1. Fasa-fasa Bulan
Fasa-fasa Bulan
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap,
terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi
bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari
permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan
terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan
mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap
"Arial", "sans-serif"; font-size: 12pt; line-height: 150%; mso-ansi-language: EN-US;">
Fasa fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya
Matahari yang jatuh ke permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita
cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar
mengelilingi Bumi
Gambar rajah : contoh fasa-fasa bulan dalam sebulan pada bulan May 2009.
Empat fasa bulan utama
Anak bulan/bulan sabit
2. Anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku
apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara
Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika
dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari)
bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan
melalui mata kasar.
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang
kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil
tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari
dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan
dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi,
ataubulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam
longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi.
Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan
tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan
bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar
seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan
bulan dimulai dengan bulan gelap
Bulan purnama
Bulan purnama adalah salah satu fasa bulan di mana bulan terletak di belakang
bumi ditinjau dari matahari.
Karena satu siklus bulan lamanya 29.5 hari, maka bulan purnama biasanya terjadi di
antara hari ke-14 dan 15 dalam kalender lunar.