SlideShare a Scribd company logo
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
CADANGAN SKRIP JAWAPAN 
SEJARAH 1249/3 
SPM 2014 
BAHAGIAN A: OPEN BOOK TEST 
OLEH 
GURU-GURU SEJARAH 
DAERAH KUALA LANGAT 
Di Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Mata 
Pelajaran Sejarah SPM Daerah Kuala Langat 2014 
8 & 9 Oktober 2014 
SMK Bandar Banting 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 1 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
PANDUAN 
BIL PERINCIAN CATATAN 
1.1 Demokrasi Berparlimen 
Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen 
1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen 
1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan 
1.4 Maksud Sistem Republik 
2.1 Maksud Perlembagaan 
3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan 
3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia 
4 Kepentingan Perlembagaan 
4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan 
4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan 
5.1 Raja Berperlembagaan 
Maksud Raja berperlembagaan 
5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong 
5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong 
6.1 Kuasa Pemerintahan 
Maksud kuasa pemerintahan 
6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif . 
6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat 
6.4 Keahlian Dewan Negara 
6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat 
6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen 
7.1 Badan Pelaksana atau Eksekutif 
Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif 
8.1 Badan Kehakiman 
Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari 
9.1 Pilihan Raya 
Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya 
9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 
9.3 Tujuan Pilihan Raya 
9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia 
9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya 
9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 2 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
9.7 Kempen Pilihan Raya 
9.8 Kepentingan Pilihan Raya 
10.1 Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963. 
Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di 
Malaysia sehingga tahun 1963. 
11.1 Negara Persekutuan 
Maksud/Konsep Negara Persekutuan 
11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran 
Malaysia 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 3 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
1. DEMOKRASI BERPARLIMEN 
1.1 Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen 
Latar Belakang Sistem Demokrasi Berparlimen ialah … 
• Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran 
kerajaan telah diperkemaskan. 
• Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah 
berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 
• Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. 
• Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. 
• Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan 
raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri 
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri 
• Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja 
Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957. 
• Ciri-ciri utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ialah 
Perlembagaaan, Raja berperlembagaan, Parlimen, Pilihanraya, Kuasa 
pemerintahan, Parti-parti politik dan Kebebasan Asasi. 
1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen 
Demokrasi Berparlimen ialah … 
• Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem 
pemerintahan negara 
• Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat 
• Rakyat berpeluang membentuk kerajaan 
• Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya 
• Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang 
sedia ada melalui pilihanraya 
1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan 
Maksud Sistem Raja Berperlembagaan ialah … 
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi. 
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. 
1.4 Maksud Sistem Republik 
Maksud Sistem Republik ialah … 
• Sistem ini menolak institusi beraja. 
• Kerajaan diketuai oleh Presiden. 
• Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. 
• Contoh di Perancis,Korea Selatan, India dan Filipina presiden memegang 
dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara. 
• Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan 
demokrasi berparlimen di Malaysia. 
• Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem 
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. 
• Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. 
• Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui 
peruntukan yang terkandung di dalamnya. 
• Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 
mengandungi 183 perkara. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 4 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan 
persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, 
Jemaah Menteri dan badan kehakiman. 
• Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan 
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah 
negara persekutuan 
• Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, 
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan 
negeri. 
• Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan, 
Senarai Negeri dan senarai Bersama. 
2.1 Maksud Perlembagaan 
Maksud Perlembagaaan ialah … 
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas 
kepada pembentukan sesebuah kerajaan. 
• Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. 
• Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada 
kerajaan 
• Untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan 
Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen 
di Malaysia. 
• Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem 
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. 
• Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. 
• Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui 
peruntukan yang terkandung di dalamnya. 
• Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 
mengandungi 183 perkara. 
• Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan 
persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, 
Jemaah Menteri dan badan kehakiman. 
• Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan 
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah 
negara persekutuan 
• Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, 
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan 
negeri. 
• Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan, 
Senarai Negeri dan senarai Bersama. 
3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan 
Maksud Keluhuran Perlembagaan ialah … 
• Merupakan Prinsip rukun Negara yang ketiga. 
• Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan 
itu sendiri. 
• Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, 
parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah 
• Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan 
Malaysia adalah tidak sah 
• Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan persekutuan. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 5 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Perkara 75 menyatakan undang-undang yang bertentangan dengan 
Perlembagaan persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. 
• Perlembagaan Persekutuan mempruntukkan kuasa kepada mahkamah untuk 
membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau 
bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. 
• Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi 
menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. 
3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia 
Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia ialah … 
• Ketertinggian Perlembagaan dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen, 
kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa Perundangan dan Kebebasan 
asasi. 
• Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan. 
• Yang DiPertuan agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. 
4. Kepentingan Perlembagaan 
Kepentingan Perlembagaan ialah … 
• Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara. 
• Perlembagaan berperanan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. 
• Perlembagaan membantu dalam menjaminkan 
kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan dan kelicinan pentadbiran. 
• Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah. 
• Ini supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi 
rakyat. 
• Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi 
kepada negara. 
• Rakyatnya memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotism 
dapat dibentuk. 
• Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai 
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaannya. 
• Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh 
dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. 
• Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air. 
• Ini bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. 
• Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di 
negara ini. 
• Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti 
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. 
• Ini membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan mereka disisi Undang-undang. 
• Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang 
di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta 
kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. 
• Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatan 
awam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan 
dan perdagangan. 
• Walaupun bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 
tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati . 
• Ini supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 6 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan 
dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan 
Negeri. 
• Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang 
persekutuan dan negeri. 
• Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa 
sebarang perbalahan. 
• Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak boleh 
bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. 
• Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu 
dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. 
• Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia sebelum 
Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 
• Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang 
pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan pembangunan di negeri 
Sarawak dan Sabah. 
4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan 
Sebab-sebab/tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan ialah … 
• Untuk melindungi kepentingan rakyat. 
• Untuk menjaga keselamatan Negara. 
• Untuk melicinkan urusan pentadbiran negara 
• Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa. 
• Untuk menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. 
• Supaya kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. 
• Bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti 
pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa melayu dan hak 
keistimewaan orang melayu. 
• Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan 
seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya seperti 
menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara 
kaum di negara ini. 
• Untuk memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat. 
4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan 
Terdapat empat langkah/ kaedah/ cara pindaan Perlembagaan iaitu … 
• Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan 
Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.Perkara pindaan kaedah pertama 
ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan, 
keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja 
dan Yang di Pertuan Negeri 
• Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan 
Parlimen dan kelulusan Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara 
pindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah 
Tinggi di Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri 
tentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak dan 
Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan perkara perundangan 
dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang 
Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 7 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga Dewan 
Parlimen.Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah 
pindaan terkandung dalam kaedah pertama. 
• Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara 
yang terkandung dalam kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7, 
bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk sumpah,ikrar,pemilihan dan 
persaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaan 
perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, Parlimen boleh 
membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut 
dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga 
boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung 
dengan Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan oleh 
perlembagaan. 
• Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai 
Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen 
antara persekutuan dengan mana-mana negara lain. 
5. RAJA BERPERLEMBAGAAN 
5.1 Maksud Raja berperlembagaan 
Maksud Raja berperlembagaan ialah … 
• Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut 
peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. 
• Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan 
nasihat Perdana Menteri. 
5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong 
Maksud Yang di Pertuan Agong ialah … 
• Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. 
• Yang di pertuan Agong adalah tonggak dan Ketua Utama Negara 
• Yang di Pertuan Agong adalah symbol keutuhan dan perpaduan rakyat. 
5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong 
Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong ialah … 
• Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia 
ialah sebagai ketua negara. 
• Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan 
Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. 
• Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. 
• Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan 
Parlimen. 
• Yang diPertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. 
• Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan 
sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah 
Tentera. 
• Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara 
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. 
• Yang di Pertuan Agong boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu 
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, 
kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 8 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, 
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. 
• Yang di Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik 
Perdana Menteri. 
• Yang di Pertuan Agong berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah 
Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. 
• Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di 
bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. 
• Yang di Pertuan Agong juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli 
Suruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusi 
dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 
• Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan 
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. 
• Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan 
duta-duta negara kita 
6. Kuasa Pemerintahan 
6.1 Maksud kuasa pemerintahan 
Maksud kuasa pemerintahan ialah 
• Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan 
perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan 
kehakiman atau judisiari. 
• Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk 
mengelakkan pembolotan kuasa. 
6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif . 
Maksud Badan Perundangan atau Legislatif ialah … 
• Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan 
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. 
• Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi 
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. 
• Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal 
undang-undang di negara kita. 
• Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan 
Rakyat. 
6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat 
Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat ialah … 
• Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. 
• Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. 
• Ahli Dewan Negara digelar Senator. 
• Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui 
pertandingan dalam pilihanraya. 
• Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. 
• Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. 
• Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. 
• Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 9 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
6.4 Keahlian Dewan Negara 
Keahlian Dewan Negara ialah … 
• Iaitu 26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua 
orang setiap negeri. 
• Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan 
ahli DUN. 
• Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan 
Labuan. 
• 40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu 
yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional. 
• Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. 
• Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan 
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang 
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan 
atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. 
6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat 
Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah … 
• Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh 
rakyat dalam pilihan raya umum. 
• Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan 
pilihan raya di seluruh negara. 
• Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. 
• Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang 
pada peringkat Dewan Rakyat. 
• Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta. 
• Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai 
Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 
6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen 
Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen ialah … 
• Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. 
• Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam 
Negara. 
• Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk 
rang undang-undang sahaja. 
• Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan. 
• Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini 
pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. 
• Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang 
undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke 
Dewan Negara. 
• Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang 
undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama 
seperti di Dewan Rakyat diulangi. . 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 10 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan 
kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan 
cap Mohor Negara. 
• Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini 
dalam Warta Kerajaan. 
7. Badan Pelaksana atau Eksekutif 
7.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif 
Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif ialah … 
• Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet,Jabatan Perdana menteri, 
Kementerian, Jabatan, Perbadanan Awam. 
• Merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. 
• Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. 
• Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan 
dalam semua perkara. 
• Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. 
• Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah 
atau beberapa kementerian. 
• Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, 
merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di 
negara kita. 
• Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua 
perkara. 
• Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan 
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. 
• Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu 
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. 
• Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. 
• Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. 
• Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan 
kerajaan. 
• Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha 
Kementerian. 
• Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan 
pegawai perkhidmatan awam. 
• Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas 
yang ditetapkan oleh kerajaan. 
• Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan 
gelaran Ketua Pengarah. 
• Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, 
negeri dan daerah. 
• Badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. 
• Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai 
kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan 
kewangan tersendiri. 
• Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab 
kepada Menteri yang berkenaan. 
• Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang 
besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah 
rancangan lima tahun kerajaan. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 11 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia 
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut 
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 
• Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan 
pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan 
perkhidmatan awam. 
• Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya 
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan 
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. 
8. Badan Kehakiman 
8.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari 
Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari ialah … 
• Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara 
sivil dan jenayah. 
• Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. 
• Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh 
menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan 
perundangan dan pihak badan pelaksana. 
• Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan 
Perlembagaan Negeri. 
• Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk 
melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. 
• Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, 
mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis 
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 
• Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di 
sisi undang-undang. 
• Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu 
merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. 
• Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. 
• Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan 
keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang 
lebih tinggi. 
• Mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah 
Atasan. 
• Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah 
Sesyen. 
• Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, 
Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah 
Persekutuan. 
• Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana 
Menteri. 
• Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di 
bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan 
Agong. 
• Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa 
sebarang sebab yang munasabah. 
• Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 12 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk 
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. 
• Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. 
• Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi 
kerajaan. 
• Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan 
Kehakiman. 
9. Pilihan Raya 
9.1 Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya 
Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya ialah … 
• Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada 
pada peringkat negeri atau persekutuan. 
• Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan 
teratur. 
• Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. 
• Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. 
• Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. 
• Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di 
Malaysia. 
9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah … 
• Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
• Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding 
dengan Majlis Raja-Raja Melayu. 
• Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil 
dan bebas. 
• Tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. 
• Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian 
pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan 
raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. 
9.3 Tujuan Pilihan Raya 
Tujuan Pilihan Raya ialah … 
• Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli 
Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. 
• Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan 
Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. 
• Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana 
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 
• Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti 
kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. 
• Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung 
Malaysia. 
• Pilihan raya kecil mesti diadakan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas 
kekosongan itu. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 13 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia 
Proses Pilihan Raya di Malaysia ialah … 
• Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan 
Raya (SPR). 
• Penamaan calon. 
• Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. 
• Pelancaran kempen pilihan raya. 
• Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh 
SPR. 
• Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal 
dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. 
• Pembuangan undi. 
• Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan 
memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. 
• Pengiraan undi. 
• Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya. 
9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya 
Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya ialah … 
• Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti 
politik yang mereka gemari. 
• Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. 
• Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah 
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, 
sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam 
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh 
mahkamah. 
• Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen 
atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang 
daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum 
mendapat pengampunan. 
• Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti 
atau atas nama individu sebagai calon bebas. 
• Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan 
calon. 
9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi 
Kelayakan/ Syarat Pengundi ialah … 
• Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya 
didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. 
• Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang 
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana 
kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri 
mengundi dalam pilihanraya tersebut. 
• Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan 
pilihanraya sahaja. 
• Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar 
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui 
pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 14 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
9.7 Kempen Pilihan Raya 
• Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam 
pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang 
bertanding dibenarkan berkempen. 
• Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. 
• SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha 
yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. 
• Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. 
• Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. 
• Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil. 
9.8 Kepentingan Pilihan Raya 
Kepentingan Pilihan Raya ialah … 
• Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan 
demokrasi. 
• Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan 
politik semasa. 
• Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta 
menentukan bentuk kerajaan 
• Menentukan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. 
10. Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963. 
10.1 Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia 
sehingga tahun 1963. 
Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga 
tahun 1963 ialah … 
• Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang 
mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti 
politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran 
keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap 
perjuangan parti. 
• Selain idelogi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pempentukan dan 
penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu 
Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India 
Tanah Melayu(MIC) di Negara kita .Parti-parti ini ditubuhkan dengan 
matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. 
• Malayan Democratic union (MDU), ditubuhkan oleh golongan professional 
Cina pada bulan Disember 1945.MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu 
yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik.Tujuan 
penubuhannya adalah menentang Malayan Union. 
• Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), ditubuhkan pada 11 Mei 
1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. UMNO kemudian 
bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. 
Antara tujuan penubuhan adalah untuk menyatukan orang Melayu 
menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang 
Melayu dan mencapai kemerdekaan. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 15 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
• Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yang 
di-Pertuanya ialah John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjaga 
kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan 
politik bersama-sama kaum lain 
• Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint 
Action (AMCJA), ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada 
bulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan 
setiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentang 
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura dengan 
Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama. 
• Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 
1948 hingga awal tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan 
Kaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. 
Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanah 
Melayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan 
Islam di Tanah Melayu yang merdeka. 
• Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antara 
pengasasnya ialah Tan Cheng Lock, Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik 
(H.S. Lee) dan Leong Yew Koh. Tujuan penubuhan parti ini ialah menjaga 
kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama menentang 
keganasan komunis di Tanah Melayu. 
• Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP), 
diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada bulan Sepetember 1951. Ia 
merupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat sambutan. 
Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan pada 
tahun 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 
1961. 
• Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 di 
Kepala Batas, Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. 
Tujuan penubuhan parti ini pula ialah untuk menubuhkan sebuah negara 
Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara. 
• Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden 
pertamanya ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialah 
menentang keganasan komunis dan merancang kemerdekaan Tanah 
Melayu. 
• Parti Negara, diasaskan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar pada bulan Februari 
1954. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’ Onn 
Ja’afar ingin mendapatkan sokongan semula masyarakat Melayu 
terhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaan 
Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasa 
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 16 Kuala Langat 2014
CADANGAN 
JAWAPAN 
KERTAS 
3 
SPM 
2014 
11. Negara Persekutuan 
11.1 Maksud/Konsep Negara Persekutuan 
Maksud/Konsep Negara Persekutuan ialah … 
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai 
sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. 
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang 
diperuntukkan dalam Pelembagaan Malaysia. 
11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia 
Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia ialah … 
• Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai 
Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama. 
• Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan 
Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. 
• Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan 
luar), pertahanan dan keselamatan dalam negeri. 
• Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan 
negara dan pilihan raya negara. 
• Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan, 
perdagangan dan perusahaan. 
• Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan 
pengangkutan. 
• Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga 
terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. 
• Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak 
di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. 
• Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada 
negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. 
• Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan 
pertanian dan perhutanan. 
• Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan 
perkhidmatan tempatan . 
• Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di 
bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. 
• Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan 
Kerajaan Negeri. 
• Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara. 
• Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai 
bersama. 
• Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan 
haiwan, kesihatan dan kebersihan awam dan parit dan tali air. 
• Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di 
bawah Senarai Bersama. 
Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 17 Kuala Langat 2014

More Related Content

What's hot

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
ciklaili. com
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Tuisyen Geliga
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Guru Sejarah
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Then Moli
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniMENAGA -
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia
dka1a2015
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 
K3 SEJ SPM 2014
K3 SEJ SPM 2014K3 SEJ SPM 2014
K3 SEJ SPM 2014
isharsmiaa
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di Malaysia
Fifii Ridzuan
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7far84
 

What's hot (16)

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
 
Kertas 3 johor 2014
Kertas 3   johor 2014Kertas 3   johor 2014
Kertas 3 johor 2014
 
Kertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkiniKertas 3-kg-gelam-terkini
Kertas 3-kg-gelam-terkini
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
K3 SEJ SPM 2014
K3 SEJ SPM 2014K3 SEJ SPM 2014
K3 SEJ SPM 2014
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di Malaysia
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7
 
Bab 1-bab-9 sejarah (form5)
Bab 1-bab-9 sejarah (form5)Bab 1-bab-9 sejarah (form5)
Bab 1-bab-9 sejarah (form5)
 

Similar to Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Tuisyen Geliga
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
SHUMJINGFUN
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Guru Sejarah
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
Marzuq Ismail
 
Bab 3 3.5.pptx
Bab 3  3.5.pptxBab 3  3.5.pptx
Bab 3 3.5.pptx
HANISAHBINTIISMAILMo
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
eowyy
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan
DAYANGNORAYUNI1
 
bab 3 3.5.pptx
bab 3  3.5.pptxbab 3  3.5.pptx
bab 3 3.5.pptx
HanaAnne2
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Rathnaa Wayy
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 

Similar to Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat (20)

Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Bab 3 3.5.pptx
Bab 3  3.5.pptxBab 3  3.5.pptx
Bab 3 3.5.pptx
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
kajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptxkajian kes sejarah alif.pptx
kajian kes sejarah alif.pptx
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan
 
bab 3 3.5.pptx
bab 3  3.5.pptxbab 3  3.5.pptx
bab 3 3.5.pptx
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 

More from Mohd Muzlimi Junoh

Id pelajar dan ibu bapa 2016
Id pelajar  dan ibu bapa 2016Id pelajar  dan ibu bapa 2016
Id pelajar dan ibu bapa 2016
Mohd Muzlimi Junoh
 
Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®Mohd Muzlimi Junoh
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yesPt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yesMohd Muzlimi Junoh
 

More from Mohd Muzlimi Junoh (17)

Id pelajar dan ibu bapa 2016
Id pelajar  dan ibu bapa 2016Id pelajar  dan ibu bapa 2016
Id pelajar dan ibu bapa 2016
 
Kertas 3 sabah 2014
Kertas 3   sabah  2014Kertas 3   sabah  2014
Kertas 3 sabah 2014
 
Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014
 
Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014
 
Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014
 
Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014
 
Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yesPt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
 
Hem
HemHem
Hem
 
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3
 

Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat

  • 1. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 CADANGAN SKRIP JAWAPAN SEJARAH 1249/3 SPM 2014 BAHAGIAN A: OPEN BOOK TEST OLEH GURU-GURU SEJARAH DAERAH KUALA LANGAT Di Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Mata Pelajaran Sejarah SPM Daerah Kuala Langat 2014 8 & 9 Oktober 2014 SMK Bandar Banting Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 1 Kuala Langat 2014
  • 2. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 PANDUAN BIL PERINCIAN CATATAN 1.1 Demokrasi Berparlimen Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen 1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen 1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan 1.4 Maksud Sistem Republik 2.1 Maksud Perlembagaan 3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan 3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia 4 Kepentingan Perlembagaan 4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan 4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan 5.1 Raja Berperlembagaan Maksud Raja berperlembagaan 5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong 5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong 6.1 Kuasa Pemerintahan Maksud kuasa pemerintahan 6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif . 6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat 6.4 Keahlian Dewan Negara 6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat 6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen 7.1 Badan Pelaksana atau Eksekutif Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif 8.1 Badan Kehakiman Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari 9.1 Pilihan Raya Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya 9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 9.3 Tujuan Pilihan Raya 9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia 9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya 9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 2 Kuala Langat 2014
  • 3. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 9.7 Kempen Pilihan Raya 9.8 Kepentingan Pilihan Raya 10.1 Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963. Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963. 11.1 Negara Persekutuan Maksud/Konsep Negara Persekutuan 11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 3 Kuala Langat 2014
  • 4. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 1. DEMOKRASI BERPARLIMEN 1.1 Latar belakang Sistem Demokrasi Berparlimen Latar Belakang Sistem Demokrasi Berparlimen ialah … • Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. • Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. • Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. • Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. • Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri • Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri • Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957. • Ciri-ciri utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ialah Perlembagaaan, Raja berperlembagaan, Parlimen, Pilihanraya, Kuasa pemerintahan, Parti-parti politik dan Kebebasan Asasi. 1.2 Maksud Demokrasi Berparlimen Demokrasi Berparlimen ialah … • Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara • Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat • Rakyat berpeluang membentuk kerajaan • Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya • Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya 1.3 Maksud Sistem Raja Berperlembagaan Maksud Sistem Raja Berperlembagaan ialah … • Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi. • Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. 1.4 Maksud Sistem Republik Maksud Sistem Republik ialah … • Sistem ini menolak institusi beraja. • Kerajaan diketuai oleh Presiden. • Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. • Contoh di Perancis,Korea Selatan, India dan Filipina presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara. • Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. • Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. • Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. • Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. • Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 4 Kuala Langat 2014
  • 5. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. • Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan • Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri. • Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama. 2.1 Maksud Perlembagaan Maksud Perlembagaaan ialah … • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. • Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. • Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan • Untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. • Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. • Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. • Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. • Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara. • Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri,institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. • Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan • Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri. • Perlembagaaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama. 3.1 Maksud Keluhuran perlembagaan Maksud Keluhuran Perlembagaan ialah … • Merupakan Prinsip rukun Negara yang ketiga. • Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. • Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah • Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah • Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan persekutuan. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 5 Kuala Langat 2014
  • 6. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Perkara 75 menyatakan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. • Perlembagaan Persekutuan mempruntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. • Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. 3.2 Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia Maksud ketertinggian Perlembagaan Malaysia ialah … • Ketertinggian Perlembagaan dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa Perundangan dan Kebebasan asasi. • Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan. • Yang DiPertuan agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. 4. Kepentingan Perlembagaan Kepentingan Perlembagaan ialah … • Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara. • Perlembagaan berperanan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. • Perlembagaan membantu dalam menjaminkan kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan dan kelicinan pentadbiran. • Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah. • Ini supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. • Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. • Rakyatnya memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotism dapat dibentuk. • Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaannya. • Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. • Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air. • Ini bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. • Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. • Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. • Ini membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan mereka disisi Undang-undang. • Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. • Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. • Walaupun bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati . • Ini supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 6 Kuala Langat 2014
  • 7. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. • Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. • Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. • Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. • Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. • Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. • Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. 4.1 Sebab-sebab/ tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan Sebab-sebab/tujuan/ faktor pindaan Perlembagaan ialah … • Untuk melindungi kepentingan rakyat. • Untuk menjaga keselamatan Negara. • Untuk melicinkan urusan pentadbiran negara • Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa. • Untuk menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah. • Supaya kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. • Bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa melayu dan hak keistimewaan orang melayu. • Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya seperti menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. • Untuk memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat. 4.2 Langkah/ Kaedah/Cara Pindaan Perlembagaan Terdapat empat langkah/ kaedah/ cara pindaan Perlembagaan iaitu … • Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.Perkara pindaan kaedah pertama ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan, keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja dan Yang di Pertuan Negeri • Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 7 Kuala Langat 2014
  • 8. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga Dewan Parlimen.Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan terkandung dalam kaedah pertama. • Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang terkandung dalam kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7, bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk sumpah,ikrar,pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. • Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain. 5. RAJA BERPERLEMBAGAAN 5.1 Maksud Raja berperlembagaan Maksud Raja berperlembagaan ialah … • Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. • Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. 5.2 Maksud Yang di Pertuan Agong Maksud Yang di Pertuan Agong ialah … • Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. • Yang di pertuan Agong adalah tonggak dan Ketua Utama Negara • Yang di Pertuan Agong adalah symbol keutuhan dan perpaduan rakyat. 5.3 Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong Bidang/ Peranan/ Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong ialah … • Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua negara. • Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. • Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. • Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. • Yang diPertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. • Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. • Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. • Yang di Pertuan Agong boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 8 Kuala Langat 2014
  • 9. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. • Yang di Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. • Yang di Pertuan Agong berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. • Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. • Yang di Pertuan Agong juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. • Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. • Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita 6. Kuasa Pemerintahan 6.1 Maksud kuasa pemerintahan Maksud kuasa pemerintahan ialah • Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan kehakiman atau judisiari. • Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 6.2 Maksud Badan Perundangan atau Legislatif . Maksud Badan Perundangan atau Legislatif ialah … • Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. • Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. • Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. • Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 6.3 Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat Ciri-ciri Dewan Negara atau Senat ialah … • Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. • Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. • Ahli Dewan Negara digelar Senator. • Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. • Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. • Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. • Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. • Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 9 Kuala Langat 2014
  • 10. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 6.4 Keahlian Dewan Negara Keahlian Dewan Negara ialah … • Iaitu 26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. • Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN. • Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. • 40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional. • Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. • Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. 6.5 Ciri-ciri Dewan Rakyat Ciri-ciri Dewan Rakyat ialah … • Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. • Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. • Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. • Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. • Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta. • Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 6.6 Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen Proses meluluskan Undang-undang di Parlimen ialah … • Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. • Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. • Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. • Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan. • Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. • Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. • Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi. . Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 10 Kuala Langat 2014
  • 11. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara. • Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan. 7. Badan Pelaksana atau Eksekutif 7.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif Ciri-ciri/ Peranan Badan Pelaksana atau Eksekutif ialah … • Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet,Jabatan Perdana menteri, Kementerian, Jabatan, Perbadanan Awam. • Merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. • Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. • Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. • Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. • Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. • Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. • Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. • Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. • Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. • Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. • Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. • Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. • Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. • Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. • Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. • Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. • Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. • Badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. • Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. • Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. • Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 11 Kuala Langat 2014
  • 12. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). • Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. • Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera. 8. Badan Kehakiman 8.1 Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari Ciri-ciri/ Peranan Badan Kehakiman atau Judisiari ialah … • Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. • Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. • Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. • Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. • Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. • Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri • Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. • Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. • Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. • Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. • Mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Atasan. • Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. • Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. • Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. • Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. • Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. • Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 12 Kuala Langat 2014
  • 13. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. • Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. • Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. • Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman. 9. Pilihan Raya 9.1 Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya Maksud/ Latar Belakang Pilihan Raya ialah … • Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. • Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur. • Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. • Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. • Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. • Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 9.2 Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah … • Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). • Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. • Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas. • Tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. • Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. 9.3 Tujuan Pilihan Raya Tujuan Pilihan Raya ialah … • Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. • Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. • Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. • Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. • Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia. • Pilihan raya kecil mesti diadakan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 13 Kuala Langat 2014
  • 14. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 9.4 Proses Pilihan Raya di Malaysia Proses Pilihan Raya di Malaysia ialah … • Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). • Penamaan calon. • Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. • Pelancaran kempen pilihan raya. • Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. • Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian. • Pembuangan undi. • Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. • Pengiraan undi. • Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya. 9.5 Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya Kelayakan/Syarat Calon Pilihan Raya ialah … • Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. • Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. • Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. • Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. • Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. • Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. 9.6 Kelayakan/ Syarat Pengundi Kelayakan/ Syarat Pengundi ialah … • Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. • Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut. • Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja. • Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 14 Kuala Langat 2014
  • 15. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 9.7 Kempen Pilihan Raya • Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. • Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. • SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. • Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. • Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. • Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil. 9.8 Kepentingan Pilihan Raya Kepentingan Pilihan Raya ialah … • Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. • Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. • Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan • Menentukan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. 10. Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963. 10.1 Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963. Latar belakang/ Tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963 ialah … • Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. • Selain idelogi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pempentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India Tanah Melayu(MIC) di Negara kita .Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. • Malayan Democratic union (MDU), ditubuhkan oleh golongan professional Cina pada bulan Disember 1945.MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik.Tujuan penubuhannya adalah menentang Malayan Union. • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Antara tujuan penubuhan adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu dan mencapai kemerdekaan. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 15 Kuala Langat 2014
  • 16. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 • Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yang di-Pertuanya ialah John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain • Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama. • Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanah Melayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka. • Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antara pengasasnya ialah Tan Cheng Lock, Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik (H.S. Lee) dan Leong Yew Koh. Tujuan penubuhan parti ini ialah menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu. • Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP), diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada bulan Sepetember 1951. Ia merupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat sambutan. Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan pada tahun 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961. • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas, Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Tujuan penubuhan parti ini pula ialah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara. • Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertamanya ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialah menentang keganasan komunis dan merancang kemerdekaan Tanah Melayu. • Parti Negara, diasaskan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar pada bulan Februari 1954. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’ Onn Ja’afar ingin mendapatkan sokongan semula masyarakat Melayu terhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 16 Kuala Langat 2014
  • 17. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SPM 2014 11. Negara Persekutuan 11.1 Maksud/Konsep Negara Persekutuan Maksud/Konsep Negara Persekutuan ialah … • Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. • Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Pelembagaan Malaysia. 11.2 Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia Bidang kuasa/ Tanggungjawab/ Peranan Pentadbiran Malaysia ialah … • Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama. • Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. • Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan luar), pertahanan dan keselamatan dalam negeri. • Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan negara dan pilihan raya negara. • Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan, perdagangan dan perusahaan. • Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan pengangkutan. • Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. • Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. • Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. • Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan pertanian dan perhutanan. • Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan perkhidmatan tempatan . • Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri. • Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. • Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara. • Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai bersama. • Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam dan parit dan tali air. • Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di bawah Senarai Bersama. Bengkel Pembinaan Skrip Kertas 3 Sejarah 17 Kuala Langat 2014