Standard Guru Malaysia (SGM) menetapkan kompetensi profesional yang perlu dicapai oleh guru dan keperluan dari agensi latihan untuk membentuk guru berkualiti. Bukti standard tinggi guru di Malaysia termasuk pengiktirafan ISO 9000 bagi sekolah dan peningkatan kualiti pendidikan melalui pemeriksaan oleh pihak nazir. Bakal guru dinasihatkan untuk mengenal pasti keperluan pembangunan profesional, menambah pengetahuan, dan mengikuti kursus untuk meningkatkan kompetensi mereka.