2. Warna dan rasa madu lebah tidak sama menurut daerah atau kawasan tempat lebah itu bersarang. Ada madu lebah yang agak pahit kerana kembang yang disari oleh lebah itu memang pahit. Madu lebah di Arab terkenal paling banyak khasiatnya dan lebih pekat. Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w terdapat bukti yang menguatkan pendapat bahawa madu lebah memang mengandungi ubat
3. Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita tengah berjalan pula melalui liku lekuk jalan hidup yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan, orang dapat tegak lagi. Yang amat sayang ialah jatuh yang tak dapat bangun lagi
4. Orang yang beriman sentiasa sesuai di antara percakapan dengan perbuatannya. Matanya jernih bersinar, sebab tidak dikaburkan oleh keraguan dan kedustaan. Peribadi seorang mukmin tinggi berwibawa, bersinar. Tidak takutkan sesiapa melainkan Allah
5. Orang yang membesarkan diri bukanlah orang besar; manusia itu sama di hadapan Allah; tidak ada seorangpun yang lebih besar daripada yang lain. Manusia yang insaf akan hakikat kelemahan dirinya, tidak akan membesar diri
6. Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima iaitu sakit ketika mengembara; miskin ketika tua; maut pada usia muda; buta setelah melihat dan dilupakan orang setelah disanjungi
7. Agama itu tidak menjadi penghalang kepada orang yang berfikir, bahkan menjadi pembuka fikiran, menyuruh menjalankan akal dan pendapat di dalam segala perkara, dari hal alam dan hal manusia bekas nikmat dan anugerah kekuasaan yang ghaib. Maksud agama ialah merentang jalan , sedang fikiran ialah untuk membanding dan menimbang
8. Kewajipan kita bukan sahaja mencapai kemerdekaan tetapi memiliki kemerdekaan itu buat selam-lamanya kerana sesungguhnya kemerdekaan itu adalah hak setiap bangsa, hak suci, hak abadi, yang tidak dapat dinafikan oleh kekuasaan dunia manapun juga
9. Rasa ingin mempertahankan kehormatan atau menjaga ‘syaraf’ perlu ada dalam pergaulan hidup. Rasa malu atas kejatuhan nama keluarga dan kaum kerana perbuatan sendiri jangan sampai menjadi buah mulut orang