Your SlideShare is downloading. ×
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Bab 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bab 2

2,192

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,192
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
68
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYUTanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun1. Setelah tentera Jepun berundur, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengisi kekosongan politik dengan menjalankan pemerintahan di Tanah Melayu.2. Keganasan yang dilakukan oleh PKM menyebabkan berlaku huru-hara.Keganasan Empat Belas Hari1. Pemerintahan PKM selama 14 hari dilaksanakan melalui cawangan tenteranya iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga2. MPAJA telah menguasai bandar-bandar dan daerah-daerah penting di seluruh Tanah Melayu serta mengambil alih balai-balai polis dan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan.3. PKM menjalankan undang-undang mereka sendiri dan menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang dianggap telah bekerjasama dengan Jepun.4. Cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi dikenakan ke atas penduduk kampung.5. PKM telah menangkap dan menyeksa orang-orang Melayu yang telah bekerjasama dengan Jepun, kerana dianggap telah menganiaya orang Cina.6. PKM juga merampas harta benda orang kampung dan membunuh mereka yang dianggap bersalah.7. Di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Seorang pegawai daerah yang cuba mengadakan rundingan dengan mereka juga telah dibunuh.8. Di Jelebu, Negeri Sembilan, PKM telah mencemarkan masjid dan surau.9. Di Bakor dan Sungai Manik, Perak, rumah berpenghuni dibakar waktu malam.10. Keganas PKM menyebabkan penduduk kampung bertindak balas sehingga berlaku huru-hara di beberapa tempat.11. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bersatu untuk menyerang bandar Batu Pahat.12. Dato Onn bin Jaafar (pegawai daerah Batu Pahat) berjaya menghalang berlakunya pertumpahan darah di bandar itu.Pentadbiran Tentera British (PTB)1. PTB ialah sebuah pentadbiran tentera yang diperkenalkan oleh British untuk mentadbir Tanah Melayu selepas tentera Jepun berundur pada September 1945.2. PTB adalah pentadbiran peralihan sebelum sebuah kerajaan awam dapat dilaksanakan di Tanah Melayu.3. PTB diketuai oleh Sir Ralph Homes, iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam.4. Kejayaan PTB ialah (a) menghapuskan penguasaan PKM di Tanah Melayu (b) menegakkan undang-undang dan mengembalikan keamanan (c) memujuk PKM dan MPAJA supaya menyerahkan senjata (d) menamatkan pergaduhan antara kaum di kawasan tententu di Tanah Melayu5. Setelah Tanah Melayu aman, British menggantikan PTB dengan Malayan Union.
  • 2. Malayan Union 1. Kerajaan Malayan Union telah diistiharkan oleh British pada 1 April 1946 di Kings (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. 2. Malayan Union (sebuah kerajaan awam) menamatkan PTB. 3. Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent. Tujuan Penubuhan Malayan Union1. Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu yang telah bekerjasama dengan Jepun2. Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British3. Menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi4. Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai tenaga kerja dan pelabur5. Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu dan Asia Tenggara6. Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam7. Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri8. Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan mereka terhadap Tanah melayu Ciri-ciri Malayan Union 1. Tanah Melayu menjadi tanah jajahan mahkota. 2. Sebuah kerajaan yang bercorak kesatuan 3. Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union: (a) Malayan Union terdiri daripada 4 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka. (b) Malayan Union diketuai Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. (c) Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union diwujudkan. (d) Kerakyatan sama rata melalui prinsip jus soli. (e) Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. (f) Pentadbiran setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri. (g) Undang-undang Malayan Union diputuskan di Parlimen British. Struktur Pentadbiran Malayan Union Parlimen British Gabenor Malayan Union Majlis Eksekutif Majlis Undangan Majlis Melayu Pesuruhjaya Negeri-negeri
  • 3. 4. Malayan Union merupakan usaha British untuk memperkukuhkan pengaruh politik dan ekonominya di Tanah Melayu dan merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak ke atas Tanah Melayu oleh British.Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union1. Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union.2. Faktor-faktor penentangan orang Melayu: (a) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu (i) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Melayu tanpa sebarang kuasa. (ii) Baginda kehilangan takhta dan status sebagai ketua orang Melayu (iii)Hak pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor. (b) Terhapusnya tamadun Melavu (i) Tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu dan tulisan Jawi akan terhakis. (ii) Ketuanan Melayu tercabar dan mereka akan kehilangan tanah air. (c) Kerakyatan yang terlalu liberal (i) Status quo orang Melayu sebagai peribumi terancam. (ii) Jumlah orang Melayu menjadi kecil berbanding dengan golongan imigran. (d) Membantah tindakan Sir Harold MacMicheal mendapatkan tandatangan raja (i) Sir Harold MacMichael mengancam menurunkan raja-raja Melayu dari takhta sekiranya membantah Malayan Union. (ii) Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda.3. Walaupun begitu, terdapat sekumpulan kecil orang Melayu yang menyokong Malayan Union. Pertubuhan Melayu Pro-Malay . • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) • Angkatan Pemuda Insaf (API) • Angkatan Wanita Sedar (AWAS) • Barisan Tani Malaya (BATAS)4. PKMM ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Oktober 1945. Presidennya yang pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM.5. Antara alasan pertubuhan-pertubuhan tersebut menyokong Malayan Union ialah: (a) Malayan Union akan menyatukan pentadbiran bagi seluruh Tanah Melayu. (b) Malayan Union akan melahirkan satu pentadbiran, yang tidak berasaskan kepada kuasa raja dan pembesar Melayu. (c) Kerakyatan terbuka (d) Penyatuan pentadbiran agama Islam6. PKM dan Malayan Demokratik Union (MDU) menyokong pendirian pertubuhan- pertubuhan Melayu tersebut.7. MDU merupakan parti politik yang dianggotai golongan berpendidikan Inggeris yang berpusat di Singapura.
  • 4. 8. MDU mencadangkan agar Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.9. Malayan Union disokong golongan imigran kerana kelonggaran kerakyatan.10. Golongan imigran telah bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.Cara Penentangan Orang MelayuPenentangan Secara Individu1. Dato Onn bin Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO) untukmenentang Malayan Union.2. Raja-raja Melayu juga turut terlibat dalam penentangan secara individu kerana dipaksa oleh Harold MacMichael memberi persetujuan menerima Malayan Union.3. Sultan Johor telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London untuk menarik balik persetujuan penubuhan Malayan Union.4. Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R. 0. Winstedt, Sir Frederick Weld, dan Sir Cecil Clementi Smith telah menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.Penentangan Melalui akhbar1. Majlis adalah akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan Union.2. Utusan Melayu menyatakan Malayan Union menjejaskan masa hadapan orang- orang Melayu dan menyeru sultan-sultan Melayu memikirkan semula kesan Malayan Union jika tidak ditentang.3. Warta Negar telah menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union.Penentangan Secara Kolektif1. Orang-orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bahru, Johor Bahru dan Alor Setar.2. Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya termasuklah Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.3. Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram dan surat-surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London untuk menolak gagasan Malayan Union.4. Kongres Melayu Pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, dihadiri oleh 41 persatuan dari seluruh semenanjung Tanah Melayu.5. Kongres tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan United Malays national Organization (UMNO) atau Pertubuhan Me1ayu Bersatu.6. Kongres dipengerusikan Dato Onn bin Jaafar dan dirasmikan oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda juga telah menderma sebanyak $5 000.7. Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 Mac hingga 31 Mac 1946. Tujuan adalah untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.8. 9 orang wakil persatuan-persatuan negeri-negeri Melayu telah menyertai kongres
  • 5. keduayang diadakan di pejabat akhbar Majlis, Kuala Lumpur.9. Kongres Melayu Kedua memutuskan tiga tindakan menentang Malayan Union, iaitu (a) meminta raja-raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama (b) meminta orang-orang Melayu yang dilantik sebagai ahli Majlis-majlis Pentadbiran Malayan Union memulaukan majlis tersebut (c) meminta orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok10. Rapat umum diadakan semasa lawatan L. D. Gammans dan David Rees Williams di bandar-bandar besar pada bulan Mei 1946. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union.11. Orang-orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, dan Georgetown, Pulau Pinang dan membawa sepanduk-sepanduk yang membantah Malayan Union dan MacMichael.12. Di Rembau pula, Halimahton binti Majid telah mengetuai wanita membantah Malayan Union.13. Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union.14. Di Perak, Datin Puteh Mariah pula telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak untuk bergabung dengan kaum lelaki untuk menyokong Kongres Melayu 1946 menentang Malayan Union.15. Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor juga telah ditubuhkan, khususnya untuk menentang Malayan Union.Penubuhan UMNO1. UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor.2. Sebanyak 29 buah persatuan Melayu telah terlibat ddalam penubuhan UMNO.3. Dato Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai presidennya yang pertama.Tujuan Penubuhan UMNO1. UMNO bertujuan untuk menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu.2. UMNO berperanan sebagai penyatu bangsa dan penjana pembangunan sosioekonomi orang-orang Melayu. 1946 1949Menentang Malayan Union Melindungi kedaulatan tanah airMenyatukan orang Melayu Menuntut kemerdekaanMenjaga kepentingan politik dan Berusaha mendirikan sebuah negaraketuanan Melayu MerdekaMemajukan kemajuan orang Melayu Berfungsi sebagai parti siasah untuk menyatukan orang MelayuMelindungi kepentingan orang Melayu Memajukan orang Melayu dari segi:( Belum menuntut Kemerdekaan) a) Siasah c) Kebudayaan b) Kebajikan d) Ikhtisas (ekonomi)Perjuangan Tokoh UMNO1. Tokoh UMNO terlibat dalam pengasasan dan penggubalan perlembagaan UMNO.
  • 6. i) Dato Onn bin Jaafar • Pengasas UMNO dan merupakan presiden UMNO yang pertama (1946-1951). • Mendapat pendidikan di England dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. • Pernah menjadi pegawai tadbir Negeri Johor dan wartawan. • Dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946, selepas berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlakunya pergaduhan kaum. • Orang pertama menyeru perpaduan orang Melayu melalui kongres dan mencadangkanpembentukan sebuah parti politik untuk menentang Malayan Union secara kolektif dan bebas daripada semangat kenegerian. • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu bersama tokoh-tokoh Melayu yang lain. • Sumbangan terbesar ialah menyatukan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu dan mengetuai penentangan Malayan Union. • Menjelajah ke seluruh negara untuk meyakinkan British bahawa orang Melayu membantah Malayan Union bersungguh-sungguh. • Berjaya memujuk Raja-raja Melayu supaya tidak menghadiri upacara pelantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. • Menjadi jawatankuasa penggubal Perlembagaan UMNO 1949. Beliau merujuk perlembagaan parti-parti terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan.ii) Dato’ Panglima Bukit Gantang • Nama sebenarnya ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. • Mendapat pendidikan di Anderson School Ipoh, Perak dan Inner Temple, England. • Menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama. • Menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu 1946 untuk menentang Malayan Union. • Merupakan ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga tahun 1953.iii) Dato’Nik Ahmed Kamil • Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan Ketua UMNO Kelantan. • Mendapat pendidikan di sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Lincolns Inn, London, England. • Merupakan seorang peguam yang bertauliah. • Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948-1955.iv) Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) • Seorang intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu 1946. • Menguruskan persidangan Kongres Melayu 1946. • Mencadangkan perkataan kebangsaan (national) digunakan dalam menamakan UMNO. Dengan itu, United Malays Organization (UMO), cadangan Dato Onn bin Jaafar telah menjadi United Malays National Organization (UMNO).Perjuangan dan Perkembangan UMNO -1. UMNO telah memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang politik,
  • 7. ekonomi, sosial, dan pendidikan. Menyatupadukan Menumbangkan Memperjuangkan orang Melayu Malayan Union ketuanan Melayu Mewujudkan sebuah Perjuangan Memajukan parti politik bercorak pendidikan orang nasional UMNO Melayu Mengusahakan kemajuan Menghapuskan sifat kedaerahan ekonomi dan kebajikan orang dan kenegerian orang Melayu Melayu2. Persidangan-persidangan UMNO telah diadakan di bandar-bandar besar di Tanah Melayu dan dirasmikan oleh Raja-raja Melayu negeri berkenaan.3. Jun 1946, Persidangan Agung UMNO di Ipoh meluluskan bendera UMNO.4. Piagam UMNO 1946 dibentuk sebagai panduan untuk UMNO ini bergerak.5. Pada tahun 1949, Perlembagaan UMNO yang pertama telah diluluskan untuk membolehkan UMNO bergerak sebagaisebuah parti politik.6. Pemilihan Bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh (Jun 1946). Bendera ini dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.7. Bendera UMNO mengandungi empat warna:- • Merah bererti keberanian • Putih bermakna kesucian dan keikhlasan • Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja • Keris berwarna hijau di tengah adalah lambang agama Islam • Keris ini juga melambangkan tamadun Melayu.8. Bendera UMNO telah dikibarkan buat kali pertamanya di mesyuarat agung UMNO kali ketiga di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.9. Awalnya slogan UMNO dicipta oleh Dato Onn bin Jaafar ialah "Hidup Melayu" yang untuk menyatukan ahli-ahli UMNO. Kemudiannya, slogan UMNO ditukar kepada Merdeka pada bulan Mac 1950 di atas cadangan wakil Pemuda UMNO, iaitu Syeikh Gharieb Raub, daripada Bahagian Pemuda Batu Pahat.Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 19481. Malayan Union telah ditentang hebat oleh raja-raja dan rakyat Melayu.2. British terpaksa membubarkan Malayan Union dan membuat dengan orang-orang Melayu untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah MelayuJanuari - Penentangan di seluruh Tanah melayu menunjukkan orang Melayu
  • 8. Mei 1946 menolak Malayan Union Pertemuan Raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar -Mei 1946 Raja-raja Melayu menolak Malayan UnionJun 1946 Rundingan antara British dan UMNO di P. Pinang British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja Melayu dan UMNO Raja-raja Melayu dan UMNO memorandum25 Julai Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pegawai1946 kanan British, wakil raja-raja Melayu dan wakil UMNO Tuntutan Jawatankuasa Eksekutif ♦ Raja-raja dan orang Melayu menolak prinsip dan struktur Malayan Union ♦ Mahukan persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu ♦ Menolak kerakyatan jus soli ♦ Negeri Melayu menjadi negeri naungan ♦ Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri melayu21 Jan Termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu19461 Feb Persekutuan Tanah Melayu dibentuk1946Sebab-sebab British Bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu1. Tidak mahu orang melayu menentang secara kekerasan2. Tidak mahu parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu3. Sikap sederhana orang Melayu dan pemimpin UMNO yang menggunakan Rundingan untuk mencari penyelesaian4. Dasar dekolonisasi BritishCiri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu1. Sebuah persekutuan yang terdiri daripada gabungan 11 buah negeri (9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat) dibentuk2. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan3. Syarat kerakyatan diperketatkan4. Perlindungan istimewa ke atas orang Melayu diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi5. Konsep Raj a Berperlembagaan diperkenalkan6. Majlis Melayu digantikan dengan Majlis Raja-Raja MelayuPerbezaan Antara Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Malayan Union 1946
  • 9. Persekutuan Tanah Melayu Aspek Perbezaan Malayan UnionPesuruhjaya Tinggi British Ketua pentadbiran Gabenor Britishdan Majlis Raja-raja MelayuMajlis Mesyuarat Eksekutif, Kuasa di peringkat pusat Parlimen BritishMajlis Mesyuarat PerundanganPersekutuan dan Majlis Raja-rajaMelayuSultan, Menteri Besar dan Majlis Kuasa di peringkat negeri Pesuruhjaya NegeriMesyuarat Negeri dan Majlis Mesyuarat NegeriSultan Ketua agama Islam dan adat Gabenor BritishBahasa Melayu dan bahasa Inggeris Bahasa pentadbiran Bahasa InggerisPerbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan UnionCara Mendapatkan Malayan Union Persekutuan Tanah MelayuKerakyatanSecara kuatkuasa Jus soli bagi yang Jus soli hanya terbuka kepadaundang-undang dilahirkan di Malayan Rakyat Raja dan Rakyat British Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain Pemohon yang dilahirkan di luar negara tetapi bapanya Rakyat Raja atau Rakyat BritishSecara permohonan Pemohon yang tinggal 5 Pemohon berusia 21 tahun, tiada daripada 7 tahun dari rekod jenayah serta taat kepada tempoh permohonan Rakyat Raja dan Rakyat British Anak angkat pemohon Pemohon berusia 21 tahun, telah yang telah menjadi rakyat tinggal selama 8 daripada 12 Malayan Unoin tahun di Tanah Melayu dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

×