SlideShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

SEMESTER 1
SESI 2013/ 2014

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN GROUP FACEBOOK: SK TAMAN PALMA KAMUNTING TAIPING
PERAK DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

DISEDIAKAN UNTUK:
DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL MAZNI BINTI JAMALUDDIN (M20121000486)
0
PENGENALAN

Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya dikatakan adalah sebagai
alat yang menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman
jaringan sosial ini kemudiannya telah dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri
terbaru

seperti

menyediakan

ruangan

sembang,

membolehkan

pengguna

mengemaskini status, menghantar mesej dan menghasilkan avatar atau gambar
animasi. Menurut Ritcher & Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk
mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari
konteks (context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan
menukar maklumat (exchange). Peningkatan dan penambahbaikan menjadikan
laman jaringan sosial semakin popular dalam kalangan pengguna.

Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg,
seorang

pelajar di Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya

pelajar Universiti Harvard yang mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja
boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan
kepada umum, seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook.
Populariti laman web Facebook kemudiannya berkembang ke serata dunia. Kini,
jumlah pengguna berdaftar semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga
mencapai 124 juta orang pengguna berdaftar pada tahun 2008 (Bumgarner, 2007).
Peningkatan jumlah pengguna berdaftar ini telah menghasilkan 1.6 bilion akaun
dilawati oleh pengguna Facebook setiap hari.

1
Facebook juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survey
mengenai laman jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan
Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan
sosial Facebook adalah 8 juta orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial
yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian
Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara
bahawa Facebook merupakan laman sosial

tidak langsung menggambarkan

yang paling popular di Malaysia.

Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik
penggunaan laman sosial ini.

Kajian-kajian lepas mendapati tujuan atau motif menggunakan Facebook
adalah untuk mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya,
menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri,
dan mencari maklumat (Ishii, 2008; Sejrup, 2009). Namun, pada masa yang sama
terdapat juga golongan yang menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh
yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk menjelaskan sejauh mana
facebook berguna dalam pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Facebook merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia.
Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan guru. Pada masa
kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai
kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru
seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah

2
cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan. Tidak
dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi
dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik
darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan
mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk
belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan
laman sosial ini dalam pengajaran mereka.

Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan,
memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya,
guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia
laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman
yang memberi faedah kepada murid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui
facebook, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun laman sosial tersebut.
Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah pelajarpelajarnya sebagai rakan. Seterusnya, barulah guru boleh melakukan pengajaran
berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru boleh memuat
naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan awal
pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi
gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara
dapat ini mengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh
melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti menyambung cerita di laman “Facebook”,
contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya
meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini
sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru.

3
Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia
pembelajaran yang baharu baginya.

Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab
olehpelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalansoalan latihan dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman
sosial ialah, pelajar akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana
rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing
boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah pelajar- pelajar akan saling bersaing
menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik. Di
samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik
setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas
dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman
sosial untuk tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira
serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan
sahaja kepada diri pelajar tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar
yang lain. Mereka akan cuba membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil
kerja atau jawapan pilihan yang bakaldimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di
Facebook. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk
berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya.

Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang
berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.Guru
juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman
webyang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan

4
cara ini, guru boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami
apa yang ada dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta
pelajar menerangkanapa yang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul
tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh
terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,guru perlu
menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan
dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk
menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam
kalangan teman-teman sosial yang lain.

ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH & GROUP FACEBOOK

Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan
bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua
organisasi manusia. Ia merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Management
menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.
Stoner (1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola,
memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Dalam konteks pentadbiran,
pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Sekolah sebagai
institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita
seharusnya

mengetahui

cara-cara

untuk

mewujudkan

konsep

tersebut.

Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai

5
warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individuindividu menikmati kehidupan yang baik.

Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan
aplikasi „Group Facebook‟ menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh
organisasi sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda
kepada penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah,
aplikasi ini turut membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi
sekolah secara formal mahupun tidak. Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat
mampu merangsang kecekapan dalam pengurusan organisasi yang melibatkan
tenaga kerja manusia pelbagai ragam. Faktor kerahsiaan dalam penggunaan
aplikasi ini daripada pengunjung awam juga tidak perlu dipertikaikan apabila privasi
Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi iniboleh mengehad kelompok individu
yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat dalam ruangannya. Oleh itu,
maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi dapat dipelihara
daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaan Group
Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak dalam kalangan guru dan
kakitangan sokongan di sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahliahlinya, tujuan penggunaan, maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan
impak yang terhasil daripada penubuhannya.

6
KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian ke atas
Group Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak yang ahlinya terdiri
daripada 258 orang termasuk guru, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah. Namun
kajian ini dijalankan ke atas ahli dalam kalangan guru seramai 33 orang. Kajian yang
dijalankan melihat kepada gelagat pengguna Group Facebook tersebut sepanjang
kewujudannya.

HASIL TINJAUAN

Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook
yang telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan
hebahan maklumat kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat
yang dilakukan adalah tidak berpusat kepada seseorang, malah semua ahli
melibatkan diri secara aktif dalam memaklumkan pelbagai perkara yang telah
berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun diluar sekolah. Hal ini kerana setiap
guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi masing-masing samada
dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Malah,
kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa
& Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Staf Sokongan (KESUMA).

Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan
aktiviti yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di
Group Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk

7
bersemuka disekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.20 pagi
sehingga 1.20 petang bagi sesi pagi, manakala 1.10 petang sehingga 6.30 petang
bagi sesi petang. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru bersama pelajar
adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai tugas
di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual
waktu ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM &
Kokurikulum, pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti
sekolah yang panjang juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka.
Oleh hal yang demikian, Group Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti
hebahan maklumat penting sekolah. Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk
Microsoft Office seperti Word, Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah
dikongsi untuk panduan, rujukan dan tindakan guru-guru di sekolah ini.

Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini ialah perkongsian aktiviti,
gambar dan video rakaman. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya
menjalankan pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Hari Kecemerlangan,
Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan Kemerdekaan, Ceramah
Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook inijuga dijadikan
seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai bukti
dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin
kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar
sekolah yang melibatkan komuniti sekolah tersebut. Selain menjadi sebagai
hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi landasan sosial antara
kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah ke sekolah

8
lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak terputus
walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah
terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong
antara satu sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan
tugas di sekolah apabila situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam
memberi perkhidmatan yang efektif.

Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap
perkara yang berlaku di sekolah. Landasan sosial yang terbina ini turut tidak
mengabaikan kebajikan semua kakitangan sekolah ini. Semua perihal mengenai
berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak terlepas daripada dipaparkan
termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak memuaskan, berita
kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan sebagainya.
Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan
Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan
ucapan tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar
kegembiraan kepada setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini
juga dapat menyokong aktiviti Kelab Guru & Staf sokongan sekolah (KESUMA).

9
KESIMPULAN

Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan
sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi
pendidikan disekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian
teknologi hari ini. Komuniti pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet
yang tinggi seharusnya tidak menghadapi masalah dalam penggunaan Group
Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini. Pelbagai tujuan Group Facebook
digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi kelancaran pengurusan dan
pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian dokumen,
memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan,
aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat
bawahan.

Hasil

daripadanya,

mewujudkan

perkhidmatan pengurusan organisasi pendidikan.

10

peningkatan

dalam

produktiviti
RUJUKAN

Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum

ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian). Diperoleh:
http://pmr.penerangan.gov.my (20 November 2013).

Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam
Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian).
Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (27 November 2013).

Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh
Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (27 November 2013).

Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian). Diperoleh:
http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 (29 November 2013).

SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak. URL:
https://www.facebook.com/BimbinganDanKaunselingSkTamanPalmaKamunting

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. URL:
https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs.org/fil
es/2011/11/Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah

11

More Related Content

What's hot

Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
AGUS SETIYONO
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
sri wahyuni wahyuni
 
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaranPemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
Pebrian Setiarto
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikansha_sobri9827
 
Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)
FaridAffandi2
 
modul media pembelajaran
modul media pembelajaranmodul media pembelajaran
modul media pembelajaran
ambarlestari
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikansemua17an
 
Review paper[1]
Review paper[1]Review paper[1]
Review paper[1]
Santi Santi
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
sulwawawn
 
Tugas makalah
Tugas makalahTugas makalah
Tugas makalah
Septian Muna Barakati
 
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikan
cik_orked
 
Panduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmenPanduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmendedi isanto
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTERMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
Syaifuljihad
 

What's hot (15)

Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
 
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaranPemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
Pemanfaatan media sosial sebagai sarana pembelajaran
 
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaranPemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
Pemanfaatan sosial media untuk pembelajaran
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
 
Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)Modul pemebelajaran (7)
Modul pemebelajaran (7)
 
modul media pembelajaran
modul media pembelajaranmodul media pembelajaran
modul media pembelajaran
 
Panduan lomba
Panduan lombaPanduan lomba
Panduan lomba
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikan
 
Review paper[1]
Review paper[1]Review paper[1]
Review paper[1]
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Tugas makalah
Tugas makalahTugas makalah
Tugas makalah
 
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikan
 
Kkp bmm35 lengkap
Kkp bmm35 lengkapKkp bmm35 lengkap
Kkp bmm35 lengkap
 
Panduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmenPanduan lpsb dikmen
Panduan lpsb dikmen
 
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTERMEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER
 

Similar to TUGASAN 3 KPT6044

Judul usulan penelitian
Judul usulan penelitianJudul usulan penelitian
Judul usulan penelitian
Rizal Aminulloh
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
nurhazwanic
 
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media PembelajaranPemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
Imam Widiyanto
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Beni Herlandy
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learningsalmaazizi
 
Bius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookBius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookDevandy Enda
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
ManEdyMan2
 
Kajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebookKajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebooksmk pengkalan aur
 
Penggunaan facebook
Penggunaan facebookPenggunaan facebook
Penggunaan facebook
Erot Sutianah
 
Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuSusi Yanti
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
Muzdalifahbiologi016
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Rini biologi
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
irawani060786
 
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
NurMisda
 
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkMbakyu Sarah
 
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
AGUS SETIYONO
 
Modul media pembelajaran jarak jauh
Modul media pembelajaran jarak jauhModul media pembelajaran jarak jauh
Modul media pembelajaran jarak jauh
FIANAPAI
 
Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran
FaridAffandi2
 
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaranPengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
Mar Yoko
 

Similar to TUGASAN 3 KPT6044 (20)

Judul usulan penelitian
Judul usulan penelitianJudul usulan penelitian
Judul usulan penelitian
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media PembelajaranPemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
Pemanfaatan media sosial Sebagai Media Pembelajaran
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
 
Bius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebookBius jejaring sosial facebook
Bius jejaring sosial facebook
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
 
Kajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebookKajian tinjauan penggunaan facebook
Kajian tinjauan penggunaan facebook
 
Penggunaan facebook
Penggunaan facebookPenggunaan facebook
Penggunaan facebook
 
Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitianku
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
 
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
Modul media pembelajaran jarak jauh converted 2
 
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
 
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkkEjournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
Ejournal 3 pemerataan dan peningkatan mutu pendidikan_i made candiasa,dkk
 
Modul media pembelajaran jarak jauh
Modul media pembelajaran jarak jauhModul media pembelajaran jarak jauh
Modul media pembelajaran jarak jauh
 
Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran Modul pemebelajaran
Modul pemebelajaran
 
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaranPengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
Pengertian social media & social media sebagai media pembelajaran
 

TUGASAN 3 KPT6044

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014 TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN GROUP FACEBOOK: SK TAMAN PALMA KAMUNTING TAIPING PERAK DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH DISEDIAKAN UNTUK: DATO’ DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR DISEDIAKAN OLEH: NURUL MAZNI BINTI JAMALUDDIN (M20121000486) 0
  • 2. PENGENALAN Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya dikatakan adalah sebagai alat yang menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial ini kemudiannya telah dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan ruangan sembang, membolehkan pengguna mengemaskini status, menghantar mesej dan menghasilkan avatar atau gambar animasi. Menurut Ritcher & Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari konteks (context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan menukar maklumat (exchange). Peningkatan dan penambahbaikan menjadikan laman jaringan sosial semakin popular dalam kalangan pengguna. Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang pelajar di Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya pelajar Universiti Harvard yang mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan kepada umum, seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook. Populariti laman web Facebook kemudiannya berkembang ke serata dunia. Kini, jumlah pengguna berdaftar semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencapai 124 juta orang pengguna berdaftar pada tahun 2008 (Bumgarner, 2007). Peningkatan jumlah pengguna berdaftar ini telah menghasilkan 1.6 bilion akaun dilawati oleh pengguna Facebook setiap hari. 1
  • 3. Facebook juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survey mengenai laman jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara bahawa Facebook merupakan laman sosial tidak langsung menggambarkan yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman sosial ini. Kajian-kajian lepas mendapati tujuan atau motif menggunakan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri, dan mencari maklumat (Ishii, 2008; Sejrup, 2009). Namun, pada masa yang sama terdapat juga golongan yang menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, pengkaji cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Facebook merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan guru. Pada masa kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah 2
  • 4. cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan. Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada murid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui facebook, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah pelajarpelajarnya sebagai rakan. Seterusnya, barulah guru boleh melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini mengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru. 3
  • 5. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia pembelajaran yang baharu baginya. Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab olehpelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalansoalan latihan dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah pelajar- pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik. Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja atau jawapan pilihan yang bakaldimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di Facebook. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman webyang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan 4
  • 6. cara ini, guru boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkanapa yang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan teman-teman sosial yang lain. ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH & GROUP FACEBOOK Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner (1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumbersumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Sekolah sebagai institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai 5
  • 7. warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individuindividu menikmati kehidupan yang baik. Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan aplikasi „Group Facebook‟ menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh organisasi sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda kepada penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah, aplikasi ini turut membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi sekolah secara formal mahupun tidak. Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat mampu merangsang kecekapan dalam pengurusan organisasi yang melibatkan tenaga kerja manusia pelbagai ragam. Faktor kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi ini daripada pengunjung awam juga tidak perlu dipertikaikan apabila privasi Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi iniboleh mengehad kelompok individu yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat dalam ruangannya. Oleh itu, maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi dapat dipelihara daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaan Group Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahliahlinya, tujuan penggunaan, maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan impak yang terhasil daripada penubuhannya. 6
  • 8. KAEDAH KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian ke atas Group Facebook: SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak yang ahlinya terdiri daripada 258 orang termasuk guru, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah. Namun kajian ini dijalankan ke atas ahli dalam kalangan guru seramai 33 orang. Kajian yang dijalankan melihat kepada gelagat pengguna Group Facebook tersebut sepanjang kewujudannya. HASIL TINJAUAN Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook yang telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan hebahan maklumat kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat yang dilakukan adalah tidak berpusat kepada seseorang, malah semua ahli melibatkan diri secara aktif dalam memaklumkan pelbagai perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun diluar sekolah. Hal ini kerana setiap guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi masing-masing samada dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Malah, kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Staf Sokongan (KESUMA). Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan aktiviti yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di Group Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk 7
  • 9. bersemuka disekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.20 pagi sehingga 1.20 petang bagi sesi pagi, manakala 1.10 petang sehingga 6.30 petang bagi sesi petang. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru bersama pelajar adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai tugas di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual waktu ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM & Kokurikulum, pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti sekolah yang panjang juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Group Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti hebahan maklumat penting sekolah. Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk Microsoft Office seperti Word, Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah dikongsi untuk panduan, rujukan dan tindakan guru-guru di sekolah ini. Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini ialah perkongsian aktiviti, gambar dan video rakaman. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya menjalankan pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Hari Kecemerlangan, Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan Kemerdekaan, Ceramah Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook inijuga dijadikan seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai bukti dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah yang melibatkan komuniti sekolah tersebut. Selain menjadi sebagai hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi landasan sosial antara kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah ke sekolah 8
  • 10. lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak terputus walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan tugas di sekolah apabila situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam memberi perkhidmatan yang efektif. Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap perkara yang berlaku di sekolah. Landasan sosial yang terbina ini turut tidak mengabaikan kebajikan semua kakitangan sekolah ini. Semua perihal mengenai berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak terlepas daripada dipaparkan termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak memuaskan, berita kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan sebagainya. Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan ucapan tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar kegembiraan kepada setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini juga dapat menyokong aktiviti Kelab Guru & Staf sokongan sekolah (KESUMA). 9
  • 11. KESIMPULAN Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi pendidikan disekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian teknologi hari ini. Komuniti pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet yang tinggi seharusnya tidak menghadapi masalah dalam penggunaan Group Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini. Pelbagai tujuan Group Facebook digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian dokumen, memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan, aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat bawahan. Hasil daripadanya, mewujudkan perkhidmatan pengurusan organisasi pendidikan. 10 peningkatan dalam produktiviti
  • 12. RUJUKAN Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian). Diperoleh: http://pmr.penerangan.gov.my (20 November 2013). Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (27 November 2013). Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (27 November 2013). Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian). Diperoleh: http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 (29 November 2013). SK Taman Palma Kamunting Taiping Perak. URL: https://www.facebook.com/BimbinganDanKaunselingSkTamanPalmaKamunting Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. URL: https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs.org/fil es/2011/11/Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah 11