• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Ebook Sempoi Gmail
 

Ebook Sempoi Gmail

on

  • 1,970 views

ebook internet bisnes

ebook internet bisnes

Statistics

Views

Total Views
1,970
Views on SlideShare
1,970
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
89
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ebook Sempoi Gmail Ebook Sempoi Gmail Document Transcript

    • Disclaimer Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan AFFILIATE melalui internet yang juga mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat anda. Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda berjaya dengan mudah dalam perniagaanaffiliate. Banyak yang anda perlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaan perkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahan teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook ini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membaca ebook ini: • Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun • Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana – mana pihak sekalipun • Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk anda. • Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa saja
    • Pengenalan Diri Saya Sebelum saya pergi ‘detail’ mengenai tajuk laporan ini, saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah: • Nama – Jamaluddin Bahari • Umur – 28 tahun • Besday – 23 March 1981 • Tempat tinggal – KL (rumah sewa je) • Kerja – makan gaji di sektor awam • Mula menceburi bisnes internet – Disember 2008 • Bisnes internet – sumber pendapatan sampingan • Income dari internet – RM8k – RM30K sebulan • Pangkalan utama – forum wangcyber.com (komuniti usahawan internet Malaysia) • Laman web yang dimiliki oleh saya - www.kerja-kerajaan.com, - www.rahsiablog.com, - www.rahsiaemas.com, - www.blogjamal.com - www.kerja-kerajaan.com/blog - www.buatebook.com • Produk utama – ebook / produk informasi • Mula menceburi affiliate pada March 2009 • Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu 1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1 2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2 3. PPL kad Bisnes 4. PPL Kuasa Email 5. PPL Youthsays Wan Mus 6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan) 7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar) 8. PPL Russel Brunson (International) 9. BahasaInggeris.Com (Hafiz Lidin) 10. ZeroToHero (Ammar Zahar) 11. Pakar Affiliate (Zamri Nanyan) 12. dan banyak lagi.. • Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 –Nov 2009) – RM30 K • Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu industri perniagaan internet Malaysia • Sasaran – mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun
    • Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook & Affiliate 1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) – 800 unit dalam masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000. 2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com – melebihi 2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih RM60, 000 dari ebook tersebut. 3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya seorang rakan – melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan. 4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook berjaya dijual sehingga ke hari ini. 5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000 dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah terjual dalam tempoh tersebut. 6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM20, 000 dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.
    • Pengenalan Untuk makluman anda, email marketing adalah teknik pemasaran terpantas, mudah dan paling menguntungkan. Tahukan anda dengan hanya sekali klik, seorang yang pakardalam teknik ini mampu mendapat komisyen beribu-ribu ringgit dalam masa yang sangat singkat!! Bunyinya memang mudah, dengan email boleh dapat komisyen yang tinggi! Untuk menjadi seperti itu, anda sebenarnya memerlukan senarai email yang besar dan responsive. Bagaimana untuk mengumpul list email yang besar? Saya rasa saya tidak sesuai nyatakannya di sini lagi kerana apa yang akan saya ajarkan ini adalah perkara asas dahulu. Pada masa akan datang saya akan tunjukkan teknik membina email yang besar ini setelah anda menguasai teknik asas ini. Sudah tentu ianya bebayar nanti. Sebelum itu, saya ingin memberitahu anda bahawa saya baru saja medapat komisyen hampir RM11,000 dengan teknik email marketing ini. Tahukah anda, dengan beberapa kali email saja dihantar, saya berjaya mendapat komisyen lumayan dalam tempoh hanya yang singkat. Tanpa berlengah lagi, mari saya teruskan pembelajaran asas anda. Teknik email marketing yang saya tunjukkan adalah asas dalam promosi produk affiliate melalui akaun gmail anda. Sudah pasti teknik ini sempoi, mudah, dan cepat dilaksanakan. Syaratnya anda perlu rajin beremail la…. Teknik Affiliate Sempoi Dengan Gmail ini terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Ruangan Chatting pada gmail – sambil anda membuka akaun gmail anda tu, anda boleh mempromosikan link affiliate tanpa susah payah. Cuma anda perlu gunakan fungsi status email anda, dan disinilah anda letakkan link affiliate. Ianya hanya berfungsi sekiranya anda online (membuka akaun gmail anda). Walaupun teknik ini dipandang remeh, tapi sebenarnya ia mampu membantu anda mempromosikan link affiliate. Lebih – lebih lagi jika ayat yang anda gunakan mampu menarik perhatian. 2. Penggunaan Signature – Ya, benar. Penggunaan signature pada email yang akan anda hantar amat bermanfaat dalam mempromosikan produk affiliate. Nampak macam susah, tapi mudah saja. Anda hanya perlu ciptakan ayat yang berpengaruh, dan letakkan link affiliate dengannya. Anda hanya perlu sekali saja setting signature email ini dengan meletakkan link affiliate. Apabila anda menghantar email. Ianya akan secara automatik dipaparkan/diterima oleh kenalan anda.
    • 3. Penggunaan vacation responder – Ini adalah email yang dihantar secara automatik setiap kali ada orang menghantar email kepada anda. Mereka akan terima email anda sebaik saja mereka hantar email kepada anda. Email ini memaklumkan kepada penghantar bahawa anda akan dalam percutian/tidak online/ dan akan membalas email mereka dalam masa terdekat. Dengan ayat makluman auto itu juga, anda boleh letakkan promosi affiliate. Jadi, sesiapa saja yang menghantar email kepada anda, akan terima email yang dibalas secara automatic tersebut. Lebih – lebih lagi sekiranya anda menggunakan ayat yang boleh menyebabkan mereka tertanya – tanya. Untuk makluman, dalam promosi affiliate produk Pakar Affiliate, saya ada menggunakan teknik ini dan lebih kurang dalam RM500 berjaya dihasilkan dalam seminggu! 4. Penghantaran artikel/tips – teknik ini merupakan teknik paling efektif dalam pemasaran affiliate. Apa yang anda perlu sediakan adalah artikel promosi/tips berkenaan topik tertentu yang mempunyai kaitan dengan produk affiliate yang anda ingin promosikan. Biasanya ayat promosi ini disediakan oleh penganjur program affiliate. Jika tidak disediakan, anda boleh merekanya sendiri berdasarkan pembacaan di minisites dan juga mendapatkan produk tersebut terlebih dahulu. Walaupun teknik – teknik sebegini simple, tapi ianya mampu membantu anda dalam pemasaran affiliate. Saya sendiri ada juga mendapat hasil dari teknik – teknik affiliate yang sempoi ini. Jom kita terus belajar teknik – tekniknya…
    • Teknik 1: Teknik Chat’s Status 1. Klik seperti di bawah Klik sini dulu
    • 2. Kosongkan (delete) apa – apa ayat yang ada di kotak ini dahulu.. Bagi kosong dulu… 3. Tulis ayat pendek dahulu seperti ini Sebar Duit dan masukkan link affiliate yang ingin anda promosi. Tips: Ayat yang hendak ditulis hendaklah pendek dan ianya adalah berkaitan dengan apa yang anda promosikan. Contohnya, jika anda promot affiliate rahsia emas, takkan la anda guna ayat Sebar Duit. Mungkin anda boleh taip Rahsia Emas ke, Jual Emas ke, Emas Melambung ke atau sebagainya mengikut kekreatifan anda. Taip ayat yang menarik dan letakkan link affiliate anda
    • 4. Dan inilah hasilnya. Apabila rakan anda juga membuka gmailnya, mereka akan terlihat status anda ini. Jadi, ini akan membuatkan mereka akan klik dan membuka link affiliate anda tu. Dan sekiranya mereka mendownload, komisyen akan anda perolehi (dalam contoh ini PPL digunakan)
    • Teknik 2: Teknik Signature 1. Klik setting yang terletak di atas sekali pada akaun gmail anda Klik setting 2. Paparan ini akan dipaparkan
    • 3. Lihat pada signature, ‘tick’ signature seperti paparan di bawah Tick sini 4. Taip ayat yang menarik, dan masukkan link affiliate anda Taip ayat dan masukkan link affiliate p/s: Teruskan ke langkah di muka surat seterusnya..(teknikvacation responder)
    • Teknik 3: vacation responder 1. Sambung saja dari langkah dari muka surat sebelum ini dengan langkah di bawah 1. Tick sini “vacation 2. Taip ayat dan responder on” masukkan link affiliate 3. Klik save changes 2. Dan Inilah hasilnya, dengan teknik signature Signature bermula dari sini hingga ke bawah. Ianya bergantung berapa panjang ayat anda taip Apabila saya menghantar email kepada rakan saya, link affiliate ini di paparkan di ruangan signature. Jika mereka klik dan seterusnya mendownload, anda akan dapat komisyennya
    • 3. Dan hasil dari teknik vacation responder Apabila ada rakan anda hantar email kepada anda, dengan automatik mereka akan terima email vacation responder yang telah anda setting tadi Inilah yang di paparkan apabila rakan anda membuka email di atas. Jika mereka klik dan seterusnya mendownload, anda akan dapat komisyennya
    • 4. Teknik hantar artikel/tips kepada email rakan Kaedah ini adalah satu contoh kaedah paling berkesan dalam promosi produk affiliate. Anda hanya perlu sediakan artikel yang sesuai buat rakan anda, dan emailkannya beserta link affiliate anda. Sebagai contoh, anda tahu rakan anda memerlukan panduan belajar bahasa Inggeris untuk menghadapi temuduganya. Jadi anda rasakan satu ebook yang sesuai boleh disyorkan kepadanya. Sebelum itu, anda ciptalah satu artikel yang bersesuaian dengan dia. Artikel ini anda boleh dapatinya dari program affiliate yang anda sertai. Jika tiada, anda perlu menulisnya sendiri. Cuba lihat contoh ayat promosi affiliate yang saya emailkan kepada senarai kenalan/subscriber saya Salam Marlia, Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye? Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je) Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal Marlia dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan. Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan? Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya. Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan… Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, Marlia akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris.. Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk…. Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut? “Adakah grammarnya? “Adakah komunikasinya? “Adakah pemahamannya? Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah “MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?” Ini bukan bermaksud Marlia perlu mahir atau fasih
    • berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu.. Apa yang dinilai adalah, adakah Marlia faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris… Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya “ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt Abu…”. Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah “Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah Marlia mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat – ingatlah sikit ye……. Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika Marlia ditanya soalan seperti ini “ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)? Please explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti… Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah… Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai.. Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye… Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya… Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas.. Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:) So, apakah persediaan BI Marlia untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah: 1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok 2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas 3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu.. 4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar… 5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu.. 6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni.. 7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:) 8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..
    • 9. dan bermacam – macam cara lagi.. Dengan kemampuan Marlia dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian… Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BI dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan.. Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu Marlia dalam menguasai bahasa Inggeris.. Marlia memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya: http://www.bahasainggeris.com/index.php?ref=kerajaan Sekian saja tips kali ni..jumpa lagi next week..see you soon:) MULA PERKENALKAN Daripada PRODUK. JaMaL - Admin Kerja-kerajaan.com Inilah link affiliate panduan belajar bahasa p/s: dulu saya pernah beli panduan belajar cakap BI iaitu dari inggeris yang saya syorkan Linguaphone dekat RM2 ribu...last - last simpan dalam stor je.. kepada rakan saya. p/s: Masih tercari - cari panduan lengkap untuk temuduga kerja Memandangkan affiliate kerajaan? Lawati www.kerja-kerajaan.com ini jenis PPS, saya akan p/s: terlepas tips - tips temuduga percuma sebelum ni? lawati dapat komisyen 50% jika www.kerja-kerajaan.com/blog rakan saya ini klik dan membeli ebook tersebut Dengan cara ini, anda dilihat untuk membantu rakan anda dengan memberikan info bermanfaat. Dan apabila mereka membaca tips – tips yang anda berikan tersebut, mereka akan rasa teruja dan akan membacanya sehingga tamat. Dan apabila sampai di link affiliate tersebut, mereka akan klik dan seterusnya membuat belian. Dan anda akan terima komisyennya. Dalam promosi anda, jangan lupa nyatakan anda telah: 1. Mendapatkan dan membaca produk tersebut 2. Mendapati banyak kelebihan/faedah dalam produk tersebut 3. Meyakinkan rakan anda bahawa ianya berbaloi 4. Menyuruh pembaca melawat laman web affiliate tersebut.
    • Sekian saja dari saya. Diharap ini dapat membantu. Ikhlas, JaMaL Usahawan Internet Malaysia 014-2976846 Admin www.buatebook.com www.blogjamal.com www.rahsiablog.com www.kerja-kerajaan.com www.rahsiaemas.com www.buatebook.com/skripaffiliate www.buatebook.com/rahsiaaffiliate Jika ada apa-apa soalan – email ke jamal230381@gmail.com atau sms/call saya Dan anda mahu ikuti tips2 bisnes internet? Lawati blog saya www.blogjamal.com Panduan Ini Boleh diberikan PERCUMA kepada sesiapa saja. Tiada masalah. Demi perkongsian ilmu bersama…………………………………. Kata – kata HIKMAT: Setiap Apa Yang Anda Pelajari, Hendaklah Terus Dipraktikkan. Jangan Tunggu Esok, Lusa,..Kelak Anda Juga Yang Rugi…