SANG KERBAU,SANG BUAYA DAN SANG KANCIL.
KUMPULAN 2
Pada suatu hari,ada seekor kerbau jantan hendak minum air.
Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai.
Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernih dan sejuk. Kerbau
itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Ketika
menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau
merenung ke arah suara itu.
"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara
dari tepi sungai . Kerbau meneliti suara itu. Suara meminta
tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya.
Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya
ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah
belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong
aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak
boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya.
Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu
itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya
cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik sahaja kerbau
menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.
KUMPULAN 2
"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya
digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi
rezeki aku", jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi.
"Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu
membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata
kerbau.
"Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya
tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu
melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya
menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas.
Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah
bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda
lain", kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku
boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya.
"Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan
jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik?
Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau
jawapannya betul , aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya.
Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau
yang hanyut di dalam sungai itu.
Tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu
pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut
apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau.
"Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya
kancil. "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang
menunggu hakim untuk mengadili kami," kata buaya.
"Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar," kata buaya.
"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu
bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau
datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas
perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut
menjadi rezekinya.
"Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok
kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena tindih
batang pokok . Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku,"
jawab buaya.
"Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas
belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak
tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya.
"Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat
engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan
kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang
pokok.
"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu
berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku,
bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?"
kancil mengarah seperti hakim.
"Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok.
"Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi
tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul
kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal.
Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak
bergerak. Buaya sudah penat.
"Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu
itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya?
Tentu buaya akan mati," jawab kerbau.
"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil.
"Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu
mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana
tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke
atas tebing sungai.
Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Kerbau segera melompat lalu
berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.
"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan
kau,"pekikbuaya.
Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi.
Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan
kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya.
Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan
perbuatan jahatnya itu.

Sang kerbau

  • 1.
    SANG KERBAU,SANG BUAYADAN SANG KANCIL. KUMPULAN 2 Pada suatu hari,ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. "Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai . Kerbau meneliti suara itu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.
  • 2.
    KUMPULAN 2 "Eh, buaya!Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku", jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau. "Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain", kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya betul , aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi. Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau.
  • 3.
    "Ada apa kerbau?Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang pokok . Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi
  • 4.
    tidak berupaya melepaskandiri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau,"pekikbuaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.