SlideShare a Scribd company logo
PERUNTUKAN
SUMBER DASAR
STRATEGI
AGENDA
Pengenalan
Jenis-jenis Sumber
Kepentingan Sumber dalam Melaksana
Strategi
PENGENALAN
Dalam sesebuah organisasi atau syarikat, strategi adalah sangat
penting dalam mencapai objektif dan sasaran syarikat. Untuk
melaksanakan dasar strategi tersebut, syarikat perlu melihat
peruntukan sumber yang ada di dalam sesebuah organisasi atau
syarikat tersebut. Terdapat 4 jenis sumber utama yang
diperlukan oleh sesebuah organisasi dalam melaksanakan dasar
strategi bagi mencapai sasaran atau objektif.
APA ITU PERUNTUKAN SUMBER?
Peruntukan sumber ialah aktiviti pengurusan pusat yang
membolehkan pelaksanaan strategi
Sering berdasarkan kepada faktor-faktor politik atau peribadi
Pengurusan strategik membolekan sumber-sumber yang
diperuntukkan mengikut keutamaan yang ditubuhkan oleh
objektif tahunan.
3
JENIS-JENIS SUMBER
Presentation title 4
SUMBER
MANUSIA
SUMBER
KEWANGAN
SUMBER
FIZIKAL
SUMBER
TEKNOLOGI
SUMBER MANUSIA
Dalam sesebuah organisasi, sumber manusia adalah penting
dalam memastikan pelaksanaan dasar strategi organisasi
tersebut.
Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya mempunyai
bahagian pengurusan sumber manusia. Pengurus bahagian
sumber manusia akan mengenalpasti sumber manusia
ataupun dikenali sebagai pekerja yang akan
bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu kerja bagi
mencapai sasaran atau objektif sesebuah organisasi ataupun
syarikat.
5
SUMBER MANUSIA
Menurut Faridahwati Mohd Shamsudin et al. 2006, pengurusan sumber manusia
merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk
mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam
organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi.
Suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja
secara efektif dalam usah untuk mencapat matlamat organisasi – Courtland
(1993)
Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber
manusia merupakan suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan
elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang menyumbangkan idea,
kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi.
6
SUMBER MANUSIA
Antara kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi dan
syarikat adalah:-
• Mengambil pekerja yang betul untuk tugasan yang betul. Apabila pemegang
polisi atau pemilik syarikat menetapkan matlamat dan objektif yang perlu
dicapai, eksekutif sumber manusia hendaklah mencari pekerja yang sesuai dan
melantik mereka bagi melaksanakan kerja yang diperlukan.
• Sumber manusia yang diperuntukkan hendaklah memahami visi, misi, objektif
dan sasaran organisasi atau syarikat. Apabila mereka dapat fahami semua ini,
ia akan memudahkan lagi pelaksanaan dasar strategi syarikat untuk mencapai
objektif yang ditetapkan.
• Sumber manusia yang dilantik mestilah mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai.
7
SUMBER KEWANGAN
• Selain dari sumber manusia, setiap syarikat atau organisasi memerlukan
sumber kewangan bagi melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran atau
matlamat atau objektif yang telah ditetapkan.
• Tanpa sumber kewangan, pelaksanaan sesebuah perancangan itu tidak akan
dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, bahagian sumber manusia tidak dapat
membayar gaji kepada pekerja-pekerja.
• Sumber kewangan merupakan sumber paling penting dalam perniagaan
sebagai modal pembiayaan syarikat. Seawal penubuhan syarikat itu sendiri
telah memerlukan seperti kos pendaftaran syarikat, bayaran bil utility dan
sebagainya.
• Kewangan boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan yang paling mudah
adalah sumber dari akaun peribadi pemilik syarikat itu sendiri.
• Namun begitu alternatif sumber kewangan adalah daripada institusi kewangan,
rakan-rakan dan saudara mara, agensi kerajaan seperti TEKUN, AMANAH
IKHTIAR, PUNB dan sebagainya.
8
SUMBER KEWANGAN
• Sumber kewangan ini merupakan sumber terpenting dalam pelaksanaan
strategi sesebuha organisasi atau syarikat. Oleh yang demikian, sumber-
sumber ini perlu diuruskan oleh individu yang berkelayakan dalam pengurusan
kewangan.
• Seseorang pengurus sumber kewangan ini harus mempunyai akauntabiliti
semua transaksi kewangan organisasinya. Semua urusan dan transaksi sama
ada penerimaan atau pembayaran tunai hendaklah diluluskan oleh sekurang-
kurangnya dua pihak dalam organisasi untuk meminimumkan risiko kesilapan.
• Pengurusan kewangan boleh didefinisikan dengan cara yang teratur dalam
merancang dan mengawal perbelanjaan untuk memenuhi sesuatu matlamat
sesebuah organisasi ataupun syarikat.
9
SUMBER KEWANGAN
Antara kepentingan pengurusan sumber kewangan ini adalah:-
• Membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi ataupun
syarikat
• Memastikan penggunaan sumber kewangan yang baik dan cekap
• Mendisiplinkan diri dalam merancang penggunaan wang atau perbelanjaan
• Memudahkan pelaksanaan strategi-strategi dalam mencapai objektif yang
ditetapkan.
• Peruntukan sumber kewangan yang banyak dapat menyediakan sumber
manusia yang lebih berkemahiran dan berpengalaman luas bagi
mengurangkan risiko kerugian atau objektif tidak tercapai.
• Dapat menyediakan kemudahan dan prasarana yang baik untuk organisasi
atau syarikat serta para pekerja.
10
SUMBER FIZIKAL
Sumber fizikal didefinisikan sebagai aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk
dimanfaatkan bagi mencapai matlamat atau sasaran sesebuah organisasi ataupun
syarikat. Secara umumnya ada 4 jenis sumber fizikal iaitu:-
• Bahan
• Peralatan
• Persekitaran
• Individu/orang sekeliling
11
SUMBER FIZIKAL
1. Bahan
Penyelia sesebuah syarikat memainkan peranan penting dalam memastikan yang
perkeja mereka mempunyai sumber ini untuk melakukan kerja mereka dengan
berkesan dan cekap. Dengan penyediaan sumber bahan yang terbaik akan
membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk mereka. Sumber bahan
ini penting bagi memastikan objektif dan matlamat sesebuah organisasi dan
syarikat dapat dicapai.
2. Peralatan
Syarikat dan organisasi yang melibatkan peralatan dan mesin perlu memastikan
yang peralatan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya
peralatan tersebut rosak, ia bukan sahaja membahayakan pekerja malah ia akan
menyebabkan sasaran syarikat tidak mampu dicapai. Oleh yang demikian, pemilik
syarikat dan organisasi perlu menyediakan peralatan dan safety gear untuk
digunakan oleh pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan.
12
SUMBER FIZIKAL
3. Persekitaran
OSHA 1970 memerlukan majikan untuk menyediakan ruang kerja yang bebas dari
ancaman keselamatan dan kesihatan. Ini termasuklah perlindungan dari bahaya
atmosfera, bunyi bising, suhu yang ekstrim, kelembapan dan rekabentuk tempat
kerja yang tidak sesuai.
4. Pekerja
Seperti yang majikan sedia maklum, pekerja merupakan aset yang paling bernilai.
Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran yang baik bagi memastikan
organisasi dan syarikat dapat berjalan dengan lancar. Pekerja bukan hanya
sumber kewangan syarikat tetapi juga merupakan sumber fizikal yang perlu dijaga
agar dapat berfungsi dengan baik.
13
SUMBER FIZIKAL
Kepentingan sumber fizikal terhadap sesebuah organisasi dan syarikat:-
• Memudahkan pelaksanaan aktiviti organisasi dalam usaha untuk mencapai
matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Sekiranya sumber fizikal ini
berada dalam keadaan yang tidak baik dan selamat, ia akan memberi risiko
kepada syarikat dan organisasi itu tidak berjaya dilakukan.
• Peruntukan sumber fizikal hendaklah melihat kepada keutamaan polisi syarikat.
Sebagai contoh, sekiranya organisasi tersebut memerlukan peruntukan
sumber pekerja yang ramai, maka pengurusan sumber manusia perlu
mengambil lebih ramai pekerja untuk memastikan dasar strategi tersebut dapat
dilaksanakan.
• Sekiranya syarikat tersebut mensasarkan untuk peningkatan produktiviti
syarikat, maka sumber fizikal peralatan perlu ditambah dan diupgrade supaya
dapat mencapat sasaran tersebut.
• Apabila sumber fizikal sesebuah syarikat atau organisasi itu lengkap dan dalam
keadaan baik, ini akan memudahkan lagi pelaksanaan dasar strategi untuk
mencapai sasaran dan matlamat syarikat atau sesebuah organisasi itu.
14
SUMBER TEKNOLOGI
Sumber teknologi ialah sumber yang tidak nyata dan ia dikategorikan kepada 4
jenis iaitu :-
1. Harta intelek
2. Lesen perisian
3. Pengalaman dan kemahiran
4. Paten dan hakcipta
15
SUMBER TEKNOLOGI
1. Harta intelek –
• merujuk kepada hasil kreativiti manusia
• karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan
reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap
dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.
• Pemilik harta intelek diberi hak eksklusif serta perlindungan terhadap harta
inteleknya.
• Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi
sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain.
• Ini memberi kelebihan kepada pemilik harta intelek tersebut untuk lebih mudah
untuk mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan oleh organisasi atau
syarikat.
16
SUMBER TEKNOLOGI
2. Lesen Perisian
• Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian.
Lesen perisian terbahagi kepada dua kategori, iaitu lesen hak milik dan lesen
sumber terbuka.
• LESEN HAK MILIK
• Pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan
perisian tersebut atau lebih, tetapi tidak memindah milik perisian tersebut
kepada pengguna.
• LESEN SUMBER TERBUKA
• Pemilik perisian bukan sahaja membenarkan orang lain menggunakan
perisian itu, malah menyerahkan hak si pengguna untuk ‘memiliki’
perisian itu. Perbuatan ini samalah seperti memindah milik barang-
barang harian.
17
SUMBER TEKNOLOGI
3. Pengalaman dan kemahiran
• Kemahiran dan pengalaman pekerja penting supaya kualiti dan prestasi
perniagaan terjamin.
• Sesebuah organisasi ataupun syarikat memerlukan pekerja yang mempunyao
kemahiran dan pengalaman yang luas. Pekerja yang mahir ini biasanya telah
mendapat Latihan dan kursus yang banyak sehingga dia mampu untuk
menguruskan sesuatu pekerjaan itu. Selain daripada itu, pekerja yang
berpengalaman luas juga sangat penting dalam sesebuah syarikat kerana
pengalaman yang dimiliki itu merupakan satu asset penting dalam memastikan
segala perancangan syarikat dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai
sasaran.
• Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang diceburi dapat
mengelak berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas. Ini adalah satu
perkara yang penting dalam menguruskan sebuah syarikat kerana ia dapat
meminimumkan risiko kerugian syarikat atau organisasi itu.
18
SUMBER TEKNOLOGI
4. Paten dan Hakcipta
• Paten (patent – bukannya ‘pattern’) merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi
terhadap produk sedia ada. Jika kita telah merekacipta sesuatu ciptaan baru
atau teknologi yang masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan ini boleh
dilindungi di bawah paten dan setiap perlindungan paten sah untuk tempoh 20
tahun.
• Hakcipta (copyright) adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang
untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka.
19
SUMBER TEKNOLOGI
Kepentingan sumber teknologi dalam pelaksanaan strategi
• Sumber teknologi adalah sangat penting dalam sesebuah syarikat dan
organisasi. Ini kerana dengan adanya sumber teknologi yang baik, organisasi
dapat melaksanakan strategi yang telah dirancang untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan.
• Dengan adanya hak-hak eksklusif, patent dan kemahiran yang dimiliki oleh
sesebuah organisasi itu, ia akan memudahkan lagi pelaksanaan kerja yang telah
dirancang sebelum ini.
• Risiko kerugian yang dihadapi oleh pemilik syarikat atau organisasi juga berada
di tahap minimum apabila sumber teknologi dapat digunakan dengan
sepenuhnya.
20
TUGASAN FORUM
• Nyatakan contoh sumber-sumber di bawah dan kepentingannya di dalam
konteks pengurusan di institusi pendidikan seperti sekolah dan
universiti.
1. Sumber Manusia
2. Sumber Kewangan
3. Sumber Fizikal
4. Sumber Teknologi
21
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Ahmad Zulkifli bin Aziz @ Abdul Aziz

More Related Content

Similar to PERUNTUKAN SUMBER DASAR STRATEGI DALAM PENDIDIKAN

Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusia
Achmad Adhitya Fabianto
 
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
AkfikaRizkySabilla
 
Resume Strategic Management
Resume Strategic ManagementResume Strategic Management
Resume Strategic Management
MochIlhamFaris
 
Pertemuan 6
Pertemuan 6Pertemuan 6
Contoh Propoal TV
Contoh Propoal TVContoh Propoal TV
Contoh Propoal TV
Nanda Sebastian
 
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
MaghfiNugraha2
 
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
nurainiMutoharoh
 
Resource Management _"Training QC & QA"
Resource Management _"Training QC & QA"Resource Management _"Training QC & QA"
Resource Management _"Training QC & QA"
Kanaidi ken
 
Makalah materi manajemen sdm strategik
Makalah materi manajemen sdm strategikMakalah materi manajemen sdm strategik
Makalah materi manajemen sdm strategik
Sofwatul Milla
 
Bisnis Pengantar
Bisnis PengantarBisnis Pengantar
Bisnis Pengantar
fredi_umby
 
PENGANTAR BISNIS 5
PENGANTAR BISNIS 5PENGANTAR BISNIS 5
PENGANTAR BISNIS 5
harjunode
 
Tugas manajemen ryan
Tugas manajemen ryanTugas manajemen ryan
Tugas manajemen ryan
Kasmadi Rais
 
Tugas 1 evaluasi kinerja
Tugas 1 evaluasi kinerjaTugas 1 evaluasi kinerja
Tugas 1 evaluasi kinerja
siskaulandari1
 
Bisnis
BisnisBisnis
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
merrisya
 
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
stephaniejessey
 
Makalah msdm
Makalah msdmMakalah msdm
Makalah msdm
yulienarahmah
 
Program Pengembangan Karir
Program Pengembangan KarirProgram Pengembangan Karir
Program Pengembangan Karir
Yodhia Antariksa
 
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019 Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
Donna Wibiananda Suryaman
 
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
Donna Wibiananda Suryaman
 
Similar to PERUNTUKAN SUMBER DASAR STRATEGI DALAM PENDIDIKAN (20)

Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusia
 
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
2, SM, AKFIKA RIZKY SABILLA, HAPZI ALI, VISION AND COMPANY MISSION, LONGTERM ...
 
Resume Strategic Management
Resume Strategic ManagementResume Strategic Management
Resume Strategic Management
 
Pertemuan 6
Pertemuan 6Pertemuan 6
Pertemuan 6
 
Contoh Propoal TV
Contoh Propoal TVContoh Propoal TV
Contoh Propoal TV
 
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
[RANGKUMAN] PAPARAN Modul 4 Manajemen SDM dan Lembaga.pptx
 
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
Ppt mku kelompok 4 Kelas 5A "Manajemen Distribusi, Sumber Daya Manusia, dan R...
 
Resource Management _"Training QC & QA"
Resource Management _"Training QC & QA"Resource Management _"Training QC & QA"
Resource Management _"Training QC & QA"
 
Makalah materi manajemen sdm strategik
Makalah materi manajemen sdm strategikMakalah materi manajemen sdm strategik
Makalah materi manajemen sdm strategik
 
Bisnis Pengantar
Bisnis PengantarBisnis Pengantar
Bisnis Pengantar
 
PENGANTAR BISNIS 5
PENGANTAR BISNIS 5PENGANTAR BISNIS 5
PENGANTAR BISNIS 5
 
Tugas manajemen ryan
Tugas manajemen ryanTugas manajemen ryan
Tugas manajemen ryan
 
Tugas 1 evaluasi kinerja
Tugas 1 evaluasi kinerjaTugas 1 evaluasi kinerja
Tugas 1 evaluasi kinerja
 
Bisnis
BisnisBisnis
Bisnis
 
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
Merri syafwardi, hapzi ali, hirs, ut batam, 2018
 
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
Bab vi mengelola bisnis oleh stephanie tepp S1 akuntansi A UNJ 2016
 
Makalah msdm
Makalah msdmMakalah msdm
Makalah msdm
 
Program Pengembangan Karir
Program Pengembangan KarirProgram Pengembangan Karir
Program Pengembangan Karir
 
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019 Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
Strategi Management Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 2019
 
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
Strategi Management; Vission and Company Mission. Universitas Mercu Buana. 20...
 
Recently uploaded

UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
nengenok23
 
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdfKalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
SDNBotoputih
 
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptxPRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
Hasbullah66
 
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Modul AJar Rekayasa Perangkat Lunak 2024
Herry Prasetyo
 
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAKBAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
BAHAN MENGAJAR MATEMATIK KEPADA KANAK - KANAK
HUMAH KUMARASAMY
 
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdfCP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
andimagfirahwati1
 
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputihlaporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
SDNBotoputih
 
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptxPAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
PAPARAN PELATIHAN SATKAMLING DALAM RANGKA LOMBA.pptx
xtemplat
 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
pristayulianabila
 
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdfAksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
DenysErlanders
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
SriKuntjoro1
 
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptxBab 7Korupsi sebagai persoalan moral  .pptx
Bab 7Korupsi sebagai persoalan moral .pptx
Habibatut Tijani
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
dwiwahyuningsih74
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023
Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023
Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun 2023
AINARAHYUBINTISULAIM
 
3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf
3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf
3. PEMBUATAN PETA KELOMPOK PEKERJAAN.pdf
FaldienaMarcelita3
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
MsElisazmar
 
UNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 2 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
nengenok23
 
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
denny404455
 
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdfDemonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
d2spdpnd9185
 
Recently uploaded (20)

PERUNTUKAN SUMBER DASAR STRATEGI DALAM PENDIDIKAN

  • 3. PENGENALAN Dalam sesebuah organisasi atau syarikat, strategi adalah sangat penting dalam mencapai objektif dan sasaran syarikat. Untuk melaksanakan dasar strategi tersebut, syarikat perlu melihat peruntukan sumber yang ada di dalam sesebuah organisasi atau syarikat tersebut. Terdapat 4 jenis sumber utama yang diperlukan oleh sesebuah organisasi dalam melaksanakan dasar strategi bagi mencapai sasaran atau objektif. APA ITU PERUNTUKAN SUMBER? Peruntukan sumber ialah aktiviti pengurusan pusat yang membolehkan pelaksanaan strategi Sering berdasarkan kepada faktor-faktor politik atau peribadi Pengurusan strategik membolekan sumber-sumber yang diperuntukkan mengikut keutamaan yang ditubuhkan oleh objektif tahunan. 3
  • 4. JENIS-JENIS SUMBER Presentation title 4 SUMBER MANUSIA SUMBER KEWANGAN SUMBER FIZIKAL SUMBER TEKNOLOGI
  • 5. SUMBER MANUSIA Dalam sesebuah organisasi, sumber manusia adalah penting dalam memastikan pelaksanaan dasar strategi organisasi tersebut. Sesebuah syarikat atau organisasi biasanya mempunyai bahagian pengurusan sumber manusia. Pengurus bahagian sumber manusia akan mengenalpasti sumber manusia ataupun dikenali sebagai pekerja yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu kerja bagi mencapai sasaran atau objektif sesebuah organisasi ataupun syarikat. 5
  • 6. SUMBER MANUSIA Menurut Faridahwati Mohd Shamsudin et al. 2006, pengurusan sumber manusia merujuk kepada cara dan pendekatan yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia dalam organisasi agar selari dan mencapai matlamat organisasi. Suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usah untuk mencapat matlamat organisasi – Courtland (1993) Manakala Sarimah Hanim pula berpandangan bahawa pengurusan sumber manusia merupakan suatu pendekatan pengurusan strategik yang melibatkan elemen terpenting dalam organisasi iaitu individu yang menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian objektif organisasi. 6
  • 7. SUMBER MANUSIA Antara kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi dan syarikat adalah:- • Mengambil pekerja yang betul untuk tugasan yang betul. Apabila pemegang polisi atau pemilik syarikat menetapkan matlamat dan objektif yang perlu dicapai, eksekutif sumber manusia hendaklah mencari pekerja yang sesuai dan melantik mereka bagi melaksanakan kerja yang diperlukan. • Sumber manusia yang diperuntukkan hendaklah memahami visi, misi, objektif dan sasaran organisasi atau syarikat. Apabila mereka dapat fahami semua ini, ia akan memudahkan lagi pelaksanaan dasar strategi syarikat untuk mencapai objektif yang ditetapkan. • Sumber manusia yang dilantik mestilah mempunyai kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. 7
  • 8. SUMBER KEWANGAN • Selain dari sumber manusia, setiap syarikat atau organisasi memerlukan sumber kewangan bagi melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran atau matlamat atau objektif yang telah ditetapkan. • Tanpa sumber kewangan, pelaksanaan sesebuah perancangan itu tidak akan dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, bahagian sumber manusia tidak dapat membayar gaji kepada pekerja-pekerja. • Sumber kewangan merupakan sumber paling penting dalam perniagaan sebagai modal pembiayaan syarikat. Seawal penubuhan syarikat itu sendiri telah memerlukan seperti kos pendaftaran syarikat, bayaran bil utility dan sebagainya. • Kewangan boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan yang paling mudah adalah sumber dari akaun peribadi pemilik syarikat itu sendiri. • Namun begitu alternatif sumber kewangan adalah daripada institusi kewangan, rakan-rakan dan saudara mara, agensi kerajaan seperti TEKUN, AMANAH IKHTIAR, PUNB dan sebagainya. 8
  • 9. SUMBER KEWANGAN • Sumber kewangan ini merupakan sumber terpenting dalam pelaksanaan strategi sesebuha organisasi atau syarikat. Oleh yang demikian, sumber- sumber ini perlu diuruskan oleh individu yang berkelayakan dalam pengurusan kewangan. • Seseorang pengurus sumber kewangan ini harus mempunyai akauntabiliti semua transaksi kewangan organisasinya. Semua urusan dan transaksi sama ada penerimaan atau pembayaran tunai hendaklah diluluskan oleh sekurang- kurangnya dua pihak dalam organisasi untuk meminimumkan risiko kesilapan. • Pengurusan kewangan boleh didefinisikan dengan cara yang teratur dalam merancang dan mengawal perbelanjaan untuk memenuhi sesuatu matlamat sesebuah organisasi ataupun syarikat. 9
  • 10. SUMBER KEWANGAN Antara kepentingan pengurusan sumber kewangan ini adalah:- • Membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi ataupun syarikat • Memastikan penggunaan sumber kewangan yang baik dan cekap • Mendisiplinkan diri dalam merancang penggunaan wang atau perbelanjaan • Memudahkan pelaksanaan strategi-strategi dalam mencapai objektif yang ditetapkan. • Peruntukan sumber kewangan yang banyak dapat menyediakan sumber manusia yang lebih berkemahiran dan berpengalaman luas bagi mengurangkan risiko kerugian atau objektif tidak tercapai. • Dapat menyediakan kemudahan dan prasarana yang baik untuk organisasi atau syarikat serta para pekerja. 10
  • 11. SUMBER FIZIKAL Sumber fizikal didefinisikan sebagai aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan bagi mencapai matlamat atau sasaran sesebuah organisasi ataupun syarikat. Secara umumnya ada 4 jenis sumber fizikal iaitu:- • Bahan • Peralatan • Persekitaran • Individu/orang sekeliling 11
  • 12. SUMBER FIZIKAL 1. Bahan Penyelia sesebuah syarikat memainkan peranan penting dalam memastikan yang perkeja mereka mempunyai sumber ini untuk melakukan kerja mereka dengan berkesan dan cekap. Dengan penyediaan sumber bahan yang terbaik akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk mereka. Sumber bahan ini penting bagi memastikan objektif dan matlamat sesebuah organisasi dan syarikat dapat dicapai. 2. Peralatan Syarikat dan organisasi yang melibatkan peralatan dan mesin perlu memastikan yang peralatan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya peralatan tersebut rosak, ia bukan sahaja membahayakan pekerja malah ia akan menyebabkan sasaran syarikat tidak mampu dicapai. Oleh yang demikian, pemilik syarikat dan organisasi perlu menyediakan peralatan dan safety gear untuk digunakan oleh pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan. 12
  • 13. SUMBER FIZIKAL 3. Persekitaran OSHA 1970 memerlukan majikan untuk menyediakan ruang kerja yang bebas dari ancaman keselamatan dan kesihatan. Ini termasuklah perlindungan dari bahaya atmosfera, bunyi bising, suhu yang ekstrim, kelembapan dan rekabentuk tempat kerja yang tidak sesuai. 4. Pekerja Seperti yang majikan sedia maklum, pekerja merupakan aset yang paling bernilai. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran yang baik bagi memastikan organisasi dan syarikat dapat berjalan dengan lancar. Pekerja bukan hanya sumber kewangan syarikat tetapi juga merupakan sumber fizikal yang perlu dijaga agar dapat berfungsi dengan baik. 13
  • 14. SUMBER FIZIKAL Kepentingan sumber fizikal terhadap sesebuah organisasi dan syarikat:- • Memudahkan pelaksanaan aktiviti organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Sekiranya sumber fizikal ini berada dalam keadaan yang tidak baik dan selamat, ia akan memberi risiko kepada syarikat dan organisasi itu tidak berjaya dilakukan. • Peruntukan sumber fizikal hendaklah melihat kepada keutamaan polisi syarikat. Sebagai contoh, sekiranya organisasi tersebut memerlukan peruntukan sumber pekerja yang ramai, maka pengurusan sumber manusia perlu mengambil lebih ramai pekerja untuk memastikan dasar strategi tersebut dapat dilaksanakan. • Sekiranya syarikat tersebut mensasarkan untuk peningkatan produktiviti syarikat, maka sumber fizikal peralatan perlu ditambah dan diupgrade supaya dapat mencapat sasaran tersebut. • Apabila sumber fizikal sesebuah syarikat atau organisasi itu lengkap dan dalam keadaan baik, ini akan memudahkan lagi pelaksanaan dasar strategi untuk mencapai sasaran dan matlamat syarikat atau sesebuah organisasi itu. 14
  • 15. SUMBER TEKNOLOGI Sumber teknologi ialah sumber yang tidak nyata dan ia dikategorikan kepada 4 jenis iaitu :- 1. Harta intelek 2. Lesen perisian 3. Pengalaman dan kemahiran 4. Paten dan hakcipta 15
  • 16. SUMBER TEKNOLOGI 1. Harta intelek – • merujuk kepada hasil kreativiti manusia • karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. • Pemilik harta intelek diberi hak eksklusif serta perlindungan terhadap harta inteleknya. • Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain. • Ini memberi kelebihan kepada pemilik harta intelek tersebut untuk lebih mudah untuk mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan oleh organisasi atau syarikat. 16
  • 17. SUMBER TEKNOLOGI 2. Lesen Perisian • Lesen perisian ialah perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian. Lesen perisian terbahagi kepada dua kategori, iaitu lesen hak milik dan lesen sumber terbuka. • LESEN HAK MILIK • Pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan perisian tersebut atau lebih, tetapi tidak memindah milik perisian tersebut kepada pengguna. • LESEN SUMBER TERBUKA • Pemilik perisian bukan sahaja membenarkan orang lain menggunakan perisian itu, malah menyerahkan hak si pengguna untuk ‘memiliki’ perisian itu. Perbuatan ini samalah seperti memindah milik barang- barang harian. 17
  • 18. SUMBER TEKNOLOGI 3. Pengalaman dan kemahiran • Kemahiran dan pengalaman pekerja penting supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin. • Sesebuah organisasi ataupun syarikat memerlukan pekerja yang mempunyao kemahiran dan pengalaman yang luas. Pekerja yang mahir ini biasanya telah mendapat Latihan dan kursus yang banyak sehingga dia mampu untuk menguruskan sesuatu pekerjaan itu. Selain daripada itu, pekerja yang berpengalaman luas juga sangat penting dalam sesebuah syarikat kerana pengalaman yang dimiliki itu merupakan satu asset penting dalam memastikan segala perancangan syarikat dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai sasaran. • Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelak berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas. Ini adalah satu perkara yang penting dalam menguruskan sebuah syarikat kerana ia dapat meminimumkan risiko kerugian syarikat atau organisasi itu. 18
  • 19. SUMBER TEKNOLOGI 4. Paten dan Hakcipta • Paten (patent – bukannya ‘pattern’) merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi terhadap produk sedia ada. Jika kita telah merekacipta sesuatu ciptaan baru atau teknologi yang masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan ini boleh dilindungi di bawah paten dan setiap perlindungan paten sah untuk tempoh 20 tahun. • Hakcipta (copyright) adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. 19
  • 20. SUMBER TEKNOLOGI Kepentingan sumber teknologi dalam pelaksanaan strategi • Sumber teknologi adalah sangat penting dalam sesebuah syarikat dan organisasi. Ini kerana dengan adanya sumber teknologi yang baik, organisasi dapat melaksanakan strategi yang telah dirancang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. • Dengan adanya hak-hak eksklusif, patent dan kemahiran yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu, ia akan memudahkan lagi pelaksanaan kerja yang telah dirancang sebelum ini. • Risiko kerugian yang dihadapi oleh pemilik syarikat atau organisasi juga berada di tahap minimum apabila sumber teknologi dapat digunakan dengan sepenuhnya. 20
  • 21. TUGASAN FORUM • Nyatakan contoh sumber-sumber di bawah dan kepentingannya di dalam konteks pengurusan di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti. 1. Sumber Manusia 2. Sumber Kewangan 3. Sumber Fizikal 4. Sumber Teknologi 21
  • 22. SEKIAN, TERIMA KASIH Ahmad Zulkifli bin Aziz @ Abdul Aziz