1. Tempoyak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tempoyak.
Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di
simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak.
Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau
dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang
sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular dan mendapat sambutan dari dalam dan
luar negeri.
Tempoyak pedas - dihidang bersama sambal Tempoyak pedas gambaran dekat - dihidang
belacan. bersama sambal
[sunting] Tempoyak dalam sejarah
Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk
Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan
kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."
[sunting] Cara memasak
2. Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular
ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan atau ayam bergantung kepada selera
masing-masing. Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis atau samba
tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi).
[sunting] Khasiat
Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang
tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan
menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH. Rujukan.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tempoyak"
Kategori: Masakan Malaysia | Masakan Indonesia | Makanan | Asam