8. Kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari semasa kejadian Gerhana Matahari
Bumi Bulan Matahari
9. Bayang akan terbentuk apabila sesuatu objek
berada di hadapan satu sumber cahaya.
Contohnya sewaktu kita berada di bawah
sinaran lampu jalan raya. Apabila diamati pada
bayang tersebut, terdapat dua jenis bayang
terbentuk; satu bayang gelap yang digelar
umbra, dan satu bayang separa gelap yang
digelar penumbra.
Konsep yang sama berlaku apabila bulan
melintasi di hadapan matahari (rujuk rajah di
sebelah). Kelihatan lokasi di bumi yang
termasuk dalam bayang umbra dan ada yang
termasuk dalam bayang penumbra. Sesiapa
yang berada dalam bayang umbra akan
melihat gerhana matahari penuh berlaku dan
sesiapa yang berada dalam bayang penumbra,
mereka akan melihat gerhana matahari separa
sahaja.
10. Konsepnya mudah sahaja. Sesiapa yang
berada dalam bayang umbra, maka
akan dapat melihat gerhana matahari
penuh. Manakala sesiapa yang berada
dalam bayang penumbra akan melihat
gerhana matahari separa.
Mengikut rajah di sebelah, kedudukan
bulan-matahari ketika gerhana
matahari cincin ialah bulan berada
lebih dekat dengan matahari yang
menyebabkan bayang umbra terhasil
dan difokus kepada satu titik yang tidak
sampai ke permukaan bumi. Titik fokus
umbra ini akan membentuk satu
bayang baru iaitu bayang antumbra.
Sesiapa yang berada dalam bayang
antumbra akan melihat gerhana
matahari cincin.