1. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
Masa Instruksional
Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti
pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987)
melindungi masa instruksional (MMI) melibatkan 4 elemen :
1. Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid
hadir ke sekolah.
2. Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada
dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan
tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan.
3. Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang
digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan
rekod dan lain-lain)
4. Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah
masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima
instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya
pembelajaran berkesan atau bermakna.