malam, peserta ke khemah masing-masing untuk tidur.
Tarikh: 15 Februari 2014 (Sabtu)
Aktiviti bermula pada jam 5:00 pagi. Para peserta telah dibangunkan untuk mandi
seterusnya solat subuh berjemaah dan sesi kuliah subuh. Seterusnya, semua peserta
berkumpul di padang untuk mengikuti senaman pagi. Pada jam 7:30 pagi, pasa peserta
bersarapan sebelum mengikuti aktiviti seterusnya iaitu membina gadjet. Pada pukul 12:30
tengahari, para peserta menikmati juadah makan tengahari sebelum aktiviti pada jam 2
dimulakan. Pada jam 2:00 petang, aktiviti ditersukan dengan pertandingan masakan
rimba. Pertandingan memasak rimba ini mengkehendaki para peserta untuk memasak
‘roti lilit’ sebagai hidangan utama kepada para hakim. Setelah itu, para peserta
menunaikan solat asar berjemaah sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu
kemahiran ikatan dan simpulan. Seterusnya, peserta diberi masa untuk menyiapkan diri
bagi persediaan tentatif seterusnya iaitu makan malam, solat maghrib dan isyak
berjemaah dan mendengar tazkirah. Setelah aktiviti kerohanian selesai, aktiviti diteruskan
dengan malam kebudayaan yang menyaksikan kreativiti unit masing-masing berdasarkan
tema patriotik dan unsur kenegaraan. Kira-kira 10:30 malam, peserta ke khemah masing-
masing untuk tidur.
Tarikh: 16 Februari 2014 (Ahad)
Tempat: Padang SK Bunsit
Aktiviti bermula pada jam 5:00 pagi. Para peserta telah dibangunkan untuk mandi
seterusnya solat subuh berjemaah dan sesi kuliah subuh. Seterusnya, semua peserta
berkumpul di padang untuk mengikuti senaman pagi seteresnya bersarapan sebelum
semua peserta diarahkan untuk mengemas tapak perkhemahan. Pada jam 9:30 pagi, para
peserta didedahkan dengan aktiviti balutan dan pertolongan kecemasan. Pada jam 11:30
pagi, majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan. Kira-kira pada jam
1:00 petang, program ini telah tamat.
5.0 Penilaian murid
Borang penilaian dibuat melalui borang yang diedarkan kepada peserta pada akhir setiap
aktiviti . Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk keluar
dari kawasan perkhemahan.
6.0 Refleksi
6.1 Kekuatan
i) Peserta program
Kebanyakkan peserta-perserta yang dipilih adalah dalam kalangan murid yang
mempunyai latar belakang yang baik. Oleh yang demikian, disiplin sepanjang megikuti
perkhemahan adalah mudah di kawal.
ii) Ketua Kem/ penolong Komandan
pemilihan kem komandan dan juga penolong kem komandan yang berpengalaman dalam
merancang dan mengatur aktiviti seumpama ini telah banyak membantu dalam
memastikan aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar.
iii) Kemudahan prasana yang lengkap
Tempat perkhemahan dijalankan sememangnya lengkap dengan kemudahan asas seperti
padang tapak khemah, punca air dan elektrik, tempat beriadah serta tempat aktiviti
dijalankan bagi menampung sejumlah murid. Ini semua dapat membantu dalam
melicinkan perjalanan program ini.
6.2 Kelemahan
i) Khemah Rosak dan tidak berfungsi
Beberapa buah khemah yang telah siap dipasang didapati bocor dan tidak dapat
digunakan. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta kerana perlu
mendirikan khemah yang baru semula.
ii) Tandas dan bilik air yang jauh
Para peserta dan jawatankuasa yang terlibat mengambil masa yang lama untuk ke tandas
dan bilik air kerana kedudukannya yang agak jauh. Sedikit sebanyak ini telah
mengganggu kelancaran perjalanan program yang telah ditetapkan.
6.3 Cadangan Penambahbaikan
i) Pemeriksaaan khemah
Beberapa hari sebelum program dijalankan, AJK penyediaan khemah perlulah membuat
pemeriksaan awal ka atas semua khemah bagi memastikan keadaan khemah tersebut
samada boleh atau tidak digunakan.
ii) Tandas dan bilik air dibina berdekatan
Bilik air dan tandas perlu diambil inisiatif dengan menyediakannya di kawasan
berhampiran perkhemahan bagi menjimatkan masa dari segi pergerakan masa.
Gambar-gambar aktiviti Perkhemahan
Tapak perkhemahan Unit
Beruniform SK Bunsit
Keningau
Para peserta kem
menjamu selera
Sesi taklimat ikatan dan
simpulan diberikan
Pertandingan memasak
mengikut unit masing-
masing
Malam kebudayaan
Ahli berkumpul untuk
membuat laporan setiap
hari sebelum sesuatu
aktiviti dijalankan
Guru-guru yang terlibat
dalam penyediaan makan
dan minum
Aktiviti Balutan dan
pertolongan kecemasan
Rujukan
Akademik dan kegiatan kokurikulum sama penting. (10 Mei 2011). Diperolehi 28
Februari 2014 pada laman http://n9kini.com/akademik-dan-kegiatan-kokurikulum-sama-
penting/
Isu-isu dalam pelaksanaan Kokurikulum. KPM. Diperolehi 28 Februari 2014 pada laman
http://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
Garis panduan Pengurusan Kokurikulum. Diperolehi 28 Februari 2014 pada laman
http://webcache.googleusercontent.com/search?
q=cache:gGYOZazwo8MJ:jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/

More Related Content

What's hot

Komunikasi efektif kepala sekolah
Komunikasi efektif kepala sekolahKomunikasi efektif kepala sekolah
Komunikasi efektif kepala sekolahAgus Nuryana
 
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolah
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolahKepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolah
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolahRachma Wati
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahLiLy Putih
 
2. laporan ptk yunus
2. laporan ptk yunus2. laporan ptk yunus
2. laporan ptk yunusAnwar Sari
 
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013Manajemen Implementasi Kurikulum 2013
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013Afdan Rojabi
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3YunawatiSele2
 
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGPROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGAmin Eko Wulandari
 
Membangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafMembangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafShah Final
 
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...AGUS SETIYONO
 
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAH
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAHPEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAH
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAHNur Arifaizal Basri
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiAGUS SETIYONO
 
Contoh proposal metode survey
Contoh proposal metode surveyContoh proposal metode survey
Contoh proposal metode surveyNank Hamid
 
Pengurusan Sumber : Pusat Sumber
Pengurusan Sumber : Pusat SumberPengurusan Sumber : Pusat Sumber
Pengurusan Sumber : Pusat SumberAddaFiey Jamaludeen
 

What's hot (20)

Komunikasi efektif kepala sekolah
Komunikasi efektif kepala sekolahKomunikasi efektif kepala sekolah
Komunikasi efektif kepala sekolah
 
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolah
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolahKepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolah
Kepemimpinan dalam manajemen berbasis sekolah
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
Jurnal selfi mahmud
Jurnal selfi mahmudJurnal selfi mahmud
Jurnal selfi mahmud
 
Latihan1
Latihan1Latihan1
Latihan1
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
2. laporan ptk yunus
2. laporan ptk yunus2. laporan ptk yunus
2. laporan ptk yunus
 
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013Manajemen Implementasi Kurikulum 2013
Manajemen Implementasi Kurikulum 2013
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
Sele, et al, jurnal pengabdian sinta 3
 
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSGPROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
PROPOSAL PENELITIAN KEBIJAKAN PSG
 
Tugas5
Tugas5Tugas5
Tugas5
 
Membangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafMembangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan staf
 
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
Ejournal 6 kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan kompetensi_karina p...
 
Pos Kepala Sekolah
Pos Kepala SekolahPos Kepala Sekolah
Pos Kepala Sekolah
 
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAH
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAHPEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAH
PEDOMAN BK UNTUK SEKOLAH DASAR DAN MENENGAH
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
Contoh proposal metode survey
Contoh proposal metode surveyContoh proposal metode survey
Contoh proposal metode survey
 
Pengurusan Sumber : Pusat Sumber
Pengurusan Sumber : Pusat SumberPengurusan Sumber : Pusat Sumber
Pengurusan Sumber : Pusat Sumber
 

Viewers also liked

67899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-201167899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-2011MARTIN JANTAI
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulumpyan77
 
Borang pemarkahan unit beruniform
Borang pemarkahan unit beruniformBorang pemarkahan unit beruniform
Borang pemarkahan unit beruniformChristine Monsuil
 
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Mohd Mustakim Kamarudin
 
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6Ijop Poji
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012julianah73
 
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajar
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajarFaedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajar
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajarzeknasir
 
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiPerkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiROSLINDAWATI LIN
 
The living photograph presentation slide
The living photograph presentation slideThe living photograph presentation slide
The living photograph presentation slideTheodora Tang
 
The living photograph
The living photographThe living photograph
The living photographQweeL Ling
 
Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1Cikgu Marzuqi
 

Viewers also liked (13)

67899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-201167899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-2011
 
Assignment kokurikulum
Assignment kokurikulumAssignment kokurikulum
Assignment kokurikulum
 
Borang pemarkahan unit beruniform
Borang pemarkahan unit beruniformBorang pemarkahan unit beruniform
Borang pemarkahan unit beruniform
 
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
Kertas kerja pertandingan memasak 2015 unit beruniform sk lahad datu 3
 
Borang pemarkahan (1)
Borang pemarkahan (1)Borang pemarkahan (1)
Borang pemarkahan (1)
 
TKRS SK Kawat Kaki 1 2015
TKRS SK Kawat Kaki 1 2015TKRS SK Kawat Kaki 1 2015
TKRS SK Kawat Kaki 1 2015
 
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6
Borang penilaian pertandingan terrarium tahun 6
 
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
 
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajar
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajarFaedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajar
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada para pelajar
 
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiPerkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
 
The living photograph presentation slide
The living photograph presentation slideThe living photograph presentation slide
The living photograph presentation slide
 
The living photograph
The living photographThe living photograph
The living photograph
 
Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1
 

Similar to Tugasan ess 222_kak_misnah_

Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdfSitiMaesaroh69255
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionIndra Maniam
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionIndra Maniam
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...AsniyatiHanifahTugas
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN npc3932
 
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiAGUS SETIYONO
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiMbakyu Sarah
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
Evaluasi KTSP
Evaluasi KTSPEvaluasi KTSP
Evaluasi KTSPAnan Nur
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1Call Vano
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranizz7556
 

Similar to Tugasan ess 222_kak_misnah_ (20)

Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
1353-Article Text-3340-1-10-20230131.pdf
 
Jt38 e[5]
Jt38 e[5]Jt38 e[5]
Jt38 e[5]
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm
 
proposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptxproposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptx
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
JURNAL KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL KEPALA SEKOLAH, KINERJA GURU DAN MUTU SE...
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN
 
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
Apriyanti Arifin makalah proceeding SeNdiMat II PPPPTK Matematika, Kamis 27 N...
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwartiEjournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
Ejournal 7 pengaruh kepemimpinan kepala sekolah_sri wahyuni triwarti
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
1 sm
1 sm1 sm
1 sm
 
Evaluasi KTSP
Evaluasi KTSPEvaluasi KTSP
Evaluasi KTSP
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
Definisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiranDefinisi dan konsep pentaksiran
Definisi dan konsep pentaksiran
 
Karya tulids
Karya tulidsKarya tulids
Karya tulids
 

Tugasan ess 222_kak_misnah_

  • 1. TUGASAN MARCH 2014 SEMESTER KOD KURSUS : ESS 222 NAMA KURSUS : KEGIATAN KOKURIKULUM PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : MISNAH EMOR@NUR HIDAYAH NO. MATRIK : E30409120052 FASILITATOR : EN.KASSIM HJ.BUNTAK AKADEMIK PUSAT : AEU ( KOTA KINABALU ) PEMBELAJARAN ESS 222 KEGIATAN KOKURIKULUM Muka Hadapan Tugasan
  • 2. Soalan 1 Baca artikel bertajuk “Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor” oleh Mohammad Najib Abdul Ghafar & Jamaliah Jalaludin. Tujuan Kajian Serta Kepentingan Kajian Kajian komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor yang dijalankan oleh Mohammad Najib Abdul Ghafar dan Jamaliah Jalaludin adalah bertujuan untuk mengkaji kaitan antara tahap komitmen guru-guru dengan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran pengurusan dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor. Sebanyak 17 buah sekolah rendah yang terlibat di dalam kajian ini. Seperti yang kita sedia maklum, pengurusan sekolah merupakan satu proses yang amat penting bagi mencapai matlamat dan tujuan kokurikulum. Maka dengan itu, pengkaji meninjau kemahiran dan pengalaman guru yang sedia ada disamping pengetahuan guru-guru di sekolah rendah dari aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan kokurikulum. Maka dengan itu, melalui kajian ini dapatlah dilihat kemahiran guru dalam pengurusan kokurikulum dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah. Seterusnya, langkah-langkah diambil untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum jika didapati tahap kemahiran guru ditahap yang rendah. Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan kepada dua pihak iaitu kepada guru sekolah dan juga pihak sekolah. Kajian ini membolehkan guru-guru mengenalpasti tahap komitmen, pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, melaksana, membimbing dan menilai pelajar dalam mengurus aktiviti kokurikulum. Maka dengan itu, kelemahan dan kelebihan para guru dapat dikenalpasti semasa guru merancang, melaksana dan membimbing pelajar-pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Seterusnya, kajian ini akan menjadikan guru-guru di sekolah akan lebih memahami tugas-tugas yang perlu dijalankan dalam pengurusan kokurikulum. Manakala kepentingan kajian ini kepada pihak sekolah ialah hasil daripada kajian ini membantu pihak sekolah mengenalpasti tahap komitmen, pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam
  • 3. pengurusan aktiviti kokurikulum. Selain ini, kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak sekolah agar kegiatan kokurikulum boleh dilaksanakan dengan lebih dinamik dan berkesan. Dapatan Kajian Kajian yang dijalankan ini melibatkan seramai 402 orang guru pembimbing kegiatan kokurikulum sekolah di negeri Johor daripada 17 buah sekolah yang merangkumi responden lelaki seramai 136 orang dan responden perempuan seramai 266 orang. Untuk mendapatkan data kajian ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang terlibat dimana terdapat 45 item soalan mengenai tahap komitmen, tahap pengetahuan, tahap kemahiran merancang, melaksana, membimbing kegiatan kokurikulum dan membuat penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Skala likert telah digunakan dalam soal selidik kajian ini dimana satu set senarai kenyataan yang berbentuk positif dan negatif berhubung dengan sikap individu terhadap sesuatu perkara. a) Tahap Kemahiran Guru Membimbing Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Untuk aspek ini, terdapat 5 item pada borang soal selidik iaitu item ke 26 hingga item ke 30. Daripada analisis item 5 ini, item ke 26 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.05 dimana kebanyakkan guru setuju dan sangat setuju untuk menyingkirkan pelajar yang lemah dalam aktiviti kokurikulum daripada pasukan iaitu masing-masing sebanyak 44.3% dan 36.3%. Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item 28, iaitu min sebanyak 3.84. Untuk item ini, peratusan tidak pasti dan setuju adalah sama dimana guru-guru tidak pasti dan setuju untuk menyenaraikan kemahiran yang belum dikuasai oleh pelajarnya. Namun, terdapat juga guru yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini dimana senarai kemahiran yang belum dikuasai oleh pelajar tidak disenaraikannya. Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 27 iaitu sebanyak 3.54. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa guru tidak bersetuju untuk mengajar kemahiran sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada tahun tersebut. Hanya 15.2% dan 9.0 sahaja yang masing bersetuju dan sangat bersetuju untuk mengajar kemahiran sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada tahun tersebut.
  • 4. Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap sederhana manakala dari aspek kemahiran pengurusan tahap guru-guru adalah tinggi. Guru-guru ini adalah merujuk kepada guru pembimbing kegiatan kokurikulum sekolah di 17 buah sekolah negeri Johor. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan antara komitmen guru-guru dengan kemahiran melaksana pengurusan kokurikulum. b) Tahap Kemahiran Guru Melaksana Aktiviti Kokurikulum Untuk aspek ini, terdapat 9 item pada borang soal selidik iaitu item ke 31 hingga item ke 39. Daripada analisis 9 item ini, item ke 33 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.63 dimana kebanyakkan guru sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa pelajar perlu mempunyai kebenaran ibu bapa untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Namun, ada juga dalam kalangan guru yang sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju kepada item ini iaitu masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 0.5% dan 0.2%. Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item 33, iaitu min sebanyak 4.47. Untuk item ini, kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju bahawa aktiviti kokurikulum mestilah menyenorokkan kepada pelajar dimana masing-masing peratusan adalah 49.5% dan 48.8%. Namun, terdapat juga sebanyak 0.5% guru yang tidak bersetuju kepada pernyataan ini. Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 34 iaitu sebanyak 3.89. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 63.9% guru bersetuju kepada pernyataan ini dimana pelajar diberi peluang untuk membuat rak buku mengikut keupayaan mereka. Namun, ada juga guru yang sangat tidak bersetuju kepada pernyataan ini iaitu sebanyak 0.7%. Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi tahap kemahiran guru melaksana aktiviti kokurikulum berada tahap yang tinggi iaitu min keseluruhan adalah 4.24. c) Tahap Kemahiran Guru Membuat Penilaian Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Untuk aspek ini, terdapat 6 item pada borang soal selidik iaitu item ke 40 hingga item ke 45. Daripada analisis 6 item ini, item ke 40 mencatat nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.22. Kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa laporan bertulis
  • 5. mesti dibuat pada setiap perjumpaan kokurikulum dimana masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 62.9% dan 30.8%. Item seterusnya yang mendapat skor min tertinggi ialah item ke 44, iaitu skor min sebanyak 4.14. Untuk item ini, kebanyakkan guru bersetuju dan sangat bersetuju bahawa pelajar yang hadir 100% dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun akan diberi sijil penghargaan dan hadiah dimana masing-masing peratusan adalah sebanyak 50.7% dan 34.6%. Namun, terdapat juga sebanyak 1.0% guru yang sangat tidak bersetuju dan 3.2% guru yang tidak bersetuju kepada pernyataan ini. Item yang mendapat skor min terendah bagi aspek ini ialah item ke 42 iaitu sebanyak 3.74. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa 61.9% guru bersetuju kepada pernyataan ini bahawa pelajar-pelajar mereka berjaya membuat folio. Namun, ada juga guru yang tidak pasti akan pernyataan ini iaitu sebanyak 24.6%. Untuk aspek ini secara min keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru membuat penilaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum berada pada tahap yang tinggi, dimana skor min keseluruhannya ialah 4.02. Dapatan kajian mendapati nilai kolerasi r, bagi faktor kemahiran membimbing, melaksana dan membuat penilaian dengan komitmen guru adalah 0.269* untuk membimbing, diikuti 0.367* untuk melaksana dan 0.387* untuk membuat penilaian terhadap pelajar. Ini menunjukkan terdapat perkaitan antara kemahiran membimbing, melaksana dan membuat penilaian dan komitemn guru tetapi kekuatan perkaitan antara kedua tahap ini berada di tahap yang lemah. Min pada kemahiran merancang adalah 3.82, membimbing 3.75 dan membuat penilaian 4.02 berada pada tahap tinggi. Ini bermakna secara keseluruhannya, kebanyakkan responden mempunyai tahap merancang, membimbing dan membuat penilaian pelajar yang tinggi. Namun, daripada data kolerasi menunjukkan terdapat kaitan antara kemahiran-kemahiran ini dengan komitmen tetapi kekuatannya adalah di tahap yang lemah. Dapatan kajian juga mendapati nilai kolerasi r, bagi faktor kemahiran merancang dengan komitmen guru adalah 0.470*. ini menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran merancang
  • 6. dan komitmen guru dengan kekuatan perkaitan ditahap sederhana dan mempunyai hubungan yang kuat. Kesimpulan – beri pandangan anda Peranan guru dalam gerak kerja aktiviti kokurikulum amat penting serta memberi sumbangan yang tinggi dalam pembentukkan keterampilan pelajar. Guru terlibat secara menyeluruh dalam memantau serta mengawasi pergerakan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Kepesatan globalisasi serta revolusi perindustrian turut terkena tempiasnya kepada dunia pendidikan. Dalam usaha negara menuju status negara maju menjelang tahun 2020, pelajar perlu dilengkapi dengan pelbagai aspek kemahiran bukan sahaja dengan pencapaian akademik semata-mata. Hal ini adalah kerana pelajar merupakan sumber tenaga manusia yang amat penting dalam memacu pertumbuhan negara. Aspek keterampilan merupakan salah atu kemahiran yang perlu dilengkapi dalam setiap diri pelajar agar dapat bersaing dengan dunia luar kelak. Untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan, guru pembimbing harus menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum serta memperoleh sikap positif antaranya ialah memperoleh pengetahuan tentang tatacara pengurusan organisasi kokurikulum, memperoleh pengetahuan tentang perlembagaan atau peraturan atau undang-undang terhadap aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelidik pelaporan tentang aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, menguasai kemahiran hubungan interpersonal dan kemahiran khusus tentang aktiviti kokurikulum yang dipertanggungjawabkan, serta kemahiran menilai dan membuat keputusan. Selain itu, guru pembimbing perlu mempunyai sikap cemerlang yang dapat mengharumkan nama baik sekolah.
  • 7. Soalan 2 Murid Sekolah Rendah Sungguh Minat dengan Aktiviti Kokurikulum: Bincangkan secara kritis. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah semakin kurang memberansangkan, khususnya jika dinilai dari perspektif pendidikan bersepadu dan menyeluruh.Walau bagaimanapun, masih terdapat aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih cenderung kepada sekadar memenuhi keperluan dan arahan pentadbiran seperti yang diprogramkan di dalam takwim sekolah. Isu tentang penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum yang semakin kurang memberangsangkan menjadi perhatian banyak pihak. Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor yang menjadikan murid kian kurang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Salah satu penyebab yang mendorong kepada permasalahan ini adalah kerana, kelab/ sukan permainan/unit beruniform yang ditubuhkan oleh sekolah tidak menarik perhatian murid. Kebanyakkan kelab/ sukan permainan yang ditubuhkan adalah sama seperti pembelajaran biasa di dalam kelas. Sudah tentu keadaan ini menjadikan murid merasa bosan dan jemu kepada aktiviti pembelajaran yang sama. Contohnya, persatuan yang ditubuhkan ialah persatuan Bahasa Melayu. Sudah pasti murid tidak dapat merasa kepelbagaian pembelajaran dan berada dalam kepompong yang sama seperti pembelajaran di dalam kelas. Pada mereka hanya biasa-biasa sahaja dan bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan/kelab seperti kelab komputer, kelab fotografi, kelab seni dan budaya atau apa-apa jenis kelab/persatuan yang bagi murid adalah sesuatu yang baru. Selain itu, murid tidak ada kebebasan untuk memilih jenis kelab/ sukan permainan/unit beruniform mengikut minat dan kemahiran menjadikan murid tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti kokurikulum. Keadaan ini menjadikan murid hanya dalam keadaan terpaksa untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Kebanyakkan sekolah akan memilih
  • 8. murid secara rawak untuk dimasukkan ke mana-mana kelab/ sukan permainan/unit beruniform mengikut kepada kekosongan dan untuk mengimbangkan jumlah ahli dalam sesebuah kelab/ sukan permainan/unit beruniform. Ini menjadikan murid berada dalam suatu keadaan yang terpaksa untuk mengikuti apa juga yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Keadaan ini bertambah parah apabila pihak sekolah tidak mendapatkan maklumat ke atas murid bagi mengetahui jenis kelab/ sukan permainan/unit beruniform yang mereka minati dan mahir. Contohnya, apabila seorang murid yang baru sahaja berpindah ke sekolah barunya, murid tersebut akan disenaraikan dalam mana-mana kelab/permainan/unit beruniform yang jumlah ahlinya adalah kurang tanpa mengetahui latar belakang minat dan kemahiran murid tersebut. Sudah tentu keadaan ini menjadikan bakat yang dimiliki oleh murid tidak dapat dicungkil kerana tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat yang dimiliki. Di samping itu juga, faktor kemudahan dan infrastruktur yang lengkap adalah antara faktor penyumbang kepada minat murid dalam aktiviti ko-kurikulum. Jika kemudahan adalah lengkap seperti peralatan sukan yang mencukupi, padang yang luas dan sesuai digunapakai, ini sudah tentu dapat menarik minat murid serta merasa seronok untuk mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan. Namun, apa yang terjadi di kebanyakkan sekolah terutama di kawasan pedalaman, kelengkapan kemudahan dan peralatan sukan adalah tidak lengkap dan rosak. Akibat daripada kekangan kemudahan dan peralatan yang lengkap, aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan sepenuhnya menjadikan murid tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum. Contohnya, kayu hoki yang telah rosak disamping bilangan bola hoki yang sedikit bagi menampung sejumlah murid dalam mengikuti sukan dan permainan hoki sudah pasti akan terbantut dan memakan masa yang lama. Keadaan ini lama-kelamaan boleh menimbulkan rasa malas dan semangat dalam diri murid makin pudar kerana suasana kemudahan sekolah yang tidak lengkap. Didapati juga, ada murid sekolah rendah yang kerap kali tidak hadir semasa perjumpaan diadakan. Ini jelas menunjukkan murid tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan. Boleh jadi juga murid merasa bosan dengan aktiviti yang tidak bervariasi setiap kali perjumpaan diadakan menjadikan murid tidak bermotivasi untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan. Faktor guru juga menyumbang kepada isu murid sekolah rendah tidak berminat dalam
  • 9. kegiatan kokurikulum. Kekurangan ilmu dan kemahiran guru dalam mengendalikan sesebuah kelab/ sukan permainan/unit beruniform juga boleh mempengaruhi minat murid dalam kegiatan kokurikulum. Senario ini terjadi kerana ada sekolah yang mengagihkan guru tanpa mengambil kira kepakaran dan kemahiran guru tersebut mengikut bidang masing-masing. Akibat daripada kekurangan kemahiran guru dalam mengendalikan sesebuah kelab/ sukan permainan/unit beruniform, akhirnya kelab/ sukan permainan/unit beruniform tersebut tidak bergiat aktif dan hanya dijalankan sekadar memenuhi jadual perjumpaan yang ditetapkan oleh sekolah. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan pula hanya biasa-biasa sahaja mengikut setakat ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh guru tersebut. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana tiada kepakaran dan ilmu yang diperlukan. Hal ini menjadikan murid tidak merasa seronok dan bosan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana tidak mendapatkan info atau kemahiran yang sepatutnya. Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka untuk bergiat aktif dalam kokurikulum. Pada pandangan sesetengah ibu bapa, aktiviti kokurikulum adalah tidak penting tetapi pencapaian akademiklah yang perlu ditekankan. Disebabkan murid tidak mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa mereka, murid tidak bekeyakinan dan semangat untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum. Lama-kelamaan minat murid terhadap aktiviti kokurikulum menjadi pudar. Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum di sekolah. Kegiatan ini adalah penting dalam mewujudkan perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial serta jasmani para pelajar. Guru-guru yang memegang amanah hendaklah memberi komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan kokurikulum kerana kegiatan ini bukan sahaja mewujudkan interaksi dan memperkukuh integrasi dalam kalangan pelajar malah dapat meningkatkan minat dan kemahiran pelajar serta memperkembang bakat pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. Di samping itu, ibu bapa dan masyarakat pula perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah untuk merealisasikan agenda pendidikan ini demi membantu murid-murid dalam proses pengukuhan dan pengayaan ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah serta peluasan pengetahuan dan pengalaman murid dalam bidang tertentu. Hal ini bukan sahaja dapat
  • 10. meningkatkan kecemerlangan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan malahan menyemarakkan semangat memasyarakatkan sekolah. Soalan 3 PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK BUNSIT KENINGAU TARIKH : 14 – 16 FEBRUARI 2014 HARI : JUMAAT, SABTU & AHAD TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK BUNSIT ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM BERSAMA UNIT PENGAKAP SK BUNSIT
  • 11. 1.0 Pengenalan Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini Unit Kokurikulum bersama unit Pengakap Sekolah Kebangsaan Bunsit diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahap dua. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru. 1.1 Rasional Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat- sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
  • 12. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan Negara 1.2 Matlamat Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi. Antara matlamat program ini ialah seperti berikut: i. Mencungkil bakat kepimpinan murid. ii. Melatih sikap bertanggungjawab dan menanam sikap kekeluargaan serta kerjasama dalam ahli kumpulan. iii. Membentuk ketahanan fizikal dan mental ahli unit beruniform yang terdiri daripada ahli Pengakap, ST John dan Tunas Kadet Remaja Sekolah agar mempunyai sikap berdaya saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan. iv. Setiap peserta yang menyertai perkhemahan ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang sangat mencabar seperti Jungle trekking, mempelajari ikatan, mengikat dan menggunakan kain anduh, pertolongan cemas dan ikhtiar hidup (memasak). v. Setiap pasukan juga terlibat dalam pelbagai aktiviti yang seperti kawad kaki, masakan, persembahan malam kebudayaan dan memasang khemah. 1.3 Objektif Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat : i. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. ii. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain. iii. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. iv. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula
  • 13. jadi yang kondusif. v. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan. vi. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun bermoral. 2.0 Jawatankuasa Perkhemahan Peringkat Sekolah Penaung : Pn. Rozainie Tawik @ Phyllis (Guru Besar SK Bunsit) Penasihat : Pn Misnah Emor (GPKK Kurikulum) : En. Donorich Joseph Anson (GPK Hem) Pengerusi : En. Cheen Allen Jamson (GPKK Kokurikulum) Penyelaras : En. Reno Rexy Radius (Kem Komandon) Pen. Penyelaras : En. Arvinn Cassey Wellfren (Timb. Kem Komandon) Setiausaha : Pn. Calista Reese Fredoline Bendahari : Pn. Shanesia Elit AJK : Pn. Sabatiyah Nanang (Pengakap) : En. Syafaat Poniman (TKRS) : Cik Connie Pius (ST John) 2.1 Ahli Jawatan Kuasa AJK Aktiviti : Pn. Eleryn Jena Ganis : En. Nick Vrynner AJK Peralatan : En. Angello Badi : En. Ag Syahrole AJK Keselamatan : Pn. Chroline Chrol Posius : En. Wellfren Anjun
  • 14. AJK Makan & Minum : Pn. Ansama Lasir : Pn Fazilah Ahmad : En. Fahrin Ahmad AJK Dokumentasi : En. Yahya Salim : En. Mohktar Samad AJK Hadiah & Cendermata : Pn. Kamisah Baling : Pn. Rasidah Muhammad AJK Disiplin Peserta : Pn. Norita Sahak : En. Jeffanus Imran AJK Kerohanian : Ustz. Iqbal Masduki : Cik Theresa Wong AJK Pertandingan : Pn. Norlela Abdullah : En. Hambali Hadun 2.2 Fungsi dan Tanggungjawab Jawatan Fungsi dan Tanggungjawab Pengerusi • Membentuk jawatankuasa • Mempengerusikan mesyuarat • Merujuk kepada penasihat Timbalan Pengerusi • Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua Setiausaha • Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan • Urusan surat menyurat dan borang. Bendahari • Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. • Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya
  • 15. Ketua dan Penolong Perkhemahan • Merancang segala pengisian aktiviti. • Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat AJK Peralatan • Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. • Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal AJK Keselamatan • Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. • Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. • Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan AJK Makan dan Minum • Merancang dan menentukan menu makanan • Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih • Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar AJK Dokumentasi • Mencatat segala aktiviti yang berjalan. • Mengambil foto untuk setiap aktiviti. • Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. • Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan AJK Hadiah dan Cenderamata • Menyediakan hadiah dan cenderamata program AJK Disiplin Peserta • Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. AJK Rohani • Memimpin para peserta solat berjemaah • Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib/Kelas moral
  • 16. 2.3 Dokumentasi Penyertaan Unit Pengakap TKRS ST John Ahli Lelaki 17 14 15 Ahli Perempuan 13 16 15 Jumlah 30 30 30 Jumlah keseluruhan 90 Tentatif Perkhemahan 14 Februari 2014 (Jumaat) Masa Aktiviti 2:00pm – 3:00pm Pendaftaran peserta 3:00pm – 4:00 pm Taklimat oleh ketua Komandon 4:00pm – 4:30 pm Minum petang/Kelas moral/Solat Asar berjemaah 4:30pm – 5:30 pm Mendirikan Khemah 5:30pm – 6:30 pm Mandi/solat/makan 6:30pm – 8:00 pm Solat magrib dan isyak berjemaah 8:00pm – 9:00 pm Kuliah agama/kelas moral 9:00pm – 10:30 pm Night Walk 10:30 pm Tidur 15 Februari 2014 (Sabtu) Masa Aktiviti 5:00am – 7:00pm Mandi/solat subuh berjemaah/kelas moral/kuliah subuh 7:00am – 7:30 am Senaman pagi 7:30am – 8:00 am Sarapan 8:00am – 11:30 am Membina gajet tripod
  • 17. 11:30am – 2:00 pm Makan tengahari/solat/rehat 2:00pm – 4:00 pm Pertandingan Masakan Rimba 4:00pm – 4:30 pm Kelas moral/Solat Asar berjemaah 4:30pm – 5:30 pm Kemahiran ikatan dan simpulan 5:30pm – 6:30 pm Persediaan makan malam/solat/makan 6:30pm – 8:00 pm Solat magrib dan isyak berjemaah/tazkirah/kelas moral 8:00pm – 10:30 pm Malam kebudayaan 10:30 pm Tidur 16 Februari 2014 (Ahad) Masa Aktiviti 5:00am – 7:00pm Mandi/solat subuh berjemaah/kelas moral/kuliah subuh 7:00am – 7:30 am Senaman pagi 7:30am – 8:00 am Sarapan 8:00am – 9:30 am Mengemas tapak perkhemahan 9:30am – 11:30 pm Balutan dan Pertolongan Cemas 11:30am – 1:00 pm Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah 1:00 pm Bersurai 3.0 Nilai dan kemahiran yang ingin dikembangkan No Pertandingan Aspek Penyelia 1. Khemah terbaik Pintu, ampaian, rak kasut, pagar, lubang dan lain-lain 2. Masakan Rimba Menyediakan hidangan sarapan pagi yang sedap dan menyelerakan 3. Kebudayaan Persembahan yang menarik dan menyeronokkan 4. Membina Gajet Tripod Cara, ikatan dan kekemasan 5. Keseluruhan terbaik Keseluruhan markah pertandingan i) Borang Pertandingan Masakan Rimba Kategori Rasa (40markah) Hiasan (30 markah) Kerjasama (20 markah) Kebersihan Dapur (10 markah) Jumlah keseluruhan Markah Pengakap
  • 18. Markah TKRS Markah ST John Tandatangan: ……………………………… ii) Borang Pertandingan Malam Kebudayaan Kategori Kreativiti (40markah) Mesej (30 markah) Kerjasama (20 markah) Pakaian (10 markah) Jumlah keseluruhan Markah Pengakap Markah TKRS Markah ST John Tandatangan: ……………………………… iii) Borang Pertandingan Unit Terbaik
  • 19. Kategori Kebersihan Khemah (40markah) Disiplin (30 markah) Kerjasama (20 markah) Pakaian (10 markah) Jumlah keseluruhan Markah Pengakap Markah TKRS Markah ST John Tandatangan: ……………………………… 4.0 Laporan kegiatan Tarikh: 14 Februari 2014 (Jumaat) Tempat: Padang SK Bunsit Pada jam 2:00 petang, seramai 90 orang peserta telah mendaftar di bangunan PIBG sekolah untuk mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam. Setelah selesai pendaftaran, para peserta beratur mengikut unit-unit masing-masing bagi sesi taklimat oleh ketua komandon. Kira-kira jam 4:00 petang, para peserta diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing pada tapak yang telah ditetapkan. Setelah itu, para peserta menunaikan solat asar manakala peserta bukan beragama islam mengikuti kelas moral. Selesai solat, peserta diberi masa untuk menyiapkan diri bagi persediaan acara seterusnya iaitu makan malam, solat maghrib dan isyak berjemaah dan mendengar tazkirah. Setelah aktiviti kerohanian selesai, aktiviti diteruskan dengan aktiviti night walk selama 2 jam. Kira-kira 10:30 malam, peserta ke khemah masing-masing untuk tidur.
  • 20. Tarikh: 15 Februari 2014 (Sabtu) Aktiviti bermula pada jam 5:00 pagi. Para peserta telah dibangunkan untuk mandi seterusnya solat subuh berjemaah dan sesi kuliah subuh. Seterusnya, semua peserta berkumpul di padang untuk mengikuti senaman pagi. Pada jam 7:30 pagi, pasa peserta bersarapan sebelum mengikuti aktiviti seterusnya iaitu membina gadjet. Pada pukul 12:30 tengahari, para peserta menikmati juadah makan tengahari sebelum aktiviti pada jam 2 dimulakan. Pada jam 2:00 petang, aktiviti ditersukan dengan pertandingan masakan rimba. Pertandingan memasak rimba ini mengkehendaki para peserta untuk memasak ‘roti lilit’ sebagai hidangan utama kepada para hakim. Setelah itu, para peserta menunaikan solat asar berjemaah sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu kemahiran ikatan dan simpulan. Seterusnya, peserta diberi masa untuk menyiapkan diri bagi persediaan tentatif seterusnya iaitu makan malam, solat maghrib dan isyak berjemaah dan mendengar tazkirah. Setelah aktiviti kerohanian selesai, aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan yang menyaksikan kreativiti unit masing-masing berdasarkan tema patriotik dan unsur kenegaraan. Kira-kira 10:30 malam, peserta ke khemah masing- masing untuk tidur. Tarikh: 16 Februari 2014 (Ahad) Tempat: Padang SK Bunsit Aktiviti bermula pada jam 5:00 pagi. Para peserta telah dibangunkan untuk mandi seterusnya solat subuh berjemaah dan sesi kuliah subuh. Seterusnya, semua peserta berkumpul di padang untuk mengikuti senaman pagi seteresnya bersarapan sebelum semua peserta diarahkan untuk mengemas tapak perkhemahan. Pada jam 9:30 pagi, para
  • 21. peserta didedahkan dengan aktiviti balutan dan pertolongan kecemasan. Pada jam 11:30 pagi, majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan. Kira-kira pada jam 1:00 petang, program ini telah tamat. 5.0 Penilaian murid Borang penilaian dibuat melalui borang yang diedarkan kepada peserta pada akhir setiap aktiviti . Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk keluar dari kawasan perkhemahan. 6.0 Refleksi 6.1 Kekuatan i) Peserta program Kebanyakkan peserta-perserta yang dipilih adalah dalam kalangan murid yang mempunyai latar belakang yang baik. Oleh yang demikian, disiplin sepanjang megikuti perkhemahan adalah mudah di kawal. ii) Ketua Kem/ penolong Komandan pemilihan kem komandan dan juga penolong kem komandan yang berpengalaman dalam merancang dan mengatur aktiviti seumpama ini telah banyak membantu dalam
  • 22. memastikan aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar. iii) Kemudahan prasana yang lengkap Tempat perkhemahan dijalankan sememangnya lengkap dengan kemudahan asas seperti padang tapak khemah, punca air dan elektrik, tempat beriadah serta tempat aktiviti dijalankan bagi menampung sejumlah murid. Ini semua dapat membantu dalam melicinkan perjalanan program ini. 6.2 Kelemahan i) Khemah Rosak dan tidak berfungsi Beberapa buah khemah yang telah siap dipasang didapati bocor dan tidak dapat digunakan. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta kerana perlu mendirikan khemah yang baru semula. ii) Tandas dan bilik air yang jauh Para peserta dan jawatankuasa yang terlibat mengambil masa yang lama untuk ke tandas dan bilik air kerana kedudukannya yang agak jauh. Sedikit sebanyak ini telah mengganggu kelancaran perjalanan program yang telah ditetapkan. 6.3 Cadangan Penambahbaikan i) Pemeriksaaan khemah Beberapa hari sebelum program dijalankan, AJK penyediaan khemah perlulah membuat pemeriksaan awal ka atas semua khemah bagi memastikan keadaan khemah tersebut samada boleh atau tidak digunakan. ii) Tandas dan bilik air dibina berdekatan
  • 23. Bilik air dan tandas perlu diambil inisiatif dengan menyediakannya di kawasan berhampiran perkhemahan bagi menjimatkan masa dari segi pergerakan masa. Gambar-gambar aktiviti Perkhemahan Tapak perkhemahan Unit Beruniform SK Bunsit Keningau
  • 24. Para peserta kem menjamu selera Sesi taklimat ikatan dan simpulan diberikan Pertandingan memasak mengikut unit masing- masing
  • 25. Malam kebudayaan Ahli berkumpul untuk membuat laporan setiap hari sebelum sesuatu aktiviti dijalankan Guru-guru yang terlibat dalam penyediaan makan dan minum Aktiviti Balutan dan pertolongan kecemasan
  • 26. Rujukan Akademik dan kegiatan kokurikulum sama penting. (10 Mei 2011). Diperolehi 28 Februari 2014 pada laman http://n9kini.com/akademik-dan-kegiatan-kokurikulum-sama- penting/ Isu-isu dalam pelaksanaan Kokurikulum. KPM. Diperolehi 28 Februari 2014 pada laman http://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf Garis panduan Pengurusan Kokurikulum. Diperolehi 28 Februari 2014 pada laman http://webcache.googleusercontent.com/search?