Teks mendeskripsikan latar belakang Sayidatina Khadijah, istri Nabi Muhammad SAW yang pertama. Ia berasal dari keluarga terhormat, seorang pengusaha kaya, dan wanita pertama yang memeluk agama Islam. Khadijah memberikan dukungan besar kepada Nabi, terutama pada masa-masa awal pengajian.
2. Nama- Khadijah bt. Khuwailid bin Asad bin Abd Uzza
bin Qusai.
Beliau daripada keluarga mulia dan berharta.
Seorang tokoh perniagaan yang kaya raya.
Berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia 40 tahun.
Wanita pertama menganut Islam.
Wafat pada tahu ke-10 kerasulan Nabi S.A.W iaiti 3
tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan 620
5. Khuwailid Bin Asad adalah tokoh pembesar
Quraisyb yang terkenal hartawan dan
dermawan. Khuwailid sangat mencintai
anggota keluarga dan kaumnya,menghormati
tetamu dan suka membantu kaum miskin. Ayah
Khadijah ini juga merupakan salah seorang
delegasi Quraisy yang diutuskan ke Yaman
untuk memberi ucapan selamat kepada rajanya
yang berbangsa Arab iaitu Saif bin Dzyazin,
atas keberhasilan mengusir pasukan Abbesinia
dari negerinya. Peristiwa in terjadi 2 tahun
6. Fathimah binti Za’idah bin Al-Ashamm bin
Ruwahah bin Hajar bin Abdullah bin
Ma‘ish bin Amir bin Luay. Ibunda
Fathimah, atau nenek Khadijah, adalah
Halah binti Abdi Manaf bin Al-Harits
yang tersambung kepada Luay bin
Ghalib. Masing-masing salasila ayahanda
dan ibundanya berasal dari keturunan
Quraisy yang terhormat dan mulia.
Nasab Khadijah dari pihak ayahanda
7. Nama Sayidatina Khadijah sering Bagind sebut-sebut walaupun telah meninggal dunia.
Hal ini dicemburui oleh Sayidatina Aishah r.a.; sebagaimana pengakuannya: Saya
tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada isterinya Nabi S.A.W
sebagaimana cemburuku kepada Khadijah. Saya tidak pernah melihatnya tapi Nabi
SAW sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih
kambing , lalu memotongnya menjadi beberapa bahagian lalu mengirimkannya
kepada kawan-kawan Khadijah. Terkadang aku barkata kepada Baginda:”Seolah-olah
di dunia ini tiada wanita lain selain Khadijah.” Rasulullah SAW
menajwab :”Sesungguhnya Khadijah yang utama,bijaksana dan darinya aku
dikurniakan anak.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Khadijah adalah wanita yang subur rahimnya.
Bagaimana tidak sebelum kahwin dengan
Rasulullah SAW , ia telah ddikurniakan tiga
orang anak hasil pernikahannya dengan suami
pertama dan keduanya.
9. Ketika Jibril datang kepada Rasulullah SAW, ia
berkata:"Wahai Rasulullah, ini adalah Khadijah, ia
datang dengan membawa sebuah bejana dan wadah
yang berisikan lauk-makanan serta minuman.
Maka, jika ia telah sampai kepadamu,
sampaikanlah kepadanya salam dari Tuhannya dan
dariku, dan beritahukanlah kepadanya sebuah
khabar gembira berupa sebuah rumah di dalam
syurga yang terbuat dari kayu yang di dalamnya
menyenangkan, dan tidak ada kepayahan serta
kesusahan.” (HR. Bukhari)
10. Anas (ra) bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda :
"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di
dunia, iaitu Maryam binti Imran, Khadijah
binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad
dan Asiah, isteri Fir’aun.” (HR. Ahmad,
Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan
Hakim)
11. Tentang keimanan Khadijah, Rasulullah SAW bersabda :
"Allah tidak pernah memberiku pengganti yang lebih
baik dari Khadijah. Ia telah beriman kepadaku ketika
orang lain kufur, dia mempercayaiku ketika orang-
orang mendustaiku. Ia memberikan hartanya kepadaku
ketika tidak ada orang lain yang membantuku. Dan
Allah SWT juga menganugerahkan aku anak-anak
melalui rahimnya, sementara isteri-isteriku yang lain
tidak memberikan aku anak.” (HR. Bukhari, Ahmad dan
Thabrani).
12. Sayidatina Khadijah telah berkahwin dengan Muhammad SAW ketika berusia
40, saat itu Baginda berusia 25 tahun.
Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh kegembiraan ia pergi ke rumah
sepupunya, yaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata:
“Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari
berputar-putar di atas kota Mekkah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin
mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk
melihat ke mana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku.
Cahayanya yang sangat agung itu membuatku tertegun. Lalu aku
terbangun dari tidurku.”
Waraqah mengatakan:
“Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung
dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting
dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat". Tak lama
kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Muhammad.