Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM.
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian
Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM.
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian
Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi. Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada semester 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi.
Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi. Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada semester 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi.
Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
Kerja kursus PP boleh dilakukan secara berpasukan bagi aktiviti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walaubagaimanapun laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah dilakukan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon.
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis semester 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
Manual ini memberi panduan kepada guru dan calon mengenai pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Ekonomi STPM. Ia menerangkan objektif penilaian, tanggungjawab pelbagai pihak termasuk guru, calon, dan pengetua. Manual ini juga menyediakan jadual perancangan, format penulisan, dan prosedur penilaian untuk memastikan pelaksanaan kerja kursus berjalan lancar.
Manual ini memberikan panduan mengenai pelaksanaan kerja kursus esei ilmiah sejarah untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ia menjelaskan tanggungjawab guru, pengetua, calon, dan pemeriksa dalam menghasilkan dan menilai kerja kursus. Manual ini juga menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran, format penulisan, dan borang-borang yang perlu digunakan.
Manual ini memberikan panduan pelaksanaan kerja kursus Bahasa Melayu bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ia menjelaskan tanggungjawab guru, pengetua, dan calon dalam pelaksanaan kerja kursus penulisan esei berformat. Manual ini juga menerangkan prosedur penilaian, penyimpanan, dan pelupusan kerja kursus calon.
Dokumen tersebut mengandungi beberapa borang yang digunakan untuk penilaian kerja kursus calon dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Borang-borang tersebut meliputi perakuan calon, rekod aktiviti calon, borang markah, dan rumusan markah untuk memastikan proses penilaian kerja kursus dilaksanakan dengan sistematik dan telus.
Dokumen tersebut merangkum 10 bingkai persembahan multimedia untuk episode "Kisah Bermula di Bukit Si Guntang" dalam Sulalatus Salatin. Setiap bingkai mengandungi elemen teks, grafik, animasi, audio visual dan deskripsi untuk menyampaikan plot cerita secara berkesan dengan menggabungkan unsur-unsur multimedia. Projek ini mendemonstrasikan kemahiran menghasilkan persembahan digital interaktif berdasarkan teks klasik Melayu.
Manual ini memberikan panduan kepada guru dan calon mengenai pelaksanaan kerja kursus untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dalam peperiksaan STPM. Ia menerangkan tanggungjawab guru, calon, dan pemeriksa serta proses pengajaran, pembelajaran, dan penilaian kerja kursus.
Dokumen tersebut membahas konsep nasionalisme dan bagaimana semangat nasionalisme ditonjolkan dalam sajak-sajak karya penyair-penyair Malaysia seperti Usman Awang. Secara khusus, dokumen menjelaskan bahwa nasionalisme meliputi perasaan cinta terhadap bangsa, bahasa, budaya, dan negara. Dokumen juga menganalisis puisi "Tanah Air" karya Usman Awang yang menonjolkan perasaan cinta dan ikatan yang
Dokumen tersebut berisi format dan borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus calon dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Terdapat delapan format esei yang dinilai meliputi laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan dan surat rasmi. Borang tersebut digunakan untuk mencatat butiran calon, markah yang diberikan untuk setiap as
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdfOH TEIK BIN
A free trilingual eBook comprising 5 PowerPoint presentations of meaningful Buddhist stories that teach important Dhamma/Life lessons. For reflection and practice to develop the mind to grow in love, compassion and wisdom. The texts are in English, Chinese & Malay.
(For other free eBooks, you can check out:
(对于其他免费电子书,您可以查看:
www.slideshare.net/ohteikbin/presentations
www.slideshare.net/ohteikbin/documents )
2. TERHAD
1 TERHAD
Kandungan
Bil Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
2.0 Objektif Penilaian 2
3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2
3.1 Arahan Am 2
3.2 Tanggungjawab Pengetua 2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4
3.5 Tanggungjawab Calon 5
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6
5.0 Format Penulisan 7
6.0 Struktur Penulisan 8
7.0 Penskoran Markah 9
8.0 Skema Penskoran Markah 9
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 10
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11
11.0 Format Penulisan 12
12.0 Struktur Penulisan 12
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14
Lampiran 16-20
3. TERHAD
2 TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran
ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
2.0 Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian
kes berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau
calon persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
penggal kerja kursus.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh
guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
4. TERHAD
3 TERHAD
3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah dalam e-submission
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah
Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas
4 (946/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja
kursus, untuk dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)
3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka
boleh membaiki hasil kerja
3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
5. TERHAD
4 TERHAD
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian
Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC)
3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar
markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
6. TERHAD
5 TERHAD
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data
atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal
tiga sehingga tamat penggal tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
7. TERHAD
6 TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan guru Tindakan calon
5 Mei 2017
Tugasan kerja kursus
diterima
Taklimat tugasan kerja
kursus kepada calon (sila
rujuk manual kerja
kursus)
Menerima arahan tugasan.
Semak
http://www.mpm.edu.my
Memahami skop tugasan
kerja kursus
Merancang jadual kerja
8 Mei
hingga
19 Mei
2017
Taklimat PN dengan
Guru Tingkatan 6
Menghadiri taklimat
tersebut dan memberikan
sepenuh perhatian
semasa taklimat
berlangsung
19 Jun
hingga
23 Jun
2017
Persiapan awal
sebelum menjalankan
kerja kursus
Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk dan jadual kerja
Menyediakan surat-
menyurat
Menjelaskan pelajar
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang akan dinilai
Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan laporan kerja
kursus
Membuat persiapan awal:
Keperluan kewangan
Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
Perancangan kerja
Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder, sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
27 Jun
hingga
17 Sept.
2017
Penyediaan dan
penulisan laporan
Kerja kursus untuk sesi
penilaian
Membimbing pelajar
sepanjang penghasilan
KK
Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
Memantau
perkembangan tugasan
Membimbing calon
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
Membaiki kelemahan
dan membimbing calon
membuat
penambahbaikan
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder Menyusun
dapatan (data dan
maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan
merumus data dan
maklumat
Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti
peta lokasi, jadual, graf,
carta, dan lain-lain
Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
8. TERHAD
7 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan guru Tindakan calon
Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai
4 Sept.
hingga
22 Okt.
2017
Sesi pembentangan
dan penilaian
Memeriksa dan memberi
markah laporan kerja
kursus dan
pembentangan
Hantar laporan bertulis
Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
23 Sept.
hingga
23 Okt.
2017
Penskoran kerja
kursus dan hantaran
markah ke MPM
Menghantar markah ke
MPM
Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)
5.0 Format Penulisan
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
9. TERHAD
8 TERHAD
6.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya
data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan
dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti
capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang
boleh diberi justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon perlu memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta
menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut.
Kajian mestilah meliputi aspek;
(i) Produk,
(ii) Pengedaran atau pengagihan,
(iii) Penetapan harga, dan
(iv) Promosi.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran
yang relevan sahaja
10. TERHAD
9 TERHAD
7.0 Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.
Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang
dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian
bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran
berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa
yang dilantik oleh MPM.
8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus
Bil. Kriteria Markah
1 Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3
2 Objektif kajian 2
3 Latar belakang/lokasi kajian 6
4 Kaedah kajian 7
5 Dapatan kajian dan perbincangan
(i) Susunan dan kekemasan laporan 10
(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15
(iii) Analisis dan pentafsiran 15
(iv) Gaya dan bahasa 5
6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(i) Kerelevanan 2
(ii) Soal jawab 2
(iii) Kebahasaan 2
(iv) Kreativiti 2
(v) Keterampilan 2
10 Kemahiran manipulatif 5
11 Kemahiran insaniah 6
JUMLAH MARKAH 100
11. TERHAD
10 TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon
9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
12. TERHAD
11 TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Tarikh
Perancangan dan
perlaksanaan aktiviti
Tindakan calon
5 Mei
2017
Tugasan kerja kursus
diterima
Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
Memahami skop tugasan kerja kursus
Merancang jadual kerja
19 Jun
hingga 23
Jun 2017
Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:
Keperluan kewangan
Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
Perancangan kerja
Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.
27 Jun
hingga
17 Sept.
2017
Penyediaan dan penulisan
laporan kerja kursus untuk
sesi penilaian
Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu
bual dan kaji selidik
Memperoleh data dan maklumat dari sumber
sekunder Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan dan struktur
tugasan
Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
Mempersembahkan data dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,
graf, carta dan lain-lain
Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai
4 Sept.
hingga
22 Okt.
2017
Sesi pembentangan dan
penilaian
Hantar laporan bertulis
Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
13. TERHAD
12 TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna biru muda (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
12.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya
data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan
dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti
capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang
boleh diberi justifikasi penggunaannya.
14. TERHAD
13 TERHAD
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon perlu memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta
menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut.
Kajian mestilah meliputi aspek;
(i) Produk,
(ii) Pengedaran atau pengagihan,
(iii) Penetapan harga, dan
(iv) Promosi.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran
yang relevan sahaja
16. TERHAD
15 TERHAD
Soalan Kerja Kursus
Calon diminta memilih sebuah organisasi perniagaan di Malaysia dan mengkaji serta menganalisis
campuran pemasaran yang digunakan oleh organisasi tersebut.
Kajian mestilah meliputi aspek;
(i) Produk,
(ii) Pengedaran atau pengagihan,
(iii) Penetapan harga, dan
(iv) Promosi.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang
relevan.
Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2017.
17. TERHAD
16 TERHAD
LAMPIRAN 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
18. TERHAD
17 TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan
oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah
kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
19. TERHAD
18 TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
penghasilan
kerja kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2017 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan
pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
20. TERHAD
19 TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017
KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Kriteria Penilaian
Markah
Penuh
Markah
Guru
Markah
Penyelaras
1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang / Lokasi kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
kesesuaian maklumat
15
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
21. TERHAD
20 TERHAD
LAMPIRAN 5
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________
MATA PELAJARAN: _______________________________
NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..
Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….
Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...
No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………
(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.