Usul Ms 36 - 38
Yuran PIBG seharusnya dinaikkan untuk tahun berikutnya sejajar dengan sekolah-sekolah lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini adalah RM25 satu keluarga, sewajarnya dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak, bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan sekolah dinikmati oleh semua pelajar.
Majoriti sebulat suara memutuskan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan kehadiran pada tahun lepas (2011) baik. Berikut adalah butir-butir kehadiran ibu bapa ke mesy.agung PIBG : Tahun Bilangan ibu bapa yang hadir Hari mesyuarat diadakan 2009 40 Sabtu 2010 221 Jumaat 2011 156 Jumaat
3.1 Masalah dalam Wilayah ialah masalah kekurangan guru Bahasa Cina. Guru Bahasa Cina yang mengajar  di SMKCS ialah guru sekolah lain dan pengetua guru  tersebut tidak membenarkan guru keluar pada  waktu pagi. Oleh itu, kelas Bahasa Cina dijalankan  bukan mengikut jadual waktu.  Tingkatan 1 pada hari Isnin dan Tingkatan 2 pada hari Khamis  (10 -12 tgh)  di Bilik SAL.  Bagi pelajar Tingkatan 3, 4  dan 5 pula, kelas Bahasa Cina diadakan pada hari  Rabu jam 2.00 hingga 4.00 petang di mana-mana  kelas di blok Tingkatan 4. Pengambilan wajib tidak sama dengan hanya mengambil peperiksaan
4 Kawasan sekolah sempit tidak sesuai untuk membina tempat berteduh dan sekolah hanya bantuan modal. Malah, kawasan tersebut adalah di luar kawasan sekolah iaitu milik DBKL.
5 Kelas Bimbingan terancang adalah kelas tambahan berbayar yang telah bermula pada tahun lalu lagi. Pada tahun ini diadakan pada 23/2/2012 sehingga bulan Julai ( sebelum puasa). Masa ialah pukul 2.00 - 4.30 petang ( hari khamis sekali seminggu). Bayaran yang dikenakan ialah RM60.00 ( sekaligus) dan tiga subjek, iaitu matematik, Sains dan Sejarah. Namun maksimum untuk bilangan pelajar adalah 40 orang pelajar sahaja. Kelas tambahan NADI juga bakal dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak DBKL. Untuk PMR subjek yang ditawarkan ialah B. Melayu, B.Inggeris dan  Matematik manakala bagi SPM ialah Fizik, dan Matematik Tambahan. 2 kelas melibatkan SPM dan PMR dan tarikh dan masa belum ditetapkan lagi.
6 Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan. Usaha untuk membeli bahan-bahan Bahasa Tamil tersebut sedang diproses untuk kebaikan murid-murid.
7 Usaha sedang dijalankan untuk menambahbaikpulih keadaan koperasi agar bilik menjadi lebih selesa.  Antaranya adalah memasang alat penghawa dingin. Pihak Koperasi telah membuat permohonan kepada Angkasa untuk mendapatkan alat penghawa dingin dan berharap dapat memasangnya dengan cepat. Namun, jika pihak Angkasa tidak bersetuju, pihak sekolah akan mencari dana untuk membeli alat penghawa dingin tersebut.
8 Mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas ke atas sumbangan pihak sekolah yang telah membiayai kos membuat cermin mata kepada murid-murid yang telah memohon . Pihak sekolah sentiasa memberi perhatian dan peka kepada masalah murid-murid. Tindakan dan bantuan akan diberikan sedaya upaya untuk memastikan murid-murid berjaya dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
9 Ucapan  terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang baru untuk kemudahan dan keselamatan murid semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap, keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas, saya telah usulkan dan hal ini dibentangkan dalam mesyuarat . Terima kasih kerana memberi usul pada mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk kebaikan bersama.
10 Pihak sekolah telah menghantar surat kepada KTM dan pihak KTM telah datang membuat ujian bunyi untuk masa 24 jam. Tiada tindakan susulan namun pihak sekolah telah memasang chick pada kelas 5A dan 5B bagi mengurangkan kesan bunyi. Kos untuk memasang chick bagi semua kelas memerlukan kos yang tinggi dan oleh itu derma daripada pihak ibu bapa amat dialukan. 19.2 Pihak DBKL telah dimaklumkan dan telah dibersihkan.
11 11.1 Pada tahun lepas terdapat beberapa kelas yang telah menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga beberapa kelas yang tercicir berikutan masalah-masalah tertentu. Antaranya ialah baikpulih makmal komputer. Pemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar. Jadual telah diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb lalu. 11.2 Gelanggang Badminton tidak dapt dibesarkan kerana kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate bagi tahun ini telah dirancang bersama dengan jurulatih dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada latihan semasa bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum tidak memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.
12 Kutipan yuran kelas sebanyak RM4.00 hanya dikutip satu bulan sahaja dan telah dipersetujui oleh majoriti murid. Dana tersebut digunakan untuk keceriaan kelas. Rekod kutipan dan bil pembelian boleh dirujuk kepada Bendahari kelas.
13 Jika seluar sukan tidak boleh digunakan lagi, pelajar boleh memakai seluar yang  sama warna  seluar sukan sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo sekolah di seluar tersebut. Koperasi sekolah telah berusaha mendapat track bottom yang lebih berkualiti tetapi malangnya harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal dikalangan ibubapa yang sanggup menawarkan track bottom yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, sila menghubungi saya.
14 Aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu ialah aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan beruniform hanya dikehendaki berjumpa 10 kali setahun sahaja.  Sekolah menghadapi masalah ruang yang terhad  untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari persekolahan. Di samping itu Tahap kebisingan semasa aktiviti koko akan menganggu proses P & P sesi petang.
15 Terdapat program/ motivasi yang telah dan akan dijalankan untuk murid-murid di bawah unit displin dan kaunseling. Antaranya ialah ceramah oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat) selama 2 jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli kelas yang cenderung ke arah perkara tersebut. Ibu bapa perlu menerapkan role model male female di rumah agar masalah ini dapat dibendung bersama.
16 Pihak sekolah telah membuat beberapa teguran secara lisan dan bertulis kepada pengusaha kantin. 2 surat amaran secara bertulis telah diberikan.
17 Semua aktiviti sekolah yang dirancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua murid dan keperluan memakai pakaian yang sesuai juga telah diumumkan. Contohnya, semasa aktiviti SENAMROBIK pada 11 Februari, semua murid telah diarahkan memakai pakaian PJ pada hari tersebut.
18 Keadaan fizikal kelas memang tidak dapat diubah memandangkan sekolah merupakan sekolah bantuan modal dan bangunan adalah hak milik gereja serta murid-murid tingkatan 2 mempunyai bilangan melebihi 40 orang murid bagi setiap kelas. Namun, kerusi dan meja masih mencukupi. 2 kelas tingkatan 1 telah diberi meja banquet.
19 Selama ini tidak ada aduan tentang saiz stoking.  Namun begitu Koperasi akan berunding dengan pihak pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan untuk tempahan yang berikut. Kemungkinan besar harga stoking akan dinaikkan. Terima kasih. Pihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala di kantin. Aduan pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik
20 Pengawal keselamatan memang menjalankan tugas untuk mengawal keselamatan murid semasa murid lalu lintas balik dan datang ke sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan guru bertugas harian memang ditugaskan untuk memantau murid semasa pergi dan balik  ke sekolah.
21 Semua guru telah diarahkan memberikan nota dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat mengurangkan masa untuk menyalin nota penting dan pihak sekolah akan memantau perkara ini samada dilaksanakan atau tidak oleh guru-guru.
22 Terima kasih atas cadangan yang telah diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos lawatan tersebut. Sekolah ini bukan merupakan sekolah pendidikan khas dan kekurangan tenaga untuk memberikan perhatian yang lebih kepada OKU. Sebagai makluman, sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
 
 
 
 

Usul PIBG

  • 1.
  • 2.
    Yuran PIBG seharusnyadinaikkan untuk tahun berikutnya sejajar dengan sekolah-sekolah lain. Derma PIBG pada tahun sebelum ini adalah RM25 satu keluarga, sewajarnya dinaikkan kepada RM35 bagi seorang anak, bukan satu keluarga. Ini kerana kemudahan sekolah dinikmati oleh semua pelajar.
  • 3.
    Majoriti sebulat suaramemutuskan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari Jumaat memandangkan kehadiran pada tahun lepas (2011) baik. Berikut adalah butir-butir kehadiran ibu bapa ke mesy.agung PIBG : Tahun Bilangan ibu bapa yang hadir Hari mesyuarat diadakan 2009 40 Sabtu 2010 221 Jumaat 2011 156 Jumaat
  • 4.
    3.1 Masalah dalamWilayah ialah masalah kekurangan guru Bahasa Cina. Guru Bahasa Cina yang mengajar di SMKCS ialah guru sekolah lain dan pengetua guru tersebut tidak membenarkan guru keluar pada waktu pagi. Oleh itu, kelas Bahasa Cina dijalankan bukan mengikut jadual waktu. Tingkatan 1 pada hari Isnin dan Tingkatan 2 pada hari Khamis (10 -12 tgh) di Bilik SAL. Bagi pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 pula, kelas Bahasa Cina diadakan pada hari Rabu jam 2.00 hingga 4.00 petang di mana-mana kelas di blok Tingkatan 4. Pengambilan wajib tidak sama dengan hanya mengambil peperiksaan
  • 5.
    4 Kawasan sekolahsempit tidak sesuai untuk membina tempat berteduh dan sekolah hanya bantuan modal. Malah, kawasan tersebut adalah di luar kawasan sekolah iaitu milik DBKL.
  • 6.
    5 Kelas Bimbinganterancang adalah kelas tambahan berbayar yang telah bermula pada tahun lalu lagi. Pada tahun ini diadakan pada 23/2/2012 sehingga bulan Julai ( sebelum puasa). Masa ialah pukul 2.00 - 4.30 petang ( hari khamis sekali seminggu). Bayaran yang dikenakan ialah RM60.00 ( sekaligus) dan tiga subjek, iaitu matematik, Sains dan Sejarah. Namun maksimum untuk bilangan pelajar adalah 40 orang pelajar sahaja. Kelas tambahan NADI juga bakal dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak DBKL. Untuk PMR subjek yang ditawarkan ialah B. Melayu, B.Inggeris dan Matematik manakala bagi SPM ialah Fizik, dan Matematik Tambahan. 2 kelas melibatkan SPM dan PMR dan tarikh dan masa belum ditetapkan lagi.
  • 7.
    6 Hal initelah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan. Usaha untuk membeli bahan-bahan Bahasa Tamil tersebut sedang diproses untuk kebaikan murid-murid.
  • 8.
    7 Usaha sedangdijalankan untuk menambahbaikpulih keadaan koperasi agar bilik menjadi lebih selesa. Antaranya adalah memasang alat penghawa dingin. Pihak Koperasi telah membuat permohonan kepada Angkasa untuk mendapatkan alat penghawa dingin dan berharap dapat memasangnya dengan cepat. Namun, jika pihak Angkasa tidak bersetuju, pihak sekolah akan mencari dana untuk membeli alat penghawa dingin tersebut.
  • 9.
    8 Mengucapkan ribuanterima kasih dan syabas ke atas sumbangan pihak sekolah yang telah membiayai kos membuat cermin mata kepada murid-murid yang telah memohon . Pihak sekolah sentiasa memberi perhatian dan peka kepada masalah murid-murid. Tindakan dan bantuan akan diberikan sedaya upaya untuk memastikan murid-murid berjaya dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  • 10.
    9 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengupah syarikat kawalan keselamatan yang baru untuk kemudahan dan keselamatan murid semasa melintas jalan di hadapan sekolah. Diharap, keadaan ini dapat diteruskan. Pada mesyuarat lepas, saya telah usulkan dan hal ini dibentangkan dalam mesyuarat . Terima kasih kerana memberi usul pada mesyuarat lalu. Tindakan telah diambil untuk kebaikan bersama.
  • 11.
    10 Pihak sekolahtelah menghantar surat kepada KTM dan pihak KTM telah datang membuat ujian bunyi untuk masa 24 jam. Tiada tindakan susulan namun pihak sekolah telah memasang chick pada kelas 5A dan 5B bagi mengurangkan kesan bunyi. Kos untuk memasang chick bagi semua kelas memerlukan kos yang tinggi dan oleh itu derma daripada pihak ibu bapa amat dialukan. 19.2 Pihak DBKL telah dimaklumkan dan telah dibersihkan.
  • 12.
    11 11.1 Padatahun lepas terdapat beberapa kelas yang telah menjalankan kelas komputer manakala terdapat juga beberapa kelas yang tercicir berikutan masalah-masalah tertentu. Antaranya ialah baikpulih makmal komputer. Pemantauan lebih akan dijalankan pada tahun ini bagi memastikan kelas berjalan dengan lancar. Jadual telah diedarkan dan kelas telah pun bermula pada 20 Feb lalu. 11.2 Gelanggang Badminton tidak dapt dibesarkan kerana kekangan ruang kawasan sekolah. Jadual latihan karate bagi tahun ini telah dirancang bersama dengan jurulatih dan diluluskan oleh Pengetua. Hanya tiada latihan semasa bulan puasa. Kehadiran semasa cuti sekolah dan cuti umum tidak memuaskan dan latihan terpaksa dibatalkan.
  • 13.
    12 Kutipan yurankelas sebanyak RM4.00 hanya dikutip satu bulan sahaja dan telah dipersetujui oleh majoriti murid. Dana tersebut digunakan untuk keceriaan kelas. Rekod kutipan dan bil pembelian boleh dirujuk kepada Bendahari kelas.
  • 14.
    13 Jika seluarsukan tidak boleh digunakan lagi, pelajar boleh memakai seluar yang sama warna seluar sukan sekolah (track bottom) dan hanya menampal logo sekolah di seluar tersebut. Koperasi sekolah telah berusaha mendapat track bottom yang lebih berkualiti tetapi malangnya harganya sangat tinggi. Kalau ada pembekal dikalangan ibubapa yang sanggup menawarkan track bottom yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, sila menghubungi saya.
  • 15.
    14 Aktiviti kokurikulumpada hari Sabtu ialah aktiviti badan beruniform sahaja. Setiap badan beruniform hanya dikehendaki berjumpa 10 kali setahun sahaja. Sekolah menghadapi masalah ruang yang terhad untuk menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari persekolahan. Di samping itu Tahap kebisingan semasa aktiviti koko akan menganggu proses P & P sesi petang.
  • 16.
    15 Terdapat program/motivasi yang telah dan akan dijalankan untuk murid-murid di bawah unit displin dan kaunseling. Antaranya ialah ceramah oleh Tryphanae (pelajar yang telah dirawat) selama 2 jam. Pemilihan pelajar untuk ceramah ini adalah berdasarkan kepada terdapat ahli kelas yang cenderung ke arah perkara tersebut. Ibu bapa perlu menerapkan role model male female di rumah agar masalah ini dapat dibendung bersama.
  • 17.
    16 Pihak sekolahtelah membuat beberapa teguran secara lisan dan bertulis kepada pengusaha kantin. 2 surat amaran secara bertulis telah diberikan.
  • 18.
    17 Semua aktivitisekolah yang dirancang telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua murid dan keperluan memakai pakaian yang sesuai juga telah diumumkan. Contohnya, semasa aktiviti SENAMROBIK pada 11 Februari, semua murid telah diarahkan memakai pakaian PJ pada hari tersebut.
  • 19.
    18 Keadaan fizikalkelas memang tidak dapat diubah memandangkan sekolah merupakan sekolah bantuan modal dan bangunan adalah hak milik gereja serta murid-murid tingkatan 2 mempunyai bilangan melebihi 40 orang murid bagi setiap kelas. Namun, kerusi dan meja masih mencukupi. 2 kelas tingkatan 1 telah diberi meja banquet.
  • 20.
    19 Selama initidak ada aduan tentang saiz stoking. Namun begitu Koperasi akan berunding dengan pihak pembekal agar saiz S/M/L/XL dibekalkan untuk tempahan yang berikut. Kemungkinan besar harga stoking akan dinaikkan. Terima kasih. Pihak sekolah sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala di kantin. Aduan pili air di kantin tidak berfungsi adalah tidak berasas. Semua pili air berfungsi dengan baik
  • 21.
    20 Pengawal keselamatanmemang menjalankan tugas untuk mengawal keselamatan murid semasa murid lalu lintas balik dan datang ke sekolah. Begitu juga dengan guru disiplin dan guru bertugas harian memang ditugaskan untuk memantau murid semasa pergi dan balik ke sekolah.
  • 22.
    21 Semua gurutelah diarahkan memberikan nota dalam bentuk isi tempat kosong supaya dapat mengurangkan masa untuk menyalin nota penting dan pihak sekolah akan memantau perkara ini samada dilaksanakan atau tidak oleh guru-guru.
  • 23.
    22 Terima kasihatas cadangan yang telah diberikan. Pihak sekolah ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos lawatan tersebut. Sekolah ini bukan merupakan sekolah pendidikan khas dan kekurangan tenaga untuk memberikan perhatian yang lebih kepada OKU. Sebagai makluman, sekolah masih kekurangan 2 orang guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 24.
  • 25.
  • 26.
  • 27.