SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
GEOGRAFI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
GEOGRAFI
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
2000
Cetakan Pertama
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2000
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium..
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan
Sukatan pelajaran geografi.
ISBN 983-62-7100-7
1. Geography--Study and teaching (Secondary)--Malaysia.
2. Geography--Outlines, syllabi, etc. I. Malaysia.
Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
910.0712595
Dicetak oleh
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS
Ampang/Hulu Kelang
Selangor Darul Ehsan
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mecapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBANGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
iv
Kata Pengantar
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga negara Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
Geografi ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah rendah
dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran
ini bertujuan memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam
dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar
fizikal dan alam sekitar manusia. Kandungan Sukatan Pelajaran Geografi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kemahiran geografi, geografi
fizikal dan manusia, dan kajian geografi tempatan yang membolehkan
murid mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni
dan patriotisme dalam kehidupan harian.
Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
v
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral
tinggi. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, mata
pelajaran Geografi diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat negara
Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,
kita perlu mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang
tinggi, memandang jauh ke hadapan, berinovatif, berkebolehan untuk
mengurus alam dan sumber secara optimum serta bertanggungjawab. Bagi
mencapai hasrat ini, murid perlu dibentuk supaya menjadi warganegara
yang kreatif dan kritis, berpengetahuan serta berupaya menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi.
Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah
Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah
Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan
pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata
pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah
mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi
merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah
rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan
kehidupan manusia.
1
sukatan pelajaran geografi kbsm
Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman
bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia.
Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumi
pemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi
Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan,
kebangsaan dan antarabangsa.
Mata pelajaran Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan
sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan,
bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam
sekitar. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar
manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti
murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selaras
dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2
sukatan pelajaran geografi kbsm
MATLAMAT
Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi
berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara
lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab,
bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.
OBJEKTIF
Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
1. munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam
organisasi ruangan.
2. mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi
berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3. memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan
mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat
keputusan dengan bertanggungjawab.
4. menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia
berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia
dan negara-negara lain.
5. mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara
lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.
6. memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam,
kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan
negara lain.
7. menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta
pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan
bertanggungjawab dan bijaksana.
3
sukatan pelajaran geografi kbsm
8. mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi
negara Malaysia yang istimewa dan unik.
9. menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat
kesimpulan yang rasional.
10. mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan
bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap
perasaan serta keperluan orang lain.
ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan Pelajaran Geografi digubal berasaskan tiga kompenan berikut:
1. Pemahaman Geografi
1.1 Bumi sebagai ruangan kediaman dan kegiatan manusia.
1.2 Kaitan dan interaksi manusia dengan alam sekitar
menghasilkan pelbagai organisasi ruangan yang boleh dikaji
berasaskan proses, taburan dan pola. Penegasan diberi
kepada beberapa konsep asas organisasi ruangan seperti
kedudukan, arah, skala, jarak, lingkungan pengaruh,
pergerakan dan perubahan.
1.3 Proses interaksi antara manusia dengan alam sekitar melalui
kegiatan ekonomi, sosial dan politik menimbulkan isu-isu
ruangan. Keperluan bekerjasama antara manusia diberi
penekanan bagi menghadapi cabaran tersebut.
1.4 Manusia sentiasa berusaha meneroka kawasan baru untuk
kesejahteraan hidup.
4
sukatan pelajaran geografi kbsm
2. Perkembangan Kemahiran
Pemahaman idea dan konsep utama tentang alam sekitar dilakukan
melalui pelbagai aktiviti termasuk kerja amali. Proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang mementingkan perkembangan
kemahiran geografi dan aplikasinya seperti kemahiran mencerap,
merekod, menyusun, menganalisis, mentafsir, menilai, meramal dan
menyampaikan maklumat diberi penekanan.
Kandungan mata pelajaran Geografi disusun mengikut tema dengan
memberi perhatian kepada kesinambungan antara Geografi Fizikal
dan Geografi Manusia serta saling kaitannya. Sebanyak lapan tema
telah dipilih dan setiap tema menggambarkan proses interaksi di
antara manusia dengan alam sekitarnya. Semua tema akan
dipelajari pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) dan
Sekolah Menengah Atas (SMA).
Kajian dibuat berasaskan kawasan mengikut skala bermula dari
kawasan setempat, negara, benua dan seterusnya dunia untuk
menunjukkan perkembangan konsep pola, taburan dan proses.
Kajian juga menegaskan ciri-ciri persamaan dan kelainan di antara
negara Malaysia dengan kawasan yang dikaji.
5
sukatan pelajaran geografi kbsm
Pada keseluruhannya, sukatan pelajaran ini menekankan pendekatan
bercorak fungsional untuk menggalakkan perkembangan kemahiran
geografi. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Geografi diberi
penekanan pada setiap peringkat dan kemahiran-kemahiran tersebut
diaplikasikan dalam semua bidang kajian geografi. Pengalaman
pembelajaran mestilah berupaya untuk menghubungkaitkan aspek
kedudukan, arah, skala, jarak, taburan, fungsi, pola dan perubahannya
dalam organisasi ruangan. Ini dilaksanakan melalui kajian
persekitaran murid. Untuk meluaskan orientasi pandangan murid,
pelbagai cara hidup di beberapa kawasan tertentu di dunia juga dikaji.
3. Unsur-unsur Patriotisme dan Pemupukan Nilai
Unsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pemupukan nilai-nilai murni berlandaskan hakikat
bahawa manusia diamanahkan untuk mengurus alam dan sumber
dengan bertanggungjawab dan bijaksana. Semangat patriotik dipupuk
berasaskan pemahaman bahawa kita perlu :
• Mencintai negara Malaysia
• Bersatu dalam kepelbagaiaan
• Berusaha membangunkan negara Malaysia dan
• Mempertahankan negara Malaysia
6
sukatan pelajaran geografi kbsm
KANDUNGAN
Kandungan kurikulum Geografi digubal berasaskan tiga bahagian iaitu :
Bahagian A - Kemahiran Geografi
Bahagian B - Geografi Fizikal dan Manusia
Bahagian C - Kajian Geografi Tempatan
Bahagian A - Kemahiran Geografi
Bahagian ini menekankan aspek Kemahiran Geografi dan dipelajari
setiap tahun. Tajuk-tajuk yang dikaji adalah:
1. Kedudukan
2. Arah
3. Skala dan jarak
4. Graf, carta, rajah dan foto
5. Peta
6. Ketinggian
7. Keratan rentas
8. Pentafsiran peta topografi
Tajuk-tajuk di atas diolah bersesuaian dengan peringkat pembelajaran
mengikut tingkatan. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Geografi diaplikasikan dalam semua bahagian kajian geografi.
7
sukatan pelajaran geografi kbsm
Bahagian B - Geografi Fizikal dan Manusia
Bahagian ini meliputi Geografi Fizikal dan Geografi Manusia
berlandaskan lapan tema utama. Kajian Geografi Fizikal memberi
tumpuan kepada proses fizikal yang berlaku dan bentuk muka bumi
yang dihasilkan serta hubung kaitnya dengan kegiatan manusia. Kajian
Geografi Manusia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusia
dengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanan
diberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandang
darat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraan
hidup. Kajian berfokus kepada negara Malaysia dengan membuat
perbandingan dengan negara-negara lain daripada aspek persamaan
dan kelainannya. Setiap tema mengandungi tajuk-tajuk tertentu:
1. Bentuk muka bumi dan potensinya
1.1 Bentuk muka bumi
1.2 Potensi dan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan
manusia
1.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
1.4 Sistem bumi
1.5 Proses pembentukan bentuk muka bumi
1.6 Perubahan pandang darat fizikal
1.7 Laut dan lautan
8
sukatan pelajaran geografi kbsm
2. Cuaca dan iklim serta pengaruhnya
2.1 Pergerakan bumi di dalam sistem suria
2.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim
2.3 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia dan
sebaliknya
3. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
3.1 Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar
3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai tumbuh-
tumbuhan semula jadi
3.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi
3.4 Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar
3.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula
jadi dan hidupan liar
4. Dinamik penduduk
4.1 Taburan penduduk
4.2 Pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor
ekonomi, politik, sosial dan fizikal
4.3 Perubahan penduduk dan implikasinya terhadap keperluan
kependudukan
4.4 Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar
9
sukatan pelajaran geografi kbsm
5. Petempatan dan perkembangannya
5.1 Kedudukan petempatan awal
5.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan
5.3 Pola-pola petempatan
5.4 Fungsi petempatan
5.5 Pembandaran
6. Pengangkutan dan perhubungan
6.1 Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal
6.2 Perkembangan jaringan pengangkutan dan perhubungan
6.3 Faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan dan
perhubungan
6.4 Kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan
6.5 Kesan perkembangan pengangkutan dan perhubungan
terhadap alam sekitar
7. Sumber
7.1 Sumber-sumber utama
7.2 Taburan pelbagai sumber
7.3 Kepentingan pelbagai sumber
7.4 Kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar
7.5 Pengurusan sumber
8. Kegiatan Ekonomi
8.1 Kegiatan ekonomi utama
8.2 Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
8.3 Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan
negara
8.4 Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa
8.5 Kesan kegiatan ekonomi alam sekitar
8.6 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar
10
sukatan pelajaran geografi kbsm
Fokus kajian bagi Tingkatan 1 ialah Tema 1 – 3, Tingkatan 2 ialah Tema
4 – 6 dan Tingkatan 3 ialah Tema 7 – 8 . Bagi peringkat SMA (Tingkatan
4 dan 5), kajian merangkumi lapan tema yang telah dipelajari di peringkat
SMR secara lebih mendalam lagi.
Bahagian C – Kajian Geografi Tempatan
Bahagian ini memerlukan murid menjalankan kajian di kawasan yang
dipilih. Kajian berfokus kepada ciri-ciri geografi di kawasan kajian
selaras dengan tema yang dipelajari mengikut peringkat pembelajaran
atau isu-isu geografi semasa. Kajian juga bertujuan meluaskan
persepsi murid terhadap keadaan persekitaran dan penguasaan
Kemahiran Geografi. Murid dapat mengaplikasi pengetahuan geografi
dalam kajian yang dijalankan. Kajian Geografi Tempatan dijalankan oleh
semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi
kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran
belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin
kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi
memperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam
usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang
berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Di
samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celik
teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi
kesejahteraan hidup bersama.
11
sukatan pelajaran geografi kbsm

More Related Content

What's hot

Model tematik-kelas
Model tematik-kelas Model tematik-kelas
Model tematik-kelas arifin
 
Bab i ktsp smp 4 bae 2010-2011
Bab i   ktsp smp 4 bae 2010-2011Bab i   ktsp smp 4 bae 2010-2011
Bab i ktsp smp 4 bae 2010-2011smp 4 bae kudus
 
Pend budaya & karakter bangsa
Pend budaya & karakter bangsaPend budaya & karakter bangsa
Pend budaya & karakter bangsaMustahal SSi
 
Kurikulum tingkat satuan pendidikan
Kurikulum tingkat satuan pendidikanKurikulum tingkat satuan pendidikan
Kurikulum tingkat satuan pendidikanJurnal Eukariotik
 
Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4Azmi Ngah
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5JENNY WONG
 
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi12021639 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216eli priyatna laidan
 
Permendiknas no.22 th.2006
Permendiknas no.22 th.2006Permendiknas no.22 th.2006
Permendiknas no.22 th.2006bee_damz
 
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PS
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PSPengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PS
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PSSMPN 4 Kerinci
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4nasuhashaufi
 

What's hot (15)

Model tematik-kelas
Model tematik-kelas Model tematik-kelas
Model tematik-kelas
 
Bab i ktsp smp 4 bae 2010-2011
Bab i   ktsp smp 4 bae 2010-2011Bab i   ktsp smp 4 bae 2010-2011
Bab i ktsp smp 4 bae 2010-2011
 
Dokumen 1 yogi
Dokumen 1 yogiDokumen 1 yogi
Dokumen 1 yogi
 
Pend budaya & karakter bangsa
Pend budaya & karakter bangsaPend budaya & karakter bangsa
Pend budaya & karakter bangsa
 
Kurikulum tingkat satuan pendidikan
Kurikulum tingkat satuan pendidikanKurikulum tingkat satuan pendidikan
Kurikulum tingkat satuan pendidikan
 
Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4
 
Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4Dskp sejarah tahun 4
Dskp sejarah tahun 4
 
DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi12021639 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216
39 silabus-sejarah-indonesia-sma-umum versi120216
 
Permendiknas no.22 th.2006
Permendiknas no.22 th.2006Permendiknas no.22 th.2006
Permendiknas no.22 th.2006
 
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PS
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PSPengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PS
Pengembangan kurikulum muatan lokal oleh Rama PS
 
2013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 42013 09-10 dsk sejarah th 4
2013 09-10 dsk sejarah th 4
 

Viewers also liked

Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1misbahulfuad
 
Curriculum Vitae Yeny Fradina
Curriculum Vitae Yeny FradinaCurriculum Vitae Yeny Fradina
Curriculum Vitae Yeny Fradinamisbahulfuad
 
MS1 example-answers-summer-2011
MS1 example-answers-summer-2011MS1 example-answers-summer-2011
MS1 example-answers-summer-2011Amanda Simmons
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitaemisbahulfuad
 
Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1misbahulfuad
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitaemisbahulfuad
 
Neknomination - case study
Neknomination - case studyNeknomination - case study
Neknomination - case studyAmanda Simmons
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitaemisbahulfuad
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)misbahulfuad
 
Curriculum Vitae Titik Lasmiani
Curriculum Vitae Titik LasmianiCurriculum Vitae Titik Lasmiani
Curriculum Vitae Titik Lasmianimisbahulfuad
 
Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Cuya MsNf
 
Three energy systems
Three energy systemsThree energy systems
Three energy systemsu002878
 
Structure & function of the respiratory system
Structure & function of the respiratory systemStructure & function of the respiratory system
Structure & function of the respiratory systemu002878
 
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)u002878
 
MS1 Magazine front cover analysis
MS1 Magazine front cover analysisMS1 Magazine front cover analysis
MS1 Magazine front cover analysisAmanda Simmons
 

Viewers also liked (18)

Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1
 
Curriculum Vitae Yeny Fradina
Curriculum Vitae Yeny FradinaCurriculum Vitae Yeny Fradina
Curriculum Vitae Yeny Fradina
 
MS1 example-answers-summer-2011
MS1 example-answers-summer-2011MS1 example-answers-summer-2011
MS1 example-answers-summer-2011
 
Xxx
XxxXxx
Xxx
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitae
 
Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1Biodata wahyu xii ipa 1
Biodata wahyu xii ipa 1
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitae
 
Neknomination - case study
Neknomination - case studyNeknomination - case study
Neknomination - case study
 
Slide Curriculum Vitae
Slide Curriculum VitaeSlide Curriculum Vitae
Slide Curriculum Vitae
 
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
Tugas tik titis nur cahyanti kelas xii (ipa 4)
 
Bab zina
Bab zinaBab zina
Bab zina
 
Curriculum Vitae Titik Lasmiani
Curriculum Vitae Titik LasmianiCurriculum Vitae Titik Lasmiani
Curriculum Vitae Titik Lasmiani
 
Bagus yogi dp
Bagus yogi dpBagus yogi dp
Bagus yogi dp
 
Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4
 
Three energy systems
Three energy systemsThree energy systems
Three energy systems
 
Structure & function of the respiratory system
Structure & function of the respiratory systemStructure & function of the respiratory system
Structure & function of the respiratory system
 
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)
Interpretation of result (BTEC Level 3 - Unit 7)
 
MS1 Magazine front cover analysis
MS1 Magazine front cover analysisMS1 Magazine front cover analysis
MS1 Magazine front cover analysis
 

Similar to Sp geo t1

Hsp geo f1
Hsp geo f1Hsp geo f1
Hsp geo f1Mun Din
 
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013Ahmad Said
 
Kompetensi Dasar Geografi
Kompetensi Dasar  GeografiKompetensi Dasar  Geografi
Kompetensi Dasar GeografiTuti Lestari
 
Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Leong Hong
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfYusriBinAbdullah1
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumGus Fendi
 
Silabus Geografi Versi 12022016
Silabus Geografi Versi 12022016Silabus Geografi Versi 12022016
Silabus Geografi Versi 12022016Cahya Panduputra
 
48 silabus-geografi-versi-120216
48 silabus-geografi-versi-12021648 silabus-geografi-versi-120216
48 silabus-geografi-versi-120216eli priyatna laidan
 
90994471 makalah-pengemb-mulok
90994471 makalah-pengemb-mulok90994471 makalah-pengemb-mulok
90994471 makalah-pengemb-mulokPuji Rokhayanti
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfJessy Sumandak
 
Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSopi Slumber
 
Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSopi Slumber
 
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-12021650 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216eli priyatna laidan
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanElfitri Tres
 
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docxbbawor aji
 

Similar to Sp geo t1 (20)

Hsp geo f1
Hsp geo f1Hsp geo f1
Hsp geo f1
 
Ki kd geografi
Ki kd geografiKi kd geografi
Ki kd geografi
 
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013
Kompetensi Dasar Geografi Kurikulum 2013
 
Kompetensi Dasar Geografi
Kompetensi Dasar  GeografiKompetensi Dasar  Geografi
Kompetensi Dasar Geografi
 
Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6
 
Hsp sc y6
Hsp sc y6Hsp sc y6
Hsp sc y6
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulumKerangka dasar dan_struktur_kurikulum
Kerangka dasar dan_struktur_kurikulum
 
Sp kbsr kt
Sp kbsr ktSp kbsr kt
Sp kbsr kt
 
Silabus Geografi Versi 12022016
Silabus Geografi Versi 12022016Silabus Geografi Versi 12022016
Silabus Geografi Versi 12022016
 
Silabus Geografi.docx
Silabus Geografi.docxSilabus Geografi.docx
Silabus Geografi.docx
 
48 silabus-geografi-versi-120216
48 silabus-geografi-versi-12021648 silabus-geografi-versi-120216
48 silabus-geografi-versi-120216
 
90994471 makalah-pengemb-mulok
90994471 makalah-pengemb-mulok90994471 makalah-pengemb-mulok
90994471 makalah-pengemb-mulok
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmi
 
Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmi
 
Silabus Sosiologi SMA Peminatan.docx
Silabus Sosiologi SMA Peminatan.docxSilabus Sosiologi SMA Peminatan.docx
Silabus Sosiologi SMA Peminatan.docx
 
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-12021650 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216
50 silabus-sosiologi-sma-peminatan versi-120216
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx
05 silabus ipa_smp_20012017_ok_docx
 

Sp geo t1

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH GEOGRAFI
  • 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH GEOGRAFI Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2000
  • 3. Cetakan Pertama © Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam Penerbitan Sukatan pelajaran geografi. ISBN 983-62-7100-7 1. Geography--Study and teaching (Secondary)--Malaysia. 2. Geography--Outlines, syllabi, etc. I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 910.0712595 Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan
  • 4. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mecapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 5. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iv
  • 6. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga negara Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Geografi ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kandungan Sukatan Pelajaran Geografi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia, dan kajian geografi tempatan yang membolehkan murid mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan harian. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. v
  • 7. PENDAHULUAN Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, mata pelajaran Geografi diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat negara Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, berinovatif, berkebolehan untuk mengurus alam dan sumber secara optimum serta bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, murid perlu dibentuk supaya menjadi warganegara yang kreatif dan kritis, berpengetahuan serta berupaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Mata pelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia. 1 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 8. Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumi pemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Mata pelajaran Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 9. MATLAMAT Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. OBJEKTIF Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: 1. munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 3. memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4. menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain. 5. mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya. 6. memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. 7. menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. 3 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 10. 8. mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan Pelajaran Geografi digubal berasaskan tiga kompenan berikut: 1. Pemahaman Geografi 1.1 Bumi sebagai ruangan kediaman dan kegiatan manusia. 1.2 Kaitan dan interaksi manusia dengan alam sekitar menghasilkan pelbagai organisasi ruangan yang boleh dikaji berasaskan proses, taburan dan pola. Penegasan diberi kepada beberapa konsep asas organisasi ruangan seperti kedudukan, arah, skala, jarak, lingkungan pengaruh, pergerakan dan perubahan. 1.3 Proses interaksi antara manusia dengan alam sekitar melalui kegiatan ekonomi, sosial dan politik menimbulkan isu-isu ruangan. Keperluan bekerjasama antara manusia diberi penekanan bagi menghadapi cabaran tersebut. 1.4 Manusia sentiasa berusaha meneroka kawasan baru untuk kesejahteraan hidup. 4 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 11. 2. Perkembangan Kemahiran Pemahaman idea dan konsep utama tentang alam sekitar dilakukan melalui pelbagai aktiviti termasuk kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mementingkan perkembangan kemahiran geografi dan aplikasinya seperti kemahiran mencerap, merekod, menyusun, menganalisis, mentafsir, menilai, meramal dan menyampaikan maklumat diberi penekanan. Kandungan mata pelajaran Geografi disusun mengikut tema dengan memberi perhatian kepada kesinambungan antara Geografi Fizikal dan Geografi Manusia serta saling kaitannya. Sebanyak lapan tema telah dipilih dan setiap tema menggambarkan proses interaksi di antara manusia dengan alam sekitarnya. Semua tema akan dipelajari pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) dan Sekolah Menengah Atas (SMA). Kajian dibuat berasaskan kawasan mengikut skala bermula dari kawasan setempat, negara, benua dan seterusnya dunia untuk menunjukkan perkembangan konsep pola, taburan dan proses. Kajian juga menegaskan ciri-ciri persamaan dan kelainan di antara negara Malaysia dengan kawasan yang dikaji. 5 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 12. Pada keseluruhannya, sukatan pelajaran ini menekankan pendekatan bercorak fungsional untuk menggalakkan perkembangan kemahiran geografi. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Geografi diberi penekanan pada setiap peringkat dan kemahiran-kemahiran tersebut diaplikasikan dalam semua bidang kajian geografi. Pengalaman pembelajaran mestilah berupaya untuk menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, jarak, taburan, fungsi, pola dan perubahannya dalam organisasi ruangan. Ini dilaksanakan melalui kajian persekitaran murid. Untuk meluaskan orientasi pandangan murid, pelbagai cara hidup di beberapa kawasan tertentu di dunia juga dikaji. 3. Unsur-unsur Patriotisme dan Pemupukan Nilai Unsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai-nilai murni berlandaskan hakikat bahawa manusia diamanahkan untuk mengurus alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana. Semangat patriotik dipupuk berasaskan pemahaman bahawa kita perlu : • Mencintai negara Malaysia • Bersatu dalam kepelbagaiaan • Berusaha membangunkan negara Malaysia dan • Mempertahankan negara Malaysia 6 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 13. KANDUNGAN Kandungan kurikulum Geografi digubal berasaskan tiga bahagian iaitu : Bahagian A - Kemahiran Geografi Bahagian B - Geografi Fizikal dan Manusia Bahagian C - Kajian Geografi Tempatan Bahagian A - Kemahiran Geografi Bahagian ini menekankan aspek Kemahiran Geografi dan dipelajari setiap tahun. Tajuk-tajuk yang dikaji adalah: 1. Kedudukan 2. Arah 3. Skala dan jarak 4. Graf, carta, rajah dan foto 5. Peta 6. Ketinggian 7. Keratan rentas 8. Pentafsiran peta topografi Tajuk-tajuk di atas diolah bersesuaian dengan peringkat pembelajaran mengikut tingkatan. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Geografi diaplikasikan dalam semua bahagian kajian geografi. 7 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 14. Bahagian B - Geografi Fizikal dan Manusia Bahagian ini meliputi Geografi Fizikal dan Geografi Manusia berlandaskan lapan tema utama. Kajian Geografi Fizikal memberi tumpuan kepada proses fizikal yang berlaku dan bentuk muka bumi yang dihasilkan serta hubung kaitnya dengan kegiatan manusia. Kajian Geografi Manusia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanan diberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandang darat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraan hidup. Kajian berfokus kepada negara Malaysia dengan membuat perbandingan dengan negara-negara lain daripada aspek persamaan dan kelainannya. Setiap tema mengandungi tajuk-tajuk tertentu: 1. Bentuk muka bumi dan potensinya 1.1 Bentuk muka bumi 1.2 Potensi dan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia 1.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 1.4 Sistem bumi 1.5 Proses pembentukan bentuk muka bumi 1.6 Perubahan pandang darat fizikal 1.7 Laut dan lautan 8 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 15. 2. Cuaca dan iklim serta pengaruhnya 2.1 Pergerakan bumi di dalam sistem suria 2.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim 2.3 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia dan sebaliknya 3. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 3.1 Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai tumbuh- tumbuhan semula jadi 3.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi 3.4 Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 3.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar 4. Dinamik penduduk 4.1 Taburan penduduk 4.2 Pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal 4.3 Perubahan penduduk dan implikasinya terhadap keperluan kependudukan 4.4 Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar 9 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 16. 5. Petempatan dan perkembangannya 5.1 Kedudukan petempatan awal 5.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 5.3 Pola-pola petempatan 5.4 Fungsi petempatan 5.5 Pembandaran 6. Pengangkutan dan perhubungan 6.1 Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal 6.2 Perkembangan jaringan pengangkutan dan perhubungan 6.3 Faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan dan perhubungan 6.4 Kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan 6.5 Kesan perkembangan pengangkutan dan perhubungan terhadap alam sekitar 7. Sumber 7.1 Sumber-sumber utama 7.2 Taburan pelbagai sumber 7.3 Kepentingan pelbagai sumber 7.4 Kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar 7.5 Pengurusan sumber 8. Kegiatan Ekonomi 8.1 Kegiatan ekonomi utama 8.2 Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi 8.3 Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara 8.4 Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa 8.5 Kesan kegiatan ekonomi alam sekitar 8.6 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar 10 sukatan pelajaran geografi kbsm
  • 17. Fokus kajian bagi Tingkatan 1 ialah Tema 1 – 3, Tingkatan 2 ialah Tema 4 – 6 dan Tingkatan 3 ialah Tema 7 – 8 . Bagi peringkat SMA (Tingkatan 4 dan 5), kajian merangkumi lapan tema yang telah dipelajari di peringkat SMR secara lebih mendalam lagi. Bahagian C – Kajian Geografi Tempatan Bahagian ini memerlukan murid menjalankan kajian di kawasan yang dipilih. Kajian berfokus kepada ciri-ciri geografi di kawasan kajian selaras dengan tema yang dipelajari mengikut peringkat pembelajaran atau isu-isu geografi semasa. Kajian juga bertujuan meluaskan persepsi murid terhadap keadaan persekitaran dan penguasaan Kemahiran Geografi. Murid dapat mengaplikasi pengetahuan geografi dalam kajian yang dijalankan. Kajian Geografi Tempatan dijalankan oleh semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama. 11 sukatan pelajaran geografi kbsm