SlideShare a Scribd company logo
SEJARAHPAHANG
PENGENALAN
Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu.
Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya.
Kesultanan Melayu Pahang
Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian
Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam
wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaannya meliputi hujung tanah hingga
ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara,
iaitu Raja yang pertama membuka Melaka.
Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu
Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang
pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M).
KESULTANAN MELAYU PAHANG
Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama,
apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja
Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan
Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang
bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad
yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak
dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada
pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja
Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar
Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan (c.
1475).
Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari
keturunan baginda kedua inilah wujudnya dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka
sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah. Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan
Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang
anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama (c. 1614). Makam keluarga diraja ini
terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.
Berikutnya, kesultanan di Johor telah mengambil alih pemerintahan di Pahang tetapi telah diserang oleh
kerajaan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Mahkota Alam). Kerajaan Acheh juga
melanggar Johor Lama khususnya di Batu Sawar membawa bersama Sultan Alauddin Ri’ayat Shah serta
Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad atau dikenali juga sebagai Tun Seri Lanang bersama-sama
puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang ke Acheh. Seorang Puteri Pahang, Puteri Kamaliah dan anak
saudaranya Raja Mughal, putera kepada Raja Ahmad turut dibawa ke Acheh. Puteri Kamaliah dikahwini
oleh Sultan Iskandar Muda dan terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai
Putroe Phang. Raja Mughal dijadikan anak angkat dan menantu kepada Sultan Iskandar Muda dan
kemudiannya diangkat sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani (1638-1641). Setelah
kekuasaan Acheh bertambah reda di Johor dan Pahang dengan kemangkatan sultan serta ketiadaan zuriat
Sultan Pahang, maka Pahang telah diletakkan di bawah satu wilayah pemerintahan berpusat di Johor dan
Pahang diletak di bawah jagaan Bendahara. Pada masa ini, dinasti Kesultanan Negeri Pahang yang
berpusat di Johor adalah dalam dinasti yang sama iaitu keturunan dari Sultan Melaka yang berasal usul
dari Sultan Muhammad Shah hingga ke Sang Nila Utama, raja yang bermula di Palembang turun ke
Bentan, Singapura dan membuka kerajaan di Melaka.
Pemerintahan dinasti ini berakhir dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah ke-2 di Kota Tinggi pada Ogos
1699 dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama. Sultan Mahmud Shah ke-2 atau Marhum
Mangkat Dijulang tidak mempunyai zuriat, maka telah digantikan oleh keluarga dan keturunan yang
terkanan dan yang terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil. Bendahara
Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah ke-4 (Marhum Mangkat di Kuala
Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.
Dinasti ini kekal terus memerintah Kerajaan Johor-Riau-Pahang. Pada penghujung pemerintahan kerajaan
ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor, dengan masing-
masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan
Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing. Akibat campur tangan Belanda dan British melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan
Pahang. Maka, Pahang dan Johor telah menjadi negeri berdaulat dan seterusnya melantik pemerintahan
wilayah masing-masing sebagai sultan.
Pada 6 Ogos 1882, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah bergelar Sultan Pahang yang pertama. Baginda telah
mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana
perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika. Semasa berundur
ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di
Sedili pada bulan Mei 1863. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar
sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang
hingga hari ini.
sultan-pahang
SALASILAH KESULTANAN NEGERI PAHANG
SALASILAH KESULTANAN NEGERI PAHANG 1
SALASILAH
KESULTANAN NEGERI PAHANG 2
salasilah-1
salasilah-2
Sumber daripada YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan
SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP

More Related Content

What's hot

Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Karsodikromo Yatiman
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awamaimm reka
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
Alif Akram
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Alif Akram
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
zaidatol zulkiflly
 
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswaraDamairin Selangor
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaIskandar Abbas
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular

Antasha Kamaruzzaman
 
kerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyahkerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyah
Muhamad Hafizi Hafizi
 
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘AbbasiyyahGolongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah

Ezad Azraai Jamsari
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3

JANGAN TENGOK
 
Pn raminah morfologi
Pn raminah morfologiPn raminah morfologi
Pn raminah morfologi
Shah Raider
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
nurul amyeza
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
AsmidahIsdal
 
What's hot (20)

Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awam
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum india
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
kerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyahkerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyah
 
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘AbbasiyyahGolongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
Golongan al-Baramikah Dalam Kerajaan ‘Abbasiyyah
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Pn raminah morfologi
Pn raminah morfologiPn raminah morfologi
Pn raminah morfologi
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Kerajaan maritim
Kerajaan maritimKerajaan maritim
Kerajaan maritim
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
 
Similar to Sejarah pahang

bab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.ppt
bab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.pptbab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.ppt

HANIPAHBINTIMUDAKPMG
 
Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesiaKerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia
Iswi Haniffah
 
Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)
Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)

Anisa Dwi Hidayati
 
Kerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di SumatraKerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di Sumatra
Sal
 
Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.)
Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.) Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.)

nur_noviana
 
Kerajaan islam kampus bit
Kerajaan islam kampus bitKerajaan islam kampus bit
Kerajaan islam kampus bit
Muhammad sobri maulana
 
Kerajaan islam di nusantara
Kerajaan islam di nusantaraKerajaan islam di nusantara
Kerajaan islam di nusantara
Sukorejo Tambakrejo
 
ISLAM MASUK ISTANA RAJA
ISLAM MASUK ISTANA RAJAISLAM MASUK ISTANA RAJA
ISLAM MASUK ISTANA RAJA
Diennisa Thahira
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di Jawa
Hilda Ayu
 
Menelaah kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Menelaah kerajaan-kerajaan Islam di IndonesiaMenelaah kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia

yasintapratiwi1
 
Kerajaan Islam diJawa
Kerajaan Islam diJawaKerajaan Islam diJawa
Kerajaan Islam diJawa
Hilda Ayu
 
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesia
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesiaKerajaan kerajaan islam_di_indonesia
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesia
Mahfuzah Hidayati
 
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
Mega Lestari Syofyan
 
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptxKERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
MasraLessy
 
Media 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptx
Media 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptxMedia 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptx

NurCahyani30
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
azlina_ab
 
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02

Hulu Kujang
 
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02Hulu Kujang
 
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSABAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
HumairaAuni
 
Similar to Sejarah pahang (20)

bab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.ppt
bab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.pptbab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.ppt
bab-7-kesultanan-melayu-pahang-perak-terengganu-dan-selangor.ppt
 
Kerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesiaKerajaan islam di indonesia
Kerajaan islam di indonesia
 
Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)
Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)
Kerajaan Pasai, Aceh, Malaka (TUGAS SEJARAH KELAS XI IPS4 SMA NEGERI 1 BINTAN)
 
Kerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di SumatraKerajaan ISLAM di Sumatra
Kerajaan ISLAM di Sumatra
 
Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.)
Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.) Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.)
Kerajaan Malaka by Kelompok 4 (Noviana Nur R.)
 
Kerajaan islam kampus bit
Kerajaan islam kampus bitKerajaan islam kampus bit
Kerajaan islam kampus bit
 
Kerajaan islam di nusantara
Kerajaan islam di nusantaraKerajaan islam di nusantara
Kerajaan islam di nusantara
 
ISLAM MASUK ISTANA RAJA
ISLAM MASUK ISTANA RAJAISLAM MASUK ISTANA RAJA
ISLAM MASUK ISTANA RAJA
 
Kerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di JawaKerajaan Islam di Jawa
Kerajaan Islam di Jawa
 
Menelaah kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Menelaah kerajaan-kerajaan Islam di IndonesiaMenelaah kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
Menelaah kerajaan-kerajaan Islam di Indonesia
 
Kerajaan Islam diJawa
Kerajaan Islam diJawaKerajaan Islam diJawa
Kerajaan Islam diJawa
 
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesia
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesiaKerajaan kerajaan islam_di_indonesia
Kerajaan kerajaan islam_di_indonesia
 
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
[170417] Presentasi Sejarah Indonesia
 
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptxKERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
KERAJAAN MATARAM ISLAMM.pptx
 
Nota 8
Nota 8Nota 8
Nota 8
 
Media 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptx
Media 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptxMedia 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptx
Media 2_Peninggalan Kerajaan bercorak Islam di Indonesia.pptx - Copy.pptx
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
 
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
 
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
Sejarahkerajaansumedanglarang 130318014133-phpapp02
 
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSABAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
 
Recently uploaded

Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 4 Fase B Kurikulum merdeka

Fathan Emran
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...

Kanaidi ken
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx

SriKuntjoro1
 
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan marthaKoneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha

johan199969
 
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi BencanaMateri Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana

AyuniDwiLestari
 
UNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx

nengenok23
 
Panduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMK
Panduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMKPanduan E_KSP SMK 2024 Program Kemendikbud SMK

PujiMaryati
 
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045

RizkiArdhan
 
3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf
3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf

FaldienaMarcelita3
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak

TitisNindiasariAnggr
 
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx
Aksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptxAksi Nyata Topik Membangun Komunitas Belajar dalam Sekolah_Dhenis.pptx

dhenisarlini86
 
Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023
Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023

AINARAHYUBINTISULAIM
 
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum MerdekaModul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PJOK Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Peduli Sampah Selamatkan Generasi - F...

AdeSutisna19
 
juknis_2024_new pendaftaran ppdb kota kediri
juknis_2024_new pendaftaran ppdb kota kedirijuknis_2024_new pendaftaran ppdb kota kediri

DaraAOi
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
UNIT 4 PB 3 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 4 PB 3 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 4 PB 3 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 4 PB 3 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
nengenok23
 
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdfKalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdf

SDNBotoputih
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptxPAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx

xtemplat
 
Recently uploaded (20)

Sejarah pahang

  • 1. SEJARAHPAHANG PENGENALAN Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya. Kesultanan Melayu Pahang Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaannya meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja yang pertama membuka Melaka. Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M). KESULTANAN MELAYU PAHANG Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.
  • 2. Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan (c. 1475). Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari keturunan baginda kedua inilah wujudnya dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah. Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama (c. 1614). Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan. Berikutnya, kesultanan di Johor telah mengambil alih pemerintahan di Pahang tetapi telah diserang oleh kerajaan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Mahkota Alam). Kerajaan Acheh juga melanggar Johor Lama khususnya di Batu Sawar membawa bersama Sultan Alauddin Ri’ayat Shah serta Bendahara Paduka Raja Tun Mohamad atau dikenali juga sebagai Tun Seri Lanang bersama-sama puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang ke Acheh. Seorang Puteri Pahang, Puteri Kamaliah dan anak saudaranya Raja Mughal, putera kepada Raja Ahmad turut dibawa ke Acheh. Puteri Kamaliah dikahwini oleh Sultan Iskandar Muda dan terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai Putroe Phang. Raja Mughal dijadikan anak angkat dan menantu kepada Sultan Iskandar Muda dan kemudiannya diangkat sebagai Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Thani (1638-1641). Setelah kekuasaan Acheh bertambah reda di Johor dan Pahang dengan kemangkatan sultan serta ketiadaan zuriat Sultan Pahang, maka Pahang telah diletakkan di bawah satu wilayah pemerintahan berpusat di Johor dan Pahang diletak di bawah jagaan Bendahara. Pada masa ini, dinasti Kesultanan Negeri Pahang yang berpusat di Johor adalah dalam dinasti yang sama iaitu keturunan dari Sultan Melaka yang berasal usul dari Sultan Muhammad Shah hingga ke Sang Nila Utama, raja yang bermula di Palembang turun ke Bentan, Singapura dan membuka kerajaan di Melaka. Pemerintahan dinasti ini berakhir dengan mangkatnya Sultan Mahmud Shah ke-2 di Kota Tinggi pada Ogos 1699 dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama. Sultan Mahmud Shah ke-2 atau Marhum Mangkat Dijulang tidak mempunyai zuriat, maka telah digantikan oleh keluarga dan keturunan yang terkanan dan yang terdekat iaitu keluarga bendahara, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil bergelar Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah ke-4 (Marhum Mangkat di Kuala Pahang), adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Dinasti ini kekal terus memerintah Kerajaan Johor-Riau-Pahang. Pada penghujung pemerintahan kerajaan ini, Raja bersemayam di Riau (Bentan), Bendahara di Pahang, Temenggung di Johor, dengan masing- masing mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, kecuali dalam pelantikan baru Bendahara dan Temenggung dari kalangan zuriat masing-masing. Akibat campur tangan Belanda dan British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, hilanglah kekuasaan Riau ke atas wilayah Johor dan Pahang. Maka, Pahang dan Johor telah menjadi negeri berdaulat dan seterusnya melantik pemerintahan wilayah masing-masing sebagai sultan. Pada 6 Ogos 1882, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah bergelar Sultan Pahang yang pertama. Baginda telah mengalahkan kekandanya Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir melalui perang saudara kerana perselisihan keluarga dan menyebabkan rakyat Pahang berpecah-belah untuk seketika. Semasa berundur ke Johor, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan anakandanya Tun Koris telah meninggal dunia di Sedili pada bulan Mei 1863. Wan Ahmad kemudiannya dilantik sebagai Bendahara Siwa Raja dan bergelar sultan pada 6 Ogos 1882. Maka dari zuriat sultan inilah kekal sebagai pemerintahan Kesultanan Pahang
  • 3. hingga hari ini. sultan-pahang SALASILAH KESULTANAN NEGERI PAHANG
  • 7. salasilah-2 Sumber daripada YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP