Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menerangkan ciri-ciri psikometrik ke atas instrumen kajian yang digunakan iaitu Feedback Environment Scale dan Komunikasi Bimbingan yang telah diadaptasi berdasarkan situasi dan keunikan budaya dalam institusi TVET di Malaysia. Secara khusus, kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada persekitaran maklum balas mempengaruhi komunikasi bimbingan tahap tinggi dan tahap rendah secara positif dan signifikan. Sebanyak 411 orang pensyarah politeknik dipilih secara rawak daripada lima buah politeknik mengambil bahagian dalam kajian ini. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diadaptasi daripada instrumen yang digunakan oleh Steelman et al. (2004) dan Heslin et al. (2006). Nilai kebolehpercayaan yang baik telah diperoleh untuk mengukur pandangan pensyarah terhadap tingkah laku pemimpin mereka dalam mewujudkan persekitaran maklum balas dan komunikasi bimbingan di tempat kerja. Keputusan analisis faktor yang diperoleh menerangkan 66.1 peratus dan 88.0 peratus perubahan varians bagi variabel persekitaran maklum balas dan komunikasi bimbingan masing-masing. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berganda linear. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran maklum balas mempengaruhi komunikasi bimbingan. Terdapat tiga aspek persekitaran maklum balas yang dikenal pasti memberi pengaruh ke atas tahap komunikasi bimbingan iaitu kebolehpercayaan sumber maklum balas, maklum balas membina, kualiti maklum balas, dan menggalakkan pencariaan maklum balas. Dapatan ini telah memberi kesedaran kepada pengurusan institusi TVET khususnya dan organisasi pendidikan lain secara amnya untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi bimbingan bagi menjana perubahan dan potensi pengikut secara konsisten dengan mengambil kira aspek-aspek persekitaran maklum balas secara menyeluruh.
Practice of Affect- and Cognition-Based Trust in Education Organization
Persekitaran Maklum Balas Holistik Menjana Komunikasi Bimbingan Efektif dalam Institusi TVET
1. Ying-Leh Ling & Abdul Ghani Kanesan Abdullah
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
4th RCELAM 2015
2. Pendekatan yang lebih
holistik untuk
pendidikan abad ke-21
Menjana modal insan
berkualiti sesuai dengan
gelombang dunia yang
pesat dan mencabar
Bimbingan sebagai
mekanisme berkesan
menghadapi perubahan
personal dan
pembelajaran setiap
hari.
• Memperkasa potensi individu
(Whitmore, 2002).
• Membentuk individu berkeupayaan
mengeluarkan produk (Wilson,
2011).
• Proses kolaboratif meningkatkan
prestasi dan terikat dengan
pembangunan peribadi (Ives, 2008).
Sasaran – mencapai
kadar kebolehpasaran
melebihi 85 peratus.
3. Proses penyaluran maklum balas harian antara
pemimpin dan pengikut selain sesi maklum balas
secara rasmi bagi penilaian prestasi yang
dijalankan.
4. Tahap kepakaran sumber
maklum balas secara
kompeten untuk menilai
tingkah laku kerja.
Apakah matlamat saya?
Apakah perkembangan yang
sedang diusahakan?
Apakah yang perlu
dilaksanakan untuk menjadi
lebih baik?
(Hattie & Timperly, 2007)
Pendekatan secara membina
berasaskan kekuatan pekerja
& bukan kesilapan pekerja.
Akses dan mekanisme
memudahcarakan
pembelajaran pekerja.
Berpuas hati dan dilihat
berguna kepada pekerja.
Kekerapan memberi maklum
balas positif.
Akses kepada pengalaman &
pengetahuan pemimpin boleh
diguna secara maksimum.
Kebolehpercayaan sumber
maklum balas
Kualiti maklum balas
Penyampaian
maklum balas
Ketersediaan sumber
maklum balas
Menggalakkan pencarian
sumber maklum balas
Maklum balas membina
5. Interaksi harian untuk
meningkatkan kemahiran
dengan bantuan individu lain.
(Bacon & Morgeson, 2005)
Elemen komunikasi
mewujudkan kefahaman
antara pengirim dan
penerima.
Komunikasi Bimbingan
Tingkah laku pemimpin terhadap pengikutnya
untuk meningkatkan prestasi kerja melalui
interaksi dua hala dengan mengubah
matlamat menjadi kenyataan melalui
penggunaan beberapa pilihan yang ada
sebelum melaksanakan sesuatu tindakan
secara persetujuan bersama.
Tiga elemen asas (Heslin,
VandeWalle, & Latham, 2006)
• Bimbingan
• Pemudahcaraan
• Inspirasi
6.
7. Sampel & Populasi:
411 orang pensyarah politeknik secara rawak
Instrumen:
Soal selidik diadaptasi daripada
Data Demografi Responden (Bahagian A)
Steelman et al. (2004) (Bahagian B)
Kebolehpercayaan - .934
Heslin et al. (2006) (Bahagian C)
Kebolehpercayaan - .979
8.
9. Tiga variabel kajian:
Persekitaran maklum balas
Komunikasi bimbingan tahap tinggi
Komunikasi bimbingan tahap rendah
10. Analisis faktor kaedah eksploratori bagi 32 item dalam soal selidik persekitaran
maklum balas dilakukan dengan menggunakan analisis prinsipal komponen kaedah
putaran Varimax dan Kaiser Normalization.
Empat faktor telah dikenal pasti menerangkan 66.1% varians keseluruhannya.
Faktor 1: Mutu Maklum Balas - 10 item (Cronbach’s Alpha: .951)
Dua dimensi – Kebolehpercayaan sumber maklum balas & Kualiti maklum balas
Menjelaskan 39.3% varians dalam konstruk itu
Faktor 2: Penyaluran Maklum Balas – 9 item (Cronbach’s Alpha: .901)
Dua dimensi – Penyampaian maklum balas & Ketersediaan sumber maklum balas
Menjelaskan 16.1% varians dalam konstruk itu
Faktor 3: Maklum Balas Membina (Cronbach’s Alpha: .857)
4 item menjelaskan 6.1% varians
Faktor 4: Menggalakkan Pencarian Maklum Balas (2 item) menjelaskan 4.6%
varians (Cronbach’s Alpha: .720)
11. Analisis faktor kaedah eksploratori bagi 13 item dalam soal selidik komunikasi
bimbingan dilakukan dengan menggunakan analisis prinsipal komponen kaedah
putaran Varimax dan Kaiser Normalization.
Tiga faktor telah dikenal pasti menerangkan 88.0% varians keseluruhannya.
Faktor 1: Komunikasi Antara Individu - 8 item (Cronbach’s Alpha: .983)
Dua dimensi – Pemudahcaraan (3 item) dan Inspirasi (5 item)
Menjelaskan 80.5% varians dalam konstruk itu
Faktor 2: Bimbingan Kerja – 3 item (Cronbach’s Alpha: .949)
Menjelaskan 7.5% varians dalam konstruk itu
12. Analisis regresi berganda digunakan ke atas varians komunikasi bimbingan tahap
tinggi dan komunikasi bimbingan tahap rendah.
13. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran maklum balas mempunyai pengaruh
signifikan dan positif ke atas komunikasi bimbingan.
Dapatan ini selaras dengaan ...
Pengikut menggunakan pencarian maklum balas ke atas majikannya sebagai sumber
terbaik untuk mendapat maklum balas berbanding dengan rakan sekerja (Long, Peng,
Wong, & Lau, 2015).
Bimbingan kerja yang berkesan memerlukan maklum balas spesifik, konsisten dan
memberi maklumat ke atas tingkah laku berorientasikan sasaran secara tepat dan proses
yang mendatangkan prestasi (London, 2003; Steelman et al., 2004).
Maklum balas membina tentang prestasi kerja akan mengubah tingkah laku pekerja
(Weber & Weber, 2001).
Kredibiliti pembimbing mempunya hubungan secara positif dengan keberkesanan
bimbingan eksekutif terhadap prestasi kerja (Bozer, Sarros, & Santora, 2014).
14. Dapatan kajian ini menyumbag kepada kajian-kajian empirikal yang menentukan
keberkesanan bimbingan khususnya dalam organisasi pendidikan.
Aspek kredibiliti sumber maklum balas harus diberi penekanan oleh pemimpin
dengan membentuk kepercayaan dengan kliennya untuk menjana perubahan
positif.
Cadangan kajian selanjutnya – “Adakah pembimbing luar organisasi mempunyai
tahap kredibiliti yang lebih tinggi berbanding dengan pemimpin dalam organisasi
dalam meningkatkan potensi individu?”
Sekian.