7. Sifat ini bermaksud jujur atau benar, nabi dan Rasul dijaga
oleh Allah SWT kejujurannya dan kebenarannya. Jadi, janganlah
pernah ingkar apapun yang disampaikan oleh Nabi dan Rasul
kepada umatnya kerana mereka adalah pilihan Allah SWT.
SIDDIQ
8. Sifat ini bermaksud dapat dipercaya, seperti yang
dikatakan diatas bahawa Nabi dan Rasul tidak
pernah ingkar atau berdusta.
AMANAH
9. Sifat ini bermaksud meyampaikan, jadi memang tugas
utama mereka adalah menyampaikan pesan-pesan Allah
SWT atau menyampaikan wahyu dari Allah SWT kepada
umat mereka.
TABLIGH
10. Sifat wajib yang satu ini bermaksud bijak, Nabi dan Rasul
diberi kebijakan oleh Allah SWT agar mereka mampu
memerangi kaum yang tidak berada dijalan Allah SWT dan
mengajaknya untuk berada dijalan yang benar, yakni jalan yang
diredhai oleh Allah SWT.
FATHONAH
11. Kepentingan mencontohi sifat wajib bagi rasul:
• Menjadi seorang yang jujur dalam setiap tindakan
• Melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan
• Saling menasihati ke arah kebaikan
• Saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
13. Sifat yang ada pada manusia biasa. Mereka mempunyai sifat-
sifat yang dimiliki oleh manusia seperti makan, minum, sakit
yang tidak menjejaskan martabat nubuwah (kenabian),
menanggung kesusahan dan yang lainnya, tetapi tidak ada sifat-
sifat yang boleh menjatuhkan darjat kerasulan seperti gila.
BASYARIAH
16. Para rasul tidak
menyembunyikan perkara yang
diperintahkan oleh Allah.
Semuanya disampaikan dengan
penuh ikhlas.
كتمان
(MENYEMBUNYIKA
N)
17. Para rasul tidak mengkhianat terhadap
amanah dan tanggungjawab yang diberikan
oleh Allah kepada mereka.
(خيانةBERKHIANAT)
18. Sekiranya mereka bodoh, sudah tentu
mereka tidak dapat melaksanakan amanah
yang berat dengan cemerlang
بلده (BODOH)
19. Kepentingan mencontoh para rasul:
• Dapat melaksanakan syariat Allah
• Bukti keyakinan kita kepada Allah
• Para rasul ialah manusia pilihan Allah
• Mereka menjadi model dan contoh terbaik
• Mereka membawa perkara-perkara yang hak
• Mereka menjelaskan yang hak dan yang batil