“ KAEDAH MENTERJEMAH”
FATIMAH HANISAH BINTI JASMI
A139821
DR.MAHERAM AHMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM
 Proses pemindahan maklumat dari bahasa

sumber/asal ke bahasa sasaran/ penerima
dengan mengekalkan makna, struktur dan
gaya. Hasil proses ini ialah terjemahan.
1) Kata demi kata
 Penterjemahan dibuat dengan mengikut

susunan perkataan bahasa sumber tanpa
menghiraukan perbezaan struktur bahasa.
 Khususnya struktur ayat, bahasa sumber
dengan bahasa sasaran.
 Kaedah ini tidak digalakkan karana ia
cenderung untuk melanggar tatabahasa
bahasa sasaran dan mungkin lari daripada
makna sebenar.
 Contoh terjemahan kata demi kata:

Teks asal

Teks sasaran

Ladies and gentleman

Puan-puan dan tuan-tuan

She is USM lecturer

Dia ialah seorang pensyarah USM

It takes a village to educate a child

Ia mengambil/ memerlukan sebuah
kampung untuk mendidik seorang
anak

There is a crocodile in the river

Di sana ialah seekor buaya di dalam
sungai itu
 Analisis kesalahan:

1) Terjemahan 1 tidak mengambil kira budaya
orang melayu yang lebih mengutamakan orang
lelaki. Terjemahan ini sepatutnya “Tuan-tuan
dan Puan-puan”.

2) Terjemahan 2, 3, 4 telah meniru secara
keseluruhan struktur ayat bahasa Inggeris.
Struktur seperti ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.
2) Harfiah
 Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud

sesuatu perkataan semata-mata tanpa
menghiraukan makna perkataan itu dalam
konteks budaya, pegangan agama, sudut
pandangan dan fahaman politik penutur bahasa
sumber.
 Kaedah terjemahan ini juga tidak sempurna
kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan
yang maknanya berbeza daripada makna
sebenar.
 Ia juga mungkin menyinggung perasaan
pembaca/khalayak bahasa sasaran.
 Contoh:
Teks asal

Teks sasaran

Thank you

Syukur kamu

Unsung heroes

Wira-wira yang tidak didendangkan

He is a rat

Dia tikus

Light blue

Biru terang

Israel’s government

Kerajaan Israel

Hamas terrorists

Pengganas –pengganas Hamas

I love you mum

Saya sayang awak ibu
 Analisis kesalahan:
1) Terjemahan 1, iaitu “syukur kamu”, tidak pernah

digunakan oleh masyarakat Melayu ketika
menzahirkan penghargaan terhadap orang yang
telah membuat kebaikan.
2) Terjemahan 2, tidak menurut cara pengucapan
orang Melayu.
3) Terjemahan 3, menyalahi makna kerana “tikus”
dalam bahasa Melayu melambangkan sikap
penakut, sedangkan “tikus” (rat) dalam bahasa
Inggeris melambangkan kehinaan dari segi
kedudukan.
4) Terjemahan 4 adalah salah. Sepatutnya ia
diterjemahkan sebagai “biru muda”.
5) Terjemahan 5 dan 6 tidak mengendahkan
fahaman politik/pegangan agama masyarakat
Melayu/ Malaysia yang tidak mengiktiraf
kewujudan negara/kerajaan Israel. Dan orang
yang menentang pihak Israel (Palestin/Hamas)
tidak boleh dianggap pengganas.
6)Terjemahan 7, tidak mengendahkan sensitiviti
masyarakat Melayu yang menganggap
penggunaan kata ganti diri “awak” terhadap ibu
mereka adalah biadap.
3) Bebas
 Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan
budaya, pegangan agama, sudut pandangan
dan fahaman politik pengarang asal.
 Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan
ayat bahasa sumber
Contoh:
Teks asal
Teks sasaran
Thank you

Terima kasih

Unsung heroes

Wira-wira yang tidak dilupakan

He is a rat

Dia kucing/anjing kurap

Light blue

Biru muda

Hamas terrorists

Pejuang-pejuang Hamas

I love you, mum

Saya sayang ibu

Israel’s government

Kerajaan Israel
 Selain perkara-perkara yang telah dijelaskan,

ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan
dalam penterjemahan.
 Aspek tersebut ialah pengetahuan
pembaca/khalayak sasaran mengenai sesuatu
perkara.
 Dalam penterjemahan, tidak semestinya
maklumat dari bahasa asal dipindahkan 100
peratus ke bahasa sasaran.
 Dengan kata lain, seorang penterjemah tidak
melakukan kerja penterjemahan semata-mata,
malah beliau seharusnya melakukan tugas
pengeditan.
 Dalam hal ini, seorang penterjemah perlu

mengambil kira perkara-perkara yang berikut:
1) Perbezaan struktur bahasa (frasa dan ayat)
bahasa asal dengan bahasa sasaran.
2) Perbezaan budaya, pegangan agama, sedut
pandangan, fahaman politik pengarang asal
dengan pembaca/khalayak bahasa sasaran.
3) Pengetahuan pembaca/khalayak sasaran.

Tama 4

  • 1.
    “ KAEDAH MENTERJEMAH” FATIMAHHANISAH BINTI JASMI A139821 DR.MAHERAM AHMAD JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM
  • 2.
     Proses pemindahanmaklumat dari bahasa sumber/asal ke bahasa sasaran/ penerima dengan mengekalkan makna, struktur dan gaya. Hasil proses ini ialah terjemahan.
  • 3.
    1) Kata demikata  Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan perbezaan struktur bahasa.  Khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran.  Kaedah ini tidak digalakkan karana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan mungkin lari daripada makna sebenar.
  • 4.
     Contoh terjemahankata demi kata: Teks asal Teks sasaran Ladies and gentleman Puan-puan dan tuan-tuan She is USM lecturer Dia ialah seorang pensyarah USM It takes a village to educate a child Ia mengambil/ memerlukan sebuah kampung untuk mendidik seorang anak There is a crocodile in the river Di sana ialah seekor buaya di dalam sungai itu
  • 5.
     Analisis kesalahan: 1)Terjemahan 1 tidak mengambil kira budaya orang melayu yang lebih mengutamakan orang lelaki. Terjemahan ini sepatutnya “Tuan-tuan dan Puan-puan”. 2) Terjemahan 2, 3, 4 telah meniru secara keseluruhan struktur ayat bahasa Inggeris. Struktur seperti ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
  • 6.
    2) Harfiah  Penterjemahandibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik penutur bahasa sumber.  Kaedah terjemahan ini juga tidak sempurna kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar.  Ia juga mungkin menyinggung perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran.  Contoh:
  • 7.
    Teks asal Teks sasaran Thankyou Syukur kamu Unsung heroes Wira-wira yang tidak didendangkan He is a rat Dia tikus Light blue Biru terang Israel’s government Kerajaan Israel Hamas terrorists Pengganas –pengganas Hamas I love you mum Saya sayang awak ibu
  • 8.
     Analisis kesalahan: 1)Terjemahan 1, iaitu “syukur kamu”, tidak pernah digunakan oleh masyarakat Melayu ketika menzahirkan penghargaan terhadap orang yang telah membuat kebaikan. 2) Terjemahan 2, tidak menurut cara pengucapan orang Melayu. 3) Terjemahan 3, menyalahi makna kerana “tikus” dalam bahasa Melayu melambangkan sikap penakut, sedangkan “tikus” (rat) dalam bahasa Inggeris melambangkan kehinaan dari segi kedudukan. 4) Terjemahan 4 adalah salah. Sepatutnya ia diterjemahkan sebagai “biru muda”.
  • 9.
    5) Terjemahan 5dan 6 tidak mengendahkan fahaman politik/pegangan agama masyarakat Melayu/ Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan negara/kerajaan Israel. Dan orang yang menentang pihak Israel (Palestin/Hamas) tidak boleh dianggap pengganas. 6)Terjemahan 7, tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Melayu yang menganggap penggunaan kata ganti diri “awak” terhadap ibu mereka adalah biadap.
  • 10.
    3) Bebas  Penterjemahandilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik pengarang asal.  Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber Contoh: Teks asal Teks sasaran Thank you Terima kasih Unsung heroes Wira-wira yang tidak dilupakan He is a rat Dia kucing/anjing kurap Light blue Biru muda Hamas terrorists Pejuang-pejuang Hamas I love you, mum Saya sayang ibu Israel’s government Kerajaan Israel
  • 11.
     Selain perkara-perkarayang telah dijelaskan, ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam penterjemahan.  Aspek tersebut ialah pengetahuan pembaca/khalayak sasaran mengenai sesuatu perkara.  Dalam penterjemahan, tidak semestinya maklumat dari bahasa asal dipindahkan 100 peratus ke bahasa sasaran.  Dengan kata lain, seorang penterjemah tidak melakukan kerja penterjemahan semata-mata, malah beliau seharusnya melakukan tugas pengeditan.
  • 12.
     Dalam halini, seorang penterjemah perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut: 1) Perbezaan struktur bahasa (frasa dan ayat) bahasa asal dengan bahasa sasaran. 2) Perbezaan budaya, pegangan agama, sedut pandangan, fahaman politik pengarang asal dengan pembaca/khalayak bahasa sasaran. 3) Pengetahuan pembaca/khalayak sasaran.