Novel ini menceritakan tentang Sukma, seorang pelajar universiti yang berusaha menyelesaikan misteri kemunculan seorang kanak-kanak di depan rumahnya setiap pukul 6:20 pagi selama dua minggu. Sukma juga cuba mendedahkan aktiviti rahsia kelab malam bernama WX2 yang disyaki menyebarkan fahaman negatif di kalangan remaja. Novel ini mengangkat tema kegigihan seorang anak muda dalam menyelesa
2. Bab 5: Khamis
Sinopsis: Pada pukul 6:20 pagi dua minggu lepas,seorang budak lelaki lingkungan lima tahun
pula berdiri di hadapan pintu pagar rumah Sukma. Dia sudah bersedia kali ini dan sempat
menegur dan bercakap dengan kanak-kanak itu. Apabila ibu Sukma keluar,budak itu takut
lalu melarikan diri. Sudah empat hari berlalu,peristiwa misteri itu membuatkan Sukma
berada dalam keadaan berteka-teki.
Sewaktu mengikuti kuliah,terdapat tugasan berkumpulan tentang isu peperangan
dan penindasan di dunia. Sukma dalam kumpulan yang sama dengan Teja,Alvin,Jerry,dan
ahli baru mereka iaitu Rafiq. Semasa berdiskusi,Alvin bertanya kepada Jerry tentang
kehadirannya di sebuah kelab bernama WX2. Pertanyaan itu membuatkan Jerry berasa
cemas dan tidak tentu arah. Ketika ini barulah Sukma tahu akan aktiviti kelab tersebut yang
dipanggil ‘kotak gelap’ hiburan muzik metal dan ada ruang dipanggil ‘sepi’. Di
situ,sekumpulan anak muda sebayanya mendalami ilmu mencari realiti dan kebebasan. Satu
fahaman baru yang dikhuatiri oleh Sukma boleh menyesatkan golongan remaja.Lebih
mengejutkan lagi apabila Jerry memberitahu bahawa Iskandar juga ada di ‘ruang sepi’ itu.
Satu cabaran untuk Sukma bagi mencari dan membongkar perkara tersebut.
3. Tema:
Kegigihan seorang anak muda dalam menyelesaikan masalah
Persoalan:
(a)Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
-Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri
jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.
(b) Konflik dalam keluarga
-Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dan Sukma
(c)Tanggungjawab seorang sahabat
-Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jer
terancam.
4. Watak dan Perwatakan
(a) Sukma
-Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang
melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar
rumahnya).
-Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).
-Sukma pantang dicabar dan tidak mudah mengalah. Dia berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencari jawapan terhadap kemunculan tetamu-tetamu misteri di hadapn pintu
pagar rumahnya pada pukul 6.20 pagi.
(b) Jerry
-Berusia 19 tahun dan sahabat kepada Sukma
-Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan
-Baik, boleh dipercayai, tidak pernah menyusahkan keluarga dan terlibat dengan kumpulan
WX2
5. Plot
PERMULAAN-Hari Khamis, tepat jam 6:20 pagi, seorang budak lelaki yang
berusia kira-kira lima tahun berdiri di hadapan pintu pagar
rumah Sukma.
PERKEMBANGAN-Sukma sempat bercakap dengannya tetapi dia melarikan
diri sebaik-baik sahaja ibu Sukma keluar dari rumah.
KLIMAKS-Di fakulti, Jerry serba salah apabila Alvin menanyakan tujuannya ke Kelab
WX2, sebuah kelab hiburan yang disebut
"kotak gelap" dengan suatu ruang yang disebut "sepi" untuk
sekumpulan anak muda mendalami ilmu pencarian realiti
dan kebebasan.
PELERAIAN-Jerry memberitahu Sukma bahawa Iskandar turut ada di Kelab WX2
6. Gaya Bahasa
(a)Ayat~Pengarang menggunakan ayat pendek,contohnya:
-”Kelab apa tu?”
-”Dia tu budaklah , ibu”
Nilai
-Rajin~Sukma dan teman-temannya sentiasa mengadakan perbincangan secara
berkumpulan untuk sama sama berkongsi ilmu semasa mengikuti kuliah di kampus.
-Berani~Sukma menunjukkan keberaniannya demi menegakkan kebenarannwalaupun
dia sedar akan bahaya yang boleh menggugat keselamatan dirinya sendiri
-Persahabatan~ikatan persahabatan yang jujur dan ikhlas terjalin antara Sukma dan
rakan-rakannya dan sanggup membantu antara satu sama lain.
7. Pengajaran
-Golongan remaja haruslah mempunyai jati diri yang kukuh dan rajin
menuntut ilmu supaya menjadi bangsa yang bijak serta tidak mudah
terpedaya oleh perkara negatif.
-Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan mengasihi
keluarga.
-Kita mestilah tidak mudah putus asa.